
Lepas bersalin isteri berubah dari seorang yang ayu kepada baran, kaki g4duh. Dia pecahkan cermin semua cermin kereta adik aku. Adik aku berg4duh sampai lebam – lebam kena dengan isteri aku. TV pun habis jah4nam sampai adik aku tr4uma. Isteri balas d3ndam dekat mak aku..
#Foto sekadar hiasan. Salam min, hidekan profile aku. Aku pendekkan cerita aku je la. Aku kahwin dengan isteri baru 3 tahun. Masa bercinta keluarga aku suka isteri aku tapi bila dah berkahwin terutama mak aku, dia berubah jadi tak suka isteri aku sebab aku bagi sepenuh kasih sayang aku dekat isteri aku, lagi – lagi masa dia tengah mengandung anak sulung kami.
Dugaan yang menimpa bini aku ialah mak aku tak bagi bini aku ikut aku beraya. Dia suruh aku balik sorang – sorang tinggalkan bini tengah mengandung. Bila isteri aku datang rumah tengok mak aku, mak aku tak nak masak, kira buat dia macam orang luar. Adik aku lagi la, dia jadi batu api sampai aku dengan isteri nyaris nak bercerai.
Aku dulu ada motor buruk je masa kenal isteri tapi dia sanggup terima aku yang serba susah sedangkan isteri aku anak orang senang yang teramat senang. Aku pukuI isteri aku yang tengah mengandung sampai masuk hospital tapi isteri aku tak buka aib aku sikit pun, cakap aku yang pukuI dia.
Aku terlalu percayakan keluarga aku sampai keluarga aku hasut untuk cuba meruntuhkan rumah tangga aku pun aku percaya je cakap mereka. Isteri aku ni lurus bendul sebab tu adik aku suka fitnah dia sampai saud4ra aku pun tak suka dia.
Dia sampai mer0yan kerana tekanan daripada keluarga aku dan aku. Dia menangis menjerit – jerit macam orang giIa sampai dia cakap apa pun aku tak percaya. Aku tipu dia dan aku menangkan keluarga aku. Satu hari bila anak aku dah lahir, lepas isteri habis pantang kira – kira 5 bulan lepas dia habis berpantang, isteri aku berubah jadi lain daripada yang aku jangka.
Dia bukan lagi lurus bendul tapi dia jadi seorang yang garang, panas baran, kaki pukuI dan kaki g4duh. Dia berg4duh dengan adik aku yang suka fitnah dia. Kereta adik aku dia pecahkan cermin semua sekali. Adik aku berg4duh sampai habis lebam – lebam kena pukuI dengan isteri aku. TV pun habis jah4nam sampai adik aku tr4uma dengan isteri aku.
Mak aku pula, isteri aku buat benda yang sama macam apa yang pernah mak aku buat dekat dia masa dulu. Bila raya isteri dengan anak tak balik jumpa mak termasuk aku sebab isteri tak bagi. Isteri aku pun tak masakkan bila mak aku datang rumah.
Yang lagi dahsyat, bini aku cakap dekat mak aku kalau sekali lagi cuba pecah belahkan rumah tangga dia, isteri aku nak tanam mak aku hidup – hidup. Sampai pasu rumah ada 11 biji habis bini aku pecahkan dengan tukul. Sekarang mak dengan adik aku tr4uma dengan isteri aku sampai takut nak call aku lagi.
Nak sound isteri aku memang dah tak ada lagi. Baru aku sedar yang keluarga aku memang nak pisahkan aku dengan isteri. Apa yang isteri aku cakap semua betul tapi nak menyesal pun dah tak guna sebab isteri aku dah tak percayakan aku lagi sampai sekarang.
Hari tu aku tipu isteri aku cakap aku kerja tapi sebenarnya tak, aku keluar jumpa kawan lama aku perempuan. Kira bekas kekasih aku la. Isteri dapat tahu, balik rumah min dia tengking aku. Jadi aku pun geram nak pukuI dia tapi dia dengan pantas pergi hentak kepala aku dengan kayu hoki. Badan aku bengkak – bengkak kena pukuI dengan dia.
Sampai kawan – kawan tempat kerja tak berani bawa aku keluar tak kira ke mana. Isteri aku tu cantik, rajin, makan pakai tak pernah dia lupa tapi dia cuma jadi garang macam tu lepas dia bersalin. Isteri aku ni tak suka bercampur orang, duduk diam dekat rumah masak, jaga anak dan jaga mak dia.
Dia tak akan ser4ng orang tanpa sebab dan mungkin dia pendam selama ni sebab anak dalam perut takut jadi apa – apa. Aku ni min garang tapi dengan isteri aku jadi takut sekarang ni, takut dia mengg4nas. Aku tak nak ceraikan isteri aku sebab dia baik sangat – sangat. Susah senang dia ada dengan aku.
Sekarang aku nak minta pendapat macam mana nak baikkan keluarga aku dengan isteri aku ni sedangkan dorang takut nak jumpa isteri aku atas alasan takut isteri aku bertindak di luar jangkaan. Terima kasih semua.
Ulasan Pembaca :
Mi Mi : Padam muka, tak pasal – pasal dah kena hempuk. Tak jaga hati isteri, ingat isteri tak ada perasaan ke? Sepatutnya isteri kita kena jaga. Bila dah terpendam lama sangat sangat macam ni la jadinya. Hati dah taw4r. Sokong sangat isteri awak buat macam ni. Baru tahu langit tinggi rendah, jangan asyik kena pijak je. Buat baik, orang tak pandang jugak. Keluarga awak tu kena minta maaf dengan isteri awak, mulut tak kawal.
Alicesha Chuk’s : Satu aku rasa bini kau mesti ada mer0yan. Jadi bawa dia jumpa pakar supaya dia dapat mengawal perasaan dia ketika marah dan berfikiran lebih rasional. Ibu mengandung ni jiwa dia sangat sensitif sebab tu kena jaga hati dia baik – baik. Dah jadi macam ni baru kau menyesal.
Ruhaya Haris : Kes mak dan adik beradik kau senang je. Lepas bini kau dah boleh kawal emosi, bawa mak dan adik beradik kau minta ampun dan maaf dekat bini kau. Hati wanita ni beb, keras macam mana pun ada lembut, ada ayunya. Kau doa dan tawakal je. InsyaAllah kena caranya bini kau cair tapi bab kau jumpa bekas kekasih kau tu memang padan muka kau. Dah ada bini, dah ada anak, ada hati toleh belakang pula.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.