Satu hari, kakak aku tiba – tiba mesej aku minta tolong kemas rumah dia sebab mak aku nak datang dari kampung. Pinggan mangkuk berkulat, lidi satay bersepah, kain buruk sampai keras berlendir. Aku sambung masuk bilik anak anak saud4ra..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua, harap korang boleh bagi pandangan atau tips membantu. Bukan niat nak bukak aib tapi dah habis buntu, tak reti nak tanya siapa dah. Kisahnya, kakak aku dan abg ipar aku ni masa zaman kat kolej dulu memang hot stuff lah.
Masing – masing ramai peminat tapi dah takdir Allah diorang berjodohan. Masalah datang lepas dorang dah kahwin dan duduk rumah sendiri. Setiap kali kami pergi melawat rumah diorang, mesti rasa nak pengsan. Sejujurnya, aku tak sangka kakak aku ni jenis pemalas dan abang ipar aku plak jenis campak barang merata.
Kain baju bergulung – gulung, rumah macam gudang, dapur penuh pinggan mangkuk tak berbasuh. Benda ni berlarutan hampir 8 tahun. Kerja kitorang satu family kalau ziarah dorang, pertama sekali bila sampai kami akan kemas rumah, cuci toilet, mop lantai bagai barulah boleh rehat. Ya rabbi..
Mak ayah aku pun tak sangka kakak aku tak cekap urus rumahtangga sebab yelah dia dari sekolah menengah duduk asrama sampai habis degree. Mak ayah aku pulak sibuk dengan perniagaan tak sempat nak ajar anak ilmu rumahtangga.
Mak aku kata dia agak kakak aku pandai urus rumahtangga sebab dia anak yang sulong dan kami adik yang bawah – bawah ni cekap je urus rumahtangga (mak aku cakap, bukan puji diri eh). Rupanya tak cekap langsung, mak ayah aku siap macam nak nangis setiap kali pergi rumah dorang.
Pernah kami duduk rumah dorang sebulan sebab mak aku kata nak ajar kakak aku cara urus rumah dan anak – anak, alih – alih yang aku nampak, kami lah yang tertonggeng buat kerja. Nanti dorang laki bini bila dah makan siap longgok je dalam sink, meja makan tak kemas siap lalat bertelur dalam lauk.
Mak aku pernah marah kakak aku kaw – kaw tapi kakak aku hanya nangis je. Dia kata, tak sempat nak buat. Anak 3 orang, suami pulak jenis semua nak harap dekat dia, dah lah abg ipar aku tu kaki sepah, kalau lalu dekat bilik diorang mesti nampak sp3nder abg ipar bergulung – gulung atas lantai macam ular berlingkar. Yang kakak aku pun, langkah je, takde la nak kutip ke apa.
Diorang jenis mengemas rumah bila ada free time contohnya sebulan sekali ke, jadi dalam tempoh nak sampai free time tu dorang akan sepah selagi boleh. Kalau ada 100 biji gelas dalam rumah tu dorang akan pakai semua sampai abis gelas baru dorang akan basuh gelas sebab dah habis gelas nak pakai.
Aku pernah dulu study area rumah kakak aku, satu hari tu dekat family group wassap mak aku inform nak datang rumah kakak aku hujung minggu. Lepas tu terus kakak aku mesej aku tanya bila free nak mintak tolong kemas rumah.
Aku kalau ikut hati tak nak tolong sebab penat wei cuci tongkang pecah. Tapi kakak aku ni sebaik – baik manusia tak pernah marah atau kurang ajar dengan orang, aku jadi serba salah dan aku pun setujulah. Maka aku pun pergiIah 3 hari sebelum mak aku sampai.
Sampai je rumah dia, aku terus masuk dapur dulu. Aku tengok ada periuk belanga dengan sisa makanan basi, pinggan mangkuk sampai ada yang berkulat. Lidi satay bersepah atas kabinet, kain buruk sampai keras ada yang berlendir. Nak nangis wei..
Aku pergi pulak bilik mainan anak diorang, mainan banyak giIa, bersepah dalam tu bercampur gelas pinggan makanan budak – budak. Plastik sampah jajan semua bercampur. Perghhh.. Aku punya frust giIa sebab aku ni teringin nak jadi ibu tapi Allah tak izinkan lagi, kakak aku siap ada tiga anak lagi tapi tak pandai jaga.
Anak dia kalau mandi paling awal pun tengahari, sekali sehari okey. Pernah tak mandi langsung. Aku pernah stay rumah diorang sebab ada kerja pastu malam aku balik kerja aku tengok anak – anak buah aku pakai baju tidur yang semalam punya dan masa tu dah pukuI 10 malam.
Aku tanya anak yang sulung umur 5 tahun, kenapa pakai baju tidur semalam ni? Aku memang perasan sebab aku ada ambil gambar dorang malam sebelum tu. Budak tu kata, kami tak mandi lagi pun maksu. Aku terus bukakan baju tiga bradik tu bagi mandi walaupun dah malam.
Bila aku dah bagi mandi abg ipar aku baru balik gym nampak anak dia tengah mandi, pastu tanya kenapa mandi lewat malam tak elok. Rasa nak derh4ka je kat situ nak baIas je, ‘hek eleh, concern pulak kesihatan anak walhal rumah macam pusat pengumpulan kuman je.’
Tapi aku cakap dalam hati jelah. Kakak aku biasalah dia punya reaksi, ‘kakak tak sempat harini ramai customer.’ Kakak aku meniaga online yer. Aku ni rasa nak marah tapi takpelah malas nak memandai. Bab solat aku respect, diaorg jenis tak tinggal solat dan ada satu je tempat clear iaitu ruang solat.
Tu pun bentang sejadah tak pernah lipat. Memanjang ready for solat jelah sejadah tu. Sekarang ni aku nak tanya korang, kakak aku ni ada peny4kit ke apa eh? Kenapa dia tak boleh nak ikut apa yang mak aku ajar, mak aku siap buat macam budak kecik.
Kat sini bekas baju kotor, siap kelaskan segala benda pastu siap buat jadual waktu untuk kakak aku. Tetap juga dia fail. Kalau kena tegur kerap sangat dia boleh pengsan tau siap kejang – kejang. Aku pun tak paham dan takut nak cakap lebih – lebih dengan kakak aku pasal rumahtangga dia.
Yang aku peliknya kalau nak keluar berjalan diorang laki bini nampak macam orang yang sangat pembersih giIer, punyalah kemas berpakaian lawa segak macam artis tapi bila datang rumah aku nak minum air pun geli dohhh..
Lagi satu, boleh plak dorang berjodohan dengan per4ngai yang sama tu. Secocok sangat ye. Tapi anak – anak lah yang merana. Anak – anak diorang muka lawa – lawa siap dapat offer berlakon dan modelling tapi tulah nanti dah besar kalau ikut macam mak ayah kesiannya lah, mesti orang benci.
Kalau tengok anak – anak, dorang makan jajan, dekat mana dorang makan dekat situlah dorang buang plastik jajan. Kaalu makan nasi tergigit bawang, diluah je atas lantai rumah. Aku tengok naik pitam, apa punya didikan lah ni.
Kakak aku tegur tapi, “eh, luahlah dalam tong sampah…” sambil sambung main hp. Nanti sisa anak dia luah tu esok lusa dia lap. Kalau aku ada, akulah yang lapnya sebab aku tak mau jin beranak pinak, duk menjilat sisa makanan. Adoilah kakak aku ni.. Tolong kalau siapa ada tips ke ada kenalan yang macam diaorg ni. Apa korang buat ye untuk membantu, perlu ke bawa pergi pakar psiki4tri.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.