
Masa majlis nikah aku dengan isteri kedua berlangsung pun, dia layan tetamu macam biasa. Senyum, salam orang. Tapi lepas je pada majlis tu, semua berubah. Susah nak tengok dia senyum. Semua benda dia buat sendiri, dah tak minta tolong aku. Masalahnya, anak – anak aku pun berubah..
#Foto sekadar hiasan. Hi admin. Aku harap sangat la pembaca pembaca terutamanya kaum isteri ni bantu aku. Aku betul – betul tak faham dengan perempuan ini. Aku bincang elok – elok dengan dia pasal nak nikah lagi. Masa itu reaksi dia biasa saja. Dia macam okey, tak marah, tak banyak tanya. Ayat yang keluar dari mulut dia cuma satu.
“Abang buatlah apa yang abang rasa terbaik.” Aku ingat itu tanda dia betul – betul redha. Masa majlis nikah aku dengan isteri kedua berlangsung pun, dia layan tetamu macam biasa. Senyum, salam orang, uruskan keluarga, tak nampak langsung muka orang terp4ksa.
Ramai yang puji, kata dia kuat, matang, boleh terima keadaan. Aku pun dalam hati rasa lega. Aku fikir semuanya dah selesai dengan baik. Tapi lepas hari itu, semuanya berubah perlahan – lahan. Aku nak tengok dia senyum pun susah. Aku sengaja buat lawak, cerita benda pelik, buat per4ngai b0doh macam dulu.
Dulu kalau aku buat sikit saja, dia dah gelak sampai tak keluar suara. Sekarang langsung tak gelak. Muka dia kosong, reaksi dia h4mbar. Aku mula rasa pelik. Dalam hati aku fikir, aku dah adil kot. Aku dah buat apa yang patut. Aku ajak dia keluar makan. Dia tak nak.
Sedangkan dulu, dialah yang selalu ajak aku keluar makan dengan anak – anak. Kadang – kadang tengah malam pun dia sanggup ajak, janji dapat keluar rumah. Sekarang dia masak sendiri saja. Kalau malas masak, dia pesan makanan atas talian sendiri.
Dulu kalau tak larat masak, dia akan pesan aku beli bungkus. Sekarang semua dia buat sendiri tanpa melibatkan aku langsung. Bab barang dapur pun sama. Selalunya kalau barang habis, dia akan hantar senarai panjang dekat aku. Siap dengan gambar rak kosong. Siap dengan pesan jangan lupa itu ini. Kali ini tak ada.
Dia cuma hantar mesej minta izin nak keluar beli barang. Tak ada arahan, tak ada bebelan, tak ada drama. Paling buat aku pelik, per4ngai dia bila aku balik lambat. Dulu kalau aku balik lewat sikit, satu taman boleh dengar suara dia membebel. Jiran pun tahu aku buat salah apa.
Sekarang, jangan kata balik lambat. Aku tak balik tiga hari pun dia tak marah. Tak tanya. Tak telefon. Tak mesej. Tak cari. Sunyi sepi. Masa tidur pun lain. Dulu dia ada baju tidur khas. Sekarang dia pakai baju lengan panjang, seluar sukan saja.
Bila aku ajak bersama, dia ikut. Dia cakap dia okey saja. Tapi bila dah bersama, rasa dia kosong. Macam main dengan kayu. Tak ada bunyi, tak ada respon. Diam saja. Macam patung. Bila aku tanya, dia jawab perlahan. “Entahlah abang. Sayang tak rasa apa – apa. Sayang dah cuba layan abang, tapi tak ada rasa ghairah. Tak tahu kenapa.”
Nada dia tenang. Tak marah. Tak emosi. Itu yang buat aku lagi takut. Dalam kepala aku terus berfikir, maksudnya dia dah tak bernafsu dengan aku ke. Sedangkan dulu semuanya elok. Dulu ceria, mulut bising, suka mengusik, lawak. Sekarang semua itu hilang.
Aku betul – betul tak faham. Hari itu dia izinkan aku kahwin. Dia kata dia redha. Bila aku tanya sama ada dia marah atau tidak, jawapan dia ringkas. “Taklah.” Itu saja. Pendek. Tanpa penjelasan. Lepas itu dia jadi pendiam. Tak membebel. Tak bising. Tak menegur.
Aku sampai sengaja buat hal. Sengaja cari pasal, nak tengok dia marah. Nak dengar suara dia naik. Tapi dia buat tak tahu. Dia diam saja. Kalau dulu, sikit – sikit nak berdebat dengan aku. Sekarang, apa saja pendapat yang aku bagi, jawapan dia sama. “Ok.” “Yelah.” “Baiklah.” “K.”
Aku jadi tertekan fikir semua ini. Aku tanya pendapat isteri kedua aku sebab dia perempuan. Isteri kedua aku suruh aku siasat, takut – takut isteri pertama aku curang. Aku pun balik rumah isteri pertama dan mula periksa telefon dan komputer riba dia. Tak ada tanda tanda curang. Telefon dia pun tak berkunci. Tinggal merata rata. Semua biasa.
Otak aku jadi jem. Aku tak tahu apa salah aku. Kalau aku balik rumah dan aku tak mula bercakap, sampai ke esok dia boleh senyap. Rumah jadi sunyi. Kalau aku tanya soalan pun, dia jawab sepatah saja. Tak lebih. Yang buat aku lagi sedih, per4ngai anak – anak aku pun berubah.
Dulu bila aku ambil mereka balik dari sekolah, macam – macam cerita keluar. Cerita cikgu, cerita kawan, cerita hal remeh. Sekarang sunyi. Bila aku tanya, jawapan mereka pendek. “Biasa saja.” “Ikut jadual.” Habis cerita. Tak ada sambungan. Terus masuk bilik macam nak lari je dari aku.
Masalahnya sekarang, apa salah aku sebenarnya. Aku berpoligami. Aku adil. Masa nak kahwin pun aku bincang elok – elok. Tak buat senyap – senyap. Tak tipu. Aku cuma rindu momen dulu. Suasana rumah yang riuh, yang meriah, yang hidup. Sekarang semuanya senyap. Dan aku tak tahu macam mana nak hidup dalam sunyi yang aku sendiri tak faham puncanya.
Komen Netizen :
Muhammad Tasyrif : Bini kedua kau itu buat – buat tak faham ke, bro? Dia tak sedar ke dia punca bini pertama kau jadi macam itu? Siap suruh kau siasat. Siap syak isteri pertama curang. Sedangkan isteri pertama kau yang bagi restu kau kahwin, laki dia juga.
Kau pun memang jenis bendul ke, bro? Terlalu lurus ke? Jenis faham hak sendiri saja? Bro, jujur cakap, tak ada perempuan yang betul – betul rela dimadukan. Isteri pertama kau itu bagus sebab dia faham agama. Dia tak halang kau berpoligami.
Tapi dalam dia faham, dia tetap manusia. Dia tak mampu ubah hati dia yang sedih dan kecewa. Kalau tengok layanan isteri pertama kau sebelum kau kahwin, dia sebenarnya seorang isteri yang hampir sempurna. Jaga rumah, jaga anak, jaga suami, jaga perasaan. Semua dia buat.
Jadi persoalan dekat sini sebenarnya dekat kau. Sedangkan kau dah ada isteri yang baik, apa tujuan sebenar kau kahwin dua? Ketepikan hukvm dulu. Kau cuba letak diri kau dekat tempat isteri kau sekejap. Bayangkan tengah kau bahagia dengan isteri kau, tiba – tiba isteri kau minta izin elok – elok nak kahwin lelaki lain.
Lepas itu, bila sampai giliran isteri kau dengan suami nombor dua dia, kau tahu semua aktiviti ber0men yang kau buat dengan dia, semua itu dia buat dengan lelaki lain. Dengan senyuman. Dengan bahagia. Dengan ghairah. Pergi bulan madu. Jalan sana sini. Cuba kau rasa sendiri perasaan itu. Jangan baca komen aku ini ikut hukvm. Baca ikut hati seorang manusia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.