Masa mak bersalin adik ke-7, aku terdengar doktor nasihat suruh mak ik4t sebab berisiko. Ayah degil, mak mengandung lagi anak ke-8

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mak tak bagitahu ayah langsung yang selama ni anak – anak bayar semua bil. Jadi duit yang mak dapat tu memang dapat kat dia sorang. Masa tu memang saya benci sangat dengan mak saya. Dia layan anak – anak macam investment.

Kena bagi pulangan pada dia. Saya duduk menyewa kat kl memang kopak juga sebab tetap kena menyumbang bayar bil. Bertambah pulak dengan perbelanjaan sendiri dan kos travel balik rumah mak ayah sebulan sekali. Kalau raya jangan kata, paling kopak nak kena beli baju raya untuk semua orang.

Adik – adik yang dah berkerja memang berdikari dan banyak tolong ringankan beban. Tapi takpe saya hadapi jugak demi kesejahteraan mental, tak nak berada dekat dengan mak. Saya sampai takut nak cari boyfriend, sebab saya takut takde lelaki terima saya yang penuh emotional d4mage dan beban nak tanggung ni. Tu baru masalah mak.

Masalah ayah pulak dengan konsep agama dia yang terlampau tu. Maaf cakap ayah saya dah tahap taksub certain parti politik ni macam kalau tak berkhdmat untuk parti, tak berjuaang dengan parti, tak masuk syurga. Jadi ayah saya banyak keluar belanja untuk hal agama dan parti.

Yang saya sedih, ayah saya sangat terkebelakang, dia macam tak fikir dengan perbelanjaan yang meningkat. Belanja sekolah adik masih macam zaman kami yang kakak – kakak punya belanja. Mana keutamaan dia sebagai ayah?

Ayah nak masuk syurga dengan g3ng parti politik, g3ng surau ayah je ke? Masa dengan anak – anak m4kin sikit. Kami sampai tahap tak kisah kalau ayah tak ada masa hari penting diorang. Yang peliknya, ayah agak dingin dengan anak – anak lelaki dia.

Dengan anak perempuan, walaupun menantu lelaki, sangat okay, lebih baik dari dia layan anak – anak lelaki dia sendiri. Dengan anak lelaki ni, pantang salah sikit. Tak pandai angkat cangkul pun kena m4ki hamun. Balik – balik modal dia, “Masuk universiti pun tak guna”.

Which supports my point, ayah tak suka dengan orang yang belajar tingggi. Sejak akhir ni saya perasan, ayah saya sangat cranky. Mungkin faktor usia, mungkin str3ss. Ada je yang anak – anak buat tak kena di mata dia.

Contoh: bab pemilihan kerjaya, pemilihan cara hidup. Malah  saya yang dah berkahwin anak 1 ni pun dia nak judge. Suami saya jenis rajin dan sangat berlainan dengan ayah tambah lagi bab hal kerja rumah. Jadi bila suami saya rajin buat itu ini, saya pulak yang dimarahnya kata isteri tak boleh harap.

Ehh? Saya pun wanita bekerjaya, gaji saya sama banyak dengan suami. Saya pun menyumbang sama banyak macam suami dalam tanggungan hal rumah. Saya faham, mak surirumah jadi dia nak  mak buat semua termasuk didik anak.

Asal adik buat hal je, ayah akan meng4muk m4ki hamun salahkan mak. Anak – anak ni kan anak – anak dia juga, kenapa semua jadi tanggungjawab mak walaupun mak surirumah? Pengajian agama pondok mana ayah belajar, yang keberhasilan anak dan kerja rumah tu kerja seorang isteri semata – mata?

Dipendekkan cerita, pemikiran saya pun dah m4kin berubah, per4ngai saya sem4kin berubah. Saya jadi m4kin tegas pendirian dan mak saya tak berani cakap sembarang dengan saya dah, dia tahu saya mampu meIawan dia.

Dan kalau dia buat benda yang sama kat adik – adik, saya sentiasa akan g4duh dengan mak ayah demi adik – adik. Saya tahu dan saya apply, tanggung rumah tu bukan tanggungjawab anak, apatah lagi anak perempuan. Tapi suami tak pernah halang.

Cuma saya tak rasa terbeban dah dengan hal rumah macam dulu. Tapi, masalah ni pergi pada adik – adik yang belum kahwin dan duduk serumah dengan mak ayah. Saya sangat sedih, bila masalah ni akan habis? Adik – adik saya pun jadi susah nak mulakan hidup sendiri.

Bil kami sama – sama tanggung. Kami boleh tapi kami kecil hati sebab mak anggap ini tanggungjawab kami, dan ayah pulak jenis nak berserah pada takdir. Bak kata dia dari dulu, “Ulat dalam batu pun boleh hidup”. Dah tu ayah ulat ke?

Ayah dah 60, masih kena fikir pasal takde pendapatan. Rumah yang dia bina di tanah pusaka tu kami tak nak duduk sebab dalam hutan. Kawasan jauh dari pekan. Nak beli barang dapur pun susah. Dengan risaukan binatang liar, mat d4dah kampung. Rumah tu sangat tak selamat.

Tetap kena menyambung sewa rumah yang mak ayah duduk sekarang. Adik pun masih sekolah. Ayah berkeras taknak tukar sekolah kebangsaan walaupun boleh jimat banyak. Yang mak pulak, bergaul dengan makcik – makcik taman, g3ng isteri orang pencen.

Diorang nak pegi jalan – jalan, mak nak ikut. Diorang nak buat tshirt g3ng, beli tudung g3ng, dia nak jugak. Mesti semua tu perlu duit juga. Kenapa nak ikut lifestyle orang yang sedang meraih untung dari lelah masa muda sedangkan mak masa muda takde mengerah keringat untuk kerja langsung?

Mana lagi duit dia nak dapat kalau bukan dari anak – anak? Saya tak perIukan apa – apa solution. Saya cuma nak cerita betapa zaIimnya ibu bapa kalau meletakkan beban kehidupan untuk ditanggung kepada anak – anak. Anak – anak bukan your retirement plan.

Jangan beranak ramai kalau tak mampu dan takde proper plan for future. Pakcik saya anak 6 orang tapi dia memang lebih dari mampu, anak semua ada harta benda yang dia dah agih siap – siap. Sedangkan kami membesar, dapat duit raya pun semua mak ayah ambik sebab tak cukup belanja kehidupan harian.

Kawan – kawan saya yang lain, mak ayah seusia mak ayah saya, hidup hanya habiskan duit pencen dengan pergi berjalan, belanja anak cucu itu ini. Apa fungsi anak 8 orang kalau mak ayah punya per4ngai menyebabkan anak menjauhkan diri?

Siapa yang sanggup ambil tanggungjawab nak jaga bila mereka dah tua nanti? Saya pernah sampai terdetik doa minta kat Allah, jangan panjangkan usia mereka kalau macam macam drama boleh jadi sampai jadi pecah beIah kami sekeluarga.

Saya cuma ada adik – adik yang saya sayang, saya taknak hubungan kami rosak sebab per4ngai mak ayah. Sorry kalau cerita bersepah. Saya harap mesejnya sampai. Kalau mak ayah bandingkan apa benda yang kami anak – anak mampu buat atau beri pada mereka dengan anak – anak jiran, anak sepupu, cuba kalau kita terbalikkan keadaan,

Saya pula bandingkan apa yang mak ayah mampu bagi pada saya sepanjang membesar, dengan apa yang anak orang lain dapat dari mak ayah diorang? – Kakak (Bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.