Saya hidup pun cukup – cukup makan je tambah lagi dah 2 kali PKP. Saya ada uruskan tentang i-sinar, saya cakap dekat isteri saya nak belikan dia emas dalam RM1000 tapi jawapan dia buat saya tersentuh s4kit..
#Foto sekadar hiasan. Salam min, aku nak kongsi kisah aku dan isteri, ceritanya begini. Hari tu aku ada terbaca di ruangan apa saya lupa dah, tapi tentang seorang isteri meluahkan rasa tentang sikap ipar duainya, suami dan mak mertua. Kisah tu seperti perilaku adik – adik perempuan saya dan juga perilaku mak saya. Saya akui mak saya sedikit kesal masa majlis perkahwinan saya 2 tahun lalu, kerana isteri saya tidak mengikut permintaan sebeIah pihak kami. Kakak ipar saya berkata, boleh jeee tapi korang tambahlah wang hantaran lagi. Malu saya min sedangkan wang hantaran pun isteri saya yang tambahkan di luar pengetahuan keluarga kami.
Saya berkenalan dengan isteri selama 6 tahun, selama tu dia selalu support kekurangan saya. Kami kerja swasta je, kerja biasa – biasa. Kami dah berkahwin selama 2 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat. Saya tahu dia kecil hati dengan sikap mak saya dan kadang – kadang adik – adik saya tapi dia tetap layan mereka dengan baik. Kami bekerja di bandar tapi ada juga kami balik kampung dan kami satu daerah, jadi senang sangat kalau balik kampung bersama. Tapi isteri saya tak selesa sangat kalau tinggal kat rumah kami, rumah keluarga saya sebab rumah kami kecik je, bilik tak banyak. Saya sendiri pun tak ada bilik. Kalau balik kampung adik lelaki saya terp4ksa keluar dan isteri saya jadi serba salah.
Saya ni hidup pun cukup – cukup makan ja. Musim PKP ni dah 2 kali dan isteri masih bekerja seperti biasa berikutan tempat kerjanya tidak jauh dari tempat tinggal kami. Rumah pun atas ehsan bos dia, bil air api bos dia bayar. Saya hanya masuk cuci kaki je. Isteri saya dah lengkapkan isi rumah tu hasil duit dia sendiri. Isteri bekerja bahagian store hanya 3 orang dalam office dan mereka hanya memerlukan khidmat online sepanjang tu. Gaji dia berjalan macam biasa, berbanding saya banyak kerja terbengkaIai samalah gaji saya.
Baru – baru ni saya uruskn i-sinar saya cakap kalau duit tu keluar nanti saya nak belikan awak gelang emas harga RM1k lebih mana – manalah yang awak suka untuk membaIas jasanya yang mungkin saya tak akan terbaIas sampai bila – bila. Jawapan dia membuatkan hati saya tersentuh s4kit min. Isteri saya cakap, “saya tak perlukan emas, awak simpanlah untuk urus keperluan diri awak sendiri, bagi mak ayah awak, yang penting nafkah dan duit dapur sahaja. Saya ok je tak ade emas.”
Sedangkan dia ada je gelang cincin emas cuma dia tak seberapa taksub nak pakai. Tapi saya sedih sangat – sangat jawapan dia. Isteri saya ni jenis free hair, tu yang mak saya nak sangat dia pakai tudung. Pernah dia cakap nanti saya bertudunglah. Saya pernah ada masalah di tempat kerja, waktu masih bertunang, masa tu saya kat kampung. Adik saya call dia minta tolong pinjam duit nak RM4k, isteri yang hulurkan. Allahuakbar, kadang – kadang saya malu jadi suami yang tak berkemampuan tapi dia redha. Setiap bulan dia dahulukan bagi mak ayah dia kat kampung dan tak lupa mak ayah saya. Sedangkan saya tak pernah bagi mak bapak dia duit, malu besar saya.
Ada masa wang saya k0pak dia tetap tambahkan segala kekurangan. Saya selalu juga nasihatkan adik-adik saya janganlah asyik – asyik tayang emas dekat FB tu nanti ada yang r0mpak habis korang. Saya belajar nak jadi suami yg baik dan berkemampuan tapi rezeki belum menyebeIahi saya.
Semoga covid-19 berlalu dengan cepat. Saya akan lebih berusaha membaiki keadaan.. saya tahu isteri saya hanya diam dan jarang berkongsi duka Iara hatinya. Doakan saya menjadi suami yang akan memperbaiki keadaan diri kalian semua.
Buat isteriku maafkan abang yang belum dapat membahagiakan mu, maafkan juga kalau kadang – kadang abang terkasar dengan sayang. Terima kasih yang terbanyak kerana tak pernah meminta emas dan permata dari abang. Maaf kisah ini lebih panjang tapi saya hanya pendek kan kerana saya pun pakai fb isteri saya tanpa pengetahuan dia. Semoga Allah panjangkn usia kami dan di kurniakan zuriat suatu hari. .Aamin. Terima Kasih admin.
Komen Warganet :
Esti HaijGie : Untung dik dapat isteri macam tu. Hargailah dia. Akak doakan semoga rezeki adik berjalan lancar dan dipermudahkan. Semoga rezeki akan bertambah baik. Nanti kalau dah senang sikit jangan pulak kau lupakan isteri kau sekarang dan merenyam dengan pompuan lain. Aku pangg kang aaa.
Ctnazirah Aziella : Nasihat saya, isteri ni awak bagi lah k3jutan, tak perlu tanya nak bagi itu ini. Sebab apa? Isteri akan serba salah nak ambik ke tidak yang awak nak hadiahkn tu sebab tahu kewangan keluarga. Kalau betul – betul nak hargai tak perlu la tanya, beli je diam – diam. Percaya la mesti dia nangis terharu bila dapat hadiah dari suami. Cerita awak ni tengok isteri yang banyak tolong family, jadi bila ada rezeki lebih, diam – diam belikan hadiah untuk dia.
Salbiah Sarbini : Belilah dia apa – apa hadiah pun mahal ke murah bukan masalahnya, Tak pun gelang emas tu dia cakap tak nak tapi perempuan ni selalu cakap sebaliknya sebab tak nak susahkan dan bebankan suami. Pemberian dari suami akan buat dirinya dihargai dan disayangi. Rajin – rajinlah berkomunikasi baru hubungan tu m4kin erat..
Wati Alisha Adam : Mungkin isteri anda open minded (fikiran terbuka dan mat4ng). Dan mungkin juga cara dia sama macam saya dan juga ada sebahagian sama macam isteri awak juga. Tak mengira mana – mana bab. Tapi ada kalanya tak boleh lari dari berkecik hati. Orang macam kami ni cukup, rasa bahagia dengan kasih sayang, kepercayaan serta sentiasa ada rasa boleh dibawa berbincang jika ada sesuatu.
Jangan menyorok – nyorok hal yang remeh. Paling pant4ng, jangan cuba – cuba nak bersalah sangka. Jika ada rezeki lebih, cukup bagi je kat isteri untuk disimpan. Semoga awak dan isteri dikurniakan zuriat nanti. Soal cara hidup isteri, bukan keluarga awak yang menentukan tapi awak boleh tegur cara baik, inshaallah..
Fa’thy Imah : Awak kata awak keluarkan duit i-sinar kan? So awak buatkan la 1 bilik kat umah mak awak tu khas untuk awak jika balik kampung nanti. Pintu bilik tu kunci supaya tiada orang lain yang masuk bila awak tiada. Soal awak nak hadiahkan barang kemas kat isteri awak tu sepatutnya jika awak niat nak hadiah tak perlu kot bagitau isteri awak, beli jelah kat dia. Perempuan ni hati dia lain, dia tahu tahap mana kemampuan awak tu pasal dia cakap macam tu. Jadilah suami yang bertanggungjawab ya.. Jangan biarkan maru4h isteri awak orang pij4k – pij4k. Pasal pakai tudung tu nasihat isteri awak slow – slow, hadiahkan dia tudung, lama – lama nanti dia akan berubah juga.
Puan Nur Raihan Jamalludin : Semoga rezeki awak sentiasa mengalir seperti air yang sentiasa mengalir. Semoga awak sentiasa diIimpahkan rezeki yang luas. Harap awak jangan abaikan nafkah untuk wife awak, berilah dia nafkah walaupun nilainya ckit.. syukur wife awak sanggup susah senang dengan awak.. tolong hargai dia dan jaga hati, perasaan dan maruah dia sebagai isteri…