“Salahkah saya melayan perasaan wanita yang kesepian ditinggalkan suaminya, saya bukan berz1na pun.”- Suami

Saya seorang ibu bekerjaya, beranak enam, seorang surirumah tanpa bibik dan pada masa yang sama sedang sambung belajar. Mungkin sebab inilah suami h4nyut bercinta dengan rakan sekerjanya yang juga isteri orang. Dua kali saya jumpa wanita tersebut minta hentikan hubungan dengan suami saya tapi ini yang saya dapat..

#Foto sekadar hiasan. Nama saya Syahira. Saya sering kecil hati bila suami buat salah semua isteri mesti `maafkan dan lupakan’, tak boleh marah suami apalagi menyimpan dend4m. Malah akan ditakutkan bahawa nanti di akhir4t mereka tak cium bau syorga terutama kalau engkar cakap suami.

Kalau si isteri yang buat salah hukvmannya lebih berat dia akan diganti dengan yang baru atau paling tidak suami akan buat alasan untuk mencari hiburan di luar rumah kerana dah tak selesa dengan isteri yang wajahnya sudah bukan lagi seperti seorang isteri tetapi lebih macam ^%%$#@ dalam hutan.

Paling sedih isteri dipersalahkan kerana tidak pandai layan suami. Tapi macam mana pulak kalau suami tak bagi nafkah anak – anak tak ada pulak yang marah semua diam kalau marah pun cuma bekas isteri dan anak – anaknya. Lebih maIang lagi ada ibu bapa yang menegah anak lelakinya dari memberi nafkah kepada anak – anak dengan alasan duit nafkah itu nanti cuma menyenangkan jandanya sahaja.

Sebenarnya sudah lama saya ingin menghantar luahan ke ruangan ini, namun masa sentiasa membatasi. Saya seorang ibu berkarier beranak enam, seorang surirumah tanpa bibik dan pada masa yang sama sedang menyambung belajar. Hidup saya siang dan malam mengulangi rutin yang sama setiap hari.

Ada jugak harinya saya mengeIuh, tapi demi masa depan anak – anak saya teruskan rutin harian. Alhamdulillah setakat ini anak – anak berjaya dalam persekolahan mereka. Suami saya pada mulanya memang nampak baik tetapi maIangnya dia tidak ada masa yang untuk bersama kami sentiasa sibuk dengan kerja.

Usia perkahwinan kami sudah menjangkau 16 tahun tapi kalau dihitung jumlah lamanya kami hidup bersama tak sebanyak mana pun. Suami saya ini zahirnya sahaja nampak baik dan tidak ada sebarang masalah dalam rumah tangga, tetapi dalam diam beliau bercinta dengan rakan setugasnya yang masih isteri orang dan ibu kepada tiga orang anak.

Saya tak tahu sejauh mana percintaan mereka tetapi amat sukar untuk mereka memutuvskan perhubungan. Setiap kali mesej di telefonnya berbunyi kita akan nampak tiga patah perkataan “I luv u’’ atau “I miss u.’’ Saya tidak tahu bagaimana ia bermula. Namun sebagai isteri yang ingin menjaga kerukunan rumah tangga saya akur kesilapan dan kelemahan saya.

Saya sentiasa berkata apa yang berlaku mungkin kerana kesilapan saya sendiri, mungkin saya kurang melayan suami, mungkin saya tan cantik lagi, dan bukan suami saya yang buat hal.

Bila saya cuba memujuk suami saya dan bertanya mengapa semua ini berlaku, beliau dengan seIamba berkata, “saya bukan berz1na, saya cuma melayan perasaan dia. Salahkah saya melayan perasaan wanita yang kesepian ditinggalkan suaminya?”

Ketika itu saya jawab, katakan bagaimana pula dengan perasaan saya. Suami saya dengan tegas dan berkali – kali mengatakan bahawa kalau pun dia nak kahwin lagi dia tidak akan cari isteri orang yang sudah ada keluarganya sendiri, lebih baik dia cari anak d4ra yang tentu lebih baik dan tidak ada beban yang dia terp4ksa pikuI nanti. Lagipun katanya tak salah jika dia sekadar melayan perasaan wanita yang kesepian. Itu sahaja. Boleh percaya ke?

Kata suami saya rakannya itu ada masaalah dengan suaminya, suaminya buat hubungan luar. Jadi kerana dia kasihankan rakannya maka rakannya itu mencurahkan perasaannya pada suami saya. Bila saya tanya tak adakah wanita lain dalam pejabat itu yang dia boleh ceritakan masalahnya, mengapa mesti pada suami orang. Suami saya kata itu tugas rakan menolong rakan yang lain.

Sebenarnaya saya tahu ada banyak perkara yang tak betul berlaku antara mereka kalau tidak takkan hubungan mereka begitu erat. Entah apa pulak suami saya curahkan hasrat hatinya dan menc4ci kekurangan saya kepada rakannya itu. Bila saya kata wanita itu ada tempat untuk menceritakan masalahnya, macam mana pulak saya, siapa nak kasihankan saya, suami lebih kesiankan isteri orang lain, sedangkan isterinya sendiri macam mana?

Kerana sayangkan suami dua kali saya jumpa wanita tersebut minta hentikan buat hubungan dengan suami saya. Saya bayangkan padanya kita sama – sama ada anak perempuan cuba fikirkan nasib anak – anak kita jika peristiwa ini berlaku kepada mereka, awak tak kesiankan dia ke?

“Awak sendiri tahu apa perasaan awak bila suami tinggalkan awak, begitulah perasaan saya bila suami tinggalkan saya kerana melayan awak?” Tapi dia memang muka tebal dia tak peduli perasaan saya dia tetap melayan suami saya, kerana dia lebih pentingkan perasaannya yang kesepian ditinggalkan suaminya.

Memang kini perasaan saya sudah tercaIar bahkan macam kaca dihemp4s berder4i. Satu sahaja yang menolong saya hanya Allah. Biarlah Allah menentukan dan membaIasnya. Segalanya dari Allah dan Dia sahaja yang akan menentukan kebenaran.

Jika ditakdirkan suami itu milik saya seorang dia akan kembali kepada saya juga, tetapi kalau tidak, saya terp4ksa merelakan. Ketika itu dia akan menerima jasad seorang isteri walaupun masih ada roh tetapi sudah hilang perasaan kasih dan sayang, cinta dan segala – galanya, sebabnya semuanya sudah hilang ketika dia membawa masuk wanita kedua dalam hidupnya.

Wahai suami yang segolongan dan seangkatan dengan suami saya, kenangkanlah peng0rbanan yang telah isteri anda lakukan ketika sama – sama susah dahulu. Di situlah terletaknya kemanisan sebuah kehidupan yang tidak boleh anda cari lagi. Ingatlah ketika anda s4kit siapa berada di sisi anda, ketika susah siapa menghulurkan bantuan, ketika anda tenggelam siapa yang selamatlah anda.

Tetapi setelah anda hidup selesa jauh dari kesusahan isteri yang banyak berk0rban anda pinggirkan dan diganti dengan orang lain. Adilkah perbuatan suami seperti itu?

Suami saya mengatakan saya salah kerana tuduh dia buat perkara tidak betul, tapi apa yang saya katakan terhdap perbuatannya yang liar itu, dengan tak malu dia mengaku mengaku bahawa dia buat. Soalan saya mudah, mengapa dia melayan isteri orang, dan tinggalkan isterinya sendiri kesepian di rumah.

Saya akur mungkin saya tak pandai menyusun kata. Kata – kata saya sudah tak lagi manis di telinganya. Tetapi salahkah saya menegur perbuatannya suka melayan isteri orang, kerana saya bimbang perkara yang tidak baik berlaku kemudiannya.

Tapi kerana tidak suka ditegur kami sering berbaIah. Suami saya kata saya tak ada apa – apa kepandaian langsung. Dia betul – betul mengh1na kebolehan saya menguruskan anak – anak dan keluarga selama lebih 16 tahun kami berkahwin. Seolah – olah apa yang saya buat selama ini semuanya salah dan tak betul.

Dulu kalau saya susah hati suamilah tempat mencurahkan perasaan, dan dia akan memujuk saya, tetapi kini semuanya sudah terbalik, sudah h4ncur, dia sudah lupakan keluarganya hanya kerana kesiankan rakan sekerjanya yang kesepian dan tertekan jiwanya kerana ditinggalkan suaminya itu. Apakah perbuatannya itu baik?

Akhirnya Allah tempat saya mencurahkan perasaan dan berserah diri. Setiap kali jiwa saya tertekan dan kesedihan saya segera ingat bahawa saya adalah milik Allah yang dipinjamkan hidup di muka bumi ini bersama suami saya. Tiba masanya kita akan dipanggil balik. Jadi untuk sementera saya terpaksa meneruskan hidup dengan segala kepahitan ini bersama anak – anak demi masa depan mereka, bukan untuk masa depan saya. Sebab saya sudah m4ti.

Namun semua kenangan indah bersama suami tercinta satu ketika dahulu saya simpan dalam hati, dan saya anggap suami saya sudah m4ti. Yang ada di sisi ini adalah suami baru yang saya perlu kenali tabiat barunya. Ramai orang berkata manusia boleh berubah. Bila kita tidak mempunyai apa yang kita suka, kita terp4ksa suka dengan apa yang kita ada. Insyallah lama kelamaan hati dan perasaan kita akan Iali dengan kerenah suami.

Akhirnya kini saya terp4ksa menyerah kalah, dan biarlah mereka dengan kesalahan dan d0sa mereka. Namun saya tak akan membaIas dend4m membuat perkara yang sama. Lagipun hati saya ini kecil sangat. Saya takut hidup sendirian tanpa suami, kerana saya amat takut jadi janda. Dan saya terp4ksa tutup mata pekakkan telinga melihat perbuatan suami saya melayan isteri orang.

Saya dapat melupakan ini semua kerana hati saya sudah m4ti, jiwa saya sudah gers4ng dan perasaan cinta, kasih dan sayang saya sudah lama hilang.

Sesungguhnya bagi saya tidak ada yang lebih membahagiakan dari kasih sayang seorang suami tapi apa saya nak buat kasih sayang suami bukan rezeki saya lagi. Dia lebih kasih dan sayangkan isteri orang.

Nampaknya sekarang nasib dan masa depan saya cuma berg4ntung kepada anak – anak. Selagi suami saya sayangkan anak – anak maka selagi itu saya dapat bernaung di bawahnya, kalau perasaan kasihkan anak – anak juga sudah tidak ada dalam diri suami saya, maka saya terp4ksalah saya menghadapi kenyataan hidup seperti wanita lain yang ditinggalkan dan diceraikan dan saya terp4ksa menghadapi kenyataan jadi janda yang amat saya takut.

Tetapi apa boleh buat jika itulah sudah menjadi takdir saya. Kawan saya pernah berkata perempuan yang baik akan mendapat j0doh lelaki yang baik. Agaknya saya ini tak baik kerana itu Allah menduga saya supaya saya menilai diri saya sendiri. Namun dalam kekeliruan ini saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan kembali kasih dan yang suami saya semula.

Komen Warganet :

Sarry Sarymah : Dalam hidup banyak cab4ran yang kita akan tempoh berat dugaan yang puan ini tanggung jika dia daya dan sanggup melihat per4ngai suaminya dia boleh teruskan tapi bagi diri saya lebih baik lepaskan.

Wawa Ahmad : Ini dah dikira bersubahat dalam d0sa yang dilakukan oleh suami dan perempuan tu. Apa yang nak takut dengan jadi janda. Awak wanita bekerjaya, mampu je jaga anak – anak sendiri. Kalau tak pun separuh anak bagi suami jaga, biar dia tahu rasa tanggugjawab. Lagi satu awak boleh je laporkan pada tempat kerja suami. Biar mereka dua ni tahu malu sikit dan jangan lupa bagitahu dekat suami perempuan tu. Entah – entah suami dia baik je dan tak curang pun, saja je pancing bagi alasan.

Faiqah Faiq : Salah ke jadi janda? Dari hidup dengan suami tak guna macam tu. Baiklah awak angkat kaki. Tak mungkin awak dapat lupakan semudah itu je. Awak pun tak nak anak – anak awak membesar dengan per4ngai ayah mereka yang bergelumang dengan d0sa. Jangan jadi b0doh.