Kak ipar naik lemak, suruh ‘bela’ anak dia. Anak saud4ra nak sekolah, nak pergi lawatan, kak ipar suruh minta duit dekat saya

Balik kerja saya tengok kereta saya dah takde. Selamba je mak mertua cakap, kak ipar guna kereta saya bawa balik kampung ke Kelantan. Saya tak tahan, saya cabut panel wifi dan astro, semua saya bayar. Saya ugvt telefon polis sebab mereka curi kereta saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Maaf jika saya gunakan medium ini untuk meluah perasaan. Saya baru sahaja bercerai dengan suami. Saya redha jika dah tertulis jod0h kami hanya setakat itu sahaja. Bukan niat saya nak meng4ibkan namun diharap apa yang saya ingin tulis dapat dijadikan iktibar buat diri saya sendiri dan orang lain.

Saya berkahwin dengan suami 3 tahun lepas, di mana ketika itu kami berdua sudah mempunyai kerjaya stabil. Suami saya bekerja sebagai guru di sekolah rendah dan saya di sebuah syarik4t swasta, pendapatan saya lebih tinggi daripada suami tapi suami tetap beri duit belanja kepada saya.

Jujur saya kata, bekas suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Bila saya cakap bertanggungjawab, ex suami memang akan melebihkan keluarganya sendiri. Pada mulanya saya sangat bersyukur sebab bekas suami tidak lupa tanggungjawab pada ibu dan keluarganya namun semuanya berubah selepas saya kenal sendiri bagaimana per4ngai mereka. Sekali lagi, bukan niat meng4ibkan.

Begini, pada mulanya selepas kami berkahwin, bekas suami mengajak saya tinggal di rumah keluarganya atas desakan ibunya. Bekas suami merupakan anak kedua daripada 4 orang adik – beradik, kakaknya sudah berkahwin dan mempunyai dua org anak (juga tinggal di rumah ibu mertua saya) dan dua adik – adiknya seorang di kolej dan seorang masih bersekolah.

Walaupun keberatan, namun saya ikutkan juga dan berfikiran ada baiknya boleh mengeratkan hubungan dengan ibu mertua saya. Dipendekkan cerita, bermulalah satu – satu perkara berbangkit. Pertama, sejak kami masuk di situ, ibu mertua, kakak ipar dan abang ipar mula lepas tangan dalam soal belanja rumah.

Pada mulanya, saya sangat tidak kisah sebab gaji saya dan suami mencukupi untuk menanggung belanja rumah mertua saya seperti barang basah, duit dapur, bil elektrik dan air. Mereka juga minta dipasangkan wifi dan astro di rumah tersebut (sebelum ini tiada).

Kami berpakat memperuntukkan RM1000 untuk kesemua tersebut. Kami juga menanggung adik – adik suami yang masih belajar. Namun, lumrah manusia, tidak menghargai malah tamak. KonfIik pertama apabila kakak ipar dan suaminya mula mengharap pada saya dan suami soal biaya anak – anak mereka (9 dan 12 tahun).

Kakak ipar tidak bekerja, suaminya pula sangat malas bekerja, bekas suami saya pernah beritahu abang iparnya selalu bertukar – tukar kerja, sama ada dibuang kerana selalu p0nteng dan tidur di rumah. Sekarang suami kakak ipar mengambil upah menolong kawannya menjaga gerai pasar malam.

Isunya, mungkin bagi mereka kami bergaji tinggi jadi tidak salah meminta tolong, saya pun pada mulanya kesian memikirkan kesusahan mereka namun m4kin lama m4kin naik lemak sampaikan suami abang ipar mula minta duit setiap minggu daripada kami termasuk duit rok0k, minyak, topup dan pernah minta juga dibelikan telefon baru.

Suami mula tidak gemar dan pernah ‘s0und’ abang iparnya namun kakaknya marah dan cakap suami kedekut, ibu mertua juga mula berkata suami berkira dengan adik beradik dan pernah menuduh saya yang mengh4sut suami.

Demi Tuhan, saya tidak pernah meIarang suami menolong adik – beradiknya namun saya perasan kakak ipar dan suaminya suka mengambil kesempatan. Sudahlah menumpang di rumah ibu, tidak keluarkan satu sen pun untuk apa – apa sejak kami pindah masuk (sebelum ini pun mengharap pada duit pencen arw4h ayah suami).

Kemuncaknya apabila seperti mereka mengajar anak – anak mereka meminta duit sekolah pada saya. Saya akan berikan namun sem4kin lama anak – anak mereka juga berharap pada saya untuk duit sekolah mereka, duit tuisyen, buku, yuran, baju sekolah dan semua.

Pernah satu hari, anak mereka yang darjah 6 pulang sekolah dan cakap sekolahnya buat lawatan ke Langkawi dan perlu bayar RM120 untuk menyertai. Dengan selamba mak ayah dia cakap “mintak dengan cikngah (saya), mintak RM500 sekali duit belanja dan mak nak pesan barang jugak alang – alang pergi sana.”

Saya yang mendengar di dapur mula rasa menyirap, kerana senang – senang kakak ipar saya cakap macam tu. Anaknya datang dan cakap ‘cikngah, nak RM500 esok, ada lawatan,” Kemudian terus berlalu. Suami saya ada masa tu dan cakap pada kakaknya kalau anak dia nak pergi mana – mana, dia dan suami la bertanggungjawab, jangan mengharap kat orang.

Kakak ipar tarik muka, bila suaminya balik, dia mengadu dan terus jadi bertekak dan dik4takan kami berkira. Saya tak nak suami saya berg4duh jadi saya berikan juga RM500 pada anak buah saya tu. Sebenarnya banyak lagi, terlalu panjang.

Ibu mertua saya juga sangat suka dibelikan macam – macam, saya tak pernah menghalang suami saya berbelanja pada ibunya namun mertua tidak pernah puas. Pernah sekali saya beli beg tangan untuk diri saya dengan duit saya sendiri, bila mertua nampak dia cakap dengan suami saya kenapa belikan kat saya dan tak belikan pada dia juga.

Suami terangkan yang saya beli dengan duit saya sendiri dan mertua terus marah saya dan cakap saya membazir, lebih baik beri pada dia buat beli barang rumah, sedangkan apa yang kami beri lebih pada cukup. Paling saya marah, syarik4t saya berikan saya bonus dalam bentuk percutian atas prestasi kerja beberapa bulan lepas atas tender yang berjaya.

Percutian 4 orang ke Korea, jadi saya decided untuk bawa suami, ibu saya dan adik saya. Mertua sangat marah sebab tidak bawa dia (mertua suka tengok kdrama), marah yang melampau sangat sampai cakap saya menantu tak sedar diri, berkira dengan dia, pergi bercuti tak ingat mak dan macam – macam lagi.

Ditambah lagi dengan batu api kakak ipar yang turut tidak puas hati pada kami. Tapi masa tu saya dah tawar hati dengan mertua and kakak ipar jadi saya terus je pergi bercuti dua minggu dengan suami, ibu dan adik saya. Tapi apabila balik, saya tetap belikan macam – macam buah tangan untuk mereka.

Mereka masih lagi perIi saya dan cakap macam – macam di belakang saya. Kemuncak semua perkara ini adalah per4ngai kakak ipar dan suaminya. Mereka ada sebuah motor sahaja untuk urusan transport, itupun sebenarnya ihsan arw4h ayah mertua.

Digunakan suami kakak ipar untuk pergi kerja. Saya dan suami mempunyai 3 kereta, 1 milik suami dan 2 milik saya. Saya beli viva second hand ketika masih menuntut di UIA ketika itu menggunakan duit hasil kerja part time dan sebahagian duit biasiswa untuk memudahkan saya belajar ketika itu.

Tahun kedua kerja, saya beli kereta baru yang lebih selesa. Saya bercadang memberikan kereta viva tu kepada adik perempuan saya (18 tahun) selepas dia siapkan lesen dan masuk universiti. Kakak ipar dan abang memang selalu pinjam kereta viva tu untuk mereka anak – beranak dan saya tidak kisah pun, cuma lama – lama mereka buat seolah – olah harta sendiri pula. road tax, minyak masih harap saya yang bayar.

Kakak ipar suruh ibu mertua cakap dengan saya supaya berikan kereta tersebut pada dia dan suami. Ibu mertua juga suruh begitu, namun saya cakap baik – baik tidak boleh sebab dah janji dengan adik. Ibu mertua dan kakak ipar cakap saya tidak mahu menolong sesama ipar.