Adik no 3, dengan result spm cemerlang tu, beralah ikut kehendak ayah. Dia dapat biasiswa JPA untuk ke japan, psikologi studies. Ayah tak nak, dia pergi negera timur tengah belajar agama. Adik ikutkan. Adik no 4 pun belajar agama tapi kat ipta, ada nama islam.
Adik no 5 belajar sama bidang saya, perakaunan kat uitm. Adik no 6 pun sama. Semua, semuaaaa anaknya pakai ptptn. Ayah saya kerja swasta, dalam masa sama kerja swasta ni, ada spm je pulak tu, memang orang tak nak simpan dah.
Cukup usia tua, orang sarankan untuk berhenti. Dia disuruh berhenti masa umur 55 tahun dapat epf tu, gaji dia rm6,000 masa tu. Masa dia 50, saya baru habis diploma masa tu. Dia dah dapat keluar epf kan, dia dapat 200k kalau tak salah.
Dalam masa beberapa bulan je, duit tu habis. Bayangkan perasaan saya rasa h4ncur macamana. Memang la tu duit ayah, tapi 200k habis sekelip mata sebab dia buat business tanpa plan, ilmu. Ayah jenis yang suka cuba meniaga.
Tapi sekali dia cuba sesuatu, dia nak all out tanpa proper plan. Dari saya kecil, macam – macam business dia cuba. Tak penah 1 pun berjaya. Faham tak saya rasa sedih dan simpati tu macamana? Dan setiap kali business semua kena meminjam modal dari orang.
Ni sampaikan epf 200k pun boleh habis tak sampai setahun, saya rasa sedih dan marah sangat kenapa boleh habis macamtu je. Dia keluar modal tebas tanah kat kampung buat reban itik konon nak jadi peraih itik. Tapi sudahnya takde pulangan langsung.
Saya taktahu apa silapnya kenapa ayah tak berjaya jual sebab ayah saya jenis eg0 tak nak share langsung dengan anak bini apa masalah yang dia hadapi. Ayah saya sangat eg0 dengan saya sebab saya study accounting, ada basic knowledge of business, dia cuba nak buktikan “Takde diploma degree pun aku boleh berjaya”.
Saya tahu dia ada mindset tu sebab dia sentiasa cakap benda macam tu pada cerita – cerita kejayaan orang lain. Kemudian, kalau bagus sangat cara ayah befikir tu, kenapa 200k boleh h4ngus macam tu saja? Disebabkan pengeluaran EPF pertama dah lebur, ayah sambung kerja lagi sampai umur 55.
Sepanjang 5 tahun tu macam macam la otak dia cari idea business lagi. Umur 55 dapat lagi sejumlah duit dan dia dah bersara kononnya masa ni. Ayah pulak jenis islamik tak kena tempat, contoh dia dapat 300k, dalam suku dari jumlah tu dia sedekah kat orang ye.
Alasannya nak bersihkan riba. Wtf? Ya Allah ya tuhanku dia pergi sedekah kat orang itu orang ini, adik beradik dia dan adik beradik mak yang susah. Bagus dah niat tu tapi, kalau sampai 60 – 70k bagi orang, elok – elok duit tu boleh biar je dalam bank account.
Bakinya dia bagi anak – anak 1.5k seorang. Saya tahu, satu hari nanti duit ni akan balik digunakan ayah. Betul firasat saya, kami adik beradik tak usik pun duit masing – masing. Baki duit tadi ayah buat rumah di kampung. Upah sepupu dia orang susah di kampung untuk bina rumah atas tanah pusaka.
Tu pun ayah beli portion tanah adik beradik dia sebab adik dia tu miskin dan takde duit pun untuk kerja kan tanah tu. Ayah beli dari dia lebih harga pasaran! Pastu dia minta sepupu sepupu dia buat rumah tu, gaji sehari rm150, siap belanja semua makan hari – hari dan ayah siap turun tolong!
Dah tu bayar upah buat apa?? Sudahnya rumah siap 80%, tak cukup duit nak beli ada beberapa barang. Betul firasat saya, kami 8 beradik pulangkan balik rm1.5k yang ayah bagi haritu. Nasib baik epf kali ni ayah mak sempat guna untuk pergi umrah.
Tu pun belanja juga sorang dua sed4ra mara (sebeIah ayah) sebab nak ajak pegi sekali. Macam la banyak sangat duit kat tangan. Balik dari umrah, dah m4kin sikit duit. Ayah buat keputusan nak kerja balik. Jadi masa umur 58 dapat la kerja, contract 2 tahun dan akan habis hujung mac ni.
Sedih tahu tak tengok ayah di usia macam tu cari kerja kena bersaing dengan fresh grad. Gaji pulak half dari gaji sebelum ni. Sebab kami masih ada 2 adik yang bersekolah. Sorang sekolah menengah, sorang sekolah rendah.
Macam saya cerita tadi, nak hantar sekolah agama yang berbayar mahal. Sedangkan pendapatan dah takde. Ayah saya memang tak akan minta duit anak. Alhamdulillah ayah saya tak t0xic tahap macam tu. Cuma mak je macam tu haha.
Dia selalu hantar link – link ceramah kena berbakti kat mak ayah. Hahaha. Betul lah orang kata b40 breeds b40. Masa saya dah mula kerja, ikut kan saya dah boleh hidup senang sebab saya start off career dengan kerja kat company besar.
Gaji pun agak besar kalau nak bandingkan dengan kawan – kawan masa tu. Tapi sebab kena menanggung family, gaji saya tak pernah la ada untuk diri sendiri. Ambil hutang beli kereta alza untuk family. Tanggung perbelanjaan harian, bayar bills.
Saya gaji rm2,500 masa tu, duduk luar bandar, sepatutnya rasa dah have – have dah. Haha. Tapi kalau semua beban jatuh atas bahu kita? Lama – lama saya depr3ssed. Hari – hari menangis. Sebab hidup cuma untuk kerja dan family. Kerja pun dah sangat str3ss.
Mak ayah saya kan macam alim ulama, mana pernah benarkan saya keluar dengan kawan – kawan. Takut sangat kita buat bukan – bukan. Katanya setakat jumpa nak sembang buat apa. Hujung minggu mesti kena bawak mak keluar, kalau tak bawa keluar jalan ke apa – apa pun, sekurangnya bawak mak balik kampung.
Dulu mak saya jenis marah yang physical dan very abvsive with her words. Dia pernah baling periuk kat saya sebab dia str3ss malam – malam ada pinggan mangkuk kat sinki tak terbasuh. Mak saya pun dah giIa agaknya, menopause mungkin.
Dia dari dulu memang naik tangan dekat anak cuma seingat saya jadi m4kin teruk masa 2017 – 2018. Dia str3ss dengan hidup susah dengan ayah. Jadi dia lepaskan pada anak – anak. Tapi depan ayah saya dia takkan buat anak.
Jadi ayah tak faham kenapa anak – anak dia depr3ssed kat rumah, kena mental dan physical t0rture dari mak. Saya sangat – sangat tertekan dan akhir 2018 saya keluar dari rumah kerja di KL. Masa tu memang keras hati je tak layan drama mak.
Dia bukannya tak bagi anak dia keluar sebab sayang, takut rindu, sebab nanti “Bank” dia dah takde. Oh lupa, untuk pengetahuan, mak saya masih dapat nafkah dari ayah, ayah ingat mak bayar semua bil guna duit dia bagi.