Sepanjang aku hidup haritu kali pertama aku nampak ayah aku menangis cakap dekat abang aku,“Salah aku tak didik kau dengan betul, salah aku dengan mak kau tak didik kau cara jadi suami dan lelaki yang baik. Kau ceraikan bini kau!”
#Foto sekadar hiasan. Hi admin. Ni kisah tentang abang aku yang tak guna dan kak ipar aku. Aku ada seorang akak ipar. Akak ipar yang sangat baik. Bukan setakat akak ipar yang baik tapi menantu yang baik buat mak dan ayah aku.
Tapi sayang sebab dia berjodoh dengan abang aku. Kami satu keluarga ni memang suka isteri abang aku. Dia ni peramah rajin baik penyayang segala pakej lengkap ada. Akak ipar aku ni dia suka meniaga dekat rumah. Pada awalnya macam setakat jual jajan depan rumah.
Lepastu jual makanan macam mee bandung, soto, makanan yang mudah – mudah dekat depan rumah sahaja. Sehari tu jejak lah juga 100 ringgit sebelum tolak segala macam cost. Abang aku ni pula jenis biawak hidup sekejap kerja, sekejap tidak.
Nasib baik akak ipar aku ni rajin kalau tidak ranap lah keluarga diorang. Selepas dari meniaga makan, dia berhenti kerja sebab waktu tu tengah rancak jual barang online. Beli barang murah dari cina dan jual dekat Malaysia.
Akak aku pun okay nak cuba. Dia setiap hari cakap, “abang boleh tolong saya tak?” Aku waktu tu ingat lagi datang rumah diorang. Akak aku cakap lemah lembut, “abang nanti tolong saya ye, kita ambil barang dekat tempat ni?”
Abang aku melenting pula dia “kau nak meniaga kau ambik sendiri”. Aku baran lah juga cakap, “tolonglah bini kau tu, kau bukan kerja pun!” Tapi tak jadi apa – apa juga. Jadi aku suruh adik aku bawakan akak ipar kami ni ke tempat warehouse tu.
Mulanya kak ipar aku tolak, tapi aku cakap tak apa biar adik temankan. Sekali barang yang akak aku order ni banyak ye penuh kereta. Nasib baik adik aku temankan sebab iyalah kalau naik uber ke teksi waktu tu memang tak nak lah diorang bawa.
Balik je rumah, abang aku membebel. Tapi tak sampai sebulan stok semua barang tu habis. Untung pun lepas tolak segala benda, untung lebih 3 kali ganda kot. Akak aku siap belikan abang aku iaitu suami dia motor kot supaya senang nak ke sana ke sini untuk kerja.
Abang aku? Cakap terima kasih pun tidak. Dah m4kin senang, kak ipar beli kereta 2nd hand pula. Tapi abang aku pula per4ngai m4kin teruk. Habis barang niaga tu dia h4ncurkan. Bayangkan akak ipar aku suruh tolong hantar barang tu dekat pejabat pos nak pos barang dalam 50 biji, dia boleh cakap hilang.
Ayah dengan mak aku siap datang rumah tanya, “mana barang niaga bini kau?” Dia cakap letak parking lepastu hilang dengan tak bersalah. Kena ganti balik dah banyak ye rugi dia tu lagi. Lepas dah setahun berlarutan abang aku asyik nak sabotage bisnes akak ipar aku.
Padahal dia dah simpan duit nak beli rumah nak menyenangkan hidup mereka sebab anak pun dah umur setahun. Akhirnya lepas banyak kali kena m4ki, h1na, cerca dengan abang aku. Akak ipar aku give up. Aku ingat lagi dia datang malam pukuI 9 dekat rumah. Semua ada, mak ayah aku adik beradik lain kecuali abang aku.
Datang akak ipar aku bawa anak dia yang baru umur setahun. Akak ipar aku salam tangan ayah dan mak aku, lepastu dia cakap minta ampun dan maaf sebab tak dapat jadi menantu dan baik dan dia minta maaf sangat terp4ksa minta cerai dari abang aku.
Kami semua bila dengar tu marah dekat abang sambil menangis. Ayah dengan mak aku diorang siap cakap minta maaf sebab tak dapat didik anak dia jadi seorang lelaki dan suami yang baik dunia akhir4t. Besoknya ayah dengan mak pergi rumah jumpa abang aku.
Sepanjang aku hidup haritu kali pertama aku nampak ayah aku menangis cakap dekat abang aku, “Salah aku tak didik kau dengan betul, salah aku dengan mak kau tak didik kau cara jadi suami dan lelaki yang baik. Kau ceraikan bini kau, biar dia hidup dengan cucu aku, tenang tak ada suami tak guna macam kau!”
Selepas turun naik mahkamah. Akhirnya mereka bercerai, akak ipar aku dan anak dia pindah ke negeri lain. Sebulan sekali kami datang jenguk lawat akak ipar dengan anak dia, okay ke tidak. Lagipun adik aku ada belajar dekat kawasan sana jadi aku selalu suruh dia pergi tengok setiap kali hari cuti.
Nak tahu mereka ok ke tidak, sihat ke, cukup ke makan pakai. Kak ipar aku sekarang? Dari beli barang setakat penuh kereta, sekarang sekali masuk stock dah penuh lori. Warehouse pun dah besar, macam – macam jenis produk akak ipar aku jual.
Hidup pun dah senang, anak beranak senang, siap ada pekerja sendiri. Abang aku pula hidup dia sekarang ke hulu ke hilir dengan motor yang bekas isteri dia belikan. Rumah lama tu pun dulu sewa isteri yang bayarkan jadi ke hulu ke hilir lah dia nak tidur dan makan.
Ayah dengan mak aku dah tak bagi dia jejak rumah. Sampai sekarang ye macam tu. Aku jumpa lepas kovit dah habis pkp asyik cakap nak pinjam duit, aku bagi lah 100. Bila aku tengok tu rasa geram dan marah. Bayangkan kalau dia ni supportive tolong bini dia tapi tak nak. Konon dulu cakap “tak ingin makan duit titik peluh perempuan.”
Sekarang ni dia merempat. Itu pun nasib motor tu akak ipar aku tak ambik. Kalau dia ambik juga, ha jalan kaki je lah ke sana ke sini. Rugi hidup! – Fuzah (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Xander Max : Tapi bagus mak pak h4ng tak menangkan anak jantan taguna tu. Teruskan lah dia menjadi biawak. Esok lusa masuk la bersamamu tu. Jangan pulak ada yang judge kata anak buat bapak. Tak kisah jahat macamana pun tetap bapak.. EHHHH!
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.