Masa mak bersalin adik ke-7, aku terdengar doktor nasihat suruh mak ik4t sebab berisiko. Ayah degil, mak mengandung lagi anak ke-8

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mak dan ayah k3jam, diorang buat anak banyak tapi tak nak jaga. Kami semua kena p4ksa masuk asrama, adik aku baru 7 tahun kena heret masuk asrama jugak. Bayangkan darjah 1 kena cuci kain sendiri? Tergamak dorang, kononnya untuk akhirat…

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua. Saya berumur 30, dah jadi mak orang pun. Anak sulung dari 8 beradik. Membesar dalam family yang diajar ilmu agama dari kecik. Tadika semua tadika islamik, sekolah rendah agama (tahfiz), sekolah menengah agama rakyat pastu saya berjaya dapat result bagus untuk pmr sampai dapat tawaran masuk sekolah agama berasrama penuh, kira sekolah budak pandai lah. Masuk universiti, saya dapat UITM.

Ayah saya marah betul masa tu tak pilih universiti yang islamik. Tapi dalam hati saya happy sebab dari kecik saya rasa circle saya sangat tertutup dan jumud, tak berkembang. Sekolah – sekolah macam tu, kalau tak belajar pandai, memang takde sape push kita untuk bercita – cita tinggi pun.

Kawan – kawan saya dari sekolah agama rakyat tu semua habis spm kerja nak kahwin je. Sorang dua je yang dapat kerja elok sekarang. Alhamdulillah saya dapat rezeki didorong ke arah belajar, kawan – kawan circle yang baik dan bagus, kerja proper.

Dan suami pun manusia berjenis, bukan jenis hidup asal boleh. Walaupun ada juga la drama dengan mertua apa semua tapi focus sekarang nak cerita masalah family saya. Tujuan saya cerita ni supaya kita beringat, jangan beranak ramai – ramai kalau takde plan yang bagus. Pentingkan quality over quantity.

Kami 8 beradik, 5 perempuan 3 lelaki. Saya umur 30 tahun dan adik beradik boleh kata selang 2 tahun sorang la. Cuma yang bongsu je jarak jauh, tetiba ada adik lagi masa mak dah lebih 40. Adik bongsu sekarang 12 tahun.

Mak saya tak kerja. Dari muda memang ayah suruh mak duduk rumah jaga anak je. Dan bila anak dah umur boleh masuk asrama, semua hantar asrama. Saya dan adik – adik start duduk asrama tahfiz dari masa saya darjah 5, masa tu adik ke 3 kena heret masuk asrama sekali, baru darjah 1.

Bayangkan darjah 1 kena cuci kain sendiri? Masa tu saya tak fikir banyak sebab masih budak. Bila dah besar, baru kami terfikir, teruknya mak ayah kami main tinggal je anak kat orang asing (w4rden), demi nak anak belajar agama.

Alhamdulillah hubungan kami adik beradik memang baik jadi kami selalu lah bersembang dan kenang balik kisah kisah lalu. Sepanjang membesar, ayah memang terlampau obses nak anak belajar agama dan jadi tahfiz. Sedangkan mak pulak mengikut je apa ayah plan sebab mak jenis submissive, yang memang tak reti plan hidup dia.

Tipikal siteri surirumah zaman dulu, ikut je cakap suami. Dan kadang – kadang termakan dengan kata – kata orang. Tu je lah hidup dia, takde pegangan untuk diri sendiri. Suami pulak kepala batu, rasa pendapat dia je betul.

Hantar anak ke sekolah agama sebagai pelaburan akhirat. Betul, tak nafikan. Kalau tak sebab mak ayah macamtu, mungkin kami tak jadi orang. Ayah pandai dari kecik tapi takde rezeki untuk sambung belajar sebab terik4t dengan masalah rumahtangga mak ayah dia dulu, br0ken family dan kena kerja untuk tanggung adik – adik dia.

Mak biasa – biasa je, tipikal anak orang kaya kampung tapi tak nak belajar tinggi, kerja kilang kejap lepastu kahwin dengan ayah. Mak memang nak hidup senang, sampai sekarang, taknak k0rbankan tenaga dia langsung atau bagi sokongan pada suami atau anak – anak.

Yang dia tahu, cukup bulan suami dan anak – anak bagi duit pada dia. Dan mak saya pandai twist semua keadaan mengikut agama dan buat kami serba salah dan beralah dengan dia. Penunggang agama la senang kata. Contoh, bab – bab bagi duit pada ibu bapa.

Kejap – kejap ada la nanti dia hantar link ceramah pasal berbakti pada ibu bapa, terutamanya ibu. “ibu, ibu, ibu, baru ayah”, dia kata. Kalau dia dapat tahu saya bagi duit lebih pada ayah pun dia marah sangat. Alhamdulillah kami semua dapat genetik bijak pandai ayah tu.

Kami adik beradik sentiasa jadi top scorer untuk setiap subjek. Setiap kali peperiksaan, kami cemerlang. Kami semua dapat masuk sekolah agama bagus untuk peringkat menengah (kecuali saya masa form 1 – form 3 masuk sekolah agama rakyat).

Untuk pengetahuan, yuran sekolah agama ni semua bukan murah. Bayang kan tahun 2007 saya form 1, yuran sebulan RM150. Tu belum yuran tambahan macam aktiviti apa semua. Masa tu saya kesian sangat nak bagitahu ayah kalau perlu duit.

Saya akan berdikari isi borang apa semua minta bantuan atau zakat. Ayah saya dapat tahu dia marah sangat. Ayah saya ada per4ngai, “Kita masih mampu, jangan ambil hak orang (asnaf)”. Sangat ego. Terpaling hero masyarakat.

Padahal gaji dia masa tu cuma RM2,500. Bayangkan ada RM2,500, selepas dah tolak bersih macam epf socso, mungkin tinggal RM2,200. Ayah kerja company construction, jadi site dia berubah ikut projek. Masa saya form 1, ayah kerja kat melaka, rumah kami dan asrama saya kat utara.

RM2,200 tu nak tanggung semua benda, anak ada 7 orang masa tu, isteri tak kerja. Ayah ingat bila anak – anak duduk asrama tak perlu dah bagi extra belanja di tangan sebab asrama ada dewan makan. Tapi dewan makan sekolah agama rakyat tu sangat daif, makan cuma 3 kali sehari. Mana ada sediakan makanan untuk waktu rehat.

Tapi sebab saya tak kuat makan masa tu, takpe la, pandai pandai surv1ve. Ayah ada bagi belanja sikit, mungkin dalam RM30 sebulan. Dengan duit tu la saya pegi kantin, bayar tiket bas kalau balik rumah (balik rumah sendiri ye, ayah tak boleh balik ambik, nanti extra cost). Tu baru cerita saya sorang.

Macam mana adik – adik kat rumah dan mak hidup? Mak akhirnya terbuka hati ada keyakinan sikit nak meniaga nasi lemak. Jadi la, boleh tampung perbelanjaan takat nak beli barang basah sayur – sayur untuk harian diorang.

Pastu lama – lama adik – adik pun makan besar dan masing – masing masuk asrama jugak. Sama macam saya lah, dah masuk asrama, belanja yuran, aktiviti persatuan, kelas tambahan, semua pun nak pakai duit. Dan adik – adik saya pun cuba juga apply bantuan sebab ayah sampai dah tertangguh berbulan yuran.

Masa tu adik no 2 sangat member0ntak, marah sebab ayah tak ada duit dia nak beli buku dan hantar pergi extra class. Mula – mula dulu saya fikir, sampainya hati adik saya marah ayah. Bila saya dah besar baru saya nampak, yang adik saya wajar marah.

Mak ayah mahukan anak – anak bijak pandai tapi tak mampu nak beri modal untuk kami belajar dengan selesa. Sedih bila saya fikir balik, sekolah asrama penuh tu, sekolah level negeri. Jadi pakaian pun kena nampak lawa contohnya kasut kena pakai jenis pvc, bukan canvas. Baju prep kena beli, baju outing kena beli, baju batik kena beli.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.