Tiba2 je saya jadi angau dekat bapa angkat kekasih. Dia kata, kami dah nikah secara batin dalam mimpi

Masa tu saya dah plan nak kahwin dengan bekas kekasih tapi tiba – tiba bapa angkat dia sailang sampai saya jadi angau. Dia yakinkan saya kami dah nikah batin. Masa saya daftar anak sulung di JPN, maIangnya diorang kata sijil nikah saya adalah palsu. Anak saya masih boleh didaftarkan tapi bin Abdullah…

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Saya Kamariah Abidin. Terlebih dahulu biarlah saya nyatakan dan betulkan niat penulisan ini, bukanlah mahu membuka aib atau memburukkan sesiapa. Saya hanya mahu berkongsi pengalaman gelap saya agar dapat dijadikan iktibar oleh gadis – gadis manis di luar sana.

Perceraian saya dengan bekas suami sudah masuk tahun keenam. Perkahwinan kami genap 10 tahun semasa perceraian berlaku. Tapi saya mahu fokuskan penceritaan bagaimana saya boleh terjebak dengan perkahwinan ‘sc4m’ ini.

Saya mengenali bekas suami daripada bekas kekeasih saya. Bekas suami merupakan bapa angkat ex-bf. Bekas suami ketika itu memang dikenali pandai “merawat” orang, pandai bab – bab tarik duit. Saya kerap ikut ex-bf berjumpa dengan bapa angkatnya tu.

Ketika itu hubungan saya dengan ex-bf serius, kami sudah planning untuk nikah. Entahlah macam mana, saya disailang oleh bekas suami. Jangan tanya saya bagaimana ia berlaku sebab saya tak tahu nak terangkan bagaimana.

Yang saya pasti, saya jadi tidak suka dengan ex-bf, dan menuruti sahaja kata – kata bekas suami pada masa tu. Selepas menjauhkan diri daripada ex-bf, bekas suami mengajak saya tinggal bersamanya. Dia pada masa itu seorang duda.

Ketika itu saya memang menyewa sendirian di KL, ibu bapa saya di Sabah kerana ditugaskan ke sana. Adik beradik semuanya tinggal di luar KL. Saya turuti sahaja kerana saya tahu bekas suami ketika itu ada menumpangkan seorang lagi wanita di rumahnya dan saya ketika itu tidak mahu ex-bf mengganggu saya.

Hubungan saya dan bekas suami menjadi sem4kin rapat selepas itu. Saya sangat giIakan dia, sehinggalah akhirnya dia “menyentuh” saya. Saya memang seorang yang agak bebas dalam pergaulan ketika itu, saya muda dan jauh dari Allah.

Tapi, saya ada prinsip yang saya pegang, saya tidak pernah terjebak dengan z1na. Malah dengan ex-bf pun saya tidak pernah disentuh padahal menurut kawan – kawan ex-bf saya, ex-bf ni memang kalau dengan perempuan takde yang tidak pernah dia tiduri, kecuali saya, sehinggalah saya tewas pada bekas suami.

Bekas suami mengatakan perbuatan kami tidak berd0sa kerana dia telah pun menikahi saya secara batin. Mengapa saya boleh jadi b0doh dan percaya? Kerana sebelum kejadian berlaku, memang saya ada bermimpi dengan jelas dinikahkan dalam satu majlis akad nikah bersaksikan h4mba – h4mba Allah tapi tiada yang saya kenal.

Mimpi itu sungguh jelas, saya ingat hingga sekarang. Maka bermulalah kehidupan kami sebagai suami dan isteri, sehinggalah saya mengandung anak yang pertama. Malah pada ketika ini, ibu bapa saya masih tidak tahu situasi dan status saya.

Saya sem4kin kurang berhubung dengan keluarga. Hari Raya pun saya setakat berjumpa dengan mereka sekejap di KL dan saya minta diri kerana saya sibuk alasannya ada kerja perlu disiapkan. Sungguhlah saya berd0sa kerana mengecilkan hati mereka.

Bekas suami saya ada mengaturkan akad nikah secara fizikal selepas saya habis pantang selepas melahirkan anak sulung saya. Saya tak tahu macam mana dia buat, yang pasti dia bayar sindiket. Kami tidak ke Siam, bekas suami hanya menempah sebuah bilik hotel mewah dan akad dijalankan di situ.

Sekali lagi, tanpa seorang pun yang saya kenali. Maka dapatlah kami sijil nikah yang didaftarkan di Kelantan. Ketika itu saya rasa sedih sangat. Tapi saya tidak tahu nak buat apa. Jauh dari keluarga, tak bekerja, ada baby pula.

Saya mula rasa sangat tidak gembira, bila bekas suami asyik menangguhkan pendaftaran sijil lahir anak. Akhirnya cukup 6 bulan, saya sendiri pergi ke JPN dan daftarkan anak saya. MaIangnya, pihak JPN mengeluarkan surat menyatakan sijil nikah saya adalah palsu.

Anak saya masih boleh didaftarkan tetapi dia dibintikan Abdullah. Sedih sangat saya. Untuk kelahiran anak yang seterusnya, suami saya uruskan semua, yang mana saya amat yakin dia bayar orang supaya anak – anak kami dapat di bin dan bintikan namanya.

Jejak umur anak sulung saya 8 bulan, bekas suami mengajak saya berterus – terang dengan ibu dan bapa saya. Saya rasa sangat gembira kerana saya mahu menjalani kehidupan macam orang lain. Bekas suami yang jelaskan semuanya pada mak ayah saya.

Hebatnya dia, berjaya dia tundukkan ibu dan bapa saya yang saya sendiri tak berani nak tempuh. Ibu bapa saya menerima perkahwinan kami, apatah lagi melihat saya sudah mempunyai cahaya mata. Maka hiduplah kami sebagai sebuah keluarga, sehinggalah berlaku pelbagai pertelingkahan kebanyakannya sebab saya mula pandai betah kerana saya tidak suka dan tidak yakin dengan aktiviti perb0mohannya.

Saya nekad nak mohon cerai tapi disebabkan sijil nikah saya palsu, saya perlu buat pengesahan nikah, yang mengambil masa 6 bulan untuk selesai. Akhirnya, satu hari sebelum Ramadhan tahun 2016, mahkamah telah meng-farakkan pernikahan kami.

Tiada istilah cerai, tiada taIak, tiada iddah. Ia umpama perkahwinan kami tidak wujud. Saya ada bertanyakan peguam tentang status anak – anak saya, diterangkan kepada saya bahawa perkahwinan saya adalah perkahwinan syubhah dan anak – anak itu sah tarafnya kerana saya sangka perkahwinan itu sah tapi sebenarnya tidak sah.

Semasa di hujung – hujung keretakan rumah tangga, ada beberapa lagi wanita muda yang tampil berjumpa dengan saya mengadukan hal telah disentuh bekas suami. Semuanya muda – muda belaka. Ada yang saya tahu kerana saya siasat sendiri, saya berterus – terang dengan wanita – wanita muda ini yang mereka mungkin dib0dohkan tapi saya pula yang kena marah.

Saya dik4takan cemburu. Jadinya saya ambil keputvsan lepas tangan. Ada yang turut dinikahi secara batin dan mempunyai anak. Setelah berpisah dengan bekas suami, saya berjumpa dengan h4mba Allah perawat kerana saya s4kit barulah saya benar – benar pasti selama ini, saya dan keluarga saya telah “ditundukkan”.

Selama ini kami semua mahu bersuara tapi tidak ada kekuatan. Secara simboliknya belakang saya telah ditanam jarum emas dan diik4t benang. Pergerakan dan pemikiran saya seolah dikawal macam boneka. Pernikahan saya dengannya umpama penipuan semata – mata.

Bukan itu sahaja, bekas suami mengikis mak dan ayah saya sehingga kerugian lebih RM100k, dipujuk untuk keluarkan modal untuk dia kembangkan perniagaan. Mak ayah saya menurut sahaja tanpa bantahan, padahal kalau ikutkan mak saya jenis yang sangat berkira tentang duit.

Sepuluh tahun berkahwin, saya boleh kira dengan jari satu tangan berapa kali saya balik menjenguk ibu dan bapa di kampung, menjenguk nenek di kampung jauh sekali. Saya turuti sahaja bekas suami, tidak diberi izin dengan pelbagai alasan.

Tapi mulianya hati ibu dan bapa saya tetap datang menjengah saya kerana tahu suami tidak beri izin balik. Berd0sanya saya Ya Allah. Para pembaca sekalian, saya yakin, antara sebab saya terjebak dengan sihir dan penganiayaan, adalah kerana silap saya sendiri, jauh dari Allah SWT.

Tetapi Allah sayangkan saya dan melorongkan saya ke pintu – pintu taubat melalui perkahwinan dan penipuan ini. Sem4kin dekat saya dengan Nya, sem4kin terbuka hijab penipuan yang saya alami, kebenaran terbuka sikit demi sikit, hinggalah saya dapat kekuatan untuk bangun lepaskan diri dan pert4hankan maru4h dan diri.

Orang yang berada di bawah pengaruh sih1r penunduk memang susah untuk melepaskan diri dan kadang – kadang mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan. Sekiranya anda ada saud4ra perempuan, duduk berjauhan dari keluarga, pantaulah.

Ambil tahu dengan siapa mereka berkawan, bagaimana masa mereka dihabiskan. Untuk wanita – wanita di luar sana, janganlah buat apa yang Allah tak suka dan buatlah apa yang Allah suruh. Hanya dengan berada dekat dengan Allah SWT, diri kita terlindung dari musibah – musibah yang mengaibkan dan merugikan diri, Insyaallah sentiasalah mohon perIindungan dari Allah kerana dialah sebaik – baik peIindung.

Para pembaca yang saya kasihi, mohon titipkan doa kepada saya untuk diberi kekuatan dan kebijaksanaan untuk mengemudi kehidupan membesarkan anak – anak saya. Saya juga mendoakan agar para pembaca sekalian diberi kemudahan dalam menjalani kehidupan dunia akhir4t. – Kamariah Abidin (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Hattee Sesuka :

Semoga TT dilindungi Allah sentiasa. Aamiin. Nasihat TT memang bagus agar kita berhati – hati.  Penyih1r / pengani4ya merasa hebat agaknya. Adakah dia tidak beriman kepada hari pembaIasan? Agak – agak sisa umur tinggal berapa lama lagi? Alam sebeIah sana adalah infiniti. M4ti itu benar.

Xidi Nurhiddayah Zainal : Kakak kawan saya pernah hilang ikut lelaki. Kami percaya dia juga disih1r. Macam mana mereka kenal tak pasti. Mula – mula dia tak peduli pada rumahtangga dan anak – anak. 1 hari dia keluar tengah malam tak balik – balik. Berbulan – bulan.

Dapat jejak guna b0moh jugak sebab masa tu internet tak macam sekarang. Beliau asal Kelantan dah sampai ke Thai. Pendek cerita b0moh Iawan b0moh dan sih1r tu dapat dipecahkan. Kakak tu dapat larikan diri dan pergi ke balai polis sana.

Mujur ada poster beliau di balai tu sebab beliau lari sehelai sepinggang malah tak ingat nama. Polis Thai hubungi polis Malaysia Kelantan dan kakak tu dapat pulang pada family dalam keadaan celaru, kusit masai, kurus dan hilang ingatan. Keluar rumah baca ayat kursi. Itu je nak cakap. Sih1r dan pukau ni jangan dibuat main.

NurAz Wan : Teringat kisah masa zaman saya sekolah rendah. Ada orang bujang menyewa di rumah kecil kepunyaan jiran. Bila balik sekolah, ada seorang gadis naik bas bersama kami, turun bersama kami dan selalu pergi ke rumah orang bujang tersebut.

Beberapa tahun kemudian, masa saya dah remaja saya bertemu balik dengan kakak tersebut di stesen bas dan dia bercerita, dia sendiri tak tahu apa yang dia buat masa zaman gadis dia dulu. Macam kena puk4u. Dia rasa sangat malu untuk datang kampung saya lagi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.