Masa kakak belajar, saya tanggung dia belajar sebab dia harapan keluarga. Tapi lepas kakak kahwin, dia terus tak kerja. Suami pulak minum k3tum

Abang ipar saya ni memang tak berguna dah la duduk kampung saya. lepas tu pergi berhutang dengan kawan – kawan saya kononnya mahu beli susu anak. Sedangkan susu, pampers anak – anak dia, mak ayah saya tanggung. Saya siasat abang ipar saya…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, admin tolong hidekan FB saya. Tujuan saya menulis ni sekadar mahukan pendapat. Saya A, umur 26 dari utara tanah air dan kini menetap di ibu kota. Telah berkahwin 3 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata, dan saya sayang sangat dengan isteri dan anak saya.

Saya bekerja sorang dan saya tiada sijil tinggi sebab tidak habis sekolah. Saya bekerja di bidang swasta, mula dari bawah sejak umur 18 lagi. Kini saya memegang jawatan setaraf dengan orang yang ada ijazah. Saya ada buka perniagaan sendiri dengan sahabat saya, Alhamdulillah rezeki isteri dan anak saya.

Ok masalahnya di sini bukanlah saya, tetapi kakak saya yang telah berkahwin dan sudah ada anak 2 orang pun. Mungkin saya agak bekerja keras dari dulu, berbeza pulak dengan abang ipar saya. Sudah ada anak bini, kerja masih merapu tah apa – apa.

Saya sangat malu dengannya bila saya balik kampung, kawan – kawan saya akan perli saya dengan perangai buruk abang ipar saya. Mungkin gurauan saja tetapi saya akan terasa, tapi saya diamkan saja. Untuk maklumat, kakak saya ni orang yang ada ijazah dan sekarang dia tak kerja.

Orang pandang hina dekat mereka disebabkan lelaki dia. Yalah, dah kahwin bertahun tapi masih naik moto dan mereka tinggal bersama mak saya dan adik bongsu saya yang masih bersekolah. Adik saya seorang lagi belajar di luar negara jurusan perubatan.

Saya dah berbuih mulut tegur kakak saya, suruh ubah nasib, suruh kerja semua. Tetapi lelaki dia tak bagi sebab cemburu membabi buta dia. Takut kerja sekali dengan lelaki katanya. Saya memang tidak bercakap dengan abang ipar saya.

Bagi saya dialah yang merosakan masa depan kakak saya. Saya sedih sangat sebab masa kakak saya tengah belajar, saya yang tanggung kos dia dengan campur – campur duit mak ayah saya yang hanya kerja kampung. Saya jadi geram sangat – sangat dan saya siasat abang ipar saya.

Saya dapat tahu dia kuat minum k3tum dan tipu kakak saya kata bekerja, padahal dia hanya pergi minum k3tum dan lepak dengan kawan – kawan dia. Ikutkan hati nak ja bvnvh dia, tetapi saya kesiankan saya. Dan saya balik beritahu mak dan kakak saya.

Kakak saya tak percaya, malah kata dekat saya. Sedih sangat sebab saya sayang sangat keluarga saya. Kami dibesarkan dalam keluarga yang susah dan dipinggirkan orang kampung. Dan bukannya mahu mengungkit tetapi saya dulu berhenti sekolah oleh sebab mahu bantu kakak saya sambung belajar.

Saya kerja seawal usia 16 tahun, mula – mula kedai makan sahaja. Sebab kakak saya dulu harapan keluarga. Mana taknya sebab belajar pandai dan saya ni bodo jaa. Ok sambung balik kepada abang ipar saya. Lepas kakak jadi macam itu, saya jadi pelik dan macam ikutkan ja laki dia yang tak guna tu.

Saya dengan mak saya ada pergi jumpa ustaz sebab syak kan sesuatu. Saya jumpa 2, 3 ustaz jugak, bukannya satu ustaz. Dan sah kakak saya kena buat dengan laki dia supaya dengar cakap lelaki dia saja. ALLAH, masa itu saya macam hilang sabar bila tengok ja muka abang ipar saya tu, macam mahu rod0ng pis4u ja.

Alhamdulillah saya diberi mak dan isteri yang sentiasa sabarkan saya. Dan saya pun takut dok dalam oiii, ada anak niii. Hahaha. Puas kami berubat dan ustaz cakap susah sebab dah sebati dengan badan kakak saya. Dan dia guna yang Siam punya, ustaz tu la cakap.

Sampai sekarang masih berubat. Abang ipar saya ni memang tak berguna dah la duduk kampung saya, lepas tu pergi berhutang dengan kawan – kawan saya kononnya mahu beli susu anak la apala butuh pak dia. Padahal susu, pampers mak saya dan ayah saya belikan. Hmmm saya geram sangat.

Awal tahun ini perniagaan saya untung banyak sikit, Alhamdulillah rezeki dan saya kongsikan dengan keluarga saya. Saya kesian tengok kakak saya ketinggalan zaman. Saya pun belikan dia Samsung Note. Dia happy sangat, mana taknya dia guna fon bodo ja selama ni. Tapi dekat isteri saya tak lupa dan belikan dia lagi elok laa. Hahaha.

Ok dipendekan cerita, raya baru ni saya balik kampung. Saya pun hairan kakak saya sudah lama tak muncul dalam WhatsApp group family. Saya tanya mak saya pun dia cakap dah lama tak nampak kak saya pegang fon. Balik ja kampung saya terus tanya dia.

Tak rosak dan saya mintak nak repair sebab ada warranty lagi. Dia putar – putar, saya tekan tanya dan dia cakap laki dia ambik. Perhhhh punya bengang. Malam tu saya tunggu laki dia balik, tunggu punya tunggu tak balik. Keesokan harinya saya tengok moto abang ipar saya ada. Tak apa, dia tidur. Saya tunggu dia bangun, lepas tu saya tekan tanya abang ipar saya. Dia bagi alasan cakap tertinggal rumah dia la apa la.

Lepas tu saya suruh dia pergi ambil dan terus dia tak balik rumah kami. Dan dia call kakak bagi tahu dia dah jual fon tu. ALLAH saja yang tahu betapa marahnya saya. Dan sekarang saya dah tak bagi mereka apa – apa. Walaupun kadang – kadang rezeki business saya masuk banyak, saya hanya fokus isteri anak dan mak ayah saya.

Saya banyak bagi duit dekat adik saya yang belajar tu sahaja. Saya dah tak kisah nak bagi apa – apa dekat kakak saya. Dan sebenarnya saya sedih tengok anak kakak saya tu. Mereka kecil lagi dan tak tahu apa lagi. Mereka hidup serba kekurangan dan dapat bapak tak bertanggungjawab. Apa langkah saya seterusnya, apakah patut saya biarkan sahaja ataupun sebaliknya?

Komen Netizen:

Yela Rose : Kesian kakak awak. Sebaiknya pulihkan kakak awak dulu. Kalau dah dapat pulih sepenuhnya baru la ambil tindakan selanjutnya. Kalau dibiarkan saja rasanya no point awak tolong kakak awak. Bukan la kata takde hati perut tapi lagi awal tolong lagi la naik lemak abang ipar awak. Hal – hal anak – anak nanti dia cakap alaaaa pakcik dia ada, apa susah. So kat situ dia akan lepas tangan terus. Dah pernah jumpa orang macam ni. Moga dapat selesaikan dengan cara baik dan secepatnya.

Ummi Sarah Ab Muni : Hmmm kesian betul kakak kau tu. Apalah nasib dapat laki cenggitu. Memang kena ubat sikit pemikiran kakak kau tu. Berubat ke apa lah yang patut. Boleh je teruskan membantu kakak tu, tapi tak perlu bagi material yang boleh laki dia jual. Contoh belikan susu anak saudara tu ke, kan kecil lagi. Bagi beras ke, keperluan dapur. Tak pun ajak kakak tu kerja sekali dengan kau. Apa pun semoga kakak kau tu sedar.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :