Dulu aku tak suka pakai kabel tapi susah nak dpt kerja akhirnya aku terp4ksa guna kabel. Tapi sebenarnya

Pakcik aku pengarah di bahagian kementerian xx.. Makcik aku orang besar di kementerian yy.. Ayah aku pun ada jawatan besar dalam sektor zz.. Yang takde kabel tu tak payah la sedih. Rezeki ni Allah yang atur. Walaupun aku pakai kabel tapi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Cakap pasal exam online SPA, setiap kali jawab mesti server tak pernah ok. Orang lain dah boleh start jawab exam, I punya pulak masih loading tak keluar soalan. Internet paling laju, tapi sebab server dia memang cap ayam, jadi setiap tahun hadap masalah sama.

Berkenaan isu server ni tiap tahun berulang dan berulang. SPA tak pernah nak perbaiki. Nasib la sape yang tiba – tiba kena server tak okay. Dalam ramai – ramai calon tu ada yang bernasib baik smooth je jawab. Yang kurang bernasib baik memang tahan geram jela server prob.

Exam online ni pun tiada ketelusan sebenarnya. Ramai ahli keluarga, saud4ra mara, kaum kerabat yang minta orang lain tolong jawabkan exam online SPA. Alhamdulillah semua dapat kerja hasil dari effort orang lain. Halal ke kerja tu nanti?

Ada unsur penipuan. Ni belum masuk group telegram yang buat live sharing jawapan masa exam online sedang berlangsung. Takyah kira – kira dan takyah perah otak, tiru je sebijik – sebijik jawapan yang dah tersedia. No wonder ada pegawai – pegawai yang tak berapa cerdik pun sebenarnya tapi pegang jawatan besar – besar.

Sebab exam pun tak jawab based on usaha dia sendiri. Kalau dari exam online pun dah ada unsur penipuan, macam mana dah kerja nanti? Boleh dijamin ke integriti dan ketelusan sepanjang bekerja? Ya sekarang zaman orang terdesak nak kerja, sanggup buat apa saje asalkan dapat kerja.

Dulu aku tak suka kabel – kabel ni walaupun aku boleh je guna kabel. Pakcik aku pengarah di bahagian kementerian xx.. Makcik aku orang besar di kementerian yy.. Ayah aku pun ada jawatan besar dalam sektor zz..

Alhamdulillah hasil dari background family yang ada pangkat besar – besar ni, sed4ra mara ramai dapat kerja hasil bantuan ‘pangkat’ dan recommendation dari family sendiri. Sehinggalah aku dah putvs asa nak guna usaha sendiri.

Sebab dah nampak depan mata bahawa kabel tu memang penting zaman sekarang. Akhirnya I sendiri give up dan guna kabel. Dapat recommendation dari pakcik untuk kerja di kementerian blabla. Pertama, sekali kena lulus exam online dulu.

Dah sampai peringkat interview, semua boleh ejas. Tapi kena la betul – betul buktikan yang kau memang calon terbaik. Bukan setakat 100% berg4ntung pada kabel. Sebab bila interview nanti, semua calon hebat – hebat sebenarnya.

Nak guna sikit je, so masa ni la faktor ‘kabel’ ni penting. Bayangkan ada 3000 calon berkaliber yang panel susah nak pilih. Semua sama semua terbaik. Nak pakai 500 je. Susah betul nak pilih top 500 ni. So masa ni sape yang ada kabel dan dia pun perform masa interview, insyaAllah senang dapat.

Akhirnya yang guna kabel akan cakap “Dah tu rezeki kami. Janganlah dengki. Mungkin ni bukan rezeki awak”. Tapi kalau awak ada kabel besar tapi time interview h4ncur, iv tetap tak dapat gak. Panel ni bukannya kayu yang tak reti evaluate your value.

Dia tetap nak yang terbaik gak. Kabel ni hanya membantu dalam process decision m4king je. Bukannya you b0doh dan tak layak pun, interview pun gagal tapi tetiba dapat jawatan tu. No no. Kabel tak macam tu. Sebelum ni pun aku pernah pergi interview dalam kementerian xxy dan jadi calon ‘buat syarat je’.

Ni panel tu sendiri bagitau tu. Sebab diorang sebenarnya dah ada calon yang ‘layak’ dan semestinya calon tu ada kabel yang sangat kuat. Anak somebody. Jadi aku dan calon lain ni dijemput hadir interview atas dasar buat syarat je, nak nampak buat kerja la tapi sebenarnya kuota dah penuh.

Tapi aku nak pesan lah, kalau ada kabel pun belum tentu u terpilih. Kalau u teruk u tetap tak akan dapat. Jadi, ditakdirkan aku dapat interview tu dan budak yang pakai kabel tu tak dapat sebab dia memang teruk giIa interview.

Panel tu sendiri citer, takkan dia nak ambik anak somebody tu walaupun dia sebenarnya tak layak? Maksudnya, you guna kabel atau tak, kalau u perform dan dapat kalahkan yang lain, insyaAllah you akan dapat jawatan tu.

Aku dapat sebab aku memang aku buat sehabis baik masa interview tu. Aku tunjukkan yang aku memang layak untuk diterima dan aku ada nilai yang orang lain takde. Tapi aku tak grab pun kerja tu sebab nak ambil pengalaman je.

Tapi tetap budak tu tak dapat jugak kerja tu walaupun aku tolak tawaran kerja tu. Nak cakap kat sini, rezeki ni memang Allah yang atur. Aku punya makcik kawan baik dengan pengarah agensi XX. Hari tu dia nak apply biasiswa XX tu untuk anak dia tapi dia punya urusan nak apply tu smooth giIa.

Dia call je pengarah XX tu supaya bagi biasiswa tu kat anak dia.Aku macam pelik, serius lah sepupu aku dapat biasiswa camtu je? Hanya dengan satu panggiIan je? Padahal result SPM dia tak straight A pun dan biasa – biasa je result dia.

Masih ramai yang lebih layak tapi disebabkan dia ada kabel, dia dapat la. Lepas panggiIan tu, makcik aku sediakan segala dokumen penting untuk anak dia. Memang lancar je la prosesnya. Tak sesusah orang lain yang kena bersaing dengan ramai calon.

Orang lain kena jawab iq test la interview la. Dia pun jawab juga tapi buat syarat jelah. Biasiswa tu memang dah dapat sebenarnya. Alah isu kabel ni takkan pernah pupus pun. Itu semua adalah politik kerja. Yang kerja dari lantikan politik tu pun sah – sah la guna kabel.

Yang rapat dengan menteri bla bla mesti la ada kelebihan untuk kerja yang dia apply under menteri tu. Masa ni la member nak tolong member. Betul tak? Aku  perasan ada satu agensi ni staff situ kebanyakan anak beranak.

Yelah asal ada kerja kosong je iklan tak sampai pun kat orang lain sebab staff sendiri tak nak hebahkan iklan tu. Dia forward kat anak beranak je. Akhirnya memang anak beranak dia jelah apply kerja tu, persaingan kurang, diorang jelah yang diserap kerja.

Tapi diorang pandai berlakon macam bukan anak beranak. Haritu kant0i rupanya semua tu sed4ra mara. Bijak gak diorang. Kr0nism ni bukan menteri – menteri je buat, staff kerja gomen swasta pun buat. Selagi boleh utamakan family dan sed4ra mara, memang selagi tu anak beranak je di utamakan.

Yelah takkanlah nak utamakan orang luar yang entah sape – sape kan. Hidup ni memang kena fikir family dulu baru orang luar. Pernah member aku mintak kerja XX bawah agensi XX. Kerani yang uruskan pengambilan pekerja di agensi tu kemain tak nak layan member aku nak apply kerja tu.

Katanya member aku tak layak lah, kerja tu tak kosong la padahal memang ada kosong pun. Macam – macam la alasan kerani tu tak nak bagi member aku apply. Rupa – rupanya kerani tu nak anak sed4ra dia yang apply. Kalau ada orang luar nak apply, dia cuba tak nak layan sebolehnya sebab nak jugak bagi anak sed4ra dia dapat kerja tu.

Tapi anak sed4ra dia tak dapat pun kerja tu tapi member aku yang dapat. Puas hati member aku bila tengok reaksi muka tak puas hati kerani tu.. hahahaha.. Maksudnya anak sed4ra dia tu memang tak layak lah. Member aku pandai debat kot, setakat sembang interview tu celah gigi dia je.

Anak sed4ra ko nak Iawan member aku ? Puihh.. Moral of the story, confession ni just nak bagitau realiti dunia pekerjaan zaman sekarang lah. Banyak je orang guna kabel tapi simpan sendiri jelah. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut.

Takkan yang guna kabel nak bagitau dia pakai kabel kan? Come on lah. Dunia ni sendiri adalah perlumbaan. Orang berlumba – lumba nak dapatkan kerja sekarang. Cuma, yang takde kabel tu takyah la sedih. Rezeki ni Allah yang atur.

Yang ada kabel pun belum tentu dapat kerja. Tapi secara jujurnya, aku sendiri tak suka kabel – kabel ni. Tapi tulah benda ni dah macam perkara biasa, akan sentiasa ada orang guna kabel walaupun tak ramai. Yang ada pangkat dan kuasa ada kelebihan dan yang h1na dan terkebawah ni susah sikit la nak daki setinggi dengan orang have – have ni.

Sebab depa selalunya utamakan geng depa dulu. Kena bersaing  lebih sikit la dari orang lain bagi yang takde kabel ni. Keberkatan? Entahlah. Aku rasa yang guna kabel tanpa memerIukan effort ni memang tak berkat la hasil kerja tu.

Aku sendiri guna kabel tapi aku tahu aku memang layak dapat sebab time interview memang aku perform berbanding calon lain. Aku memang all out untuk interview dan panel pun puji aku sebagai calon yang terbaik walaupun ada panel tak kenal pun aku.

Aku guna kabel tapi panel yang kenal I tu sorang je. Yang menemuduga aku tu ada 3 panel, 2 panel lagi tak kenal aku. Jadi kalau 2 panel tu tak nak ambik aku, aku tetap tak dapat kerja tu.. Faham tak? Tapi kalau yang jenis memang tak layak tapi guna kabel ni I pun tak suka.

Bukan tak suka tapi benci sebab dia memang tak layak dan dia dah ambik hak orang lain yang lebih layak. Do u get what I mean? Aku pernah je ada pengalaman interview dengan calon yang langsung tak layak untuk diterima kerja tu tapi dia dapat kerja tu sebab bapak dia pengerusi lembaga xxx dan bestfriend dengan kesemua panel interview tu.

Yang ni aku benci, ramai calon sump4h seranah dia di belakang sebab memang dia TAK LAYAK TAPI DAPAT. Dengar citer hidup dia pun banyak je masalah sekarang walaupun kerja bagus. Itu mungkin sebab kerja tak berkat. Permulaan kerja pun dah tak berkat so terimalah akibatnya. – Jijan (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

ZUraida AWang Mat : Str3ss pulak baca confession ni. Sebab aku pernah kena pi interview dengan calon yang ada kabel ni. Jauh aku travel, gembira hati mak bapak aku anak dia dapat interview kerja gomen. Travel jauh semata nak pi interview.

Sampai pagi sebelum subuh kat tempat interview. Aku, mak aku dan adik laki aku tidur kat petrol station pastu mandi bersiap kat situ sebab tak mampu nak sewa motel ke hotel. Duit cukup untuk makan sarapan dengan minyak kereta je.

Tunggu giliran interview, calon yang sepatutnya no 5 tetiba tukar jadi no first. Selidik punya selidik anak pegawai kat situ. Masuk dalam 15 minit je keluar senyum – senyum. Aku calon no 7 masuk siap kena marah kenapa jauh – jauh datang interview, kat sini katanya susah nak cari rumah sewa kalau dapat kerja.

Pastu aku jawap, “Tuan, kalau saya dapat kerja ni, pandai – pandai laa saya nak hidup. Yang penting dapat kerja nanti urusan rumah takder masalah.” Depa memang bagi hint dah yang memang tak dapat pon interview tu.

Soalan yang ditanya pon mengarut – ngarut. Sampai kat kereta, tengok muka mak aku, rasa nak nangis. Bukan sebab apa, sebab pikir boleh tak jangan panggil kami pi interview kalau dah ada calon? Tak pikir ke kami guna duit nak pi situ sini tempat interview semua guna duit. Huhuhu.

Peristiwa ni dah lama 5 tahun lepas dah, tapi still ingat. Sebab perit kot time tu susah giIer duit takder tapi dapat interview serupa fake hope so Iuka ku masih berparut hahahahhaa.

Mdm Syerie : Cerita lebat betul budak nie. Kabel paling Agung kan ada Allah yang satu. Alhamdulillah sepanjang bekerja daripada 1 job lepas grad sehingga sekarang. Rezeki semua daripada Allah. Yakin rezeki Allah yang luas ada buat h4mbanya cuma kita kena usaha. Main tuduh – tuduh orang sana sini guna cable. Sebab nak menyucikan diri sendiri ke dik. Sebab u pun sama guna cable tapi acah – acah perform.

Yushan Yusof : Jijan, cerita awak ni memang menambah keyakinan saya yang orang minta kerja guna kabel ni memang tak ada rasa bersalah pun. Kabel ni sebenarnya banyak membvnvh peluang orang lain yang layak dan sebab g3ng – g3ng kabel yang tak layak ni dibawak masuk maka banyak organisasi yang bungkus. Jijan, awak tau tak menggunakan pangkat untuk kepentingan peribadi adalah satu jen4yah k0rupsi dan boleh dilaporkan ke SPRM.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.