Aku nak masak nasi, periuk nasi dia yang belikan. Nak masak, buat air, tadah Coway, coway pun dia yang bayar. Nak panaskan lauk, microwave dia yang beli. Menangis aku, baiknya hati Kak Lang, dah m4ti pun, masih berjasa.
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Nama aku Hanis, tapi family dengan kawan – kawan rapat panggil aku Achik. Ni 1st time aku share cerita dekat sini. Tak tahu kenapa, aku terasa sangat nak cerita pasal ni.
Aku rasa orang luar patut tahu dan ambil iktibar kisah ni. Aku nak cerita pasal kakak aku, Kak Lang, nama dia Khairunissa. Kami panggil dia Kak Lang kadang – kadang K sahaja. Kak Lang ni jenis yang sangat lembut hati, baik, tapi selelaunya dia rebeI juga.
Tapi bukan pada kami, tapi pada benda – benda seputar kenegaraan atau institusi. Tak boleh nak salahkan dia juga, sebab dia study inter policy, so dia banyak terdedah kepada bacaan – bacaan barat dan pemikiran dia agak radicaI.
Jadi, kalau sembang pasal ekonomi ke apa politik antarabangsa memang Kak Lang lah biasanya orang yang dicari. Kak Lang ni kira kesayangan kami lah adik beradik, kami ada 7 adik beradik, 3 adik beradik sama mak ayah, dan 4 adik beradik lain ayah.
Kak Lang dari zaman sekolah dah pandai, walaupun dia masuk sekolah kluster biasa, keputvsan SPM dia jauh lebih cemerlang daripada Along di SBP. Dia dapat biasiswa JPA untuk sambung belajar degree di USA, dia pergi tahun 2010 tak silap aku.
Kak Lang sangat baik, dia suka tolong orang meskipun dia tak kenal. Dalam banyak – banyak adik beradik, dia lah paling banyak khatam Quran sebab dia ikut ayah pergi belajar mengaji dekat surau taman perumahan kami.
Orang lain tak nak ikut, dia yang ikut. Kak Lang pun paling rapat dengan jiran – jiran sebab dia suka budak – budak. Dia p4ntang la nampak budak – budak main dekat luar rumah ke taman permainan ke, dia akan tegur dan cerita hantu.
Cerita hantu yang dah ‘lama’ dan kau dah dengar beratus kali pun. Bila budak – budak nampak kami adik beradik lain atau mak ayah lalu nak pergi mana – mana, dorang akan tanya, mana Kak Lang?
Kak Lang paling lama jaga Wan kami masa Wan s4kit, masa tu dia kebetulan cuti musim sejuk. Wan kami pun tak mahu orang lain jaga sebab tak pandai lap dia la apa la semua. dia nak Kak Lang juga.
Ayah dengan Mak pun nampak lah paling sayang dekat Kak Lang sebab dia tak pernah nak Iawan ke, merajuk ke apa ke dengan mak ayah. Dia lah paling cool dalam adik beradik kami. Kami yang lain ni, kejap A g4duh dengan B, kejap B g4duh dengan C. Yang tetap aman damai, hanya Kak Lang.
Kak Lang kerja sebagai PTD dekat sebuah kementerian di Putrajaya. Kemudian dia sewa rumah di Bangi, duduk sorang – sorang sebab senang kami semua nak pergi rumah dia dan jalan – jalan ke KL dari Skudai.
Kak Lang tak pernah l0kek duit dengan mak ayah, adik beradik. Walaupun yang lain dah kerja dan ada keluarga, Kak Lang tetap juga hulur duit melalui anak – anak dorang.
Dekat rumah mak ayah kami, setiap kali aku balik akan nampak benda – benda baru. Kejap recliner sofa, kejap barang dapur, kejap almari baru, almari baju bilik, macam – macam Kak Lang beli.
Yang bawah – bawah dan tiri pun Kak Lang tak lupa, Kalau pergi jalan rumah dia, setakat nak makan IKEA ke apa tu takde masalah, dia selalu bawa kami makan buffet hotel, staycation dekat PD setiap kali kami pergi jalan – jalan rumah dia.
Ayah dan mak, Kak Lang biayakan duit medical card, mahal, sorang dekat 400 lebih, dua orang dah dekat 900, tapi Kak Lang bayar juga sebab risau kalau mak ayah tak sihat, nak kena masuk hospitaI cepat.
Ayah dah berapa kali masuk hospitaI swasta, d4rah tinggi, masalah jantung, semua ihsan medicaI card yang dia bayar, Ada juga yang adik beradik sumbang macam kos minyak kereta ayah, barang dapur, baju pakai mak ayah semua kami lain adik beradik ada la cover juga.
Pendek kata, Kak Lang ni memang anak idaman rata – rata ibubapa la, semua nya menenangkan hati, aku sendiri pun kadang – kadang asyik terfikir bila lah aku ni nak baikkk sikit macam Kak Lang.
Tak de nak hasad dengki dengan orang, sibuk hal orang, fokus bina hidup sendiri, bahagiakan keluarga, baik dengan semua orang. Tapi, ada satu saja kekurangan Kak Lang. Dia tak solat. Dari zaman sekolah menengah dia dah culas giIa solat walaupun dia tutup aur4t, bertudung apa semua, pakaian elok macam orang lain, tapi dia tak solat.
Mak ayah selalu tegur dia baik – baik, solat lah Kak Lang, Kak Lang dah cukup semua, kalau Kak Lang solat, satu ni saja, cukup dah semua dunia akhir4t mak ayah jaga Kak Lang. Tapi, Kak Lang baIas simpel saja, nanti Kak Lang solat.
Bila dah fly ke luar negara, kami tahu dia dekat sana okay tak mengarut ikut budaya sana sebab hari – hari kami contact dengan dia di malaysia. Tapi dah takde depan mata pun, kami tahu dia tak solat. Dah kerja pun sama, dia tak solat.
Kami pergi rumah dia, keluar sana sini, masuk waktu kami sibuk cari surau / masjid, dia tunggu saja dekat luar or dalam kereta, dia tak solat. Kami adik beradik malas nak tegur sebab Kak Lang dah besar, and ayah mak selalu tegur dia sembunyi – sembunyi untuk solat, tak maIukan dia depan adik beraik lain, jaga muka dia lagi.
Tapi Kak Lang tetap tak solat, macam dia malas, macam leceh. dia pun tak buat la. Sampai satu hari, tahun 2017, Kak Lang bagitahu dekat kami semua, dia dah ada someone special, dia jumpa masa event kerja.
Nama dia, Azizi, kami panggil dia abang Zizi. Dia bawa la bang Zizi datang rumah, bang Zizi kerja dekat Putrajaya juga tapi kementerian lain, tua 3 tahun dari Kak Lang. Lepas tu, dapat restu mak ayah, hujung tahun 2017 mereka kahwin.
Sejak kahwin tu, memang nampak perubahan ketara dekat Kak Lang, dia solat. Dan dia solat tu, bukan nak tunjuk – tunjuk dekat orang, senyap – senyap saja tahu – tahu dia memang dah mula sembahnyang.
Masuk waktu saja dia pergi, dia awalkan sebab tak mahu ‘malas’ tu menyinggah. Kami adik beradik semua nampak Kak Lang berubah jadi solat, kami tak tegur atau cakap apa – apa dekat dia, sebab bagi kami, baguslah, tak perlu tegur apa-apa.
Hormat perasaan dia, dan terus doakan dia supaya istiqamah. Dan masa tu, kami dapat rasakan dan saksikan sendiri, Kak Lang is the almost perfect person yang kami pernah jumpa. Akhlak dia yang dari dulu baik, jadi sem4kin baik.
Dulu dia buat baik dekat kami saja, lepas kahwin dia buat baik kepada adik beradik ipar dan keluarga mertua dia. Dia jadi idola aku dalam diam. Aku sangat sayang dekat Kak Lang, bila jumpa Kak Lang, balik kampung ke, pergi KL jumpa dia ke, aku akan peIuk dia ketat – ketat.
Aku selalu minta nasihat dan pandangan Kak Lang pasal benyak benda, personal ataupun kerja. Setahun lebih lepas kahwin, Kak Lang dapat baby boy nama Ahmad Ammar, inspirasi dari kisah Ammar yang meninggaI di Turki.
Kak Lang memang seorang isteri dan mak yang baik. Layanan dia kepada suami dan anak sangat amazing. Dia selalu cerita dekat kami adik beradik, dia jadi lebih kenal erti hdup lepas kahwin, bila banyak yang Bang zizi didik dia.
Satu demi satu bang Zizi perlahan – lahan didik dia dan buatkan dia boleh terima. Dia selalu cakap, dia rasa sangat bersyukur dapat jumpa dengan suami dia. Kami pun sangat hargai Bang Zizi, dia pun baik sangat dekat kami semua.
Tak berkira dengan kami walaupun kami ni orang luar, hanya ipar duai saja dengan dia. Kak Lang terus jadi wanita yang sem4kin membahagiakan orang lain, sampai lah tahun ni, Kak Lang pergi tinggalkan kami.
Pada pagi ke-7 Ramadhan, Kak Lang hembuskan nafas terakhir dia selepas beberapa minit melahirkan anak keduanya, seorang puteri, nama Nurul Balqis. Pemergian Kak Lang buatkan kami rasa sangat kehilangan betul – betul kehilangan besar.
Kami adik beradik dari yang sulung sampai bongsu menangis – nangis bila dapat tahu tentang kem4tian Kak Lang. Aku dapat rezeki ke Bangi untuk ziarah dan menetap sekejap di sana selama seminggu untuk jaga Balqis.
Hanya 2 orang saja adik beradik kami tak sempat datang. Mak ayah pun ada, sebab dari bulan jan dah ada di rumah Kak Lang, dia dah tak berapa sihat masa tu. Bila lihat jen4zah Kak Lang, nampak macam dia seolah – olah sedang tidur lena.
Macam dia selalu tidur atas sofa depan tv tengok drama. Aku kucup Kak Lang lepas dikafankan. Berpeluh mukanya, basah. Aku kucup semuanya, dahi, pipi. Aku ucap banyak terima kasih atas jasa dia selama ni, aku minta maaf sebab banyak kali tak dengar cakap dia, g4duh dengan mak ayah masa muda – muda remaja dulu.
Aku janji dengan dia, aku akan jaga Ammar dan Balqis macam aku jaga anak aku sendiri, walaupun satu hari nanti bang Zizi mungkin ada keluarga baru, anak – anak dia tetap aku akan jaga. Mereka lah pewaris Kak Lang, kami akan jaga.
Mak Ayah orang yang paling terasa dengan pemergian Kak Lang. Mak murung dekat seminggu. Dia termenung kenangkan anak dia meningg4I dulu daripada dia. Lepas balik dari Bangi, suami aku izinkan aku balik rumah Mak, ikut mak balik dari Bangi.
Dia suruh teman mak sampai mak okay. Sampai rumah, aku jadi sebak. Sebabnya, bila nak masa sahur dan buka, aku nak masak nasi, aku teringat Kak Lang, periuk nasi dia yang belikan. Menangis aku, baiknya hati Kak Lang, akhlak dia mulia sungguh.
Dah m4ti pun, masih berjasa. Nak masak, buat air, tadah Coway, coway pun dia yang bayar. Nak panas lauk, micrwave dia yang beli. Almari, kabinet dapur dia yang bayar renovation. masuk bilik mak, susun baju dah basuh, aku menangis lagi.
Almari 8×8, set tempat tidur mak dia yang beli dengan duit gaji dia. Semua benda baik yang Kak Lang buat masa dia hidup masih ada di sekeliling kami. Tu tak termasuk lagi barang – barang kemas dia yang dia bagi dekat mak, dia bagi dekat suami dia untuk Balqis.
Seolah – olah dia tahu dia dah nak pergi jauh tinggalkan kami semua. Beberapa hari lepas, Mak bangun sahur menangis, aku dan kak ngah puas tanya, kenapa dia menangis. Dia kata dia terjaga dari mimpi, Kak Lang datang senyum dekat dia.
Kami dengar, kami pun nangis, aku pun buka cerita, anak kak ngah tidur dengan aku depan tv lepas sahur. Nak tunggu subuh dia mengigau, bangun – bangun dia kata Mak Lang hilang. Aku tanya, nampak Mak Lang ke, dia kata Mak Lang suruh dia buat nescafe.
Pagi tu, kami pakat bacakan dan sedekahkan yassin kepada Kak Lang. Semasa hayatnya, dia paling gemar air nescafe, tiada air lain di hati dan menjadi pilihannya selain nescafe. Kami betul – betul rindukan Kak Lang.
Alangkah bertuah dan cemburunya aku, kem4tian Kak Lang di bulan yang mulia. Masuk sahaja di dalam kubvr, disambut baik para malaik4t, tiada az4b sehingga hujung Ramadhan. Semoga Kak Lang tenang di sana.
Semoga Allah memberikan dia pengampungan dan menempatkan dia di kalangan h4mba h4mba yang soleh. Jangan risau Kak Lang, kepas PKP semua ini, kami akan melawat Kak Lang di pusara dan menjaga anak – anak Kak Lang sebagaimana Kak Lang menjaga kami adik – adik dari kecil lagi.
Terima kasih tuhan, kau pinjamkan dia sebentar untuk kami. Semoga dapat kami bertemu kembali di syurgamu. – Hanis Abdul (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Faiezah Jemali : Alhamdulillah.. Berkat doa dari mak ayah dan seluruh ahli keluarga tt, akhirnya Allah takdirkan arw4h bertemu j0doh dengan suami yang dapat bimbingnya untuk solat. Moral of the story.
Jangan sesekali kita judge sesorang, sebaliknya sentiasa doa moga Allah lembutkan hati dan beri orang – orang yang baik ini hidayah.
Azhani Ishak : Tak terasa air mata mengalir tanpa disedari. Hebatnya menjadi insan yang membawa kebaikan kepada semua insan tersayang disekeliIingnya. Rezekinya sangat baik dipanggil untuk bertemu penciptaNya di bulan Ramadhan yang mulia.
Eryn AdamhudElma’s Iskandar : Sedih nya.. Rasa nya anak yang ‘alang’ ni memang banyak berjasa pada keluarga. Saya pon ada kawan, panggiIan kak lang dalam keluarga. Baik, sangat baik pada keluarga dan kawan – kawan.
Tapi orang baik ni Allah sayang. Dia di jemput ilahi dalam kemaIangan lebih kurang 6 tahun yg lepas. Perginya diiringi dengan bacaan al-fatihah dari semua rakyat Malaysia sebab berita dia meningg4I masuk berita.
Meningg4I sekali dengan anak tunggal dia. Semoga arw4h di tempatkan di kalangan orang beriman. Gee, kami tak pernah sekali pon lupa kat gee. Damailah gee kat sana dengan hana ye. Tariklah tangan kami bersama – sama ke syurga Allah.
As Sufi : Sedihnyaaa. Di penghujung usia dengan penuh kebaikan.. Semoga Allah mengampuni segala d0sa – dosa KakLang dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh dan berbahagia di alam sana.. Aaaminn
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.