Saya ada banyak ibu tiri, hasil ayah kahwin banyak. Ayah saya dah ada banyak anak tapi masih lagi nak berkahwin. Saya ada 4 mak

Ayah langsung tak hubungi kami dan dia masih ada dua lagi isteri, berbelas anak yang lain. Dulu saya rindu ayah tapi lama – lama perasaan tu bertukar benci. Dalam jemaah, mereka hanya berzikir, isteri perlu taat pada suami. Tak civm syurga..

#Foto sekadar hiasan. Tulisan ni panjang, tetapi saya jamin kisah ini menarik dan benar. Saya terp4ksa merahsiakan kerana isu ini sensitif. Terutama oleh ahli keluarga yang masih mengikuti Jemaah yang saya bakal cerita nanti.

Saya merupakan anak yang mempunyai ibu tiri hasil daripada ayah berkahwin lebih dari satu. Ayah saya bukan kahwin dua, bukan tiga, tapi empat. Sebenarnya perkahwinan ayah saya ini merupakan salah satu tanggungjawab dan strategi Jemaah yang diikuti oleh ayah dan atuk dan nenek saya.

Iaitu berkahwin lebih dari satu untuk mengembangkan dakwah serta meramaikan pengikut. Ayah saya merupakan seorang yang berjawatan di dalam Jemaah tersebut dan kerana itu dia dipertanggungjawab untuk kahwin lebih dari 1.

Saya masih ingat kawan ayah saya yang berkahwin dengan orang cina Mualaf sebab mereka berjaya mengislamkan satu keluarga keturunan Cina. Maka, salah sorang ahli tertinggi Jemaah dipertanggungjawab untuk membimbing mereka dengan menjadi ahli keluarga mereka iaitu dengan perkahwinan.

Ada juga yang berkahwin dengan orang di Sabah dan Sarawak yang mereka berjaya berdakwah. Anak – anak mereka (yang juga kawan saya) banyak yang cantik dan kacak hasil dari perkahwinan campuran. Ada juga yang berkahwin dengan orang luar negara seperti turki, di eropah, dan dan berbagai lagi negara. Kerana Jemaah tersebut bukan terhad di Malaysia, tetapi di luar negara.

Seingat saya, sewaktu kami kecil tiada masalah kewangan. Kerana Jemaah akan menjaga kami semua. Jemaah kami ada restoran sendiri, sekolah sendiri, bas sendiri, rumah sendiri, dan berbagai lagi prasarana yang kami guna bersama dengan semua ahli Jemaah lain tanpa mengira pangkat.

Jadi tiada isu diabaikan nafkah dan masalah dari segi kewangan. Saya masih ingat mak saya ditugaskan ke selatan Thailand untuk kerja dakwah bersama ayah saya dan sorang lagi madu mak saya. Kami ditinggalkan di rumah mak tiri saya yang lain dan ditolong oleh seorang lagi perempuan yang dari kalangan Jemaah. Waktu tu ayah saya masih kahwin 3.

Pada zaman 70 hingga 80 an, berdasarkan cerita mak cik saya, keluarga kami tidaklah alim seperti sekarang. Dulu makcik dan mak saya cerita yang mereka ke sekolah memakai skirt dan tidak memakai tudung. Kerana Jemaah inilah kami dikenali sebagai ahli keluarga alim yang sentiasa dekat dengan masjid, sentiasa bertudung labuh, dan amat menitikkan aur4t dan agama.

Keluarga beIah mak saya juga melahirkan beberapa cendekiawan terkenal di bidang Agama di Malaysia ini. Adik beradik mak saya dan sepupu mak saya merupakan professor dan pensyarah di Universiti Awam dan Swasta dalam bidang agama.

Mereka bukan Daie atau PU atau selebriti agama, dan bukan agamawan ekspres, tetapi mereka merupakan agamawan yang disegani dalam bidang akademik dan terkenal di kalangan pertubuhan Islam di Malaysia. Mereka ada banyak penerbitan dan buku yang menjadi rujukan ahli akademia yang lain.

Pakcik – pakcik saya banyak yang masuk radio, tv, dan buat buku agama secara akademik dan buku agama untuk orang awam. Walaupun tak terkenal macam Kazim Elias atau yang lain. Apabila ada permasalahan atau sesuatu isu besar dalam bidang agama, mereka selalu dirujuk.

Pakcik (adik beradik mak saya) dan sepupu mak saya selalu mewakili Malaysia untuk hal – hal kegamaan untuk akademik dan pertubuhan Islam di bawah payung kerajaan. Saya sentiasa merahsiakan siapa ahli keluarga saya sebab saya bukan aliran agama.

Sebab kami dan sepupu dan dua pupu saya apabila orang tahu je kami ni saud4ra Ustaz tersebut, pasti kami akan disuruh jadi imam. Saya tak kisah jadi imam, tetapi takut apabila memaIukan mereka apabila hanya membaca surah pendek atau tidak sehebat pakcik dan sepupu mak saya.

Takut juga kalau salah nahu dan tajwid apabila baca surah waktu sembahyang. Sepupu mak saya dan adik beradik mak saya yang jadi ahli agama yang disegani bukan satu, bukan dua, bukan 3, bukan 4, tetapi ada lebih 5 orang. Mereka merupakan cendekiawan yang disegani kerana kehebatan akademik.

Ada juga yang menjadi orang penting dalam pertubuhan politik agama. Pendek kata, kalau saya tulis dua tiga nama di sini, pasti orang dah tahu siapa cendekiawan dan agamawan yang dimaksudkan. Mereka ni bukan agamawan ekspress atau agamawan selebriti.

Sebab tu saya tak pernah respect sangat agamawan selebriti yang tak ada rekod atau lemah dalam sudut akademia. Sebab syarat bagi saya, nak jadi ustaz dan agamawan yang disegani, mereka perlu penuh ilmu di d4da. Menulis makalah dan kitab – kitab untuk dijadikan rujukan.

Bukan setakat ambil hati pendengar dan jadi ustaz Panadol. Ceramah yang tak selesaikan masalah, cuma sementara sahaja. Kerana pakcik – pakcik saya ni lah saya tahu agamawan yang sebenar. Bukan hanya hebat di meja ceramah, tetapi hebat dalam akademia dan disegani oleh cendekiawan agamawan agama lain.

Ada pakcik saya yang belajar di luar negara bidang agama hasil daripada “tiket” Jemaah. Tetapi kebanyakan mereka belajar di luar negara dalam bidang agama atas galakan dan tuntutan Jemaah tersebut. Saya pula antara yang amat asing dalam keluarga besar kami apabila mengambil belajar bukan bidang agama.

Tetapi mereka semua berlapang d4da dan tidaklah memandang rendah atau serong. Malah mereka amat menggalakkan dan memberi sokongan moral apabila saya tidak menyambung pelajaran bukan bidang agama. Cuma saya malu apabila SPM saya Pendidikan Islam A2.

Tetapi pakcik saya tetap puji apabila saya dapat matem4tik tambahan dan bidang sains A1 dan satu A2 untuk biologi. Pendek kata, saya sebenarnya amat malu sebab subjek lain semua A1 dan tetapi A2 dalam agama. Nasib baiklah tak ada kata – kata yang cakap saya ni kurang agama ke apa, tetapi keluarga besar mak saya bergembira sebab keputusan peperiksaan yang cemerlang dan ditaw4rkan biasiswa ke peringkat ijazah.

Itulah kesan positif Jemaah yang diikuti oleh keluarga kami. Dari mak – mak saya dan sepupu mak saya yang dulu pakai skirt, kini mereka menjadi cendekiawan agama yang hebat di Malaysia. Ayah saya juga saya masih ingat yang Ayah saya merupakan orang yang tinggi dalam Jemaah tersebut.

Sebut je nama ayah saya, orang mesti kenal. “Owh, anak Ustaz xxxx ke?”. “Anak Ustaz xxx ke? Wahh.. Mari masuklah rumah.” Dan pelbagai lagi perbuatan baik yang mereka akan lakukan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya tidaklah terlalu kenal ayah saya.

Ayah saya kahwin ramai dan masa untuk dia meluangkan masa pada kami adalah sikit. Sampai satu tahap, panggiIan ayah adalah terlalu asing buat saya. Hidup mak tak susah dan Jemaah sentiasa membantu. Namun, segalanya bermula pada tahun 1994 apabila Jemaah dih4ramkan.

Rasanya ramai pembaca yang boleh agak Jemaah mana yang saya maksudkan ini. Google pun pasti korang boleh cari. Sebab banyak dokumentasi mengenai Jemaah tersebut. Apabila Jemaah dih4ramkan, pendapatan ayah saya terjejas dan kehidupan kami menjadi teruk.

Lebih – lebih lagi mak saya dan mak tiri saya yang lain bekerja dengan Jemaah dan kami semua hilang punca pencarian. Ayah saya pula selepas pengh4raman itu masih setia dengan Jemaah bersama – sama dengan ramai ahli Jemaah yang lain.

Kehidupan kami susah dan mak saya terp4ksa bekerja luar dari Jemaah untuk menyara kami adik beradik. Ayah sudah tidak bagi nafkah kepada kami. Kami pun ada berbelas adik beradik dan 3 mak. Mana mampu ayah nak sara kami semua.

Saya faham semua ini. Tetapi bagi saya, ini bukanlan alasan untuk tidak bertanggungjawab terhadap kami. Oleh sebab ayah tidak lagi bertanggungjawab dengan kami, mak selalu g4duh dengan ayah. Akhirnya mak saya menuntut cerai dan sejak daripada itu Ayah dah tak jenguk kami.

Saya waktu itu masih lagi tadika sewaktu saya tahu yang ayah tidak lagi menjadi suami mak. Mak tak cerita sangat tentang ayah dan kami pun terputus hubungan dengan ayah. Bila kami tanya, mak akan jawab mana yang mak tahu sebab Ayah langsung tak hubungi kami dan Ayah masih ada dua lagi isteri dan berbelas anak yang lain.

Saya masih ingat saya amat merindui ayah ketika saya sekolah rendah dan lama kelamaan perasaan rindu itu menjadi benci. Benci kerana ayah selalu tiada apabila kami perIukan ayah. Sewaktu orang pecah masuk rumah kami dan kami ketakutan dengan per0mpak, ayah tiada.

Sewaktu saya dibuIi dan dipukuI di sekolah, ayah tiada. Sewaktu mak bekerja siang malam menyara kami, ayah tiada. Pendek kata, ayah tak pernah ada. Apa guna ikut Jemaah dan sentiasa sembahyang, tetapi nafkah kami tidak pernah bayar walaupun satu sen pun.

Mak saya pun penat naik turun mahkamah tuntut nafkah. Duit banyak habis untuk menuntut nafkah. Mak pun dah tak pergi mahkamah sebab katanya dari habis duit ke mahkamah, baik bagi kami makan. Pada mak, mahkamah hanya bagi keadilan pada orang yang berduit. Tak ada duit, tak adalah keadilan.

Sebenarnya hal ini bukan terjadi pada kami, ramai lagi anak – anak Jemaah yang lain menerima nasib yang sama. Ada yang ayah mereka masih lagi berkahwin, tetapi tak balik rumah serta abaikan tangungjawab padan isteri dan anak – anak.

Ramai kawan saya yang member0ntak dan berpeleseran di jalanan. Paling popular adalah menjadi mat rempit yang tak balik rumah. Dari didikan agama yang kuat waktu kecil, ramai rakan saya yang merupakan anak Jemaah yang terlibat dengan masalah sosiaI.

Ada yang terlibat dengan d4dah, ada yang terlibat dengan rempit, kumpulan g4ngster, dan berbagai lagi. Semua kesan daripada rumah tangga yang porak poranda apabila ayah masing – masing tiada lagi di rumah dan hilang entah ke mana.

Saya masih ingat rakan saya yang baru sahaja sekolah rendah tetapi ditangkap polis kerana mencuri berkumpulan. Sewaktu dalam Jemaah dan pasca pengharam Jemaah, mereka hanya berzikir isteri perlu taat pada suami. Tak civm bau syurga kalau derh4ka.

Sampai mak saya ni kadang – kadang menjadi tempat mengadu oleh isteri – isteri yang diabaikan tanggungjawab suami dalam Jemaah tu. Mana yang mak boleh tolong, mak tolong. Tetapi mak pun antara penerima zakat. Yang jadi masalah apabila borang zakat mereka terp4ksa ditolak sebab masih lagi bersuami dan borang tidak lengkap tanpa pendapatan suami.

Sampai mak saya menolong mereka untuk merayu di pejabat zakat dan menceritakan yang suami masing – masing tak bagi nafkah dan tak mampu nak sara anak – anak. Apa yang saya perasan, kalau orang zakat yang pangkat rendah ni mereka skema. Semuanya nak tengok atas kertas.

Status bersuami, tetapi pendapatan suami tak ada, tak diluluskan. Atau bila siasat, suami dah mintak zakat untuk isteri pertama, yang zakat isteri kedua yang minta berasingan tak lepas. Sebab nama suami dah terima zakat.

Yang pangkat besar – besar di pusat zakat ni la yang banyak bantu untuk tolong “ibu tunggal” yang masih bersuami ni. Sebab mereka ada kuasa untuk lepaskan kes – kes special kes ni. Tetapi kena betul – betul berusaha. Ada yang saya tahu kawan mak saya, dah setahun baru dapat bantuan zakat.

Saya tak salahkan pejabat zakat, sebab mereka pun nak elakkan penipuan dan cheapskate. Sebab isu ni kompleks dan terp4ksa menyiasat mendalam. Ramai juga sebenarnya yang kawan mak saya yang akhirnya mengalah awal untuk meminta zakat sebab isu – isu yang kompleks ni.

Bagi mereka yang dah bercerai seperti mak saya, isi borang dan kelulusan senang sikit. Tetapi yang masih ada suami dan madu, kebanyakan mereka tak lepas untuk terima zakat sebab hal – hal kompleks ni. Selain itu juga, ada juga ahli Jemaah yang masih ligat berkahwin lain walaupun tak mampu dah.

Macam ayah saya yang masih ada banyak anak, tetapi masih lagi berkahwin. Cukup 4 mak saya ada. Ayah kawan saya juga berkahwin lain sedangkan ibu dia buat dua tiga kerja. Meng4muk kawan mak saya tu bila dapat tahu suami dia kahwin lain.

Kawan saya tu siap nak ambil kayu pukuI ayah dia tetapi mak dia halang. Ada juga saya dengar cerita dari kawan mak saya yang suami mereka balik dan ambil harta di rumah dan mengatakan untuk Jemaah. Tapi tahu sangat untuk diri sendiri sebab dah tak ada duit.

TV atau almari atau perabut dijual dan digadaikan. Saya masih ingat rumah kawan saya, dulu ada TV besar dan beberapa perabut. Tetapi disebabkan Jemaah, mereka duduk di lantai dan makan pun susah akibat Jemaah. Bagi saya, pasca pengh4raman melahirkan ramai suami berpoligami yang tak guna.

Ada yang masih lagi gatal untuk kahwin lain. Kahwin dengan perempuan muda dan masih cantik. Jemaah tu bagi saya terpesong dan tak releven sepeti dulu. Jemaah selepas pengh4raman, mereka tukar nama. Lepas tu tukar nama lagi sebab nak elak daripada penguatkuasa agama.

Tetapi mereka cuma bersalin kulit dan bukannya betul – betul insaf. Sebab mereka masih taksub dan buat kegiatan yang tak selari dengan agama. Namun, tak semua macam tu. Masih ramai rakan saya yang masih ke sekolah dan menjadi orang.

Cumanya kebanyakan yang saya kenal, banyak yang marahkan ayah masing – masing. Anak ramai, ibu ramai, tetapi tak bertanggungjawab. Sikit je yang pasca pengh4raman yang betul – betul bertanggungjawab terhadap isteri masing – masing dan tidak abaikan anak – anak.

Macam kawan saya sorang ni bertuah apabila ayah dia masih bekerja macam – macam sampailah hidup senang kembali. Dia masih ingat yang susahnya mereka dulu sampai duduk pondok buruk bersama adik beradik tiri lain.

Kalau hujan, rumah mereka banjir sebab atap bocor. Pernah pondok tu r0boh sampai mereka terp4ksa tidur dalam khemah. (maaf kawan kalau baca ni). Pusat zakat akhirnya bantu mereka dapatkan rumah baru. Sebab tu saya fobia untuk berkahwin lain.

Saya tahu betapa s4kitnya tak mempunyai ayah walaupun ayah masih hidup. Banyak dokumentasi yang kami terp4ksa kosongkan bahagian ayah sebab memang kami tak tahu. Ayah menghilangkan diri sebab takut diminta nafkah.

Sampai saya masuk U, mak terp4ksa cari ayah dari kawan – kawan ayah dan cakap, “tak minta duit dan tak mintak apa – apa, tetapi tolonglah contact saya untuk saya dapatkan dokumen untuk anak masuk universiti”. Rasanya itulah kali pertama saya tengok IC ayah.

Sewaktu saya dah ada kereta, saya mencari adik beradik tiri saya dan melawat mereka. Mak memang sentiasa suruh untuk cari adik beradik saya. Mak masih berhubung dengan madu yang lain sebab mak kata nak elakkan kami terkahwin adik beradik.

Walaupun saya fikir saya mampu berkahwin lain, macam mana tiba – tiba ditarik nikmat seperti Jemaah tersebut? Banyak anak – anak hasil poligami yang terabai dan terp4ksa bercerai berai. Jujur, kalau kami cerita pasal ayah masing – masing di kalangan anak -a nak Jemaah, semuanya membenci ayah seperti saya benci ayah saya.

Saya pun tak berpoligami lain sebab saya taknak anak saya benci saya. Adik beradik tiri saya pun banyak yang benci ayah. Ingatkan kami je benci sebab kami rasa seperti dibuang. Rupanya yang tak terbuang pun sama je. Ayah tak pernah ada.

Sembahyang siang malam, tetapi tak bagi nafkah. Ada adik beradik saya yang tak lagi sembahyang sebab dia nampak ayah kuat sembahyang tetapi tak guna. Tetapi mak selalu larang kami benci ayah sendiri. Mak selalu pesan maafkan ayah walau macam mana sekali pun. Ayah tetap ayah walaupun ayah tak pernah ada.

Banyak lagi kes si ayah yang berpoligami tetapi tak guna yang saya nak ceritakan di sini. Tetapi cukuplah orang lain tahu setakat ini. Mungkin ada yang salahkan Jemaah, mungkin ada yang salahkan pengh4raman Jemaah.

Tetapi saya sebenarnya salahkan si ayah yang tak bertanggungjawab. Yang dah ada isteri hasil Jemaah, tetapi masih lagi kahwin. Ada yang dah kahwin sebab Jemaah, tetapi abaikan isteri dan anak – anak sambil setia dengan Jemaah.

Ada yang dah tak setia, tetapi tak balik rumah dan abaikan tanggungjawab. Ada kisah mualaf kawan mak saya yan telah dibuang keluarga sebab tukar agama. Tetapi suami pula tak guna untuk menyara hidup dia dan madu lagi.

Balik pada ahli keluarga, tetapi dihalau. Sudahnya terp4ksa mintak fasakh dan proses mahkamah pun bertahun – tahun. Jalan kaki 3 – 4 kilometer untuk bekerja di pasaraya sambil anak – anak ramai terp4ksa ditinggalkan untuk anak yang paling tua (tingkatan 1) dan tak dapat pergi ke sekolah.

Dah bercerai, barulah dapat minta zakat ibu tunggal dan berbagai lagi. Pendek kata, suami yang tinggalkan isteri tanpa menceraikan isteri ni lagi menyusahkan mereka. Mohon zakat sebagai asnaf tak lepas apabila suami entah ke mana – mana untuk pengesahan borang.

Bila dah minta, rupanya suami dah minta zakat, mereka tak dapat zakat sebab suami dah terima. Sedangkan mereka tak dapat satu sen dari zakat tu. Banyak lagi kes porak poranda akibat poligami yang saya lihat. Terutama si ayah mengabaikan anak – anak dan menyerahkan pada si isteri untuk melakukannya.

Bayangkan, apabila sebut perkampungan kami, orang akan sebut pasal Jemaah tu dan budak – budak yang selalu buat masalah. Hasil dari rumah yang porak poranda, banyak hasilkan anak – anak yang bermasalah. Yang ada akhirnya ada kawan saya yang akhirnya m4ti akibat d4dah, ada yang m4ti akibat kumpulan g4ngster, dan ada yang m4ti sewaktu berlumba h4ram.

Banyak yang tak habis pelajaran. Ya, ramai juga yang akhirnya jadi orang, tetapi tak ramai jika dibandingkan dengan yang jadi orang. Bagi saya, strategi meramaikan umat dan teknik dakwah dengan berpoligami adalah salah satu teknik yang bakal menik4m diri sendiri. Berpoligami biarlah betul – betul mampu dunia dan akhir4t.

Bayangkan jika satu hari nanti tiba – tiba kita hilang mata pencarian, adakah masih menanggung anak dan isteri hasil poligami? Sebab tu saya nasihatkan, berpoligami bukanlah hanya kemampuan waktu terkini, tetapi kemampuan sehingga m4ti. – Anak yang sudah tidak lagi membenci ayahnya. (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Lyly Qaleda : Hmm..masih ada saki baki sebenarnya. Seorang pensyarah yang berpoligami atas ikutan jemaah ini bila dimaklumkan salah seorang anaknya meninggaI, beliau mengambil masa untuk mengingati yang mana satu.

Jawab beliau, lupa yang mana satu. Rupanya anak – anak yang lahir dari beberapa ibu dikumpulkan dan dibela beramai – ramai dan mereka berselindung di sebalik rumah kebajikan untuk mengutip dana. Ianya pernah terbongkar beberapa tahun lepas dan sekarang harap akan terus berkubvr.

Hamimi Binti Hishamuddin : Saya temui ramai ank murid saya dari kalangan anak – anak jemaah ini.. Betul mereka sangat dahagakan kasih sayang ayah dan ibu kerana mereka ditinggalkan dengan penjaga ahli jemaah juga.

Pada pengalaman saya anak – anak ini baik je sebenarnya walaupun agak ketinggalan dalam pelajaran kerana kurang keperluan belajar. Biasanya menghuni di kelas belakang dan pemulihan. Sesekali bila ditanya hal – hal peribadi mereka, memang cukup simpati, mungkin juga kurang dimengerti..

Yalah tinggal dengan ibu tiri no 2, sekejap nanti no 4 pulak. Tapi saya respek kerana ibu tiri mereka bukan ibu tiri Snow White. Hebat wanita jemaah ini!!!

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.