
Dalam 2 tahun ni, aku pelik mak mertua tak pernah datang rumah aku. Masa isteri balik bercuti dengan keluarga dia pun, nampak lain. Aku dapat guna cap jari isteri untuk buka HP. Allahuakbar. Subahanallah, Astaghfirullah . Terkejut aku. Nak pengsan, tangan ketar. Jantan tu selalu datang rumah mertua..
#Foto sekadar hiasan. Ini kisah yang terjadi pada diri aku. Bagaimana isteri yang dikahwini 12 tahun curang dan melakukan zina dengan jantan baru dia kenal 2 tahun. Kisahnya begini. Aku dan isteri hidup aman bahagia. Rumah mertua aku jaraknya 3 jam dari rumah aku.
Dia orang PCB, area Kg Baru berdekatan Masjid An Nur. Aku orang Hulu Kel. Jadi tiap – tiap minggu dia balik rumah mak dia di PCB. Jadi atas dasar kepercayaan aku benarkan dia balik atas dasar jumpa mak dia. Isteri aku ni tak bekerja. Aku yang sara dia tapi dia lebih muda dari aku 10 tahun. Aku berumur 40-an.
Aku siang malam kerja mencari rezeki untuk keluarga. Dulu aku ambil isteri aku ni dari kalangan orang yang susah, semua aku bayar majlis termasuk hantarannya. Jadi aku ni kerja agak baik dan kehidupannya mewah dengan aku. Segala – galanya dia dapat. Beli emas pun beratus gram.
Tempat mana aku tak bawa dia bercuti luar negara dah pergi walaupun Indo. Sabah dah bawa. So kalau dalam negara tak payah cerita lah, semua tempat pergi. Makan hotel mewah, makan mewah – mewah dah jadi azali buat dia. Erti kata dia tak pernah rasa susah sebab aku kerja sendiri dan pendapatan agak baik.
Aku ada jentera berat. Biasa aku balik kerja aku duduk rumah. Aku tak suka lepak kedai makan atau keluar jumpa kawan – kawan. Bagi aku rumah aku syurga aku. Sepanjang 12 tahun aku dikurniakan 2 cahaya mata perempuan. Jadi berbalik pada cerita tadi. Sepanjang 2 tahun dia ulang-alik.
Tapi ada masa minggu cuti aku bawa dia bercuti, kehidupan macam biasa. Pada bulan April tahun ni dia beritahu nak pergi bercuti sama keluarga dia. Mak dia, adik beradik perempuan. Ayah dia tak ada sebab sakit tenat tapi tak duduk bersama mak dia.
Mungkin mak dia halau sebab duduk asing – asing dengan mak dia. Keluarga dia ramai perempuan. Jadi rumah dia semua adik beradik perempuan dia. So aku benarkan. Tak ada masalah sebab pergi dengan keluarga. Masa dia bercuti dia hantar gambar dekat aku. Dia ada dengan keluarga dia.
Tapi mak dia, adik beradik dia tak datang rumah aku hampir 2 tahun. Aku pun agak pelik kenapa datang tak singgah, balik pun tak singgah. Suruh aku ambil isteri aku di kedai. Malam tu isteri balik rumah aku tengok dia macam pelik.
Telefon dia memang ada lock, aku tak dapat buka tapi malam tu dia tidur nyenyak. Aku dapat guna cap jarinya untuk buka. Setelah berjaya. Allahuakbar. Subahanallah. Terkejut aku. Nak pengsan, tangan ketar. Dalam keadaan terkejut aku sempat copy WhatsApp dia dengan jantan tu.
Dalam telefon tu jantan tu siap ada sekali dengan family nya. Lebih menyedihkan sebelum cuti di KL. Dia bercuti di Pulau Pinang sama – sama sekali. Gambar mesra bersama keluarga dia. Sedangkan dia masih isteri aku yang sah. Sampai hati keluarga ni buat aku macam ni.
Dalam video dan gambar macam mana kekasih kesayangan yang agak mesra. Di KL dia dan jantan itu siap check in hotel lain untuk bersama. Macam mana ini boleh berlaku. Rupanya aku dibodohkan. Teringat masa beraya di rumahnya tahun ni.
Aku siap beli mercun habis RM1k. Bagi duit raya buat mak dia rupanya semua tu sandiwara. Selepas aku beraya pertama raya, kedua aku balik rumah aku. Jantan tu dah datang beraya sama – sama keluarga dia. Hebat permainan mak dia. Jantan tu tiap – tiap hari datang rumah mak dia.
Macam – macam jantan tu bawa. Jantan ni umur beza 1 tahun je dari isteri aku. Kerja kilang Rome Wako di Pengkalan Chepa. Kerja gaji yang agak besar sebagai orang yang ada jawatan. Mak dan bapa dia seorang cikgu. Mak dia ustazah.
Rupanya percutian Pinang dan KL serta Genting Highland jantan ni bersama dah. Lebih mengejutkan aku dalam perbualan WhatsApp dia check in resort 3 malam berturut – turut, satu bilik. Macam mana mak dia boleh izinkan benda ni sedangkan dia tahu anaknya ada suami yang sah.
Lebih mengejutkan lagi perkara tu berlaku ketika anak perempuan aku turut berada di situ. Seronoknya dia berzina sampai pagi. 3 malam berturut – turut di rumah area sekitar rumah maknya. Bagaimana dalam keluarga Islam benda ni boleh berlaku.
Malah masa bercuti adik beradik perempuan dia terlibat sama. Masa cuti di KL, dia tak tinggal bersama keluarga tapi check in berasingan. Mak dia boleh izinkan. Setelah aku dapat copy WhatsApp, aku simpan bukti – bukti ni. Esoknya aku terus ke Pejabat Agama.
Tapi Tuhan permudahkan aku. Siap isi borang. Kebetulan hakim di mahkamah ada dan panggil aku. Teruskan cerai dia. Dalam tempoh idah jantan ni tak serik, masih bawa bini aku dan lakukan zina berulang kali. Masih keluar masuk rumah mertua aku.
So masa dalam edah aku rujuk dia sebagai isteri balik hanya semata – mata nak dia cabar di mahkamah. Sebelum cerai ada tak aku pernah ceraikan dia sebelum ni. Memang dia tak berani sebab aku tak pernah ceraikan dia tapi dia mengamuk sebab aku lafaz rujuk.
Nanti aku akan lapor kes ni ke Pejabat Agama dan mungkin aku akan saman jantan tu. Saman sivil. Tapi kisahnya macam mana orang Islam sanggup buat subahat lakukan zina demi nafsu adik beradiknya dan anak perempuan. Cerita ini benar. Dengan ini aku bersumpah “Demi Allah” (Wa Allahi), “Demi Tuhan yang jiwa aku di tangan-Nya”, demi Al-Quran dan Rasul Muhammad s.a.w apa yang aku ceritakan ini benar dan baru sahaja berlaku.
Komen Netizen :
SharpZebra8346 : Panjang ceritanya nasib baik jalan cerita sedap. Kahwin dengan orang muda ni memang biasa dia curang kat belakang. Dia anggap awak sebagai ATM bergerak saja. Saya tak rasa keluarga dia tahu yang anak dia berzina. Kalau diorang tahu pun, diorang dah nasihat tapi anak dia jenis tak mendengar.
Anonymous participant 605 : Saya hanya mampu peluk dan tepuk belakang kasi semangat kepada bro. Sebagai lelaki, kita juga sedih. Insyaallah ada yang lebih baik untuk kau bro. Bersabar lah, sujud cari Allah. Kalau perlu, bawa diri ke Kaabah buat umrah. Luah sepuasnya kepada Dia yang Maha Esa.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.