Ayah tak restu dan buang aku sebab kahwin lelaki miskin. Masa aku mengandung, suami tak mampu bawa bersalin di hospital swasta sampai aku halau dia..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

nak bersalin swasta

Kakak abang aku semua suruh aku pergi bersalin dekat hospital swasta. Suami kata dia tak mampu tapi aku paksa dia. Aku mula marah, maki suami, sampailah aku halau dia keluar dari rumah. Bila aku buka dompet suami diam-diam, menitis air mata aku tengok baki duit yang ada..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalam semua. Aku ni seorang pendosa. Aku membesar dalam keluarga yang senang. Dari kecil, apa aku nak semua boleh dapat. Syaratnya satu je, aku kena ikut cakap ayah. Tahun lepas aku kenal seorang lelaki. Aku panggil dia A.

Dia kerja kat kampung, gaji pun biasa – biasa je. Bila ayah dapat tahu aku berkawan dengan A, cepat – cepat dia carikan aku jodoh. Dia paksa aku kahwin dengan lelaki pilihan dia, sedangkan jumpa pun aku tak pernah. Aku pun desak A supaya masuk meminang.

Dia cakap dia belum ada duit simpanan. Aku kata tak apa, aku boleh uruskan semuanya. Aku cuma minta dia datang jumpa ayah. Bila keluarga A datang, ayah terus tolak pinangan tu. Sedih sangat aku masa tu sampai aku minta mak tolong pujuk ayah.

Aku paksa juga A jumpa ayah untuk kali kedua. Dia ikutkan je. Kali ni dia minta pakcik – pakcik dia datang jumpa ayah. Akhirnya ayah letak syarat. Kalau aku tetap nak kahwin dengan A, lepas kahwin nanti ayah akan buang aku.

Dia tak nak ambil tahu lagi pasal aku. Aku setuju. Kami pun kahwin. A carikan rumah sewa untuk kami duduk berdua. Aku ni dari kecil tak biasa buat kerja rumah. Kat rumah mak dulu, semua pembantu rumah yang buat. A tak pernah marah aku pasal tu. Baju aku dia yang basuh, rumah dia yang kemas. Makan minum aku pun dia siapkan.

Aku bahagia duduk dengan A. Hidup kami sederhana, tapi dia layan aku baik dan tak pernah berkira. Ayah pula memang dah tak ambil tahu pasal aku. Adik – beradik aku masing – masing sibuk dengan hidup sendiri. Sampailah satu masa, A dah tak mampu nak bayar sewa rumah. Mak yang ajak kami pindah duduk dengan dia.

Sepanjang kami duduk situ, sekali pun ayah tak balik. Dia duduk dengan isteri kedua dia. Mak tak kisah. Dia kata asalkan anak – anak ada dengan dia. Memang mak yang banyak tolong kami masa tu. Dari situ baru aku belajar hidup dengan apa yang ada. Dulu nak apa, minta je. Bila dah kahwin, baru aku faham bukan semua benda kita mampu beli.

Lepas tu aku dapat tahu aku mengandung. Seronok betul A bila dengar berita tu. Sepanjang aku mengandung, dia jaga aku elok. Apa yang dia mampu sediakan, dia usahakan. Sekarang kandungan aku dah masuk 34 minggu.

Aku ingat semuanya okey sampailah abang – abang dengan kakak – kakak aku tanya nanti aku nak bersalin kat hospital mana. Aku jawab kat hospital kerajaan. Mulalah mereka cakap hospital kerajaan tak baguslah, layanan teruklah. Macam – macam yang mereka cakap sampai aku jadi takut.

Aku pun desak A cari duit sebab aku nak bersalin kat hospital swasta. Bila dia cakap dia tak ada duit, aku maki dia. Aku kata aku menyesal kahwin dengan dia. Aku ungkit dia orang kampung. Siap aku cakap susah hidup dengan orang miskin.

Selama ni memang dia tak pernah hulur duit nafkah kat tangan aku sebab gaji dia cukup – cukup untuk belanja harian kami. Hari – hari aku desak dia. Apa yang aku rasa aku dah buat untuk dia, semua aku ungkit. Dia dengar je. Lepas tu dia minta maaf sebab tak mampu nak bagi apa yang aku nak.

Masa tu langsung aku tak nampak sabarnya dia dengan aku. Aku cuma fikir pasal diri sendiri, pasal apa yang aku rasa aku patut dapat. Aku lupa siapa yang jaga aku selama ni. Satu hari kami gaduh besar. Aku ungkit semuanya dari awal sampai habis.

Aku minta dia ceraikan aku, lepas tu aku halau dia keluar rumah. Padahal aku tahu dia anak yatim. Dia tak ada sesiapa. Aku ingat kali ni dia akan marah atau jawab balik. Tapi dia tunduk je. Lepas tu dia datang dekat aku. Dia menangis teresak – esak sambil minta maaf.

Itulah kali pertama aku tengok suami aku menangis. Selama ni aku desak dia hari – hari, entah betapa tertekannya dia. Tengok dia macam tu, tersentak aku. Demi Allah, aku sayang suami aku. Tapi bila dah marah, habis aku cakap ikut sedap mulut. Aku melutut depan dia. Kami sama – sama menangis. Dia cakap sekali lagi yang dia memang tak mampu nak bayar hospital swasta.

Bila aku buka dompet dia diam – diam, aku tengok dalam tu ada RM13 je. Menangis aku. Selama ni aku asyik tanya mana dia nak cari duit untuk aku bersalin, tapi tak pernah pun aku tengok berapa yang tinggal untuk dia sendiri.

Aku dari kecil dah biasa hidup senang. Dia pula sedaya upaya cuba bagi aku kesenangan yang dia sendiri tak pernah rasa. Aku menyesal sangat. Baju aku dia basuh, bilik dengan rumah dia kemas, sampai kereta aku pun dia yang bersihkan.

Satu benda yang dia tak mampu bagi, terus aku cakap aku menyesal kahwin dengan dia. Masa sedap mulut aku mengungkit tu, langsung aku tak ingat semua yang dia dah buat. Sejak hari tu, hari – hari aku minta maaf kat dia. Dia kata dia dah maafkan aku dan dia redha aku bersalin kat hospital kerajaan.

Sepanjang aku maki dia, sekali pun dia tak balas dengan kata – kata kasar. Bila ingat balik cara aku bercakap dengan dia, aku sendiri malu. Sekarang aku nak belajar jadi isteri yang lebih baik. Aku tak nak paksa dia ikut semua kemahuan aku lagi.

Masa duduk rumah sewa dulu pun aku dah bahagia dengan dia. Tak mewah mana pun hidup kami, tapi masa susah ke, senang ke, dia tetap ada dengan aku. Aku harap bila anak kami lahir nanti, kami boleh bina balik hidup kami dan sama – sama belajar jadi mak ayah yang baik.

Untuk para isteri yang baca luahan ni, jangan tengok kekurangan suami je. Kadang – kadang kita asyik fikir pasal satu benda yang dia tak mampu bagi, sampai kita lupa benda yang dia buat untuk kita hari – hari. Aku sendiri buat macam tu pada suami aku.

Setiap hari aku doa moga Allah ampunkan dosa – dosa aku dan beri aku peluang untuk berubah. Doakan juga Allah permudahkan urusan aku bersalin nanti. Aku tak nak susahkan suami aku lagi. Aku nak dia tahu aku hargai semua yang dia dah buat untuk aku. Syukur Allah bagi aku sedar sebelum terlambat. Terima kasih, abang, sebab jadi suami terbaik di dunia untuk aku. Maafkan semua salah silap aku. Sayang abang dunia akhirat.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5176 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.