Masa mak bersalin adik ke-7, aku terdengar doktor nasihat suruh mak ik4t sebab berisiko. Ayah degil, mak mengandung lagi anak ke-8

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Masa tu kami 3 beradik kat sekolah yang sama. Macam mana ayah yang bergaji tak sampai RM4,000 nak tanggung? Masa ni mak dah tak kerja buat nasi lemak tu, takde extra income. Penyelesaian saya masa ni, saya kutip baju, kasut pelajar lain tinggalkan kat asrama lepas semua orang dah balik cuti akhir tahun.

Ayah selalu ambik kami lambat. Jadi ada masa tu saya akan pegi kutip barang lama orang lain. Semua orang kena bawak balik semua barang, jadi kalau dah tinggal kan tu saya anggap diorang dah tak nak la. Sekolah ramai anak orang kaya, peduli apa kalau tertinggal itu ini.

Barangnya bukannya elok pun, sekadar boleh pakai, okay la. Saya sanggup tak join apa apa persatuan sebab semuanya akan perIukan cost beli baju dan join aktiviti. Hari rabu hari koku. Orang pegi main itu ini, meeting persatuan itu ini, saya curi – curi tidur kat library.

Tu je la saya boleh buat, tapi saya tetap seronok sekolah kat situ. Sekurangnya makan 6 kali sehari. Kenyang. Berat dari 38 jadi 48kg haha. Tapi saya selaku anak sulung, people pleaser, saya tak pernah sebut kekurangan yang saya alami kat mak ayah. Sebab saya terlalu kesian dan sayangkan mak ayah masa ni.

Habis je spm, mak saya mengandung adik ke8. Masa ni saya menangis. Saya marah sangat. Masa mak lahirkan adik no 7, doktor dah bagitahu mak ada complication. Pernah dengar varicose veins? Sepanjang mak saya pregnant pembuluh d4rah dari peha sampai ke tapak kaki bengk4k, and some expl0de along the way mak mengandung, m4kin berat baby, m4kin nipis dinding urat, m4kin senang pecah.

Mak memang kekurangan d4rah dan doktor bagitahu mak ada kemungkinan boleh str0ke after this. Saya terdengar doktor cakap dengan ayah luar bilik pembedahan sebelum teruskan dengan czer. Doktor bagi cadangan untuk terus peranakan mak supaya tak mengandung dah.

Ayah saya punya jawapan masa tu “Saya yakin dengan rezeki dari tuhan saya (doktor tu non muslim), doktor buat je kerja doktor. Saya tahu tuhan saya ada ketentuan yang lebih baik, saya tak nak buat kerja tuhan (ik4t peranakan, halang isteri untuk mengandung lagi)”.

Saya baru 12 tahun masa tu, saya rasa nak marah tapi saya baru 12 tahun, apa je saya boleh buat? Saya je yang paling matang dalam adik beradik masa tu. Masalah kami bukan pada duit saja. Disebabkan kami adik beradik ramai, kejap kejap ada urusan itu ini, hantar pegi balik adik – adik balik asrama lah, sikit – sikit ada hal kena attend hal kat sekolah, dengan tolong urusan mak ayah la.

Mak saya memang tak pandai memandu dan langsung tak pandai buat urusan rasmi sendiri. Semua mesti kena anak – anak atau ayah tolong. Saya marah sangat dengan mak ayah saya sebab beranak ramai – ramai pandai, tapi kalau nak berurusan apa – apa, tanggungjawab tu jatuh pada kakak abangnya.

Masalahnya masa mak mengandung, ayah kerja jauh kat terengganu masa tu. Saya yang kena teman mak naik bas ulang alik hospitaI sebab kandungan berisik0 dan mak tak pandai urus diri sendiri apatah lagi naik bas. Bila kami dah m4kin besar dan pandai drive, sikit – sikit kena ambil cuti uruskan hal adik – adik.

Jadi bila mak mengandung adik ke 8, saya tahu, saya la yang kena ambil alih tugas jaga mak sepanjang dia mengandung ni. Saya punya cuti selepas spm, plan nak kerja part time. Tapi cuti 4 – 5 bulan tu habis kat situ je.

Saya usaha cari pendapatan dengan buat cupcake coklat masa tu. Hantar ke kedai kedai. Ya Allah masa tu Allah je tahu susahnya macam mana untuk seorang budak 18 tahun. Takde kend3raan. Meniaga, ke pekan ke ke mana ke, semua naik basikal.

Ok alhamdulillah ada rezeki, boleh beli semua barang persiapan masuk u, beli fon samsung corby untuk diri sendiri. Dengan duit tu jugak saya boleh tolong tampung perbelanjaan rumah. Saya dapat tawaran masuk matrik perlis pun terp4ksa tolak sebab ayah kata kalau mak bersalin ada komplikasi apa – apa, jauh nak ulang alik ambil hantar saya.

Saya masuk uitm yang jarak sejam je dari rumah, kat perak. Ada sekali tu masa pandemik area tahun 2022, adik bongsu umur 10 tahun patah tangan, mak ayah saya sangat unbothered untuk pandang serius kes4kitan dia.

Hanya bebel kat dia sebab main bola sampai s4kit. Lepas 10 hari baru perasan tangan dia patah sebab dah bengk4k dan dia tak boleh angkat tangan langsung. Saya yang dari kl balik, teman adik untuk urusan operation. Saya memang tahap benci dan tak boleh percaya langsung mak saya untuk benda macamni.

Saya tidur kat wad dengan adik 2 malam. Lepastu balik ke rumah kami, mak saya “import” kovit dari kenduri. Padahal kami adik beradik dah pesan, jangan la nak pergi kenduri tu, padahal mak saya memang pemalas dan taknak menolong kerja rewang pun. Cuma suka berjumpa orang, buat – buat sibuk.

Alih – alih dia terkena kovit, satu rumah berjangkit. Saya cuti lama sangat masa tu sampai kena marah dengan bos sebab uruskan rumah, sorang demi sorang berjangkit. Ayah pulak pentingkan diri, terus lari duduk rumah 1 lagi sebab dia fikir sekurangnya kalau dia kena kovit, dia boleh keluar berkebun sorang – sorang.

Dia biarkan anak dia uruskan 7 adik lain dan 1 mak yang sangat kebudakan. Mak saya tak nak kuarantin betul – betul. Masih nak p4ksa kami sembahyang jemaah, makan sama – sama. Adik saya no 5 meletus marah masa tu, dia tengah final semester diploma masa tu.

Masa diorang bergaduh m4k terus m4ki hamun ugvt, “kau taknak doa aku ke?! Kau fikir kau boleh berjaya kalau aku tak doakan?”. Itu bukan pertama kali dia guna ayat tu. Dari masa saya masih belajar dulu dia cakap macamtu kat semua anak – anak, tiap kali siapa – siapa g4duh dengan dia.

Saya sampai tahap terlalu marah, sebab saya dah penat nak layan per4ngai mak yang tunggang agama, yang suka guilt trip anak dengan berkat doa dia, saya berg4duh dengan mak. Saya pun kovit masa tu, saya hilang rational terus mengemas barang nak balik kl.

Tapi adik – adik menangis nangis pujuk. Saya tenang dan duduk rumah lagi untuk 3 hari seterusnya habiskan kuarantin. Sepanjang kat rumah tu mak tak habis – habis whatsapp saya suruh keluar bilik makan sekali dan sebagainya. Sengaja buat saya lagi marah.

Saya memang menyendiri dan keluar kalau dia tengah tidur, solat je sebab mak jenis wuduk dan solat terlalu lama, 30 minit. M4kin saya besar, otak saya m4kin nampak , apa sebenarnya yang masalah dalam keluarga saya.

Sejak habis spm, saya memang dah tak berg4ntung pada ayah. Masuk belajar apa semua pakai ptptn. Saya faham, saya okay je ayah tak mampu, takpe saya boleh hidup dengan ptptn. Macam kebanyakan cerita anak b40, dengan ptptn la kadang – kadang kita kongsi rezeki bagi mak ayah guna.

Dulu saya rasa saya hero kat family, sentiasa dapat usaha tolong apa – apa untuk family. Masa ni adik – adik pun dah membesar, masuk matrik, masuk uni juga. Ayah geram lagi bila adik no 2 tak masuk sambung belajar ke arah agama, dia sambung bidang kimia.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.