
Dulu dia tinggalkan saya untuk lelaki lain tapi lepas nikah tak berhenti minta duit sebab suami dia tu kaki gaming dan pemalas. Dia tanya boleh nak nikah dengan saya, lepas dia tamat iddah…
#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum, mohon admin approvekan confession saya walaupun nampak mengkritik kaum wanita. Saya jujur tak faham kenapa ramai perempuan zaman sekarang kahwin atau pilih lelaki yang diri sendiri menyesal bila nikah sebab tak bertanggungjawap, miang dan lain lain sedangkan itu lelaki yang diri sendiri sayang dan nikahi. Ada kes yang sampai dimadukan tahu pula menyesal pilih.
Buat pengetahuan semua saya sendiri pernah dikhi4nati oleh bekas kekasih sebab dia mencari lelaki yang kurang serius dan tak sebut soal yang boleh buatkan dia rasa rimas, seperti perkahwinan dan tanggungjawap. Lima tahun saya dengan dia putus juga sebab ada orang ketiga.
Masa tu dia masih lagi belajar di Universiti awam, umur kami masa tu lebih kurang 20 tahun, iya, masih muda. Dia nikah dengan lelaki tu lepas dia habis belajar, umur 23 tahun, sekarang dia dah 26 tahun. Dah cerai pun dua tahun lepas semasa umur 24, bertahan cuma setahun, tiada anak.
Sebab bercerai, suami malas bekerja dan tak bertanggungjawap. Selepas saya kecewa dengan bekas kekasih saya, saya berkenalan dengan seorang perempuan yang saya kira agak baik, rapat dengan saya, tapi bila saya luahkan perasaan saya, dia cakap dia taknak fikir lagi, tak sedia.
Tapi hari – hari dia mengadu cakap rasa sunyi, nak ada suami, nak nikah awal. Masa tu 2 tahun selepas saya putus dengan kekasih, umur 22 tahu. Setiap kali saya luahkan, dia tetap saya tak sedia, saya terlalu baik dan sebagainya. Saya umur 23, tahun yang sama bekas kekasih saya nikah, dia pun bernikah, dengan orang yang baru dia kenal, katanya nak cinta lepas nikah.
Sekarang umur dia 25, saya 26. Dia dalam procedure fasakh, suami madukan dia, anak seorang. Bekas kekasih saya, dan perempuan yang saya suka tu, dua – dua saya masih berhubung tapi cuma sekadar kawan, saya sendiri jarang berbalas mesej sebab saya sangat sibuk.
Bekas kekasih saya selalu minta pinjamkan wang sebab kesempitan, saya sendiri dah tak tahu berapa ribu. Perempuan yang saya suka, baru – baru ni kerap mesej saya, bunyi mesej pun lain, seakan nak memik4t. Memang saya kurang selesa, dua minggu lepas dia ajak saya jumpa.
Itulah pertama kali kami jumpa selepas dia nikah, dia bawa anak dia, comel, mulanya cuma bercakap hal biasa. Sembang pasal masa lepas. Sepanjang perbualan, saya dukung dan layankan saja anak dia, sampai tiba – tiba dia masuk topik cerita masalah rumah tangga dia, dimadukan, tuntutan fasakh dia.
Dia cakap dengan saya, dia salah buat pilihan, dia tanya boleh tak kami nikah lepas dia tamat tempoh iddah. Pertanyaan dia sangat membuatkan saya s4kit hati, terus saya offer hantar dia balik, dalam perjalan saya diam saja. Semasa confession ini ditulis saya adalah penganggur yang sudah dua minggu meletakkan jawatan sebagai COO di sebuah syarik4t teknologi yang saya mulakan sendiri bersama dengan partner saya seorang lelaki berbangsa cina dari Singapore.
Semasa saya nyatakan keputusan saya partner saya cuma cakap “Dont worry I will take care of everything” dia cuma pandang saya tanpa bertanya apa – apa. Saya bersyukur saya mendapat seorang business partner yang sangat cool dan sentiasa memahami. Dia lebih tua dari saya, beza umur hampir 20 tahun, mungkin lebih matang.
Jujur saya katakan saya ingat saya sudah lupakan semua, bukan saya masih rasa sayang, tapi rasa marah kenapa dari dulu dia tak pilih saya? Kenapa bila saya dah ada semua, baru datang? Itupun selepas dia sendiri salah pilih lelaki. Bekas kekasih saya sendiri sama, semasa dia mula bercerai saya pinjamkan salah sebuah rumah saya sebab dia malu nak balik rumah mak ayah.
Dulu dia tinggalkan saya untuk lelaki lain tapi lepas nikah tak berhenti minta duit sebab suami dia tu kaki gaming dan pemalas. Duit bukan satu masalah bagi saya tapi bila saya mula teringat balik semua saya dah mula rasa marah dengan sikap perempuan. Saya dah tak boleh buat pertimbangan yang baik.
Bila ada staff perempuan cuba bergurau dengan saya terus saya hilang mood, jadi marah, saya terp4ksa letak jawatan takut nanti prestasi syarik4t terganggu. Saya taknak h4ncurkan syarik4t yang saya dan partners susah payah bina. Saya bukanlah orang yang suka keluar berjalan, saya jenis yang introvert, pendiam, suka duduk rumah dan pejabat saja.
Tapi sekarang saya cuba nak dapatkan ketenangan, saya nak keluar travel dunia, saya banyak membaca log traveller sepanjang saya berkurung dalam rumah dan saya banyak baca confession dalam page ini bila bosan. Saya harapkan saya jumpa sesuatu dalam perjalanan saya.
Seumur hidup saya tak pernah saya keluar dari negara ni, urusan pelaburan luar negara biasanya akan diuruskan oleh partner saya atau eksekutif lain, ataupun wakil pelabur sendiri datang ke sini. Saya tak ramai kawan selain contact business.
Sejak kecil saya selalu dipanggil anti-social, membosankan, skema dan lain – lain sejak kecil. Saya jarang keluar rumah, kebanyakan masa saya habiskan dengan komputer dari zaman sekolah hinggalah ke universiti dan kerja tapi inilah langkah saya untuk lihat dunia.
Pesanan saya kepada wanita, anda yang buat pilihan, anda sendiri yang sukakan lelaki gaya bad-boys dan banyak menolak lelaki yang anda rasa skema dan nerd, bila anda dimadukan, diceraikan tak perlu datang kepada lelaki yang awak tolak dan cakap salah buat penilaian.
“AWAK TAK ADA MASA SAYA SUSAH JANGAN DATANG BILA SAYA SENANG, JAGA PERASAAN ORANG LAIN”. Kepada yang dimadukan, nak cerai suami malas tak bertanggungjawap atau apa saja, pasangan anda yang anda pilih, jadi selesaikan cara baik, sesi kaunseling pun banyak di pejabat agama, jangan cari ketenangan dengan libatkan orang ketiga dalam rumah tangga awak, nak nikah kena guna akal bukan nafsu. – Lukman (bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Farahin Mansor : Pesan saya, berhijrah/travel la lihat dunia. Itu merupakan keputusan yang baik boleh awak buat. Tak payah yang mahal – mahal lagi – lagi awak rajin baca pasal travel sekarang kan. Boleh kenal macam – macam per4ngai orang yang pelik – pelik dan tak tercapai dek akal. Try to talk with strangers walaupun awak introvert k. Goodluck!
Mohd Syawal Zulkifli : Bro..u win bro. Jangan kawan dengan perempuan macam tu. Tu jenis tak bertanggungjawab. Nak main – main jer. Senang cite otak gagal berfungsi. Tak tahu menghargai. Aku faham perasaan ko tu. Haihh… aku rasa nak pij4k – pij4k je perempuan macam tu. Aku pun taktau la kenapa aku nak marah je hari ni. Haihhhh…
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.