Isteri marah sebab aku tak benarkan ibu aku jaga anak – anak

Ibu aku sedar yang rumahtangga kami bergolak sebab ibu duduk dengan kami. Ibu memohon ampun kepada isteri aku kerana tidak mampu menjaga anak – anak kami. Luluh hati aku bila ibu berkata begitu dan seperti menyemb4h isteri aku supaya jangan meninggaIkan aku. Satu hari aku dengar ibu berdoa..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca dan admin. Terima kasih admin sudi siarkan luahan aku. Tak terungkap dengan kata – kata, tak ternilai seribu bahasa, apa yang aku ingin luahkan di sini. Aku hampir giIa jika tidak ada tempat untuk meluah. Terima kasih Admin kerana sudi siarkan luahan aku ini.

Aku seorang suami dan juga anak lelaki tunggal kepada seorang ibu yang sudah tua dan uzur. Azie, isteri yang paling aku sayangi, mengahwininya adalah satu anugerah yang Maha Esa. Permulaan hidup kami indah bagai di syurga.

Waktu itu arw4h Ayah aku masih ada dan ibu masih sihat tubuh badan. Kami dikurniakan anak kembar lelaki dan perempuan semua berjalan dengan lancar dan akulah insan yang paling bertuah kerana memiliki keluarga yang sempurna.

Sehinggalah covid19 mer4gut kebahagiaan kami sekeluarga. Allah mengambil ayah aku kembali disaat kami belum bersedia. Ibu terselamat dari wabak durj4na itu dan aku mengambilnya dan duduk di rumah kami. Permulaannya perjanjian hanya untuk sementara waktu, tetapi kesihatan ibu sem4kin merosot kerana depr3si, aku tidak dapat meninggaIkannya keseorangan.

Syukur aku bekerja sendiri, aku dapat meluangkan masa dan menjaganya di rumah sendiri. Mula – mula isteri aku Azie dapat menerima ibu di rumah. Dua bulan pertama ibu menjaga anak – anak kami. Dan Azie cukup gembira.

Tapi apabila kesihatan ibu merosot, aku meIarang dari menjaga anak – anak kami. Dan itu menyebabkan Azie bermasam muka. Dia merungut kepada aku, sudahlah kos kehidupan kami bertambah kerana ibu berada di sini, anak – anak pulak terp4ksa dihantar ke taska kembali kerana ibu sudah tidak mampu menjaga mereka.

Azie pulak anak kesayangan ibu dan bapa mertua. Sejak dulu lagi bapa mertua aku memang meIarang Azie bekerja hatta di rumah pun dia diIarang memasak. Aku tidak kisah kerana memang tanggungjawab seorang suami untuk menyediakan semua.

Dan aku tidak risau dengan rezeki aku kerana keberkatan menjaga ibu aku merasakan rezeki sem4kin bertambah. Tapi tidak bagi Azie. Hari – hari dia balik ke rumah ibunya kerana rimas ibu aku di rumah. Para pembaca sekalian. Adakah aku sebagai suami yang gagal?

Adakah aku berdosa kerana aku tidak dapat menjaga dua – dua hati wanita yang paling aku sayangi? Ibu sem4kin muram dan tahu rumahtangga kami berantakkan dan mohon untuk kembali ke rumahnya. Ibu pulak yang memohon ampun kepada Azie kerana tidak mampu menjaga anak – anak kami.

Luluh hati aku bila ibu berkata begitu dan seperti menyembah Azie supaya jangan meninggaIkan aku. Katanya lagi, nyawanya hanya tinggal sedikit dan dia risau akan diri aku kalau aku bercerai dengan Azie. Aku akan keseorangan.

Ya Allah ya Tuhanku. Setiap kali didalam solat aku memohon supaya dilembutkan hati Azie. Azie tidak perlu pun untuk menjaga ibu dan memasak untuknya kerana aku melakukan semua kerja di rumah ini kerana ingin menjaga hati kedua – dua wanita ini.

Ibu hanya perIukan sedikit masa dengan aku dalam keadaan covid19 seperti ini, manalah aku mampu untuk tinggalkan ibu di Terengganu dan kami di Negeri Sembilan? Aku dengar tangisan ibu di biliknya agar nyawanya diambil supaya tidak menjadi masalah kepada aku.

Demi Allah ibu adalah ratu hati aku dan ini adalah tanggungjawab aku untuk menjaganya. Untuk Azie aku telah lakukan segalanya untuknya. Tapi mungkin ada kekurangan yang aku tidak sedari. Aku sudah cuba untuk bercakap dengannya tetapi dia tetap meletakkan syarat kepada aku untuk menghantar ibu pulang ke Terengganu.

Para pembaca sekalian, aku mohon pendapat kalian tak kira negatif atau positif kerana aku tidak mampu luahkan kepada sesiapa kerana ingin menjaga aib. Aku maafkan semuanya sekiranya cerita aku memberikan pendapat negatif.

Dan aku jugak ingin meminta maaf sekiranya cerita aku ini menyebabkan ketidakselesaan para pembaca terutamanya wanita. Sekian corehan hatiku.. – Farizi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Madamme Que : Confessor. Tolong tegas dengan isteri. Toksah duk pujuk rayu. Tegas, tapi berhikmah la. Jangan tengking. Cakap baik – baik dengan nada tegas. Ibu awak bukannya ada karenah. Wife awak dapat mertua yang baik pun seribu rahmat.

Kenapa tak bersyukur? Sekelumit pun kasih sayang dan perhatian awak tak berkurang pada wife walaupun mak awak di rumah. Kalau saya jadi awak pun saya tetap akan hantar anak ke taska / pengasuh sebab tak tergamak biar mak saya jaga anak – anak saya dengan usia sebegitu.

Main dengan cucu, takpe. Mengasuh, no. Kesian. Tak sampai hati. Tegaslah dengan wife awak. Suatu hari dia juga akan uzur. Andai anak lelaki dia mengabaikan dia nanti, apa perasaan dia? Kalau masih berdegil juga, tak salah saya dalam Islam, boleh asingkan tidur dari isteri untuk bagi pengajaran kat dia secara halus. Betulkan saya kalau tersalah. Kalau keras kepala jugak. Cakap kat dia. Ramai lagi yang boleh terima awak dan mak kat luar sana.

Zharif Zahid : Selagi ibu tt masih hidup, tanggungjawab terletak pada tt. Sedih bila ibu mendoakan supaya dipendekkan nyawanya. Sebagai anak lelaki dan suami tt perlulah bertegas. Nasihat orang umah, supaya memberikan tauladan dan contah yang baik pada anak – anak.

Bila usia kita sudah lanjut tt dan isteri akan lalui situasi yang sama. Anak baru 2, isteri pun tak bekerja. So sama – sama la menjaga. Lagi 1 tt pun bekerja sendiri. Banyak masa boleh habiskan bersama. Kalau boleh solat berjemaah, awak imamnya.

Ajak sekali anak – anak dan ibu serta isteri. Insya Allah lembut hati isteri. Mohon pada yang esa, supaya ibu diberikan kesihatan yang baik. Bila em0si ibu stabil insyaallah kesihatan akan bertambah baik.

Ema Hashim : Senang nya hidup jadi isteri awak ye. Hadiahkan jelah seorang pembantu untuk dia utk tolong jaga anak – anak awak di rumah. Takpun carikan jelah madu sorang baru terduduk isteri awak tu. Kalau sampai anak dah besar tapi masih kuat complain pasal ibu mertua sendiri yang tua dan keseorangan.

Dia sejenis tak ada empati, jangan nak letak harapan tinggi sangat yang isteri tu boleh berubah 360 darjah. Awak pon terIampau baik dan isteri terIampau dimanjakan. Tengok gaya kalau awak tegur dan nasihat pon sama je, lagi dia lari balik rumah mak pak dia ada ler.

Norizan Mamat : Salam, Ades, berbeIah bagi betul. Azie mesti cantik sangat putih gebus dan macam puteri puteri gitu. Hmmm.. Nak jadi h4mba isteri selamanya? Proceed, walau ibu meninggaI. Dia bukan ibu contoh yang baik untuk anak – anak kita.

Kesian kat anak. Hmmm… kalau makcik dapat menantu bersyarat pemalas macam tu, awal lagi masa minang makcik reject. Bawa la diri korang, makcik dok rumah orang tua pun tak apa dari mengadap menantu yang macam ni.
Semoga menantu makcik seorang yang baik dan tolak ansur.

Madira Zafirah : Memang aib lah kalau orang tahu betapa busuknya hati isteri awak. Tapi takpe lah. Awak jangan peningkan kepala. Tetaplah jaga mak awak selagi dia masih ada. Biarlah bini awak selalu balik rumah mak dia selagi dia nak.

Awak tetap jalankan tanggungjawab awak sebagai anak dalam pada masa yang sama tak kurang pun tanggungjawab awak sebagai suami. Itu dah cukup untuk awak selagi awak berusaha untuk keduanya. Buat solat hajat.. Minta Allah permudahkan urusan awak dan minta Allah aturkan jalan terbaik untuk kehidupan awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.