Jiran sebeIah rumah rajin sedekah makanan. Tapi semua makanan dah basi siap berlendir dan masam. Ada sekali dia bagi sate…

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Baru – baru ini dia buat makan – makan lagi untuk saud4ra mara. Bila dah selesai, dia pun hulur – hulur lah juadah kat aku. Nak tahu dia bagi apa? Kuah sate dan nasi impit yang dah h4ncur – h4ncur. Sate nya tak ada!

#Foto sekadar hiasan / AI. Hi korang. Aku tulis kat sini bukan nak cerita tentang kisah rumahtangga tapi pasal jiran. Ceritanya macam ini. Jiran kat sebeIah rumah aku ada tabiat yang aku cukup s4kit hati. Dia memang rajin bersedekah makanan kat aku, walaupun dia tahu aku ini tersangatlah rajinnya memasak. Bab rajin bersedekah itu aku salute lah kat dia.

Yang menjadi masalahnya, dia suka bagi benda makan yang dah expired. Senang cerita, makanan yang dah basi. Dah banyak kali aku terkena dengan dia ni. Ada sekali tu dia bagi keluarga aku kuih apam. Sepatutnya kuih apam tu lembut dan gebu, kan?

Sekali bila aku pegang, keras macam kuih bom. Bau pun dah masam – masam. Entah bila punya kuih pun tak tahulah dia bagi. Ada lagi, hari tu dia boleh bagi pulut panggang yang pulutnya dah berbenang – benang. Berlendir -l endir pula itu

Korang bayangkan lah macam mana. Dia kata kat aku, pulut tu dia baru masak. Itu belum lagi cerita dia bagi aku laksa Penang. Hari sebelum dia bagi itu, dia buat makan – makan, ada kenduri la sikit kat rumah dia. Esoknya pagi – pagi lagi dia dah bagi lebihan – lebihan laksa itu.

Punyalah banyak, tapi cuma mee laksa dan kuahnya tinggal sikit. Bahan – bahan lain tak ada. Dia ingat aku kebulur sangat ke? Baru – baru ini dia buat makan – makan lagi untuk saud4ra mara. Bila dah selesai, dia pun hulur – hulur lah juadah kat aku.

Nak tahu dia bagi apa? Kuah sate dan nasi impit yang dah h4ncur – h4ncur. Sate nya tak ada! Dia ingat aku tak pernah makan sate agaknya. Bapak segala sate aku dah pernah makan. Aku kalau pulangkan balik bekas dia, mesti aku bagi makanan yang baru masak, berasap – asap lagi. Nak bagi dia terasa lah kononnya. Haghammmm..

Makanan itu bila kat tangan aku panas lagi. Mungkin dia panaskan semula dulu. Jadi, selalunya aku campak saja dalam tong sampah. Rasa macam berd0sa saja dengan makanan itu. Semenjak dah banyak kali terkena, aku sedekahkan makanan yang dia bagi tu kat tong sampah saja.

Mak aku kata kalau dia bagi apa – apa, cakap saja tak nak. Takkan aku nak cakap pasal makanan basi dia tu depan – depan. Tapi aku rasa tak sedap hati pula. Dia ni berpendidikan tapi per4ngai tahap orang tak sekolah. Kalau ye pun tak nak membazir, janganlah keluarga aku jadi m4ngsa dia.

Kalau kami kena food pois0ning, siapa nak tolong? Makan sendiri sajaIah, dah basi, buang. Aku tak kisah kalau orang tak hulur apa – apa kat aku. Kita ni kalau nak bagi apa – apa dekat orang mestilah nak benda tu yang terbaik, elok kan.. Dia ni kalau masuk rumah aku, peti sejuk dan bilik stor aku pun nak diperiksanya.

Untuk pengetahuan korang, aku tak berapa rapat pun dengan dia. Dia geledah rumah aku masa aku buat open house tahun lepas. Masa itulah baru dia dapat masuk. Aku jenis buat hal sendiri saja. Dapur dia pun aku tak pernah tengok. Lagi satu, dia suami isteri jenis tak pandai nak kawal anak – anak.

Kalau aku jemput keluarga dia datang apa – apa majlis kat rumah aku, mesti anak dia usik benda tu, usik benda ni. Pernah aku ternampak anak dia jilat – jilat makanan, dah tu boleh letak balik. Nasib baiklah aku nampak. Kalau tak nampak? Kalau tak jemput, tak patut pula jiran sebeIah rumah.

Dah lah berkongsi dinding. Ikhlas tak ikhlas aku jemput, hanya Allah yang tahu. Suami aku memang tak berkenan dengan mereka ini. Anak aku yang baru tiga tahun pun tak nak berkawan dengan anak – anak dia. Bukan aku hasut dia pun. Aku seboleh – bolehnya elakkan diri dari terserempak dengan mereka.

Mereka nak kata aku sombong pun tak apalah. Aku pun bukan ada masa nak chit – chat kat tepi – tepi tembok rumah itu. Sekarang ini ada tiga bekas kosong dia kat rumah aku yang aku tak pulangkan lagi. Tengah fikir nak isi apa dalam bekas itu.

Aku rasa satu hari nanti aku nak buat bubur lambuk, simpan seminggu, lepas itu bagi kat dia. Okey tak? Aku ni tak pandai nak g4duh – g4duh dengan orang. Siapa – siapa yang terbaca luahan aku ini, aku nak minta pandangan apa aku nak buat kalau aku terkena lagi dan lagi dan lagi.

Komen Netizen:

Seri Air: Kau cakap terus terang tak boleh ke? Secara berbasa – basi lah sikit, gunakan diplomasi, tapi pastikan point nya kesampaian, iaitu kau tak lalu nak terima benda – benda leftover yang dia sedekah itu. Janganlah cakap tak nak, nanti kecil hati dia, bermasam muka lagi lah haru. Dah lah nak hidup berjiran kan… bikin k4nser kat hati kalau g4duh dengan jiran.

Aaz: Ataupun dia ini jenis cermat. Pada dia, makanan dia masih elok, sedangkan standard kita lain. Kalau kita nak bagi orang, kita cuma bagi yang elok – elok. Aku pernah ada kawan masa duduk belajar dulu, makanan dalam peti ais yang dah berkulat (yang ada hijau – hijau, putih – putih itu) dia boleh makan lagi.

Siap offer lagi kat kita, “Nak tak?” Sambil itu dia sengih saja lah, sebab dia faham aku tak boleh makan makanan yang semalaman, apatah lagi yang dah berkulat. Bukan tak ada makanan kat rumah itu, tapi dia jenis sayang nak bazirkan. Bukan juga tak ada duit.

Masa itu dia dah kerja gaji ribuan dan selalu belanja aku yang student ini makan kat restoran best – best. Masa bermalam kat rumah dia waktu dia tunang, baru aku faham kenapa dia begitu. Mak ayah golongan middle class, tapi memang budaya keluarga dia jenis cermat.

Makan mewah tapi tak nak membazir. Lepas kenduri, makanan – makanan sisa tetamu (contohnya ikan yang tinggal sebeIah) pun dibungkus dan diberi pada jiran – jiran. Kalau kat kampung aku, buat macam itu mesti kena kutuk habis.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.