Jadi pelajar miskin aku nekad mencuri dekat kedai runcit. Bila aku pergi semula nak bayar ‘hutang’, pakcik tu tolak

Aku pelajar miskin nak beli sabun pun tak mampu. Bila kawan mandi bau wangi, aku teringin. Aku mencuri dekat kedai runcit sebeIah sekolah. Habis sejuk kaki tangan masa mencuri. Bila tiba masa aku bayar ‘hutang’, aku terus terang dekat pakcik tu. Tak sangka ini yang pakcik tu buat dekat aku. Ampunkan aku, Ya Allah..

#Foto sekadar hiasan. Ini kisah saya sebagai anak orang miskin. Saya tak tahu nak mula dari mana, mungkin kisah ni agak panjang dan akan ada beberapa bahagian. Harap ada yang sudi membaca. Asal dari sebuah kampung di Pantai Timur, adik beradik 8 orang.

Ayah kerja sendiri, macam – macam kerja ayah buat. Tukang rumah, men0reh getah. Kadang – kadang ayah pergi singapura jadi buruh binaan kat sana. Mak kadang – kadang bantu ayah men0reh getah. Saya selalu teman ayah mak pergi men0reh pagi – pagi, berbekalkan tea o panas dan bekas ubat nyamuk.

Kenapa saya yang teman? Adik bradik lain tak teman ke? Saya anak ke 6, kakak – kakak, abang – abang saya semua dah sambung belajar tinggal kami 4 beradik yang masih sekolah kat kampung. Dan saya memang suka teman mak pergi men0reh getah sambil tolong kutip sekerap.

Adik beradik kami boleh dik4tegorikan agak cemerlang dari segi akademik. 7 dari 8 adik bradik kami semua lepasan universiti. Abang sulong tak sambung belajar sebab nak kerja bantu mak ayah. Saya lahir tahun 1985. Dulu akhir 80-an, kakak saya anak kampung yang pertama berjaya sambung belajar Universiti dan jadi anak kampung pertama dapat PHD.

Mak bangga sangat sanggup bergolok gadai. Jual tanah, jual lembu untuk support perbelanjaan. Kami adik – adik kat kampung selalu ik4t perut bila kakak mintak duit. Owh… kami tak ada kereta. Nak pegi mana – mana ayah akan cari kereta jiran dan bayar tambang ataupun sewa.

Kami ada sebidang tanah pemberian atuk beIah mak. Sayangnya mak pada tanah tu sampaikan mak menangis teresak – esak masa proses jual beli tu. Saya tengok dengan mata sendiri mak pejam mata rapat – rapat masa ambil duit.

Part lembu plak, lembu tu hak abang saya. Yang tu abang saya plak yang menangis. 3 – 4 hari gak la merajuk mak ajak makan nasi po. Tak nak. Lembu tu dapat hasil ‘pawah’. Orang pantai timur mesti paham maksud ‘pawah’.

Pawah tu maksudnya, abang saya tolong jaga lembu orang kampung, sebagai upah anak lembu yang pertama dilahirkan akan dapat kat abang, anak lembu ke-2 akan dapat kat tuan punya asal. Bergilir – gilir. Proses tu akan berterusan sampai abang tak jaga dah lembu tersebut.

Begitulah ceritanya macam mana kami ada lembu. Setiap hari pegi sekolah tanpa duit saku, bawa bekal air kosong yang direbus guna kayu api. Wangi tau air yang dimasak guna api. Bau ASAP tu fuhhh. Dapat yang sejuk lagi terasa sampai ke perut tapi masa tu mana ada peti ais. Hahahah..

TV mesin basuh semua memang takde kat rumah kami. Masak nasi pon guna dapur kayu. Kayuh basikal sejauh 3km pergi, 3km balik setiap hari. Jadi, sejak sekolah rendah saya suka berniaga. Yelakan nak cari duit buat belanja kat sekolah.

Jual kacang sira, kerepek pisang, roti sapu jem 20sen sekeping. Laju je jualan habis. Sehari habis 1 plastik tu. Duit tu la buat belanja kat sekolah. Mak tak ambil duit tu. Memori zaman sekolah rendah tak banyak tapi yang paling saya ingat dan buat saya down yang teramat adalah semasa cikgu buat lawatan ke langkawi sponsor dari tuan syed mukhtar Al bukhary masa tu untuk anak – anak terpilih yang cemerlang kat sekolah.

Awalnya saya terpilih, beria saya berniaga kumpul duit. Petang kayuh basikal jaja buah ciku, kutip belakang rumah. Nanti pegi sana mesti kene bawak duit saku kan. Tapi 3 hari sebelum bertolak, cikgu panggil saya dan kata kan pada saya nama saya tidak terpilih, terp4ksa digugurkan sebab subjek bi saya selalu teruk.

Saya menangis semahu – mahunya. Rupanya tempat saya digantikan dengan tempat anak cikgu, yang baru pindah masuk ke sekolah tak sampai pon sebulan lagi. Hari diorang bertolak pegi langkawi, saya pergi skolah. Pagi lepas subuh kayuh basikal laju – laju.

Dapat tengok bas gerak dan lambai kat kawan – kawan yang pergi tu, sedih yang teramat. Sejak kejadian tu saya member0ntak, saya ponteng kelas, meIawan cikgu, berg4duh dengan kawan. Terutama budak laki sebab diorang selalu bahan saya berangan nak pegi lawatan tapi tak dapat.

Sampai la habis skolah darjah 6 dan keputusan UPSR keluar. Walaupon member0ntak buat per4ngai, alhamdulillah saya adalah di antara pelajar yang cemerlang. 4A1D. D tu subjek BI. Bermulalah permohonan ke sekolah asrama penuh, Mrsm dan macam – macam lagi.

Tapi semua tak berjaya sebab result BI teruk. Mak taknak hantar saya kat sekolah berdekatan dengan kampung. Nak jugak hantar ke sekolah berasrama. Akhirnya saya dapat tawaran sekolah di bandar yang dik4tegori sekolah kluster / bestari.

Kiranya sebut je nama skolah tu, semua orang tau yang masuk sekolah tu budak – budak ‘bijak’. Bermula la kehidupan saya di sekolah menengah. Daftar masuk asrama tingkatan 1, mak ayah hantar dengan kerete sewa je.

Tengok pelajar lain yang daftar bermacam – macam barang yang dibawa. Siap baldi bakul dan lain – lain, saya? Beg seketui je. Duit saku mak bagi RM5. Allah, tolak duit tambang balik nanti siap – siap RM2. Baki tu je yang saya boleh guna buat belanja.

Bab makan tak kesah sangat insyallah, tapi dah la daftar tak bawak apa – apa, lepas ni nak basuh baju macam mana. Sabun pon takde. Usah cakap sabun mandi, sabun basuh baju pon takde. Dengan duit RM3 tu saya pergi koperasi beli barang asas.

Sabun buku seketul masa tu 50sen, sabun mandi popinjay cap burung kaler hijau tu. Wangi teramat. Pakai la jimat – jimat. Betapa berjimatnya, sampaikan sabun tu mampu bertahan sampai habis semester. Ok, Lepas daftar mak terus balik tak naik sampai ke dorm pon sebab ada hal nak kene selesaikan.

Adik – adik tinggal kat rumah mintak jiran yang tengokkan. Jadi tak boleh la tinggal lama. Berdiri la kat koridor sambil perati mak ayah hantar anak – anak diorang. Seronokkan. Kiri kanan penuh barang ada yang sampai kene turun naik 2 – 3x la angkut barang.

Locker yang diberikan setiap pelajar, saya punya je banyak ruang kosong. Serba sehelai je bawak, tshirt, baju kurung, seluar track suit. Semua sehelai. Pemberian jiran selepas tahu saya dapat sekolah berasrama. Sampaikan pernah saya bersukan petang pakai baju kurung dan seluar tracksuit sebab baju tshirt basah tak sempat kering.

Seronok dan bangganya dapat masuk sekolah kluster / bestari. Rupanya di sebalik bangga tu sebenarnya ‘baIa’ untuk saya sebagai anak orang miskin. Yuran PIBG mahal sampai ke sudah saya tak mampu bayar. Rajin pulak sekolah buat kelas tambahan walau pon baru tingkatan 1, kene bayar lagi. Pon saya tak mampu.

Buku – buku tambahan memang saya tak boleh beli. Memang 100% berg4ntung pada buku teks yang dibekalkan. Cikgu usahakan sampai la saya dapat biasiswa kerajaan. Setahun 300, dapat 2 kali, jadi setiap semester dapat la RM150.

Tapi buku bank cikgu yang pegang, setiap kali perIukan duit saya kene hadap cikgu dulu. Jadi tak boleh berbelanja sewenangnya. Hari pertama saya datang bulan saya menangis semahu – mahunya. Bukan takut tapi memikirkan mana nak cekau duit nak beli pad.

Seluar dalam pon masa tu ada sehelai je. Masa tu pad yang dulu – dulu tu 1 pack rasanya tak sampai pon RM2. Tapi saya memang tak mampu. Akhirnya saya tebalkan muka jumpa warden. Nak dijadikan cerita, warden saya masa tu sejenis yang garang suka berkurung dan tidak mesra pelajar.

Jadi jika ada masalah memang tak berani nak mengadu. Tapi Alhamdulillah warden bagi pad. Miskinnya saya bukan setakat seluar dalam pon tak mampu beli. Baju dalam pon saya tak ada. Nasib baik juga saya sejenis berbadan kecil.

Sampai tingkatan 3 pon kadang – kadang je pakai bra. Sekarang saya akan ceritakan part yang paling teruk dalam hidup saya. Oleh kerana pakaian dalam semua tu saya tak ada, setiap kali cikgu buat spot check memang saya akan kene.

Setiap hari Ahad selepas perhimpunan, semua pelajar dikehendaki berbaris. Seorang demi seorang cikgu atau pengawas akan cek kami pakai ke tak singlet, kain dalam. Dan semestinya saya di antara yang kene tangkap.

Hukuumannya. 1 kesalahan 1 libasan r0tan kat betis. Saya selalunya akan dapat 3x libasan. Setiap ahad mesti saya kene. Lama – lama saya jadi kebal. Sebelum kene tangkap saya masuk siap – siap barisan mereka yang bakal dapat hukuuman. 3 libasan senyum je..

Mesti ada yang tertanya tak mintak duit dengan mak ke beli barang tu semua. Duit biasiswa yang dapat tu pegi mana. Mintak… Tapi jawapan yang selalu saya dapat. Tunggu mak kutip getah sekerap dulu. Nanti dapat duit mak bagi.

Tunggu punya tunggu tak sampai – sampai. Bila mintak lagi dah katanya bagi kakak – kakak. Kakak – kakak kat uni lagi memerIukan. Saya kat sekolah makan minum sekolah bagi jadi mak cakap tak risau sangat. Untuk pengetahuan semua, 3 orang adik beradik saya pada tahun tersebut berada di universiti. Serentak.

Ye la. Anak lahir dekat – dekat. Tak banyak lebihan biasiswa atau tajaan yang diorang dapat lepas tolak yuran pengajian. Tapi kakak – kakak, abang tetap hulur kat mak ayah semampu yang boleh. Bukan tidak bantu langsung.

Lagi satu, mak ayah men0reh getah bukan kebun getah kami sendiri. Mak ayah menoreh getah orang kampung, hasil jualan seminggu sekali bahagi 2. Tak banyak pon. RM7.50 pon penah dapat. Lag – lagi bila tiba musim bah/tengkujuh, langsung tak boleh men0reh. Jadi memang duit yang ada tak cukup.

Duit biasiswa? Duit tu bukan boleh keluarkan sebarangan sesuka hati. Dan duit tu saya dah banyak keluarkan bagi mak buat modal tanam padi. Beli benih padi la. Racun padi la. Setiap kali mak mintak tolong nak pinjam saya tak sampai hati nak tolak.

Jadinya duit biasiswa memang jarang saya dapat merasa. Dek kerana memang tak mampu nak beli, saya kutip pakaian, peralatan menulis yang saya agak orang dah tak nak. Termasuk la pakaian dalam. Dekat ampaian, kalau yang jatuh – jatuh dekat seminggu tak berangkat pada andaian saya mesti orang dah tak nak. Saya kutip.

Ye saya kutip basuh bersih – bersih. Saya pakai. Bila saya pakai pemilik asal nampak. Di situ la bermulanya hidup saya yang penuh h1naan. Bermula saat itu, mereka rupanya berpakat. Semua pemilik baju dan barang yang saya pernah kutip tu dah jadi satu kumpulan.

Pada malam tu saya diser4ng beramai – ramai dalam dorm. Diherdik dih1na dah la miskin, mencuri. Dah miskin tu buat cara miskin. Ada hati nak pakai barang mahal. Saya diam sahaja sebab saya tau memang salah saya.

Malam tu semua barang yang saya kutip tu diorang ambil balik. Tapi benda paling menyedihkan, dah ambil barang tu ingatkan diorang simpan. Rupanya dibuang ke tong sampah. Geli katanya nak guna bekas saya. Semenjak dari hari kejadian, saya dicop sebagai pencuri.

Ke mana – mana semua pandang saya semacam. Tiada yang berani tegur dan bercakap dengan saya. Turun makan pon semua menjauh. Masa tu dah hampir hujung tahun. Saya bertahan sampai lah tamat tingkatan 1. Cuti bulan 12, hostel mesti dikosongkan.

Orang lain datang dijemput mak ayah. Saya? Angkut barang sendiri jalan ke simpang jalan besar sejauh 500 meter. Balik dengan teksi sendiri. Masuk tingkatan 2, saya dah ada kawan baik 2 orang. Diorang ni tak duduk asrama jadi mungkin diorang tak tahu kejadian ‘mencuri’ tu.

Kami sem4kin rapat, lama kelamaan kawan baik saya mohon untuk masuk asrama jugak dan permohonan lulus. Saya seronok yang teramat sebab nanti kat asrama dah ada kawan. Macam biasa, bila hujung minggu (turn outing) saya la yang akan jadi penunggu asrama.

Yang lain ada yang keluar ‘outing’, ada mak ayah datang ambil. Bila petang balik asrama, masing – masing penuh barang kat tangan. Saya? Dari tengah hari bawak ke petang layan tidur, tersedar bila diorang start bising bercerita beli apa pergi mana. Seronok tengok masing – masing muka ceria.

Kat sekolah, nak tutup ‘kelemahan’ saya jadi nakal. Ditangkap tak pakai kain dalam, dengan bangganya cerita dengan kawan. “aku memang tak suka pakai kain dalam / singlet. Tak selesa” . Nakal je tau. Bukan budak jahat. Ada latihan sukan, saya ponteng balik tidur asrama.

Sebab takde kasut sukan sebenarnya. Lagi satu sayang nak lenjan kasut sekolah takut rosak. Tapii. Dalam masa yang sama, ada seorang cikgu dapat kesan kelebihan saya sebagai pemain bola t4mpar. Saya dipilih dan dilatih sampai ke peringkat negeri tau.

Suatu hari, tiba masa turn outing lagi. Saya seperti biasa jadi penunggu. Selesai urusan cuci jemur semua baju sekolah saya sambung tidur. Sedar – sedar dah petang. Tiba – tiba kecoh, saya baru bangun dari tidur masa tu.

Kawan baik saya tanya betul ke saya ambil. Saya tak faham. Ye la baru bangun tidur tiba – tiba ditanya soalan macam tu. Rupanya ada barang hilang. Ingat tak, dulu kan ada ‘walkman’ untuk radio sahaja, kecik je sebesar 3 jari je saiznya.

Kalau kat pasar malam harga RM10++ tak silap. Masa tu tahun 90an memang famous la benda tu. Benda tu la yang hilang. Dan locker tuan punya barang yang hilang tu bersebeIahan dengan locker saya. Berbekalkan rekod buruk sebelum ni, ditambah lagi saya je yang tak keluar outing maka tanpa diberi peluang, saya dituduh sebagai pencuri untuk kali kedua.

Dan kali ni lagi teruk. Kawan baik saya sendiri hampir percaya saya yang ambil. Ye la kan, bukti yang ada ditambah rekod buruk sebelum ni menguatkan lagi bahawa memang saya la pencurinya. Sumpah demi Allah kakak – kakak semua.. saya tak ambil.

Saya tak curi dan tak pernah pon terpikir nak pakai benda tu sebab saya sedar diri yang saya tak mampu nak pakai benda – benda macam tu. Menangis sampai bengk4k mata pon memang tak merubah pandangan mereka.

Jadi, malam tu lepas sembahyang maghrib berjemaah di surau. Semua dipanggil turun ke surau. Semua ni dibuat tanpa pengetahuan warden. Semua ketua asrama (senior tingkatan 5) yang uruskan. Mereka buatkan 1 bulatan besar dan mereka bacakan surah yassin be ramai – ramai.

Saya dip4ksa duduk di tengah bulatan bersama dengan beberapa botol air kosong. Lepas bacaan Yassin saya dip4ksa minum air tersebut, sebelum minum saya ditanya lagi ambil ke tidak ‘walkman’ tu. Saya tetap dengan pendirian yang saya tidak ambil.

Saya dengan berani minum air tersebut kononnya kalau saya menipu saya akan termakan sumpah. Diorang masih tidak puas hati. Lepas solat isyak saya dipanggil lagi skali. Saya disuruh bersumpah sambil junjung alquran.

Saya diarak beramai – ramai dari 1 dorm ke 1 dorm untuk buat sumpahan sambil junjung Al-quran. 5 dorm kesemuanya. Selesai ‘upacara’ tersebut saya tetap berdegil tidak mengaku. Ketua asrama dah kehabisan idea. PukuI 9 kami dikehendaki turun ke bilik prep untuk ulangkaji.

Jadi kejadian tersebut berhenti setakat itu. Tapi saya betul – betul sedih menangis sampai sembab muka. Paling sedih kawan baik saya mula menjauh. Mungkin tak sampai hati jadi diorang tak join masa saya diarak angkat sumpah tadi.

Tidak tahu dari mana keberanian datang, masuk je bilik prep saya berdiri di hadapan mereka. Dengan suara serak dan sebak saya cakap “DEMI ALLAH, SAYA TAK AMBIL BENDA TU. SESIAPA YANG MENUDUH, FITNAH DAN PERCAYA SAYA YANG AMBIL BARANG TU KITA JUMPA KAT AKHIR4T. MASA TU KITA BOLEH TAU SAPA YANG AMBIL. LAGI – LAGI YANG NAK EXAM, YAKIN KE BOLEH JAWAB SOALAN LEPAS FITNAH DAN ANIAAYA ORANG”

Malam tu saya tak dapat ulangkaji, seorang demi seorang datang jumpa saya minta maaf. Termasuk kawan baik saya 2 orang. Saya tak salah kan kawan baik saya, sebab dengan bukti yang ada dan rekod buruk saya tu sesiapa pon boleh berubah fikiran dan percaya saya yang mencuri.

Saya tak terfikir pun nak pergi mengadu dan cikgu pun mungkin tak perasan kerana saya tak pernah tunjuk yang saya ni miskin. Pakaian saya kemas rapi walaupon dah agak lama. Sekali pandang memang tak nampak macam anak orang miskin.

Tambah bila baju sentiasa dicelup nila baju. Eh.. ada plak duit beli nila baju ek. Nanti saya ceritakan bagaimana saya dapat nila baju tu ye. Waktu rehat cikgu tak benarkan berada di kelas, disebabkan duit tak ada memang harapkan makan kat kantin asrama je.

Jadi saya banyak mengelak pergi kantin. Kadang – kadang kawan baik saya belanja. Takkan hari – hari orang nak belanjakan. Kadang – kadang saya menyelinap balik tidur dan makan makanan saki baki yang ada kat dorm.

Selalunya saya simpan biskut – biskut yang pihak kantin sediakan waktu malam lepas prep (ulangkaji waktu malam). Kebanyakan semua dah penat mengantuk memang ramai tak turun ke kantin. Jadi saya simpan biskut – biskut tersebut.

Waktu balik makan kat asrama kadang – kadang saya tertido lebih daripada waktu rehat, dah kira kategori ponteng la kan. Mungkin disebabkan itu juga dan kenakalan saya yang buat cikgu tak berminat nak bantu. Maaf kalau ada cikgu – cikgu yang terasa.

Saya tak salahkan cikgu – cikgu sekolah saya dulu, semua tu salah saya. Tidak cuba mendekati cikgu. Saya malu nak mengadu domba. Selepas kejadian saya diarak mengangkat sumpah sambil menjunjung Al-quran, sejak tu la hati saya jadi keras, pemarah, pantang dibuIi.

Tidak kira lelaki perempuan. Masuk tingakatan 3, dah seniorkan. Tambah ada geng di sisi. Buat sekolah macam sendiri punya. Rasa bosan saya balik tidur asrama. Memang hobi saya tidur sampai la sekarang. Kene Iibas kat betis tu makanan dah.

Tapikan dalam dok buat jahat tu, saya ni suka bergerak sorang – sorang. Mungkin sebab tu la cikgu tak perasan setiap kali ketiadaan saya dalam kelas. Lagi satu, per4ngai paling teruk yang saya pernah buat ialah mencuri.

Saya tak curi duit orang, saya tak curi barang kawan – kawan kat asrama. Saya nak beli tak mampu. Jadi saya curi kat kedai runcit sebelah sekolah. Saya curi syampo, ubat gigi, mandian, pencuci muka, deodoran dan ada la lagi.

Masa buat aktiviti tu memang sejuk kaki tangan ye. Setiap kali mencuri saya rasa nak munt4h. Takutttt sangat – sangat tapi saya teringin. Setiap kali mandi tengok kawan mandi pakai mandian yang wangi, terbit dihati ingin memiliki.

Masa tu femes betul skincare clean & clear dan krim safi, temulawak. Selalu tengok je kawan – kawan pakai. Tapi yang tu saya tak berani curi sebab kat kedai item tu selalunya tersimpan dalam almari kaca. Sebelum ni saya kutip baju yang jatuh kat ampaian tu tak rasa takut sebab saya andaikan orang dah taknak. Sebab dah berminggu – minggu jatuh, tak diambil. Tapi kali ni saya betul – betul mencuri.

Masa tu perasaan teringin mengatasi sifat asal saya yang sejenis berusaha sendiri. Saya tau, tu semua bukan alasan untuk menghalalkan apa yang saya dah buat. Saya khilaf. Tamat peperiksaan PMR. Alhamdulillah, result PMR tak mengecewakan.

Mak taknak ikut masa ambil result sebab mak cakap saya akan gagal. Yela. Berkali – kali kene panggil mengadap cikgu disiplin dan kaunseling. Mana ada orang nakal jahat macam ‘mung’ ni berjaya. Saya tau mak dah kecewa dengan saya.

Dan, Alhamdulillah jugak sebab keputuusan saya agak memberangsangkan. 6A2B. Cikgu – cikgu pon tak percaya dengan keputuusan saya. Tapi macam biasa, budak nakal mana cikgu nak rai kan.. Tiada sorang pon cikgu datang ucapkan tahniah walaupun bukan dapat straight A.

Lepas ambil keputuusan, saya balik tunjuk kat mak ayah. Mak buat tak tau je. Lega sebab mak tak membebel marah – marah dah. Masuk tingkatan 4, saya dah taubat tak nak mencuri dah. Saya dapat idea nak beniaga, saya cakap dengan mak, nak bawak apa – apa nak jual kat kawan kat asrama.

Maka timbul la idea jual kerepek ubi dengan kerepek pisang. Pisang muda disagat dan digoreng, salut dengan gula halus, garam. Malam tu jugak saya dengan mak bertungkus lumus sampai tak tidur. Sebab esok dah nak kene balik asrama dah. Sampai Iuka – Iuka la jari tersagat skali.

Modal tak besar pon, sebab ubi dan pisang memang ayah tanam belakang rumah. Balik asrama jualan saya laku keras. 2 hari dah habis stok. Saya tambah jual lolipop dan gula – gula packing dalam plastik seal pakai lilin.

Seminggu dapat la dalam RM40-50. Dapat la buat belanja beli barang keperluan. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Tingakatan 5 (tahun 2002), kakak saya dah tamat belajar dan dah kerja. Masa tu rumah dah mula perlahan – lahan ada dapur gas, peti ais (1 pintu kaler hijau).

Tak lama lepas tu kakak belikan mesin basuh. Boleh dik4takan kakak banyak bantu mak ayah. Masa tu mak ayah dah kurang kerja faktor umur dan kesihatan. Makan mnum adik – adik, kakak banyak bantu masa tu. Sebab tu sampai sekarang saya hormat kakak saya macam mak saya.

Owhh.. lupa part baju nila tu kan. Bila tiba hujung minggu, hari jumaat pagi – pagi adalah aktiviti cuci baju kasut sekolah. Kawan saya cukup suka nila kan baju, kasut stokin pon dia celup nila. Dengan baju – baju saya skali dia nila kan termasuk baju kawan baik saya yang lagi sorang. Baik kan dia.

Dah rendam nila tu. Tak boleh perah. Nanti warna tak sekata. sangkut pakai hanger biarkan kering sendiri. Tak boleh jemur bawah matahari, kene letak tempat teduh nanti warna tak sekata. Banyak betul pantang larang.

Petang nanti dah kering kalau warna tak sekata dia sanggup basuh dan celup lagi sekali tau. Saya yang tengok pon rasa letih. Tiap – tiap minggu macam tu. Sanggup ponteng kelas kalau warna nila tak sekata. Tapi saya hentam je. Alahai rindunya dia.

Tamat SPM, sementara tunggu keputuusan saya mintak ngan mak nak kerja kat bandar. Mak tak bagi, mak cakap, “nanti kat bandar kekgi tak jadi manusia mung.” Mak bagi modal beniaga. Saya masak kuih – muih, saya hantar ke kedai – kedai kopi berhampiran.

Lebih 10 kedai kopi sekitar kampung. Alhamdulillah 2 minggu jualan dapat kumpul hampir RM500. Seronok bukan kepalang. Dek kerana kenakalan kejahatan yang saya dok buat kat sekolah dulu, result SPM saya dik4tegorikan ‘lepas makan’ je.

Harapan nak IPTA memang jauh sekali. Owh, teringat masa cikgu mintak duit RM10 nak beli no pin kat BSN untuk isi borang UPU. Masa saya nak serahkan duit tu, cikgu cakap, “awak pon nak mohon jugak ke? Lepas SPM nanti kahwin je lah. Perabis beras mak ayah awak je bela anak macam awak ni.” Cikgu tu tak salah. Saya yang salah.

Cikgu kata macam tu mungkin dah hilang sabar, kepercayaan, harapan terhadap saya disebabkan per4ngai huduh saya sebelum ni. Namun, lepas berkata – kata cikgu tetap bantu saya buat permohonan UPU. Dan seperti yang cikgu jangka, memang saya tidak dapat sebarang tawaran langsung dari mana – mana IPTA.

Mak dah mula bising. “Dalam ramai – ramai anak aku, mung sorang je masuk tingakatan 6. Mak nak tengok mung pakai jubah macam kakak – kakak, abang.” Saya cuma layak ke tingakatan 6 sahaja. Tapi masalah besar ialah saya dapat aliran sains.

Macam mana nak teruskan aliran sains, semua subjek sains SPM pun cukup – cukup makan je lagi-lagi matem4tik tambahan (jadi beng4p mungkin sebab derh4ka dengan cikgu). Merayu dengan cikgu nak tukar aliran cikgu tidak benarkan maka terp4ksa teruskan tingkatan 6 aliran sains cuma ada di bandar besar (ibu negeri salah sebuah negeri di pantai timur).

Nak ulang alik harian jauh dan sah – sah tak mampu. Tambang bas sehala RM4.50 masa tu, jadi terp4ksa cari bilik sewa dan lagi sekali B4LA datang. Dapat ‘roomate’ (juga rakan sekelas) yang sangat – sangat ‘open minded’.

Saya namakan roomate saya tu sebagai Siti (bukan nama sebenar ye). Setiap malam siti keluar, subuh baru balik terus siap – siap pergi sekolah. Saya yang dari awal tidak berminat nak teruskan belajar lama kelamaan mula terpengaruh dengan siti.

Suatu malam, siti minta saya temankan dia keluar. Siti bonceng motor dengan teman lelaki. Saya memang tak pernah ada teman lelaki (dulu hitam hangus rentung sebab kerap berjemur latihan bola t4mpar). Jadi, dia aturkan sepupunya (lelaki) datang ambil saya.

Kami ronda bandar dengan moto berkuasa tinggi malam tu. Duit takda tak risau semua ditanggung. Sejak hari itu, boleh dik4takan hampir setiap hari setiap kali Siti nak keluar saya temankan bonceng motor sepupunya. Dalam masa yang sama Siti perkenalkan pula dengan seorang duda umur 40an.

Dengan duda tersebut la saya dilayan bak puteri. Sebut je nak apa, nak makan apa tak sampai setengah jam sampai depan rumah sewa. Saya pertama kalinya dapat handphone hadiah masa hari lahir. Masa tu nokia 3310 cukup famous.

Namun saya syukur, Alhamdulillah walaupon saya dilayan sebegitu tapi kami tidak pernah buat perkara yang tak elok. Suatu hari, duda tersebut berterus terang dengan saya. Selepas keluar beberapa kali dengan saya dia dapat lihat saya bukan la jenis perempuan liar.

Beberapa kali beliau uji saya dengan menawarkan barangan mahal tapi saya tolak. Beliau rasakan bahawa saya ‘budak baik’, jadi beliau tidak mahu masa depan saya dirosakkan, dia taknak saya tersasar jauh kalau lagi lama berkawan dengan si Siti.

Diceritakan kesemuanya a hingga z siapa Siti sebenarnya. Rupa – rupanya, siti ni dikawal ketat oleh mak ayah beliau, kalau nak keluar hanya boleh keluar dengan sepupunya sahaja. Jadi saya diperkenalkan sebagai timbal balik, upah kepada sepupunya apabila setiap kali siti keluar dengan teman lelakinya.

Juga upah untuk tutup rahsia segala aktiviti daripada pengetahuan mak ayah siti. Yang paling saya tak boleh terima kenyataan sepupu siti tu adalah suami orang yang mana pada masa tersebut isterinya tengah sarat mengandung anak ke3.

Terketar – ketar saya bercakap dengan isteri jantan keparat tu. Allahuakbar.. Kak, ampun kan saya, saya tak tahu kak, kalau saya tau sumpah saya tak layan suami akak. Siti bagitau saya sepupunya tu bujang. Tak boleh saya bayangkan perasaan isteri jantan keparat tu sepanjang saya dok keluar dengan suami dia.

Balik malam tu saya berfikir semasak – masaknya. Lepas solat istikharah saya nekad untuk berhenti tingakatan 6. Saya langsung tak bagitau keputuusan saya pada Siti. Esok pagi saya buat alasan tak sihat, jadi siti pergi ke kelas seorang.

Saya kemas baju dan barang, tak sampai sejam siap semua. Saya balik rumah dengan teksi. Handphone saya m4tikan. Simkad saya patahkan. Saya ‘buang’ semua yang berkaitan siti termasuk duda tu. Saya nekad, kali ni tak kisah dapat tawaran dari mana – mana pon saya akan terima.

Masa tu memang banyak tawaran kolej swasta sampai kat rumah. Sampai kat rumah saya buka semua surat tawaran. Mak nampak, dan awal – awal lagi mak bagi amaran. “Mung nok blajo kolej mak takde duit, kalu mung nok g jugok mung bayor sendiri.”

Akhirnya dalam banyak – banyak tawaran yang sampai, saya pilih satu. Saya cakap kat mak, takpe mak nanti saya kerja lah lepas kelas. Mak marah tapi mak tak halang. Mak langsung tak bantu saya buat persiapan ke kolej.

Mesti mak kecewa dengan anak mak yang degil ni kan. Berbekalkan duit hasil jualan kuih dulu, saya beli tiket bas, saya call kakak (masa tu kakak dah kahwin). Kakak pun sama macam mak, berbakul – bakul nasihat tapi saya tetap berdegil.

Saya cuma mintak tolong hantarkan je sebab kolej tersebut dekat dengan tempat kakak. Saya tak baca detail pon berkenaan kolej tu, yang buat saya pilih sebab saya ada nampak logo IPTA kat surat tawaran. Tapikan, betapa Allah masih sayangkan saya, Allah gerakkan hati saya untuk pilih dan buat keputuusan yang boleh saya katakan tepat.

Rupa – rupanya kolej yang saya pilih tu adalah kursus Pra Diploma yang dianjurkan oleh IPTA, di bawah tajaan MARA (terima kasih MARA). Bukan setakat makan hostel ditanggung, malah dapat elaun sebulan RM250. Saya akan belajar di kolej tersebut selama 2 sem (1 tahun).

Jika saya dapat mengekalkan keputuusan yang baik saya layak untuk sambung diploma di IPTA tersebut. Lagi sekali saya bersujud syukur. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah setahun kemudian, saya berjaya tamatkan pengajian kat kolej tersebut dan layak sambung pengajian dia salah satu Universiti di KL.

Cuti 3 bulan sementara menunggu surat dari tawaran IPTA saya merantau cari kerja. Akhirnya pasaraya di bandar Jitra Kedah jadi pilihan. Pasaraya Yawata Jitra Kedah. Ada orang Jitra ke kat dalam ni. Jangan tanya kenapa sampai ke Kedah, kekgi panjang pulok ceritanya.

Dapat call dari mak katanya surat tawaran sampai, jadi saya berhenti kerja terus balik kampung. Mak masih tak percaya saya dapat sambung diploma. Kalau kakak – kakak, abang – abang, sebelum ni setiap kali dapat tawaran ke universiti berseri muka mak.

Siap buat kenduri kesyukuran lagi tapi bila turn saya, mak buat derkkkk je. Takpe mak, kakak tak kesah pon. Mungkin mak takde duit kot masa tu. Mak belikan 2 tiket bas. Sehari sebelum pendaftaran saya dengan mak naik bas ke KL.

Ayah tak ikut jaga adik – adik kat rumah. Kat KL kakak yang yang no 2 tunggu kat sana. Macam biasa cuma bawak beg baju seketui ja. Alhamdulillah kali ni kakak belanja barang – barang keperluan. Gaji masa kerja tak banyak mana pon, tolak sewa tolak transport jadi tak banyak yang boleh buat simpanan.

Selesai pendaftaran maka bermula la kehidupan saya sebagai mahasiswi. Duit tajaan tolak yuran pengajian, tolak yuran hostel berbaki dalam RM400 lebih, universiti kembalikan kepada pelajar. Dengan RM400 tu la saya hidup kat sana.

1 semester lebih kurang 4 bulan. Jadi saya asingkan siap – siap. Setiap bulan saya tidak boleh belanjakan lebih dari RM100. Pagi – pagi sarapan roti sahaja. Tengah hari, beli nasi kat cafe ambil nasi kuah banyak – banyak. Balik hostel bahagi 2.

Malam nanti boleh makan lagi skali. Begitu la rutin sampai hujung sem. Saya percaya ramai yang lalui situasi macam saya masa belajar kat university kan. Stok mee segera wajib ada. Di sekolah saya rasa saya je anak orang miskin, kat university ramai yang senasib dengan saya rupanya.

Jadi sesekali kami berkongsi makan apa yang ada. Tapi sayangnya, ada sesetengah dari mereka mula lupa diri bila berada di bandar. Rasanya tak perlu saya ceritakan detail. Alhamdulillah, pengalaman sebelum ni buat saya berjaya tepis anasir – anasir yang tak sihat.

Masuk sem 2, saya mula cari kerja partime. Masa tu kerja yang paling senang dapat ialah sebagai waitress kat hotel – hotel atau ikut orang katering. Pernah tak pembaca semua tengok waitress angkat dulang yang bulat besar tu sampai senget – senget bahu.

Gitu la saya setiap kali angkat. Saya ni dulu berbadan kecik je, berat dalam 42kg je masa tu (tapi sekarang nauzubillah berat mata memandang). Tau tak. Berat Ya Rabbi benda tu. Abis je kerja penat namatey, sampaikan kalau ada yang tegur cuba bergurau senda pon rasa nak telan.

Setiap kali balik kerja saya tidur m4ti. Bak kata roomate saya, kalau aku baling b0m pon mesti tak sedar budak ni. Siang pergi kelas, malam saya pegi kerja. Habis kelas pukuI 5, pukuI 6 masuk kerja pukuI 12 malam baru balik hostel.

Boleh dik4takan hari – hari. Jarang saya cuti. Hujung minggu sabtu ahad saya bantai 2 shift terus. Sesekali kawan – kawan ajak ‘haangout’ kat luar saya tolak. Sampaikan ada kawan yang cakap saya perempuan mata duitan, hari – hari kerja cari duit je. Macam tak pernah cukup. Allahuakbarrr.

Sedap molek mung mek kata gitu, mung anok orang kaya nok menda semua dapat, telefon mak ayah arini mitok pitih petang terus dapat. Saya, tepon mak ado dok duit kakak dah beli barang untuk kerja kursus. Jawapan mak macam dulu, sama je. Nanti tunggu duit ayah jual sekerap.

Doh, takpela mak. Takyah la. Nanti pandai la kakak cari duit. Nahhh. saya bukan sesaje kerja keras ye kawan – kawan. Tapi tu semua saya mampu berkata – kata dalam hati je. Luaran saya senyum je bila kawan cakap saya mata duitan.

Alhamdulillah dengan duit tu la saya surviive di kampus. Dapat la merasa join aktiviti yang universiti anjurkan. Sebelum ni saya selalu mengelak sebab takut terbelanja lebih dari bajet. Handphone yang duda tu bagi la saya guna sampai tamat belajar.

Zaman tu handphone dah canggih – canggih. Belum ada whatapps bagai, facebook pon baru ada kot. Jadi tak ada keperluan untuk saya tuka handphone lain. Setiap kali penyarah bagi tugasan, orang lain boleh buat assigment kat bilik. Yela masing – masing ada laptop sendiri. Saya?

Guna je apa yang universiti sediakan. Menapak la pergi ke perpustakaan. Kat situ ada pc untuk kegunaan student seperti saya. Hasil kerja partime saya kumpul, cuti semester saya balik kampung. Saya cari pakcik kedai runcit sebeIah sekolah saya dulu.

Tebalnya muka nak hadap pakcik tu. Saya berterus terang selama ini saya pernah ambil barang dikedai beliau tanpa buat bayaran. Pakcik terdiam. Bersungguh – sungguh saya minta maaf dan saya bagitau pakcik tujuan saya cari pakcik saya nak bayar balik apa yang saya ambil dulu.

Alhamdulillah pakcik maafkan saya. Lega Ya Allah. Rasa macam terlepas hutang 4 juta. Awalnya pakcik tolak bila saya nak bayar balik. Tapi saya nyatakan memang saya dah berniat masa saya ambil barang dulu saya nak ganti balik.

Saya tau, walaupun saya bayar balik apa yang saya pernah ambil dulu ianya tetap mencuri, berd0sa. Ampunkan aku Ya Allah. Alhamdulillah legaaa rasanya. Lepas selesai dengan pakcik kedai runcit, saya ke pejabat sekolah.

Dengan niat, nak selesaikan andai ada hutang yang saya belum selesaikan. Seingat saya, ada berbulan – bulan jugak la yuran asrama sebanyak RM30 / bulan saya tak dapat bayar. Namun hasil semakan tiada hutang. Kalau ada hutang, biasanya sijil peperiksaan SPM akan ditahan tapi sijil SPM dah selamat di tangan saya dari awal lagi.

Ada orang bayarkan ke? Sampai sekarang saya tak dapat jawapan. Tanya kakak kerani pon beliau takde rekod. Laju – laju turun dari pejabat. Takut terserempak dengan cikgu – cikgu. Malu segan. Dulu nakal ya amat. Masuk tahun ke 3, saya berkenalan dengan Zack (bukan nama sebenar).

Kami sama – sama kerja partime. Tapi beliau kerja partime tak lama atas sebab tuntutan kerja hakiki. Zack banyak bantu saya, dia risaukan saya berjalan seorang balik dari kerja, dipinjamkan motosikal. Sampai la saya tamat belajar.

Belum konvo zack melamar saya. Mak tak izinkan. Mak nak saya kerja dulu. Saya berkeras, pujuk mak. Mak, kakak ni dah la tak cantik huduh je, kalau tolak yang ni, lepas ni ntah ade dok orang nak kat kakak. Macam – macam lagi ayat pujuk mak. Akhirnya mak setuju.

Semasa majlis konvokesyen, mak tak dapat hadir sebab mak terp4ksa warded, masa tu kesihatan mak mula merosot akibat k3ncing manis. Saya merajuk tak nak hadir majlis konvo, Zack pujuk akhirnya saya ke majlis konvo ditemani zack tanpa mak ayah.

Sedih tengok orang lain konvo gembira bersama mak ayah. Sebulan lepas majlis konvo saya dan zack berkahwin. Owh, saya terlupa nak bagitau. Zack adalah seorang tent3ra. Jadi kami tinggal di kuarters tempat Zack kerja di sekitar KL.

Saya dapat tawaran kerja di Bangi. Hari – hari ulang alik KL bangi. PukuI 6pagi dah keluar, pukuI 8 malam baru sampai rumah. Sampailah bersalinkan anak pertama, Zack beria nak hantar saya balik berpantang kat kampung.

Pada awalnya saya berkeras nak habiskan pantang kat KL je tapi Zack bagi alasan dia kena pergi kursus jadi risau kalau tinggalkan saya dengan anak. Akhirnya saya setuju balik berpantang kat kampung. Kat kampung hati saya tak tenang, tak tau kenapa.

Masuk minggu ke-2 saya mintak zack ambil saya balik ke KL. Zack berkeras taknak ambil. Hati saya betul – betul tak keruan. Akhirnya saya nekad, saya hantar message, kalau tak nak balik ambil saya dan anak, saya balik KL dengan bas je. Zack terdiam.

Alhamdulillah esok pagi Zack sampai. Kami terus balik ke KL habiskan cuti bersalin kt KL. Zack layan saya seperti biasa. Cuti bersalin 2 bulan dah habis. Saya kembali kepada rutin harian. Seawal jam 6 pagi dah keluar, 8 malam baru sampai rumah.

Oleh kerana ahli keluarga dah bertambah, kami terp4ksa jimatkan kos. Saya gunakan ‘public transport’ bila pergi kerja. Petang balik kerja Zack akan jemput saya di stesen komuter. Selalunya menggunakan motor je. Bila berumah tangga ni memang tak lengkap kalau takde ujian.

Kali ni Allah uji saya dengan kehadiran orang ke-3. Rakan sekerja. Allah Allah Allah. Luluh hati saya. Itu lah kesilapan saya (kebanyakan orang perempuan) sebab terlalu percayakan suami, serah kepercayaan pada suami seratus peratus.

Nak ngadu kat mak segan. Rasa diperb0dohkan. Banyak dah saya berk0rban, tapi ini baIasannya. Malam tu saya menangis, mengadu dengan Allah. Kalau betul dia jodoh saya, dekatkanlah. Kalau setakat itu saja jodoh saya dengan Zack saya redha.

Saya pandang anak saya. Cuba bayangkan kehidupan tanpa suami. Dengan duit simpanan pon tak seberapa, boleh ke saya nk teruskan hidup berdua dengan anak je. Selepas situasi agak tenang, Zack jumpa saya. Zack minta maaf.

Katanya dia terlalai. Ye la. Saya jarang ada masa untuk dia. Balik kerja dah lewat, balik rumah uruskan anak plak. Jadi dia rasa kosong. Masa tu saya marah sangat, saya beranggapan Zack bagi alasan b0doh. Zack pentingkan diri sendiri.

Tapi lama kelamaan saya rasa betul apa yang Zack cakap. Kejadian tu benar – benar buka mata saya. Selepas kejadian tu saya jadi ‘kedekut’. Segala perbelanjaan rumah saya minta Zack 100%. Gaji saya, saya simpan ketat – ketat.

Dalam masa yang sama, saya mohon sambung belajar degree separuh masa. Hari biasa saya kerja, hujung minggu saya ke kelas. Pada fikiran saya, sampai bila saya nak kerja kerani. Kalau sambung belajar, andai kata jodoh saya dengan Zack tak panjang sekurangnya saya boleh mohon kerja menggunakan degree.

Suami ni, kalau bukan orang ke-3 yang ambil, Allah yang ambil. Bila – bila masa sahaja. Jadi sebagai persedian saya mesti upgrade diri saya. Lagi 1, dulu kan mak cakap nak tengok saya pakai jubah (konvo). Masa diploma mak tak dapat hadir sebab tak sihat.

Jadi kali ini saya akan pastikan mak dapat tengok saya pakai jubah dan naik pentas konvo. Tapi sayangnya untuk degree pon mak tak sempat, 2014 mak meninggaI, saya konvo 2016. Mak… kakak dah usaha tapi bukan rezeki kakak nak bawak mak tengok kakak konvo.

Owh ye. Sebelum ni kan Zack ngadu cakap saya ‘abaikan’ dia sampai dia terasa ‘kekurangan kasih sayang’. Jadi, saya juga pastikan sekurang – kurangnya sebulan sekali kami keluar ‘dating’. Anak saya hantar pengasuh. Biar la orang nak cakap saya sanggup tinggalkan anak semata nak berseronok kat luar tengok wayang bagai.

Bagi saya, dengan cara tu la saya dapat luangkan masa dengan zack. Amik feel zaman – zaman dating dulu. Sampailah sekarang, hampir 14 tahun berkahwin anak dah 4, saya masih amalkan keluar dating berdua. Tiada nasihat untuk pembaca semua kalau hal – hal rumah tangga sebab saya masih ‘muda’ dalam perkahwinan.

Masalah dan situasi setiap orang tak sama, jadi diri kita sendiri je yang tau cara nak selesaikan. Kalau tanya orang pon tak akan selesai, kadang – kadang tambah memburukkan keadaan. Jadi, yakin dengan diri sendiri. Buat keputuusan lepas tu berserah pada Allah.

Anak – anak saya, kalau mama cerita mama dulu orang susah, semua melopong buat muka tak percaya. Masak nasi pakai kayu api je. Semua ternganga. Hebatnya mama. Kelakar tengok muka masing – masing. Dulu pergi sekolah tak bawak duit pon, bekal air masak je. Yeke mama.

Lepas tu bermula la soalan bertubi – tubi. Setiap hari berbakul – bakul pesanan dan nasihat. Paling kerap saya ulang, jangan sesekali ambil hak orang. Kalau teringinkan sesuatu, bagitau mama abah. Insyallah kita sama – sama usaha dapatkan.

Yang penting JANGAN AMBIL HAK ORANG ye anak – anak. Mama taknak kejadian kat asrama dulu terjadi kat anak – anak mama. Tiada apa yang nak dibangga sangat dengan kehidupan kami sekarang. Kami keluarga sederhana sahaja.

Tapi perkara paling bersyukur kami keluar dari dibelenggu kemiskinan. Sebelum mak meninggaI, Alhamdulillah kami sempat hantar mak ayah menunaikan haji. Sekarang tinggal ayah sahaja, kami akan jaga ayah sebaik mungkin.

Lepas mak dah tak ada, ayah lah syurga kami. Setiap anak yang dari keluarga miskin ada rasa keinginan. Tak salah kalau sesekali bertanya pada mereka apa yang mereka mahu. Itu la yang saya dan anak – anak lakukan sekarang. Semoga mereka gembira.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.