Suami merajuk bila saya tegur dia pasang lagu, sambil karaoke masa kenduri tahliI arw4h mak

Sekarang saya PJJ dengan suami sebab saya kerja di KL. Saya yang sara suami dan keluarga mertua sebab diorang semua tak kerja. Baru – baru ni suami cakap dia geIi dengan saya sebab badan berlemak. Dia pun tak suka makan dengan anak – anak saya sebab hanya anak tiri..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong hide profile diri saya ya. Salam semua warga facebook, saya nak minta pendapat. Saya sudah berumahtangga sekitar 4 tahun dan kami masih belum dikurniakan anak dengan suami kedua saya ni.

Sebelum ni saya sudah pun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Nak lanjutkan cerita, kisah rumahtangga saya sekarang ni betul – betul buat saya rasa down. Banyak peristiwa yang buat hati saya sangat – sangat terIuka.

Selama kami kawin suami saya tak ada kerja tetap, usia 4 tahun perkahwinan hanya 10 bulan suami dapat kerja. Itu pun gaji kena tipu lagi. Saya berusaha kerja ke hulu ke hilir untuk mencari nafkah. Anak kadang saya tinggalkan dengan kakak sebab saya tak harap suami yang jaga, maklumlah anak tiri kan.

Lagi pulak dia memang tak dapat nak jaga sebab alasan yang tak munasabah. Saya pernah kerja di KL untuk menyara keluarga hampir 2 tahun, setiap 6 bulan saya akan balik Sabah untuk uruskan hal anak – anak dan jumpa suami.

Masa cuti hanya 1 minggu ke sebulan, kemudian saya balik KL kerja lagi. Disebabkan suami saya bukan la warganegara, oleh itu dia tak dapat nak ikut saya kerja di KL atau kerja bebas macam org lain. Macam ni lah rutin hidup saya menyara keluarga sendiri dan  juga keluarga mentua.

Akhirnya suami tetap juga tak nampak apa yang saya k0rbankan untuk dia. Saat PKP ni saya s4ngkut di rumah tak dapat Kerja di KL lagi. Jadi saya cari altenatif lain untuk cari duit. Saya niaga online di rumah. Kadang – kadang pendapatan tu ada, kadang – kadang tak ada tapi tetap juga kalau ada duit lebih saya kirim pergi kampung untuk mak mentua kerana semua ahli keluarga suami saya tak berkerja.

Kedua orang tua saya pun sudah meninggaI. Jadi sekarang saya bertahan sendiri untuk semua ni. Dijadikan cerita saya kadang – kadang tak faham kenapa  saya boleh sayang sangat dengan suami saya ni. Pertama sekali, saya kahwin memang dia dah tunjuk belang.

Bila g4duh mesti dia akan lari rumah sepupunya. Lepas tu dia call saya minta ambil. Kedua, waktu orang tua saya hidup, masa tu saya bertanggungjawab menjaga arw4h mak. Yang paling membuatkan saya sedih tak terkilan suami tak suka mak saya.

Mak s4kit selalu buat bising, walaupun sebenarnya saya pun kadang – kadang str3ss juga. Suami lari balik kampung mak dia. Dua bulan duk kampung mak mertua, dia call saya minta kirim duit sebab dia nak balik. OK saya kirim lagi.

Bila arw4h mak meninggaI, waktu tu ada kenduri tahliI hari yang ke-3, suami boleh plak lari balik kampung mak dia lagi sebab saya marah. “Mak baru je meninggaI, kenapa suami pasang lagu lepas tu berkaraoke.” Kalau masa tu saya sorang sahaja tak apa.

Suami melaIaklah macam mana sekali pun saya tak Iarang. Tapi ini ada ahli keluarga lain dekat rumah. Saya nak jaga air muka dia tapi dia marah saya pulak. Jadi waktu kenduri arw4h hari ke-7, 20, 40, suami tak ada, dia kat kampung mak dia.

Selesai kenduri suami telefon suruh balik kampung mak dia pulak. Saya pun ikutlah cakap suami saya tu duduk kampung mak dia. Saya pergi bandar cari kerja tapi tak ada yang terima saya bekerja alasan usia saya yang dah tua.

Saya pinjam duit dengan kakak, abang, adik saya untuk buat modal sikit – sikit buat jualan tapi masih juga hidup kami susah sebab saya sorang sahaja yang cari duit semua dalam rumah tu saya yang tanggung. Lepas tu saya cuba cari iklan kerja di FB, alhamdulillah dapat tawaran kerja di KL.

Saya pergi KL, sampai KL duit poket hanya RM8 sahaja. Alhamdulillah sebab bos sedia tempat tinggal dan saya boleh buat pinjaman. Hidup saya aman seketika, kerjalah saya mencari nafkah. Tapi sekarang saya tak kerja lagi, hanya duduk di rumah PKP ni.

Pernah suami mengadu dengan mak dia kalau saya badan saya berlemak dan suami tak suka makan dengan anak – anak. Dia geIi, dia malas tengok muka kami. Ya Allah. Hati saya betul – betul h4ncur.. Apa saya nak buat umur saya 35 tahun sedangkan suami masih muda, umur 28 tahun.

Kadang – kadang saya rasa dunia ni betul – betul tak adil. Sebelum kahwin, sedang hangat bercinta, dia kata tak pandang usia, tak kisah cantik buruk, tapi sekarang saya betul – betul rasa terh1na. Apa yang saya perlu buat?

Takkan dengan usia macam ni saya nak bercerai jadi janda lagi. Saya nak juga beli krim muka beli ubat kurus memandangkan ada perut yang saya nak isi semua tu saya tolak tepi. Otak saya betul – betul buntu.

Komen Warganet :

Seri Haniee: Kenapa takut jadi JANDA sedangkan pernah jadi JANDA. Kenapa takut jadi single sedangkan sekarang pun kerja bagai nak m4mpus sorang – sorang. Baik ko sayangkan anak – anak ko dari ko SAYANG biawak hidup.

Usia tu cuma angka. Cantik tu sementara. Aku ni dah 15 tahun menjanda tak pulak m4ti KESEPIAN. Cuba la pikir apa yg ko buat sekarang ni MEMBUANG MASA DAN TENAGA. Baik single cari duit happy kan diri sendiri dan anak – anak.

Anna Mathilda Song Jular : Puan fikirlah baik – baik dan kemudian awak tolak benda yang paling menyusahkn dalam hidup awak. Hidup ini tak mudah puan. Perlukn peng0rbanan kalau nak berjaya. Cari kerja simpan duit pun bukannya senang tapi awak jangan putvs asa yer.

Awak niaga online boleh jalani hidup ini dengan anak – anak biarpun takda orang tua tapi ahli keluarga yang lain masih adakan. Jalani hidup ini dengan baik puan sebab awaklah tempat sand4ran anak – anak. Anak tu umpama modal puan. Suami awak tu boleh jer kerja cari duit untuk makan kot. Buat apa mengharap pdaa suami kalau tak dihargai.

Wilma Mb : Bagi pendapat saya la kan. Kalau dah pernah cerai, tolonglah cari kriteria pengganti yang jauh lebih baik / lebih sedikit daripada bekas pasangan tu. Kalau kau cari pasangan yang banyak ktiteria gagal maka hidup kau pun akan gagal.

Untuk apa kahwin kalau susahkan hidup? KAHWIN ITU UNTUK BAHAGIA, KALAU SENGSARA BAIK LAH SINGLE. Saya yang dah nak masuk 7 tahun Janda pun, relax je.

Saiful Nin : Jangan takut Allah kan ada. Jangan risau kalau kita status J sebab sekurang – kurangnya kita dah ada zuriat yang akan menemani menguruskan kita waktu kita tua. Kalau takde sesiapa kat dunia ni, kita tiada anak ke, tiada ibu, tiada orang yang nak uruskan kita tu memang kene pikir juga lah.

Sebab dah tua siapa pula nak uruskan kita takkan adik beradik depa pun ada tanggungjawab masing – masing jangankan kita rumahtangga orang lain porak peranda. Ha tu yang kita kene risau. Ni dah ada anak. Esok anak dah besar diorang la pula jaga kita.

Yang penting dari mula kene ajar anak – anak dan kita sendiri solat na. Solat tu adalah ibu segala kunci di dunia hingga ke akhir4t. FAHAM TAK MAKSUD KUNCI. MAKSUDNYA ITU LAH YANG MENJAMIN ANAK – ANAK KITA BERJAYA DALAM HIDUP, SENTIASA MENGHORM4TI ORANG TUA, TAHU ASAL USUL, BILA M4TI TU LAA KUNCI KITA KE SYURGA. TAKDA KUNCI DUDUK LA DEPAN PINTU. WALLAHUALAM.

Kak Nieniey : Allahu.. Sesak d4da baca cerita sebegini. Tiada nasihat untuk diberi cuma didoakan tt tidak terus diperb0dohkan oleh lelaki yang bergeIar suami. Amin..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.