
Aku tolong dia sebab nak uruskan status mualaf. Tapi lepas pada tu, dia terus terang suka dekat aku. Padahala aku ni suami orang. Dia janji tak minta apa pun dengan aku asalkan dia ada suami untuk berg4ntung. Sebab tu aku terima dia jadi isteri kedua..
Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Aku nak tulis sambungan seterusnya. Part 2 >>> Isteri dah ada rumah sendiri. Tapi bila aku nak beli rumah lain, dia p4ksa aku letak nama dia juga. Sekarang dia nak rumah lain pula yang dekat dengan tempat kerja.
Dua minggu lepas aku baru balik dari mahkamah kes tuntutan cerai daripada isteri. Hubungan pun dah h4mbar sepanjang tahun ni. Aku mengatakan ‘tak bersetuju untuk bercerai’ ke atas saman tu. Jadi kami masih lagi lah suami isteri. Akan naik lagi lepas ni untuk ke Jawatan Kuasa Pendamai. Yang ni cerita episod lain.
Habis prosiding kami keluar bawa anak – anak jalan – jalan, beli belah dan makan. Kalau tengok mesti nampak biasa dan bahagia. Waktu solat kami berjemaah dengan anak – anak lagi. Tapi bila dah sem4kin malam, anak – anak mula tidur dan masa ni keinginan datang.
Aku tahu dah peratus nak dapat tu tipis tapi aku tanya lah juga, mana lah tahu ada rezeki. Tapi hampa, sampai lah ke pagi ni aku nak mulakan hari pun susah. Dia akan tidur di tempat yang aku tak boleh nak peluk pun. Dia masak dan lipat baju, aku masih di bilik kemurungan. Sampai lah anak ajak teman mereka bermain. Baru aku keluar.
Perlahan – lahan bermula lah hari aku. Basuh kereta, teman anak main dan belajar dan sekejap lagi nak pergi beli belah lagi. Seperti aku cerita sebelum ni aku ni pasangan jarak jauh balik mingguan. Tolak lampu merah, hari boleh solat nak lah aku memenuhi tuntutan batin aku. Ni dah di rumah dua malam, tak merasa pun sebarang kemesraan. Ajak tengok korea pun tak mahu. Tapi beli belah mahu.
Hari ni aku kebosanan dah kembali di tempat kerja. Anak – anak pun dah pergi sekolah. Aku cakap dengan isteri panggiIan pertama, marilah berbual dan berbincang. Tapi dia sibuk itu dan ini. Tak padan dengan hari ahad. Mengisi masa lapang ni aku cerita pasal isteri kedua pula.
Ada yang berkata baik dan ada yang mencemuh kenapa aku kahwin dua. Izinkan aku curi masa tuan puan yang singgah ke catatan ni. Aku kenal isteri kedua aku, kawan kepada pasangan kawan sekerja aku. Masa makan dia selalu berjumpa pasangan dia dan seorang kawan perempuan dia ni selalu ikut sama. Aku pun sama turut teman kawan aku ni.
Beberapa kali berjumpa mesti ada beberapa perkara dibualkan. Pada mulanya hanya hai saja. Aku pun tak tahu nama dan status agama isteri kedua aku ni sebab dia tak bertudung. Sampai kami bercerita tentang keluarga masing – masing. Baru lah aku tahu dia dah pernah kahwin dan sekarang ibu tunggal beranak dua.
Satu hari aku ingin meraikan hari lahir anak dia jadi aku minta nombor akaun bank untuk bank in sejumlah duit. Keliru aku bila dia bagi akaun nama orang lain. Tapi aku hanya diamkan saja. Tak lama selepas tu baru lah aku tanya siapa pemilik akaun tu.
Dia cakap tu memang akaun dia. Terk3jut aku kerana tak sama dengan nama yang dia perkenalkan diri. Jadi aku rasa tak sedap hati dan merenggangkan hubungan aku dengan dia. Entah kenapa aku rasa ingin tahu pula cerita di sebalik nama tu jadi aku pun bertanya kembali selepas beberapa hari.
Dia bagi tahu itu nama bukan Islam dia. Nama yang sekarang nama Islam. Bila aku minta bukti dia tunjukkan kad pengenalan tapi ternyata betul, kad pengenalan dia nama kristian dan masih beragama kristian. Aku tanya ada bukti keislaman tak, dia tak boleh buktikan.
Tapi dia cakap boleh rujuk semula ke pejabat agama di negeri seberang laut tu untuk cari balik rekod dia lafaz syahadah. Cuma aku kena bantu sebab kos pengangkutannya tinggi. Jadi selepas beberapa hari berfikir aku setuju untuk bantu.
Kenapa?
Sebab ni hal ehwal agama kan. Kenapa bila aku tahu, aku kena buat tak tahu pula. Kalau meninggaI nanti tak diuruskan cara Islam. Akhirnya selepas tiga bulan naik turun majlis agama, pesuruh jaya sumpah dan Jabatan Pendaftaran Negara, dapat lah keluarkan kad keislaman dia dan kad pengenalan baru untuk dia dan anak – anak dia.
Selepas tu semua rekod di bank dan jabatan tempat kerja ditukar nama dan status agama. Tiba lah masa aku nak tinggalkan tempat tu sebab dah nak habis projek. Dia cakap dia suka aku. Dia tahu status perkahwinan aku ni suami orang. Tapi tak p4ksa pun aku.
Aku lah yang rela hati, kerana aku lebih tahu dia yang sebatang kara tiada ibu bapa dan saud4ra. Aku ada perasaan senang berkawan dengan dia, kesian juga. Dia janji tak minta apa pun dengan aku asalkan dia ada suami untuk berg4ntung.
Banyak hal sebenarnya, kelas – kelas agama dia dan anak dia aku uruskan pendaftaran mereka. Perebutan hak jagaan dia dengan bekas suami dia aku selesaikan. Bekas suami dia rela hati lepaskan hak selepas kami berjumpa lapan pasang mata, aku, isteri kedua, bekas suami dan isteri baru dia.
Selepas kahwin kini dah lima tahun aku dan isteri kedua juga pasangan jarak jauh. Bertemu sebulan ke dua bulan sekali. Kami memang jauh dan kos berhubung mahal serta komitmen kerja masing – masing. Alhamdulillah dikurniakan anak bersama.
Lima tahun, per4ng sudah berdamai sudah. Dalam lima tahun ni baru tahun ni kami tak jumpa kedua – dua keluarga kerana masalah aku dengan isteri pertama yang sangat berat tahun ni. Isteri kedua beri laluan aku selesaikan dulu masalah aku.
Banyak dah berubah.
Isteri muda ni tak muda, umur dah 40an. Tua dari aku dan tua lagi dari isteri pertama. Dulu tak bertudung sekarang sudah bertudung. Dulu tak pandai mengaji sekarang dah pandai mengaji. Dulu makan di luar sekarang dah masak sendiri.
Bagaimana aku tanggung dia walaupun gaji aku dah habis, Allah buka rezeki aku. Rumah sewa aku pecah dua bilik tak pernah kosong sejak lima tahun lepas. Aku suruh dia urus dan ambil semua pendapatan tu. Dulu berjalan kaki ke tempat kerja sekarang dah ada kereta kami beli hasil titik peluh kami sendiri buat meniaga dalam talian.
Penutup cerita, aku dulu tak pernah fikir nak isteri lain selain isteri pertama yang aku cintai ni. Tapi sebagai lelaki kita ada peranan kita, peranan yang orang perempuan susah nak faham. Kepada wanita wanita lain yang perlu bantuan, bukan wanita saja susah nak terima takdir ni, aku yang lelaki pun rasa berat dengan apa yang aku tanggung.
Tapi aku dapatkan nasihat nasihat ustaz untuk mengukuhkan iman mengatakan Allah dah tetapkan rezeki, jodoh pertemuan, ajaI m4ut dan tempat kita dikebvmikan dari Loh Mahfuz lagi. Nak kata aku bernafsu besar, aku tetap pasangan jarak jauh dengan kedua dua isteri aku. Dalam konflik rumah tangga aku dengan isteri pertama, aku tahu dia makan hati sebab aku kadang – kadang dah hilang fokus kepada dia. Tapi aku hargai dan syukuri kesabaran dia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.