
Bila suami ajak balik kampung, aku jadi takut sebab aku kena tidur. Aku ada anak kecik umur 4 bulan. Dia tengah menyusu badan. Macam mana aku nak tidur, menyusu badan kalau tidur dekat ruang tamu. Bilik lain semua adik ipar dah ambil dulu. Selama ni aku tak pernah membantah cakap suami..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan w4rga FB. Aku wanita yang berumur 26 tahun, juga merupakan seorang isteri dan ibu kepada putera kecil aku yang baru berusia 4 bulan lebih. Aku di sini sekadar meluah dan berkongsi kisah hidup yang tak tahu sampai bila dan di mana penghujungnya.
Cerita dia macam ni. Masa mula berkahwin dengan suami, tahun pertama kami sambut raya belah keluarga suami. Mula – mula tu aku teruja sangat sebab nak tengok macam mana perayaan dekat kampung suami. Mula memang best sebab masa tu aku dengan suami boleh dikatakan pengantin baru lagi.
Sampai kampung suami pun masa tu kami berdua saja yang baru sampai. Dalam rumah tu ada adik – adik ipar saja. Kakak ipar datang lambat sikit. Jadi aku dan suami duduklah dalam bilik suami. Barang – barang semua letak dalam bilik.
Masa tu layanan mak mertua pun okey saja. Aku pula jenis ringan tulang, tak suka duduk diam. Ada saja kerja aku tolong mak mertua dekat dapur, sampai basuh baju adik – adik ipar pun aku buat. Yelah, bagi aku masa tu dah terlanjur basuh baju suami sekali, apa salahnya tolong basuhkan sekali.
Masa tu nampak semua okey. Air muka mak mertua dan adik – adik ipar pun baik saja. Sampailah satu masa kakak ipar aku dan keluarga dia datang. Tiba – tiba mak mertua aku kemas barang aku dengan suami dan pindahkan ke bilik adik ipar. Mereka kemas depan mata aku sendiri.
Aku senyum saja. Yelah, aku ni menantu saja. Lagipun tu bilik suami aku, kenapa pula aku nak bising. Aku dan suami terp4ksa tidur luar sebab dalam rumah tu ada tiga bilik saja. Yang lain semua adik – adik ipar dah ambil. Aku diam saja, buat macam tak ada apa.
Sampai satu masa tu, suami nak bermanja sikit pun, baru nak duduk sebelah je pun, mak mertua, terus kena sindir. Kata sudah – sudahlah nak berbulan madu tu. Aku senyum saja. Dalam hati aku cakap, baru empat bulan kahwin. Ada satu masa aku terp4ksa tukar baju.
Aku pakai dalam tandas sebab dalam rumah tu ada abang ipar dan adik ipar lelaki keluar masuk bilik. Takkan nak tukar depan mereka. Nak dijadikan cerita, pak mertua aku kahwin tiga, jadi jarang balik rumah. Ada satu masa tu dia dapat tahu aku dan suami tidur luar. Dia marah mak mertua.
Lepas tu mak mertua marah adik ipar perempuan, dan adik ipar perempuan datang marah aku pula. Kata aku yang tak nak tidur bilik. Aku diam saja sebab aku tahu diri aku hanya menantu. Aku jawab pada pak mertua, tak apa pak, aku dah biasa tidur luar. Lepas tu mak mertua kata malam nanti aku tidur dengan adik ipar dalam bilik, suami tidur luar.
Pak mertua terus kata, kamu baru kahwin atau dah lama kahwin, jangan sesekali berpisah tempat tidur sebab itu pengikat rumah tangga. Aku senyum saja. Pak mertua memang faham menantu. Lepas dari kejadian tu, mak mertua dan adik – adik ipar mula tarik muka dengan aku. Aku sendiri tak tahu apa salah aku.
Sampailah giliran mereka datang rumah aku lepas aku bersalin. Yang ni aku dah cerita macam mana layanan mereka masa aku berpantang. Disebabkan semua ni, aku ambil pengajaran. Aku tak nak biarkan orang pijak kepala aku lagi.
Sekarang aku dah ada anak. Anak pula jenis tak nak susu botol, nak menyusu badan saja. Suami pun sekarang dah berubah sikit – sikit lepas aku minta dilepaskan sebab dah tak tahan dengan tekanan yang aku hadapi. Pernah sekali suami ajak aku balik kampung dia.
Katanya nak berkumpul ramai – ramai dengan abang dan kakak dia. Aku fikir panjang. Aku takut benda yang sama berulang. Aku cakap pada suami, balik kampung nanti nak tidur luar lagi ke. Nak susukan anak macam mana. Takkan nak lari ke tandas setiap kali nak susukan anak. Atau nak aku susukan depan abang ipar dan adik ipar lelaki.
Suami terus diam. Sebab aku jenis yang tak pernah bantah cakap dia sebelum ni. Tapi manusia boleh berubah bila terlalu banyak dip4ksa dan dis4kiti. Aku suruh suami balik sendiri kalau dia nak balik. Sebab aku dah tak sanggup nak hadap per4ngai hipokrit mak mertua dan adik ipar. Depan suami layan baik, belakang buat cerita bukan – bukan.
Suami ni kalau mak dia tak ada, memang baik. Rajin tolong isteri. Tapi bila mak dia ada, mesti kami akan berg4duh. Memang boleh mer0yan kalau berpantang dengan mak mertua yang kita tak tahu apa dia tak suka tentang kita.
Sedangkan kita dah jaga dia bila balik kampung. Aku tak minta dibayar duit. Aku cuma minta satu saja, jangan siksa emosi menantu, lagi – lagi masa dalam pantang. Jadi persoalan aku sekarang, perlu ke aku ikut suami balik kampung dia lagi.
Untuk pengetahuan semua, mak mertua aku pernah letakkan benda dalam rumah aku. Aku selalu kena gangguan sampai badan lebam bila bangun pagi. Ada ustaz yang tengok, kata benda tu tak elok, jiin k4fir. Katanya konon untuk jaga rumah sebab mak mertua guna khidmat b0moh.
Ustaz tu pesan aku jaga diri baik – baik. Bukan nak berprasangka buruk, tapi kita tak tahu hati manusia macam mana. Untuk mak mertua aku, aku tak tahu di mana silap aku. Mungkin aku pernah Iukakan hati kamu tanpa sengaja, atau layanan pak mertua pada aku buat kamu tak senang hati. Aku minta maaf.
Aku ni kalau orang baik, tak ada maknanya aku nak jadi jahat. Aku layan baik – baik. Tapi kalau orang buat aku tak elok, memang aku boleh berubah. Kepada suami, dengarlah rintihan isteri kau ni. Bukan aku membenci keluarga kau tanpa sebab yang kukuh. Cukup hati ni terIuka dengan perbuatan kau dan keluarga kau sepanjang pernikahan kita.
Kau suami yang sering meny4kiti aku dan mend3ra emosi aku tanpa kau ketahui s4kit yang aku rasa. Buatkan cinta dan sayang aku semakin pudar untuk kau. Berkali – kali kau mengkh4nati cinta aku sampai kau sanggup menduakan aku ketika aku bert4rung nyawa untuk melahirkan zuriat kau, dengan harapan kau akan berubah bila menatap wajah anak penyambung generasi keturunan kau.
Tapi semuanya h4ncur bila kecurangan kau terbongkar. Kerana nak menutup kesalahan kau, kau sanggup memukuI aku ketika aku masih dalam pantang. H4ncur hati aku pada kau. Yang tinggal hanyalah kebencian. Kau hanya menghargai bila kau kehilangan aku. Meratap merayu dah tak bermakna lagi untuk aku. Sungguh cukup terIuka hati ni.
Aku masih jalankan tanggungjawab aku kepada kau. Tapi untuk mencintai kau seperti dulu, susah lagi aku nak ungkapkan kerana hati ni terlalu terIuka. Mertua vs adik ipar Ketahuilah wahai mertua aku, aku hanyalah wanita yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada anak kau untuk dikasihi dan disayangi, bukan dipukuI dan dihina sewenangnya hanya kerana aku dari darjat keluarga yang miskin dan hina.
Wahai mertua aku, aku hanyalah menantu kau yang tak punya apa – apa. Tapi aku juga manusia yang ada hati dan perasaan bila diberi gelaran “siaI” oleh anak perempuan kau. Cukup aku jaga hati dan perasaan kau, tapi kau dan anak kau hanya pandang aku sebagai beban kepada suami aku.
Sampai kau sanggup menjaja keburukan aku ketika kau jaga aku berpantang. Dan ketahuilah, aku cuma menantu yang tahu erti s4kit, ketika mana aku menahan diri dari lapar kerana kau kata aku hanya menyusahkan anak kau. Bayi yang aku susukan tu adalah zuriat anak kau sendiri, dan aku ibarat pendatang di rumah sendiri. Kau hanya tahu cari salah dan silap aku.
Sikap dan perbuatan kamu buatkan aku jadi manusia yang keras hati, sebab cukup aku dihina dan dipijak selama ni. Mungkin bagi mereka perasaan aku ni ibarat tunggul yang boleh diperlakukan sesuka hati. Aku juga manusia biasa, h4mba Allah yang diberikan rasa untuk terIuka dan meIukakan.
Untuk mertua dan adik ipar aku, aku tak tahu apa salah aku sampai kamu sanggup mereka cerita yang aku sendiri tak tahu. Padahal masa dalam pantang pun aku masih jaga kebajikan suami aku, buat kerja harian aku sebagai suri rumah tangga, dan aku juga turut jaga kebajikan kamu. Tapi kenapa aku tetap jahat di mata kamu. Cukup tersiksa hati dan fikiran aku disebabkan perbuatan kamu.
Ulasan Pembaca :
Wanie Syazwani : Sis sabar ya. Doa banyak – banyak, moga – moga Allah bukakan pintu hati mak mertua sis. Sis dah ada anak. Bersangka baik dengan mak mertua. Balik nanti ikut suami sis. Duduk bersemuka dengan mak mertua sis. Duduk berhadapan dengan dia, pandang muka dia dan cakap elok – elok.
Tanya mak apa yang tak suka. Kalau mak tak suka, minta maaf. Cakap baik – baik, ambil hati dia. Lepas tu sis bagi hadiah. Tak perlu yang mahal, cukup yang sederhana saja. Memang mungkin susah, tapi cuba ambil hati dia ya sis. Satu lagi, sis minta doa dan mohon restu dia. InsyaAllah sis.
Farah Alias : Aku sejak kahwin, dua malam saja tidur dalam bilik kalau balik kampung. Kita jarang – jarang balik rumah, jadi tidur saja dekat luar sebab bilik dah ada yang punya. Aku pun tukar baju dalam tandas. Kau jadi tetamu dalam rumah tu, jadi ikutkan saja. Tapi yang jadi persoalan, orang dalam rumah tu layan tetamu macam mana sampai orang jadi taw4r hati dan tak mahu datang lagi. Kan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.