Disember ni, suami aku akan dapat duit KWSP 16k. Awal – awal lagi mak mertua dah minta semua duit tu untuk buat majlis kahwin adik ipar. Bila kami suruh buat kecil – kecilan, mertua kata, nak jaga maruah. Pertama kali aku g4duh..
#Foto sekadar hiasan. Salam, saya sudah berkahwin selama setahun. Saya dan suami adalah hubungan jarak jauh kerana kami berdua dalam sektor kerajaan. Saya di Johor Bahru dan suami di Kuala Lumpur. Antara suami dan saya, gaji saya lebih tinggi dan bonus saya agak lumayan setiap tahun.
Masalahnya ialah, adik – adik ipar dan mak mertua saya suka meminta macam – macam daripada suami saya kerana beranggapan kami ini banyak duit, sedangkan yang banyak duit bukan suami saya. Suami saya cikgu biasa sahaja, baru sahaja kerja tiga tahun. Gaji bukanlah banyak mana.
Kami baru sahaja kahwin setahun dan banyak benda nak fikir. Tetapi tergamak mereka suka menyusahkan suami saya. Kalau mak mertua saya minta itu ini, saya boleh terima lagi, walaupun kalau suami saya tidak mampu nak bagi, saya sendiri akan belikan untuk mak mertua saya.
Demi kasih kepada suami kerana tidak mahu dia derh4ka kepada mak dia. Tetapi adik – adik ipar saya pula yang suka lebih – lebih. Suami saya ada dua adik perempuan yang tidak belajar dan tidak bekerja, senang cerita penganggur, umur 18 dan 22. Saya bagi contoh senarai kes yang buat saya sangat beng4ng:
1- Bulan pertama kami kahwin: adik suami nombor 3 (umur 22) merengek – rengek meminta suami saya belikan telefon bimbit Samsung terbaru kerana kawan – kawan dia semua pakai telefon pintar yang canggih. Dia seorang sahaja pakai Samsung Galaxy. Suami saya cikgu sahaja.
Setiap bulan selepas bayar semua komitmen, adalah baki seribu sahaja untuk belanja dia sebulan. Nafkah memang saya tidak minta sebab gaji saya lebih mahal. Oleh kerana tidak cukup duit, suami saya minta adik ipar saya sabar dahulu.
Adik ipar saya asyik sahaja mesej suami saya bila nak belikan telefon bimbit baru. Mak mertua saya tidak ada pun marah anak dia sebab meminta – minta. Suami saya terp4ksa gadaikan komputer riba dia untuk dapatkan duit belikan telefon bimbit Samsung adik dia.
Mula – mula saya nak taw4rkan suami saya pakai duit saya dahulu, tetapi suami saya tidak mahu, saya tahu dia malu dengan saya. Luluh hati saya tengok dia terp4ksa jual komputer riba dia. Bila suami saya sudah belikan telefon bimbit baru dekat adik dia, boleh pula adik dia cakap, “Aik ada pula angah duit, hari itu cakap tidak ada.”
Suami saya beritahu lah dia sudah jual komputer riba dia. Mereka boleh pula cakap, “Ohhh… okay.” Langsung tidak ada hati perut kan?!!! Masa itu memang saya sangat marah. Saya diam sahaja sebab saya tidak berani kutuk adik dia, tetapi sebenarnya saya nak jaga hati suami saya, tidak mahu dia kecil hati. Kalau adik saya itu, sudah lama saya bagi pen4mpar, menyusahkan orang sahaja. Mujur adik saya tidak macam itu.
2- Disebabkan kami ini hubungan jarak jauh, setiap masa dan cuti sangat berharga untuk kami bersama – sama. Suami saya orang Kedah. Sekarang suami saya kerja di Kuala Lumpur. Kami sudah setuju awal – awal lagi sebelum kahwin di mana setiap kali cuti sekolah, kami akan balik ke Kedah sebab saya sedar tanggungjawab suami kepada maknya lagi utama.
Kadang – kadang bila ada cuti umum contohnya hari Jumaat, memang kami sangat gembira sebab dapatlah kami masa tiga hari untuk bersama – sama. Biasanya saya yang akan ke Kuala Lumpur kerana rumah kami di Kuala Lumpur.
Tetapi pantang sahaja bila ada cuti umum, mak mertua saya akan suruh kami balik Kedah. Tension sangat – sangat!!! Tidak cukupkah setiap cuti sekolah kami balik Kedah? Ini cuti umum sehari itu pun nak kacau. Penat sangat.
Bayangkanlah, saya tinggal di Johor Bahru. Kalau cuti umum hari Jumaat dan perlu balik ke Kedah, kami kena gerak ke Kedah pada hari Khamis malam. Akan sampai Kedah hari Jumaat pagi. Dah sampai Kedah hari Jumaat pagi, jangan harap akan dapat tidur atau rehat.
Pagi – pagi mak mertua saya dah ajak kami berjalan – jalan di rumah saud4ra atau pergi membeli beIah. Tidak fikirkah kami ini penat travel? Saya lagi lah. Lepas kerja di Johor Bahru pukuI lima petang, akan naik bas pukuI lima setengah, sampai Kuala Lumpur pukuI sepuluh malam, makan – makan dan solat, gerak terus ke Kedah.
Sampai Kedah dah pagi. Tidak sempat nak rehat dah kena pergi sana sini. Tetapi saya tidak adalah merungut. Tetapi suami saya tahu saya penat dan dia sedih. Jadi saya terp4ksa senyum sahaja sebab nak suami saya gembira. Dalam hati Tuhan sahaja tahu, demi mak mertua saya.
Biasanya kami akan berjalan sampai ke malam. Biasanya suami saya akan cuba pujuk hati saya dengan mengatakan mak dia sayang kan saya, sebab itu suka ajak saya pergi berjalan – jalan. Nak tunjuk kepada saud4ra mara menantu yang dia sangat banggakan. Macam itu juga rutin hari Sabtu dan Ahad. Ini yang paling saya sedih.
Hari Ahad hari terakhir cuti hujung minggu. Saya sudah bagitahu suami saya Ahad itu jomlah kita balik Kuala Lumpur awal sikit sebab dari Kedah nak ke Kuala Lumpur dalam enam jam juga. Lepas sampai Kuala Lumpur, saya kena balik Johor Bahru pula.
Suami saya setuju dan akan bagitahu mak dia rancangan kami macam itu. Tetapi mak mertua saya tidak faham juga. Dia boleh lagi ajak suami saya pergi rumah saud4ra mara lain. Suami saya tidak sampai hati nak tolak. Jadi kami pun pergiIah kononnya nak singgah sekejap sahaja.
Tetapi mak mertua saya ini suka sangat singgah lama – lama sampai lepas Zohor baru nak gerak. Akhirnya hari itu lepas Asar baru kami gerak ke Kuala Lumpur. Dipendekkan cerita, esoknya saya terp4ksa ambil cuti kecemasan sebab tidak sempat nak sampai stesen bas untuk balik Johor Bahru. Itu satu hal.
Bayangkan, dalam tiga hari balik ke Kedah itu, duit habis dua ribu lebih. Mana tidaknya, semua perbelanjaan suami saya tanggung. Pergi makan semua kami bayar. Hari – hari makan luar. Seronoklah mereka ajak pergi makan sedap – sedap.
Masa itu saya pujuk hati cakap tidak mengapa, anggap sedekah, sabar. Tetapi beng4ng juga bila pergi restoran mereka order mahal – mahal, tetapi makan tidak habis!!! Membazir!!! Yang bayar nya, kami!!! Ada satu hari itu mak mertua saya ajak membeli beIah barang dapur di Tesco.
Masa itu saya dah pegang dua ratus niat untuk belanja mak mertua saya barang dapur. Ingatkan cukup. Rupanya tidak cukup!!! Sebabnya adik – adik ipar saya ambil macam – macam di Tesco itu, semua barang – barang makanan yang mahal – mahal mereka ambil letak di troli (yang saya sendiri tidak beli sebab mahal). Bukan barang makanan sahaja, barang mekap dan baju pun mereka ambil juga.
Masa itu saya sangat marah sangat. Suami saya dah tegah adik – adik dia jangan ambil, tetapi mereka nak juga ambil. Akhirnya kena bil empat ratus lebih. Dah lah itu, bila di kaunter pembayaran, mereka semua hilang, tinggalkan kami suami isteri di kaunter itu untuk bayar. Akhirnya terp4ksa pakai kad kredit sebab tidak cukup duit. Sedih sangat.
Kami sendiri pun sangat berjimat cermat dalam belanja, tetapi orang lain senang lenang ambil kesempatan kepada kami. Suami saya sempat minta maaf kepada saya. Dia siap cakap keluarga dia orang susah, teruja bila dapat datang Tesco. Suami saya cakap nanti dia ganti duit itu. Luluh hati saya dengar suami saya cakap macam itu.
3- Suami saya seorang jurugambar amatur. Ambil kerja sambilan mengambil gambar orang kahwin untuk cari duit lebih sedikit. Kamera pun ada satu sahaja yang canggih itu. Ada satu hari adik bongsu dia nak pinjam kamera.
Suami saya tanya pendapat saya. Saya tidak bagi sebab takut rosak. Suami saya pun cakap dengan adik dia tidak boleh. Dia bagi alasan dia nak guna. Tetapi adik ipar saya merengek – rengek kepada mak dia minta pujuk suami saya.
Sebenarnya saya tahu adik ipar saya pinjam kamera itu sebab nak bagi teman lelaki dia guna. Keluarga suami saya ini duduk kampung sahaja di Kedah. Tetapi kalau tengok gaya hidup mereka, macam orang kaya. Berlagak hebat sahaja.
Jadi kenalah ada kamera untuk berlagak. Akhirnya mak mertua saya masuk campur nak minta suami saya tolong bagi pinjam kamera kepada adik dia. Bila si ibu sudah bagi arahan, terp4ksalah suami saya bagi pinjam, tidak nak kena cop derh4ka.
Akhirnya, tidak sampai seminggu guna, kamera dan lensa rosak!!!!!! Nak baiki pun beribu. Bila suami saya mengadu kepada mak dia, mak dia diam sahaja. Masa itu saya sangat marah. Dah lah kamera itu sumber pendapatan tambahan suami saya. Masa itu macam nak meng4muk sahaja!!!!
5- Itu tidak kira lagi bila mereka ajak pergi makan angin ke macam – macam tempat. Ada satu masa kami berdua sangat tidak ada duit. Pokai lah senang cerita sebab masa itu baru bayar deposit rumah yang baru beli. Duit simpanan memang habis untuk bayar duit rumah.
Kebetulan masa itu kereta suami rosak. Memang kami sangat tidak ada duit. Mak mertua ajak bercuti ke Langkawi. Masa itu sedih sangat sebab mereka sangat tidak memahami. Suami saya cakaplah yang kami tidak ada duit. Mak mertua cakap kesian kepada adik – adik nak pergi berjalan – jalan macam keluarga orang lain.
Masa itu suami saya sedih juga sebab tidak dapat penuhi hajat mak dia. Tetapi suami saya cakap, nanti – nantilah kita pergi berjalan sebab duit sudah habis ini beli rumah. Bayangkan, kami baru beli rumah, belum beli perabot rumah lagi.
Nak tahu apa mak mertua saya cakap? Dia cakap, “Tulah, nak sangat duduk di Kuala Lumpur tu, cuba dengar cakap mak bila mak suruh duduk di Kedah, mesti duit angah tidak habis, duduk Kedah jimat belanja.” Sedih sangat bila saya dengar mak mertua saya cakap macam itu. Dia tidak faham kesusahan kami.
6- Masa bulan cuti sekolah baru ni, suami saya bercuti jadi pulang ke Kedah. Adik ipar nombor 3 minta iPhone yang terbaru sebab Samsung dia sudah rosak. Kami suami isteri pakai iPhone 15. Suami saya tidak ada duit nak belikan iPhone 15 untuk adik dia. Nak tahu adik dia cakap apa? “Bagi sini telefon angah tu.” Maksudnya dia nak telefon abang dia sendiri.
Kebetulan masa itu saya baru dapat bonus 7 bulan. Keluarga mertua saya dapat tahu yang saya dapat bonus 7 bulan. Saya tidak tahu macam mana mereka boleh tahu. Suami saya dan saya memang tidak ada beritahu mereka.
Kebetulan masa itu, saya ajak suami saya pergi Bali pakai duit bonus saya. Waktu nak bersalam – salaman nak balik Kuala Lumpur (hari yang sama nak ke KLIA untuk pergi Bali), adik dia merengek nak iPhone 15 juga. Masa itu depan saya dan mak mertua saya. Saya diam sahaja.
Mak mertua boleh pula sokong adik ipar saya. Cakap, “Kan dah dapat bonus tu, pergiIah beli baru. Bagi sahaja telefon lama tu kepada adik kamu ni. Kesian dia.” Sambil adik ipar saya buat muka nak menangis. Masa itu dalam hati sangat – sangat marah tengok per4ngai mereka.
Suami saya cakap, “Mana boleh macam itu, itu bukan duit dia, tapi duit saya.” Akhirnya suami saya tewas juga sebab mak dia masuk campur. Jadi, sebelum balik Kuala Lumpur tu, iPhone 15 suami saya sudah kena kebas dengan adik dia. Sampai – sampai Kuala Lumpur, terus pergi ke lapangan terbang untuk ke Bali. Tidak sempat nak beli telefon baru untuk suami saya. Balik dari Bali tu, suami saya pakai kad kredit beli iPhone baru.
7- Suami saya akan dapat RM16,000 dalam bulan Disember ini sebab duit KWSP. Sepatutnya cikgu tidak perlu p0tong gaji untuk bayar KWSP, tetapi syarat perkhidmatan cikgu kena p0tong KWSP untuk 3 tahun pertama perkhidmatan.
Jadi, selepas 3 tahun bekerja, duit KWSP daripada akaun 1 akan dapat kepada cikgu balik. Jadi suami saya akan dapat RM16,000. Maka kami rancang nak guna duit itu untuk renovate rumah dan lengkapkan barang rumah kami yang masih belum lengkap.
Nak tahu tak? Mak suami saya nak duit RM16,000 itu untuk buat belanja kahwin adik suami saya nombor 3. Adik dia tidak bekerja, tetapi kenduri kahwin nak grand! Bakal suami dia kerja kilang sahaja. Terus saya cakap dengan suami saya, jangan bagi semua duit kepada mak dia sebab bukan kewajipan dia untuk sponsor kenduri kahwin adik dia.
Masa itu bila saya dapat tahu, kesabaran saya sudah sampai had! Melampau sangat! Kalau duit itu guna untuk hantar mak dia haji ke, saya tidak kisah. Ini untuk buat belanja kahwin adik dia. Masa itu saya sendiri cakap dengan mak dia, “Kenapa tidak buat kenduri sederhana sahaja mak? Buat kenduri ikut kemampuan jelah. Kenapa nak buat di dewan? Kalau tidak ada duit, kita buat kenduri selamat sahaja.”
Mak dia cakap, “Mana boleh, nak kena jaga air muka, malulah nanti kepada orang kampung.” Dulu suami saya kahwin, buat di rumah sahaja kenduri, semua 100% pakai duit suami saya. Tidak ada orang sponsor pun. Terus saya post status di Facebook: “Susahnya kalau semua benda nak meminta – minta. Bukan senang nak senang. Semua kena usaha sendiri. Kenapa nak meminta – minta?”
Adik ipar saya terus terasa dan bagi mak dia baca status saya. Terus mak dia menghantar mesej kepada suami saya, cakap, “Mak minta maaf sekiranya mak banyak menyusahkan angah.” Menangis suami saya selepas baca mesej mak dia.
Terus saya kena marah sebab post status macam itu. G4duh besar kami malam itu sebab hal ini. Saya cakap saya tidak bagi suami saya bagi duit KWSP itu untuk sponsor duit kenduri kahwin adik dia. Seumur hidup kami, tidak pernah g4duh besar macam itu.
Dua hari kami tidak bercakap. Tetapi akhirnya suami saya pujuk saya dan kami hanya akan bagi RM1,000 sahaja untuk kenduri kahwin itu. Sebenarnya macam – macam lagi, nak tulis semua memang panjang sangat. Saya tahu suami saya ada tanggungjawab kepada ibu dia, tetapi kalau sudah sampai melampau, memanglah saya akan marah. Ketaatan kepada ibu bapa adalah wajib, tetapi ada batasannya.
Saya tidak ada tempat nak mengadu. Nak mengadu kepada ibu bapa saya, pasti tidak boleh, nanti akan bagi persepsi yang tidak elok kepada suami saya. Nak cerita kepada kawan baik saya, tidak boleh sebab hal rumah tangga.
Nak cerita kepada adik beradik pun tidak boleh sebab mengaibkan keluarga mertua saya. Saya tidak mahu mereka risau dengan saya. Keluarga saya banyak mengalah demi keluarga mertua saya. Saya tertekan dan tidak gembira dengan adik – adik ipar saya. Nak cakap dengan suami saya pun tidak boleh, nanti suami saya kecil hati dan akan berg4duh nanti. Hanya di sini saya boleh bercerita sebab tiada siapa kenal saya.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.