Kahwin dgn suami, mertua bagi tukar agama dgn syarat, gaya hidup suami xboleh berubah

2 orang anak saya pun terikut dengan gaya hidup kami. Sehinggalah anak lelaki, Daniel nak kahwin dengan perempuan Melayu kampung tetapi suami tak bagi. Sebabkan Daniel degil kami kahwinkan juga, tapi selepas 2 tahun kahwin Daniel curang dengan perempuan cina..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama saya Roszita. Saya dah kategori nenek, umur tahun ni dah 59 tahun. Saya tak pasti, nak luahkan di sini ataupun tidak, ia seolah – olah membuka a1b saya.

Tapi, tiada tempat untuk saya mengadu diri. Ibu bapa sudah lama tiada. Anak – anak dah bekerluarga ada masalah sendiri. Suami pun sibuk kerja. Saya dah bertahun pendam rasa, kadang – kadang rasa penuh d4da sebab lama sangat layan perasaan sendiri.

Sejak bulan 9 tahun lepas, anak lelaki saya ada masalah rumahtangga. Saya jadi lebih tertekan. Dia jadi banyak berubah, daripada anak emas saya, anak manja saya berubah jadi budak Iiar, meIawan, cakap biadap.

Saya asyik salahkan diri saya, jadi tak sihat keluar masuk hospitaI sebab fikir banyak masalah lagi – lagi pasal dia. Saya berkahwin dengan seorang cina mualaf sewaktu sama – sama menuntut di UK dahulu.

Masa itu, saya ambil pengajian Bahasa Inggeris dengan biasiswa kerajaan, suami saya buat perubatan di universiti yang sama. Kami bercinta 7 tahun sebelum berkahwin. Bercinta pun masa tu zaman muda, 18 tahun dah mula ada perasaan sesama sendiri.

Saya tekad nak kahwin dengan suami, suami pun rela tukar agama untuk kahwin dengan saya. Tapi perkahiwnan kami ada syarat oleh keluarga dia, mak dia awal – awal dah beritahu, anak lelaki dia hanya tukar agama untuk kahwin sahaja, gaya hidup dia tak boleh berubah.

Masa itu saya sangat muda, jahiI penuh dalam diri. Rasa cinta terhadap dia melebihi iman saya, saya setuju tanpa berfikir apa – apa. Masa tu saya juga bukan la seorang alim alimah, Saya tidak bertudung, berkawan ramai.

Duduk pula di UK, belajar pandai, kerja part time mengajar lagi. Duit lebih, boleh beli baju cantik – cantik, bergaya ikut musim. Ada boyfriend cina kaya, makan di restoran sedap – sedap. Saya h4nyut di sana. Balik Malaysia, dapat sambung lagi di universiti tempatan dan menjadi part time lecturer English untuk pelajar undergrad.

Saya kahwin dengan suami pun, tak ada halangan keluarga sebab urusan perkahwinan sedikit pun saya tak guna duit keluarga. Arw4h ibu dan abah tak keluar duit untuk kenduri saya, duit simpanan saya, gaji kerja saya, saya buat kenduri di kampung.

Masa tu, meriah kenduri saya, Wedding of the year lah di kampung. Kahwin pula dengan cina kaya, orang bandar. Tapi, saya masih ingat, abah dan ibu selalu berpesan supaya jangan lupa Tuhan dan bimbing keluarga elok – elok ke jalan yang betul.

Sampai akhir hayat mereka, mereka tetap tak lupa pesan kepada saya. Lepas kahwin, saya pun terikut gaya hidup keluarga suami. Saya bersosiaI dengan rakan – rakan ibu mertua. Lepas kahwin saya duduk dengan suami di Ampang, keluarga mertua di PJ.

Saya selalu ikut mereka pergi majlis – majlis, makan malam, gathering di hotel dan rumah – rumah mewah rakan – rakannya. Masa tu orang kaya di Malaysia pun tak ramai macam sekarang. Saya dan suami, alhamdulillah, murah rezeki.

Kami kerja bagus lepas balik ke Malaysia. Lepas beberapa tahun kerja di hospitaI kerajaan, suami kerja di hospitaI swasta. Perkahwinan kami dikurniakan 2 orang cahaya mata. Memang permintaan suami tak mahu anak ramai, sebab nak fokus pendidikan dan masa depan anak.

Anak sulung saya perempuan, anak bongsu lelaki. Beza umur 4 tahun. Tahun demi tahun, saya kerja m4kin baik, gaji naik, pangkat naik. Suami juga sama, sambung belajar di UKM, naik pangkat, naik gaji. Semuanya baik – baik sahaja.

Anak – anak membesar dengan sihat, semua kelengkapan dan kemudahan untuk anak – anak kami boleh sediakan. Kami mampu hantar anak belajar macam – macam. Keluarga mertua suruh hantar kelas muzik, kami hantar.

Belajar Bahasa Jepun, kami hantar. Hantar sekolah swasta, kami hantar juga. Hujung tahun, cuti sekolah, setiap tahun, kami akan melancong luar negara. UK, Australia, Thailand, Amsterdam, Jepun, semua kami pergi.

Kadang – kadang, mak ayah mertua pun ikut sama. Saya dan suami, begitu lah, m4kin h4nyut dengan hidup. Duit banyak, sedekah banyak. Orang minta bantuan, macam – macam kami beri, minta 1 kami beri 2, macam tu la.

Suami pun jenis tak berkira kalau nak menyumbang. Tapi, saya solat acuh tak acuh. Ada hari, saya solat, ada hari saya tinggal. Suami, solat olok – olok bila balik rumah keluarga saya. Apa yang dibacanya entah betul atau tidak.

Puasa, ada hari saya puasa penuh, anak – anak saya ajar puasa. Mereka ikut, tapi bila mereka mengadu lapar, saya terus beri kebenaran untuk berbuka. Bila mereka m4kin besar, masuk sekolah menengah, saya dah tak mampu nak control mereka berkawan.

Anak perempuan saya pun ramai berkawan dengan kawan – kawan cina dia, nonmuslim. Anak lelaki saya juga begitu, Masuk zaman sekolah menengah, dia sudah mula bergaul dengan kawan – kawan cina, non muslim di sekolah.

Bukan kata tak ada kawan melayu muslim di sekolah mereka, tetapi sangat sikit. Jadi majoriti adalah kawan – kawan yang bertutur Bahasa Cina-English macam suasana di rumah juga. Nama anak – anak pun suami tak mahu nama melayu Islam, saya pilih nama Muiz untuk anak lelaki tapi suami pilih Daniel.

Anak perempuan, arw4h abah nak sangat letak nama Munawarrah, tapi suami pilih nama Nur Emira. Sampai kat kawan – kawan mereka, memang dah panggil nama Daniel Tay, Emira Tay. Tak nampak dah bayang muslim dan kacukan melayu dalam diri mereka.

Pakai baju melayu, baju kurung pun setahun sekali sahaja, masa hari raya. Itu pun sebab balik beraya rumah saya. Kalau tak, anak – anak saya pun tak pakai. Di rumah, kami biasanya bercakap memang fully English dan mandarin.

Saya pun boleh bercakap dalam Bahasa mandarin sejak bercinta dengan suami dulu. Bahasa melayu boleh juga bertutur, cumanya, anak – anak belajar di sekolah dan dalam kalangan kawan sahaja. Masa tu, saya tak ambil pusing pun.

Saya fikir, biarlah, budak – budak. Nanti dah besar, pandai la saya ajar mereka. Tapi masuk sekolah menengah, rasa m4kin cepat mereka membesar. Tak terkejar saya nak pantau semua. Sedangkan anak dua orang sahaja.

Solat, ada juga saya suruh. Upah ustaz, ustazah ajar di rumah. Ajar anak – anak mengaji, belajar agama. Saya nak ajar, saya tak arif. Tapi bila anak dah masuk sekolah menengah, jadual dah lain, kelas tambahan lagi, jadi lama kelamaan, tak sambung.

Saya bebel suruh solat, mereka acuh tak acuh sahaja. Sebab tengok mak ayah mereka sendiri, solat acuh tak acuh. Tapi masa tu, saya lalai, jahiI. Saya tak terfikir, semua yang saya tak didik dan ajar mereka akan memakan diri mereka sendiri.

Tapi, satu yang boleh dipuji, sejak 12 tahun lepas, suami saya berguru dengan seorang ustaz sekolah untuk belajar mengaji di rumah setiap malam Ahad. Walaupun solat dia acuh tak acuh, dia dengar juga bebelan saya untuk terus belajar mengaji, belajar agama.

Kenapa 12 tahun lepas baru mula? Pada 12 tahun lalu, arw4h abah saya meninggaI, lebih 2 bulan suami saya letakkan arw4h abah di hospitaI tempat dia bekerja. Dia lihat sendiri abah hari – hari di wad, dan hari kem4tian abah, beri kesan kepada hidupnya.

Bagaimana arw4h abah dipermudah kem4tiannya, mengucapnya lancar, jen4zahnya elok. Ia memberi kesan kepada suami saya. Walaupun, tidak sempurna dan masih tak konsisten, dia masih berusaha untuk belajar.

Sejak itu pun dia tak lupa nak bebeI anak – anaknya untuk solat, dan lain – lain. Bila anak – anak dah m4kin besar, umur dah beIasan tahun, saya mula muhasabah diri sendiri. Banyak membaca buku, saya banyak berfikir sendiri, apa kurangnya dalam keluarga saya.

Kenapa saya masih rasa kosong. Duit ada, anak – anak cantik elok belaka, bijak pandai. Keluarga mertua saya baik, hubungan saya dengan adik beradik baik, saya dengan suami taat – baik. Tak ada banyak masalah.

Kami selalu bersedekah, menyumbang, tapi kenapa saya rasa tak lengkap. Lama kelamaan, saya sendiri sedar, saya dah lama menjauh diri dengan Tuhan. Saya tak mengadu hidup saya kat Dia. Saya fikir saya boleh selesai sendiri, sedangkan saya lupa, sebenarnya Dia lah yang permudah semua dugaan dalam hidup saya dan keluarga.

Beri rezeki tak putvs. Tapi saya lupa, lupa terus kepada Dia. Sejak pada itu, saya sendiri mulakan untuk hijrah diri saya. Daripada pelupa, leka dan terbuai kepada seorang h4mba yang mula Kembali kepada Dia.

Saya mulakan sendiri dulu, saya tak p4ksa suami dan anak – anak. Saya tanam dalam diri saya, biarlah mereka ikut saya lepas lihat saya berubah. Tapi, tiada perubahan ketara dalam gaya hidup mereka.

Mereka nama dan Islam pada IC sahaja, tapi gaya hidup, pergaulan mereka bebas, seperti sepupu dan ahli keluarga di beIah ayahnya. Tapi, anak – anak saya tetap membesar dengan baik, bukanlah buat perkara keji tak tentu hala.

Cuma amal hidup mereka tidak seperti yang Islam mahukan, sebab saya dan suami tidak bimbing. Suami saya mualaf, saud4ra baru, saya sendiri tak cukup iman nak bimbing dia, dia sendiri tak usaha untuk sama – sama bimbing kami sekeluarga.

Emira habis SPM masuk matrikulasi dan sambung accounting. Daniel ambil pengajian farmasi. Ayahnya tak bagi dia ambil perubatan jadi doktor. Jadi si Daniel ambil farmasi. Hanya Daniel yang tidak sambung pengajian ke luar negara, anak perempuan saya belajar di Australia.

Kedua – dua anak saya manja dan rapat dengan saya dan suami. Terutama sekali yang bongsu. Balik sekolah, dia akan ke pejabat saya di universiti dulu. Kadang kala dia naik bas, kadang kala dia naik teksi dari sekolah.

Masa kakak dia di kolej, Daniel paling banyak habiskan masa dengan saya dan suami di rumah. Keluar makan hujung minggu, balik rumah mak ayah mertua saya di PJ. Hubungan kami baik, hubungan ibu ayah dengan anak – anak sangat rapat.

Suami saya berhabis banyak duit untuk pastikan cita – cita anak – anak tercapai. 2 tahun lepas pulang ke Malaysia, Emira kahwin dengan teman lelakinya, seorang cina mualaf juga. Masuk Islam untuk berkahwin dengan dia.

Mereka kenal dari zaman sekolah lagi. Saya dan suami izinkan, kerana sudah lama merestui hubungan mereka berdua. Emira dah ada 2 orang anak, paling tua masuk umur 4 tahun bulan Mei. Berbeza dengan kisah perkahwinan Daniel, dia berkawan dengan seorang budak Melayu yang dikenalinya pada zaman sekolah.

Kami sekeluarga tak tahu langsung pasal perkenalan ini sebab zaman budak – budak ni dulu main sms, kita tak sempat pantau. Persahabatan mereka jadi kawan terus jadi kekasih. Masa Daniel buat houseman farmasi di Pahang, baru lah saya dan suami diberitahu, dia ada kenal dengan seseorang.

Saya dan suami pada mulanya tak beri respon apa – apa selagi kami tak tengok dan kenal sendiri dengan biji mata. Setahun lepas houseman, dia kena posting khidmat wajib 1 tahun di sebuah hospitaI di Selangor, masa tu dia bawa teman wanitanya, Adilah ke rumah kami.

Sebelum jumpa di rumah, Daniel dah kenalkan sedikit latar belakang Adilah, suami saya bersungguh – sungguh tak mahu dia teruskan hubungan dengan Adilah. Kerana suami saya masih kuat dan bebas cara hidupnya dalam keluarga Chinese dan tidak berkenan jika Daniel memilih keluarga ‘typical malays’ untuk dijadikan menantunya.

Suami saya sungguh – sungguh tak mahu. Dia berkeras untuk memilih anak – anak rakannya menjadi kekasih Daniel atau Daniel mencari sendiri wanita lain. Bagi dia, tak mahu keluarga melayu biasa – biasa ni masuk dalam keturunannya, malu.

Tak ngam dan tak sama ‘gu’. Daniel ketika itu pula tengah m4buk cinta, apa yang disebut ayahnya, sikit pun dia tak peduli. Beberapa bulan sebelum tamat tempoh perkhidmatan wajib itu, kami langsungkan majlis perkahwinan Daniel dan Aqilah.

Masa tu umur mereka masing – masing 25 tahun. Aqilah duduk bersama dengan Daniel, mereka sewa rumah berdekatan dengan tempat kerja Daniel dan Aqilah ke tempat kerja dengan LRT. Mereka kahwin tahun 2018 lalu.

Saya pula, selalu bosan. Suami kerja di hospitaI, lepas maghrib baru sampai rumah. Anak perempuan dah duduk dengan suami, time cuti atau hujung minggu sahaja dapat jumpa. Jadinya, saya banyak luang masa dengan Aqilah.

Selalu juga saya minta dia dan Daniel datang rumah, makan – makan. Kadang kala saya sendiri ke rumah mereka dan berbual. Suami saya, jauh sekali nak ikut apatah lagi rela hati nak pergi. Mengenali Aqilah buatkan hati saya sejuk.

Dia budak baik, menantu yang baik. Walaupun datang dari keluarga yang susah, dia boleh diaktegori sebagai budak berjaya juga lah. Ada pendidikan baik, kerja baik. Rupa pun ada. Saya cukup gembira dia kahwin dengan Daniel, sekurangnya, dua orang tu saling memperbaiki diri dalam alam perkahwinan mereka.

Daniel boleh belajar dari Aqilah, Aqilah juga boleh membantu mana yang boleh. Tapi, lepas beberapa ketika, mereka sambut ulangtahun perlahwinan ke-2, saya dapati Daniel dah lain. Berubah betul. Saya mulanya tak tahu, sampailah adik ipar saya bercerita di rumah mak mertua saya.

Katanya, nampak Daniel kat party makan malam rumah kawan dia, Datang dengan perempaun cina juga, dia tanya, saya tahu dan kenal ke perempuan tu sebab nampak rapat. Bila saya tahu, saya tak syak apa – apa, sebab saya yakin Daniel tak akan buat macam tu.

Saya berdepan dengan Daniel tak lama lepas tu, dengan Aqilah sekali di depan saya. Saya jumpa di rumah mereka sendiri. Nak tercabut jantung saya, bila Daniel mengaku dia ada perempuan lain yang dia kenal dari kawan – kawannya.

Saya tanya, sejak bila mula bergaul dengan kawan – kawan di pub? Dia kata, dia bosan asyik terik4t di rumah lepas balik kerja. Kerja penat, str3ss, jadi dia keluar hilangkan tekanan dengan kawan – kawan sekolah dan kawan – kawan universiti di pub. Itu sahaja.

Lepas tu, kenal dengan teman wanita barunya tu. Saya terk3jut dengan pengakuan dia. Macam mana dia boleh jadi macam tu, saya sedih tengok Aqilah masa tu, budak tu menangis teresak – esak, si suami pun buat tak peduli.

Saya ugvt Daniel, nak beritahu perkara itu kepada ayahnya, dia jadi marah dan keluar dari rumah. Masa tu PKP pun dah tak ada, boleh rentas negeri, saya tak tahu mana nak cari dia. Hubungi dia tak dapat.

Di rumah, saya beritahu suami, tapi suami tak ambil kisah. Katanya, saya yang nak sangat anak kahwin, bila anak buat per4ngai, kenapa nak libatkan dia? Dia pun ada kerja banyak nak fikir, jangan sibuk kan hal itu kat dia.

Saya jadi susah hati, m4kin kerap saya rasa tertekan sebab tak dapat hubungi menantu dan Daniel. Saya tak tahu apa nak buat. Kemudian, mak mertua saya pula tak sihat, dalam beberapa bulan sebelum tu (sebelum bulan 9), banyak hari saya dan adik beradik suami berkampung di rumah mak mertua.

Jadi, saya biarkan dulu mereka berdua selesaikan masalah mereka. Sampai satu hari (bulan 9), saya jadi sangat tak sedap hati, dua bulan saya dan suami cuba contact Daniel tak dapat. Pergi ke hospitaI tempatnya bekerja juga gagal nak jumpa dia.

HospitaI besar, ramai orang, nak cari dia sorang, bukan senang. Kemudian, saya ke rumah sewa dia, sebelum tu, saya dah banyak kali pergi tapi bila diketuk, ditekan loceng tak ada yang menyahut. Tapi hari itu, saya tengok ada orang buka pintu.

Saya pergi tu pun dah malam, sebab suami balik pun dah pukuI 7 lebih. Lepas tu terus ke rumah Daniel. Saya tengok Aqilah dah tak macam orang, serabut sangat, dengan tak terurus.

Rumah bersepah, bungkusan makanan merata tempat, baju kotor bertimbun tak basuh, rumah gelap, hanya lampu bilik sahaja dibuka, menj3rit saya dibuatnya bila melangkah masuk rumah mereka.

Suami saya tengok Aqilah macam tu, dengan tak terurus, kusut masai, kurus cengkung, muka sembab menangis, terus membebeI. Sedangkan selama Aqilah tu jadi menantu dia, tak pernah la dia berbual ke bercakap dengan si menantu tu, paling tidak pun jawab “ya, sihat” “ok, makan la dulu” bila Aqilah pelawa makan bersama.

Memang dah tak suka, dia pun tak bagi perhatian. Tapi malam tu, dia Nampak Aqilah macam tu, terus dia bebeI dan marahkan Aqilah, kenapa biar hidup mer4na macam tu. Kenapa tak minta cerai sahaja bila suami buat benda b0doh dan s4kitkan hati kita.

Kenapa tak call saya atau sesiapa minta tolong daripada duduk hidup macam tu. Sambil dia berleter tu saya dah basah menangis, sambil tu juga saya kemaskan baju – baju dan barang dia dan beritahu suami nak bawa dia balik ke rumah kami. Duduk dengan kami.

Malam tu, Aqilah balik. Dia tak bercakap apa – apa. Hanya menangis. Dia berkurung diri dalam bilik, saya hantar makanan pun dia tak makan bila saya ada dalam bilik. Lama juga dia macam tu. Sampai lah satu hari, saya cuba juga bercakap dia, slow talk dengannya sama ada ibu ayahnya tahu keadaan dia.

Dia minta untuk saya rahsiakan. Dia pun dah diberi notis berhenti kerja sebab tak datang kerja lebih sebulan tanpa notis. Dia langsung tak hubungi pejabat, HR atau bosnya. Sayu hati saya. Saya menangis hampir setiap hari, salahkan diri saya tak jaga anak dengan betul sampai anak sanggup buat macam tu kat Aqilah.

Suami saya yang sebelum ini tak pernah pedulikan menantu pun ikut saya masuk bilik tengok Aqilah makan dan beri Aqilah ubat. Tak lama lepas tu, Aqilah mula sihat, tak rasa nak bersendiri. Dia keluar bilik, duduk ruang tamu dengan saya, masak di dapur dengan saya.

Kami makan bersama bertiga di dapur. Tengok TV bersama. Hujung minggu kalau suami nak makan luar, kami makan bersama. Pergi rumah anak perempuan kami, main dengn cucu, Dekat sahaja rumahnya pun. Tapi, Daniel tetap gagal kami hubungi.

Puas saya dan suami mencari sampai di tempat kerja, berkeras dia tak mahu keluar pergi kepada kami. Aqilah nak failkan penceraian, tapi dia rasa sangat bersalah, katanya, dia tak mahu pisah sebab sayangkan saya dan suami.

Saya dan suami layannya macam anak perempuan sendiri, sebab itu dia tak mahu tinggalkan saya dan suami. Saya dan suami, sama – sama menangis bila Aqilah minta nak balik duduk di rumah ibu dan bapanya di Negeri Sembilan.

Kami rasa sunyi, biasanya ada Aqilah dengan kami. Tapi dia pergi. Katanya, sampai ketika Daniel dapat dihubungi, dia akan kembali dan selesaikan apa yang patut. Aqilah balik ke rumah keluarganya awal Dec hari tu, saya dan suami berhubung dengannya melalui wasap dan call sahaja.

Daniel pula tak tahu ke mana. Sampailah hujung Januari hari tu, dia balik ke rumah dan tengok barang – barang isterinya tak ada. Dia hubungi Aqilah tak ada jawapan, dia hubungi saya. Saya suruh dia ke rumah dan teruk dia dikerjakan ayahya.

Saya tidak meIarang suami saya memukuI dan t4mpar Daniel, anak kesayangan dan manja saya yang selama ini saya tatang bagaikan minyak yang penuh. Apa yang dia buat terhadap Aqilah telah mer0bek hati saya juga, dia khi4nat kepercayaan saya, keluarga, dan amanah dia sendiri.

Saya jadi lost, saya jadi sem4kin depr3ssed sejak Daniel balik. Ingatkan dia balik mencari Aqilah untuk berbaik, tapi yang diberitahunya nak kahwin dengan perempuan tu. Saya jadi jahat lepas Daniel beritahu perkara tu, penuh mulut saya dengan m4ki hamun.

Tak pernah sekali pun saya panggil anak – anak saya b0doh apatah lagi yang lagi teruk. Tapi sebab tak boleh tahan em0si, saya sebut dan hemburkan juga kepada Daniel. Dia pula seperti dah tak sedar apa, ibu ayah marah ke, apa ke, yang dia tahu, dia nak kahwin dengan perempuan itu.

Saya cuba bincang dengan anak sulung dan menantu. Menantu saya setuju untuk tolong jumpa perempuan itu di luar. Selang sehari dua lepas tu, menantu saya report, katanya, perempuan tu degil dan keras kepala.

Tidak hormatkan menantu saya, walaupun dah dikenalkan sebagai abang ipar Daniel. Menantu saya pergi beritahu Daniel, akhirnya, dia pula yang berg4duh dengan Daniel. Saya jadi nak giIa fikirkan anak – anak.

Yang sulung tu walaupun rumah tangga stabil, kerja baik, ada simpanan yang kukuh, Tapi cara hidup anak perempuan saya tak ubah seperti keluarga mertua, di tambah pula menantu saya cina mualaf, tiada siapa yang dapat bimbing dia 100%.

Nak harap isterinya, lagiIah tak boleh. Si bongsu pula dah jadi orang lain, berubah jadi b0doh lepas kenal perempuan. Entah apa yang dia buat dengan perempuan tu di belakang kami, saya tak mahu fikir, boleh pecah d4da ni bila bayangkan.

Hari Isnin lalu, urusan penceraian Daniel dan Aqilah selesai, selepas dekat sebulan lebih mereka berurusan sendiri, masing – masing ambil persetujuan depan Hakim untuk berpisah. Saya dan suami pergi ke mahkamah, kami tunggu di luar, di dalam kereta, sebab nak jumpa Aqilah.

Lama benar kami tak jumpa dia. Time – time covid macam ni susah nak bersua muka. Nampak mereka berdua keluar, saya dan suami terus pergi ke Aqilah. Kami berpeIukan di tepi kereta, Aqilah menangis, saya menangis, suami saya pula, dalam kereta nak balik baru lah keluar air mata.

Sedih, menantu yang baru dia nak kenal dah tak boleh bersama balik ke rumah. Saya pun terharu dengan suami, dia ubah fikiran dan sikap lepas Aqilah duduk bersama kami beberapa bulan lepas.

Tapi, saya dan suami tak perasan pada Isnin lalu, Daniel sangat berkecil hati sebab saya dan suami langsung tidak pedulikannya dan pergi kepada Aqilah. Kami pula pagi tu datang berasingan.

Dia dari mana tidak tahu, rumah atau tempat persembunyiannya dengan perempuan itu, Entahlah. Malam itu dia meng4muk dan mengatakan saya dan suami tidak lagi menyebeIahinya, tidak lagi sayang kepadanya.

Hingga sanggup pukuI, t4mpar dia dan menolak perempuan yang dia suka. Mendengar dia menuduh saya dan suami sebegitu, buatkan saya jadi terlalu berem0si. Saya katakan kepada dia, dia bukan lagi anak saya, anak saya yang saya besarkan tidak akan sesekali buat benda yang tak patut dan mengkhi4nati saya.

Daniel menjadi terlalu marah, dan keluar dari rumah. Dia bersump4h tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke rumah saya dan suami dan meminta agar kami tidak lagi mencari dan mempedulikan hidup dia.

Saya betul – betul tertekan. Saya selalu salahkan diri saya, ced3rakan diri saya, sebab rasa menyesal dengan jalan hidup yang saya pilih. Saya sudah cuba yang terbaik. Tapi saya rasa gagal. Saya rasa saya seorang l0ser.

Apa yang patut saya buat, benarkah semua ini salah saya? Sehingga saat ini, saya percaya, Tuhan yang saya imani dan yakini dalam faith saya, akan berikan saya bimbingan.

Dia sama sekali tidak akan menghukvm saya selagi tidak tiba hari pembaIasan. Tapi, saya sudah tiada upaya untuk teruskan kehidupan. Saya rasa tiada lagi jalan untuk uturn dan bawa diri saya, anak – anak saya dalam kehidupan yang saya impikan.

Mungkin benar kat a- kata dalam kepala dan fikiran saya, saya gagal. Saya tak berguna dalam kehidupan ini. – Roszita Tay (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sya Nysya : Saya rasa puan lupakan dulu kisah anak puan dan ubati diri puan dan suami dulu, solat, mengaji, puasa sunat dan berqiamulail di waktu malam. Cari ustaz atau ustazah yang boleh membimbing puan.

InsyaAllah berkat perubahan puan serta doa puan untuk anak Allah akan makbulkan doa puan. Doa ibu adalah yang terbaik untuk anak – anak. Itu senj4ta orang Islam. Arw4h ibu bapa puan semestinya banyak berdoa untuk puan dan suami.

Puan dan suami menerima hidayah di usia senja. Jadi puan berdoalah. Jika tidak sekarang mungkin anak puan akan mendapat hidayah akan datang.

Rohaizah Abwahab : Alhamdulillah. Mungkin apa yang men1mpa puan sekarang adalah teguran dari Allah atau a blessing in disguise supaya puan kembali balik ke jalanNya. Get closer to Allah puan.

Perbaiki solat wajib sebaik mungkin, tambahkan ilmu dan banyakkan berdoa dan bertahadjud kepadaNya di sepertiga malam. Mengadulah kepadaNya yang maha mendengar.

Bila kita dekat dengan Allah inshaallah ketenangan dan kedamaian itu akan wujud dalam jiwa. Terima apa yang berlaku dengan redha dan lapang d4da. Please no more suic1daI thought. nauzubillah.

Aidil Ibrahim : Dugaan Allah bagi tandanya Allah sayang.. Semoga puan kembali mencari Allah seperti saranan dikomen – komen yang lain.. Cuma tambahan dari saya, sentiasalah sedekah al fatihah kepada anak – anak puan dan niatkan semoga Allah lembutkan hati mereka. Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan puan sekeluarga.

Norlaila Mohd Din : Puan confessor, menarik sungguh kisah puan, banyak pengajaran yang kami dapat. Puan confessor, menyoroti kisah u, alangkah baiknya Allah, berpuluh tahun Allah bagi nikmat hidup yang sanagt hebat.

Sekarang pada usia 59, tibalah masa puan diuji sedikit. Bangun puan, atur strategi. Ini hidup puan dan anak menantu puan yang disayangi, bersyukurlah. Sebenarnya musibah ini adalah anugerah puan untuk berju4ng bagi meningkatkan nilai diri puan disisi Tuhan.

Bagusnya puan dah ada pun kesed4ran jangan gundah gulana, teruskan hidup. Pertama puan carilah ilmu dulu, cari kelas al quran, kelas fardhu ain lepas tu mulakan amalan dalam hidup, ajak suami dan anak – anak tu.

Daniel tu puan kena banyak – banyakkan berdoa, puan ada senj4ta paling ampuh, doa seorang ibu. Apa pun puan kena maaf kan dulu Daniel, bimbang derh4kanya si daniel akan memakan diri..

Derh4ka ibu ini Allah bayar cash, mesti puan tak nak something happen to him. Bertabahlah puan, jangan sesekali puan putvs asa. Apabila Daniel kembali kepada puan dengan baik, keluarga puan kembali kepada islam, puan akan rasa kemanisan sebuah perju4ngan.

Percayalah pada Allah, semua kejadian yang men1mpa adalah anugerah untuk puan. 59 masih muda untuk sebuah perju4ngan. The best puan dapatkan support sistem seperti join usrah dalam jemaah, akan ramai kawan – kawan yang sentiasa memberi sokongan, Insya Allah..

Anie Alja : Puan Rozita, my short comment. 2/3 hidup puan cukup smooth sailing…mungkin 1/3 ini Tuhan duga. Jangan mudah putvs asa. Tuhan masih sayang, puan bukan orang jahat, suami pun baik, cuma tauhidnya longgar.

Masih banyak cara dan jalan nak pulang pada Dia. Tuhan dah kata, anak – anak adalah ujian kepada mak ayah. Mak saya dah 70an, sangat jaga ibadat, anak bongsu tetap bagi dia menangis dan menangis.

Saya pujuk mak, ‘Tuhan nak cuci hati sampai tidak ada langsung rasa megah dengan anak – anak, cucu comey ka, kaya ka, kuasa ka, darjat ka. Nothing matters bila kita nak jumpa Dia. Saya tak ada nasihat, cuma gunalah peluang ini untuk kembali kepada Tuhan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.