
Sejak malam itu, aku nekad. Aku takkan bertahan semata – mata demi status isteri. Aku mula kumpul bukti, aku simpan slip bank, resit hotel, screensh0t perbualan group Iucah dia..
#Foto sekadar hiasan / AI. Maaf, confession ini jalan terakhir bagi aku sebab aku tiada medium untuk meluah. Terlalu lama aku disogok dengan kata – kata, “buruk suami untuk disimpan rapi,” sampai akhirnya memakan diri aku sendiri. Usia perkahwinan aku dah mencecah tujuh tahun.
Aku sudah dikurniakan anak – anak yang comel dan penuh dengan keletah. Mereka inilah penguat aku untuk terus bertahan. Tapi, jujur aku kata, sepanjang perkahwinan ini aku tidak pernah merasa duduk di rumah kelamin sendiri. Kehidupan keluarga kecil aku ibarat merempat dari satu tempat ke satu tempat.
Sebelum berkahwin dulu, Joe (suami aku) sanggup menipu ayah aku dengan berkata dia sudah ada rumah untuk membawa aku hidup bersama. Tapi beberapa minggu sebelum bernikah baru aku tahu rumah itu sebenarnya perlu dikongsi dengan ahli keluarganya yang juga sudah berkeluarga. Masa itu aku tidak membantah sebab hari pernikahan sem4kin dekat.
Bayangkan, sepanjang aku duduk di rumah itu, aurat aku perlu dijaga 24 jam sehari. Aku rasa terkongkong. Lagi menyedihkan, aku seorang wanita bekerja yang ada pendapatan lebih tinggi sedikit daripada Joe, tetapi aku tidak pernah dapat nafkah. Alasan dia mudah, “tak mampu”.
Bila aku mula mendesak tentang tanggungjawab dia sebagai suami, barulah Joe hulur RM50 setiap bulan. Itu pun kalau aku tidak minta, memang takkan ada. Nak makan apa – apa, semua aku yang kena beli. Bil telefon, sabun, pad dan segala keperluan diri, semuanya aku yang keluarkan duit. Sampaikan aku rasa macam tinggal dengan kawan serumah, bukan dengan seorang suami.
Keadaan jadi m4kin parah bila aku mengandung anak pertama. Segala mengidam aku dia ambil mudah. Aku cuma teringin kuih – kuih simple yang boleh didapati di pasar malam, tapi jawapan Joe, “makanan tu tak ada jual.” Alahan aku pula kuat, sekejap – sekejap munt4h, kepala pening, loya. Nak memandu pun susah.
Setiap kali aku minta tolong hantar ke tempat kerja, alasan dia panjang berjela. Kononnya susah, penat, dan macam – macam. Jadi aku gagahkan diri juga pergi kerja dengan badan tak larat, munt4h merata – rata dalam perjalanan. Waktu mengandung tu memang perjuangan aku seorang diri.
Paling pedih bila aku dapat tahu kewujudan group WhatsApp Joe dengan kawan – kawannya. Group tu penuh dengan gambar b0gel, video Iucah, cerita – cerita kotor. Bila aku marah, dia jawab, “itu suka – suka je.” Bagi aku, itu bukan suka – suka. Itu benda jijik yang boleh merosakkan rumahtangga.
Kemuncak sabar aku waktu dalam pantang anak pertama. Joe boleh pula bergelak ketawa dengan kawan – kawan dalam group tu, siap berbincang tentang tubuh badan perempuan lain. Aku yang tengah s4kit, Iuka belum sembuh, hati betul – betul h4ncur.
Joe masa tu memang harapkan mak aku untuk jaga aku dan baby. Dia keluar melepak tanpa rasa bersalah. Belang sebenar Joe m4kin jelas bila setiap kali kami berg4duh, mulut dia laju sarankan cerai. Seolah – olah perkahwinan ni benda main – main.
Sepanjang duduk di rumah mak aku, Joe cuma bagi RM150 sebulan sebagai upah jaga baby. Yang lain – lain macam baju baby, susu, diaper, semua aku tanggung. Termasuk juga duit dapur untuk mak aku. Sedangkan Joe senang hidup, duit gaji dia habis untuk kereta dan keperluan diri.
Aku m4kin hilang hormat bila tahu belakang aku Joe suka cerita buruk tentang aku pada kawan – kawan. Katanya aku control hidup dia, aku tak bagi dia lepak, aku tak masak. Hakik4tnya, aku balik kerja pukuI 7 malam, anak kecil terus melekap nak menyusu.
Mak aku sendiri faham keadaan aku, tapi Joe sanggup buka aib depan orang. Hari demi hari, aku m4kin penat. Bukan sahaja dengan kerja, malah dengan sikap suami yang tak pernah menghargai. Aku cuba bertahan sebab anak – anak, tapi Iuka dalam hati m4kin besar.
Sampai satu hari, aku terjumpa slip bank Joe dalam beg kereta. Masa tu aku terk3jut besar sebab gajinya lebih daripada yang dia pernah cakap selama ini. Patutlah dia boleh bergaya, boleh keluar makan sedap dengan kawan – kawan. Aku yang bertungkus lumus cari duit, dia selesa hidup senang.
Rupa – rupanya selama ni dia menipu aku pasal jumlah gaji sebenar. Plot twist paling besar bila aku ternampak satu resit hotel dalam dompet dia. Aku cuba tenang, aku tanya elok – elok. Tapi jawapan Joe buat aku terdiam, katanya itu resit masa dia temankan “kawan lelaki” yang berg4duh dengan isteri.
Kononnya dia tidur di hotel sebab nak tenangkan kawan. Aku nak percaya pun tak boleh, sebab terlalu banyak benda yang mencurigakan sebelum ni. Malam tu aku menangis teresak – esak. Aku pandang wajah anak – anak yang sedang lena tidur, aku tanya pada diri sendiri, sampai bila aku nak hidup dalam pend3ritaan ni?
Aku tak pernah minta kesenangan melampau. Aku cuma mahu rasa dilindungi, dihargai, dan disayangi. Sejak malam itu, hati aku nekad. Aku bukan lagi perempuan yang sanggup bertahan semata – mata demi status isteri. Aku mula kumpul bukti, aku simpan slip bank, resit hotel, screensh0t perbualan group Iucah dia.
Bukan sebab aku nak jatuhkan dia, tapi aku nak ada kekuatan bila masa tu tiba. Aku sedar, mempert4hankan rumahtangga seorang diri takkan ke mana. Bila sebeIah pihak tak pernah cuba, semua peng0rbanan akan jadi sia – sia. Aku mula rancang hidup dengan anak – anak.
Kalau aku keluar dari rumah ni, aku kena ada kewangan sendiri. Aku kena ada kekuatan mental. Aku kena jadi ibu dan ayah sekali. Aku tak tahu apa reaksi orang sekeliling bila aku buat keputusan nanti. Tapi aku yakin, lebih baik aku hilang seorang suami yang tak bertanggungjawab daripada aku hilang diri sendiri dalam pend3ritaan. Doakan aku kuat, sebab aku tahu jalan selepas ini bukan mudah. Tapi aku percaya, Allah ada dengan orang yang sabar dan terani4ya. – Melinda (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Syahirah Madihah : Sis ada pendapatan sendiri dan lagi tinggi dari suami kan.. dah barang keperluan sis dan anak – anak sis yang sedia kan.. agak – agak suami tu apa function? Depan kawan – kawan buruk – burukkan sis. Saya rasa sis dah boleh pikir mana lagi baik jalan penyelesaian untuk dipilih.
Kalau sis rasa mampu bertahan dan berharap suami tu berubah.. sis bertahan la. Kalau sis rasa sis nak lepaskan semua dan memilih untuk bahagia dengan anak – anak dan hargai diri sendiri.. sis berhak.. sayangi diri la sis. Lagi berbaloi.. moga permudahkan segala urusan ya amiin.
Aween Hamdan AzwinNalisa : Jangan sambung lagi. Sebab letih baca. Kalau buat list dan terang – terang banyak sangat keburukan pasangan, kenapa pilih bertahan???? Dalam perkahwinan, dua – dua pihak mesti bahagia, seronok. Kalau seorang mend3rita, itu tandanya tak bagus sisssss… Sementara hidup kat dunia ni, sekurang – kurangnya nak jugak rasa bahagia tu.
Yati Rahman : Dah ada anak kan? Berbahagialah dengan anak tanpa suami tu… ehhhh tak berlaki pun takpa macam tu. Lagipun dah senang sebab duduk dengan mak ayah sendiri dah kan.. boleh jadi bijak tak?
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.