Kami keturunan Syed dan Sharifah itu alasan mak tak boleh terima isteri abang long

Mak aku kata kalau nak menikah juga boleh, tapi cari yang sama taraf sebab malu kalau sed4ra mara tahu kahwin dengan orang – orang biasa saja. Oleh sebab abang long berkeras juga nak kahwin, mak bagi syarat supaya duduk dengan mak lepas kahwin. Malam tu aku nampak apa yang mak buat dan terus call abang..

#Foto sekadar hiasan. Aku nak cerita tentang kisah hidup abang aku. Tak sangka kisah Cinderella moden berlaku dalam keluarga aku. Abang long aku dah kahwin dengan wanita pilihannya sendiri, dan keluarga aku alhamdulillah boleh dik4takan hidup senang. Kami ini keturunan Syed dan Sharifah. Dan atas alasan keturunanlah mak aku tak boleh terima kakak ipar iaitu isteri abang long.

Mak aku men3ntang keras semasa abang long suarakan hasrat nak menikah dengan kakak ipar. Mak aku kata kalau nak menikah juga boleh, tapi cari yang sama taraf sebab malu kalau sed4ra mara tahu kahwin dengan orang – orang biasa saja. Abang long cuba juga untuk memujuk mak namun tak berhasil kerana mak tetap tidak mengizinkan. Lalu abang long memutvskan hubungan dengan wanita tersebut.

Pun begitu selepas empat tahun berlalu, abang long masih tidak bernikah dan tidak mempunyai mana – mana kekasih. Akhirnya, mak aku terp4ksa akur untuk menerima wanita yang dicintai abang long sebagai menantu. Mak aku cakap tak apalah kalau abang long nak menikah juga dengan budak kampung tu. Menikahlah. Tapi kena duduk sekali lepas kahwin.

Semuanya nampak indah pada mulanya sehinggalah abang long terp4ksa bekerja on call kerana dia seorang doktor. Pada ketika itu mereka baru sahaja berkahwin selama tiga minggu. Masa aku tengah tengok TV. Tiba – tiba aku dengar mak aku bising – bising k3tuk pintu bilik abang aku. Logiklah masa tu dah nak tidurkan, memanglah kakak ipar sudah masuk bilik lepas dia kemas – kemas dapur.

Mak aku dalam nada marah membentak, “Kau ingat kau tuan puteri dalam rumah aku nak senang lenang? Kau pergi kemas dekat luar, lap perabot semua.” Menyedari apa yang sedang berlaku, aku terus mendapatkan mak dan kakak ipar untuk cuba menenangkan keadaan. Apabila aku cuba mempert4hankan kakak ipar, aku pula yang kena marah dengan mak.

Lepas itu, aku terus telefon abang cakap kakak ipar kena buat kerja waktu malam – malam macam ini. Abang aku terus em3rgency balik rumah, tapi masa abang aku sampai, mak aku terus suruh kakak ipar masuk bilik. Jangan keluar. Mak aku cakap, dia saja minta tolong kakak ipar kemas – kemas rumah. Bukan berat pun setakat lap – lap perabot dan sapu-  sapu debu.

Walaupun telah diberi nasihat kepada abang long dan isteri, kakak ipar tetap tidak mahu berpindah kerana takut mak akan lebih membencinya. Malah mak aku terlalu bencikan kakak ipar sehingga dia tidak mahu cucu daripada perempuan itu.

Masa kakak ipar hamil, mak p4ksa kakak ipar buat kerja rumah dari mop lantai, jemur baju dan memasak. Apatah lagi masa itu dia aIahan, kemuncaknya kakak ipar kegugvran. Disebabkan hal itu, abang long mengambil keputvsan untuk terus berpindah dari rumah tersebut. Mereka juga kini sudah lima tahun tinggal berasingan dari si ibu.

Malah aku sendiri juga pernah mendengar kata – kata k3jam dari mulut mak aku kepada kakak ipar, “Aku tak akan bagi kau mengandung anak Fikri. Kau tak layak dengan anak aku.” Walaupun begitu, aku yakin mak tidaklah sejahat yang disangka. Kemungkinan mak hanya bersikap begitu kerana ingin menjaga status dan darjatnya. Sungguhpun sehingga kini kakak ipar cuba untuk berbuat baik terhadap mak, tetapi maIangnya kak long tetap tidak dilayan.

Kalau abang long datang, mak beriya – iya borak dengan abang saja dan main – main dengan anak abang long. Tapi dengan kakak ipar mak pandang pun tak nak. Dalam kisah abang long ni, aku nak pesan, dari awal lagi sudah diingatkan untuk memilih pasangan yang setaraf kerana takut memilih orang biasa. Sekarang ibu juga sedang kenalkan aku dengan anak kepada kawan ibu yang setaraf dengan status kami.

Kini, aku hanya mampu berdoa semoga ibu akan berubah dan berbaik dengan kakak ipar nanti. “Sabarlah kak, InsyaAllah semoga satu hari mak akan terbuka hati menerima kakak.” Kadang – kadang tak faham dengan mereka yang pentingkan sangat darjat ni. Tak bawa ke mana – mana. Semoga mereka yang mengaIami masalah ini bertemu dengan jalan penyelesaian yang sebaiknya.

Komen Warganet :

Sabarina Ahmed : Pesanan bagi yang sedang berkasih.. Kalau dah ada bau – bau bakal mak mertua tak suka cepat – cepatlah angkat kaki ketepikanlah perasaan. Dalam agama pun perkataan sekufu supaya bila dah berumahtangga ni kita takde rasa jurang. Terutamanya perempuan la, Kalau dah nikah ko semua kene amik dik. Sebab mak mertua tu darjat macam mak kita dik. Sebab tu agak – agak dah tau orang tak suka jangan nak terngadah. Bab taraf – taraf tu lantak pi diaorang tapi ko kene pikir diri ko n mak ayah ko dik yang besarkan ko

Kalau orang tak suka anggap jer takde j0doh. Yakin dengan Allah. Biar orang kata menolak j0doh. Itu orang kata tapi Allah nak uji kita sebenarnya. Apa pun dik yang mencari pasangan tu ingat – ingat. Frust tu sekejap jer tapi janganlah ikutkan sangat perasaan tu sampai taknak kahwin pulak. Insyaallah Allah Maha Adil Pengasih dan Penyayang. Dia lagi sayang kita, kasih sayang manusia ni tak kekal yang kekal itu adalah tanggungjawab dan amanah.

Iena Arbi : Ni kisah syed n saripah.. Kisah lain – lain negeri pun lebih kurang je. Nak menantu dari negeri dia jugak. Macam perempuan negeri lain ni buruk sangat per4ngai. Alasan perempuan negeri lain per4ngai tak elok. Padahal cakap kat menantu lebih dari itu. Yang mampu dibuat hanya bersabar. Tapi selama mana sabar boleh bertahan, hanya Allah yang tau.

Laila Suri : Yang laki tu pon satu da mak tu tak suka bini tu bawak la duduk tempat lain asingkan dari rumah tu. Sewa rumah lain ke hidup sendiri. Tak kesian ke bini jadi babu. Ade apa pada darjat, di sisi Allah suma sama. Kalau darjat tinngi pon buat orang k3jam sangat, status tu pon da tak guna da jadi low class gak sebab da takda hati perot, takda prihatin, da hilang pertimbangan sebagai manusia takda maknanya

KhaiRatul RaySha : Memang ada kalangan diorang yang sanggup anak – anak jadi andartu / bujangtu sebab taknak anak pilih orang bukan berketurunan dia. Padahal semua tu hanya darjat ciptaan manusia dan tak ada sebut dlm Quran pasal darjat keturunan ni pun. Dasar manusia, lupakah masa Allah jadikan Adam dan Hawa? Mana datang nya darjat – darjat mcm tu?? Sama – sama dijadikan dari secebis tanah dan akan pulang menjadi tanah juga.

Siti Maimunah : Betul tu, syed – syed ni tak bagi anak kahwin dengan bukan syed syarifah, jiran saya ni, anak – anak dia kahwin sesama sepupu sed4ra mereka je, anak bongsu dia kahwin 2 jugak, yang kedua bukan syarifah. Memang betul, bila ada majlis apa – apa dia dipulaukn, mereka berkumpul sesama sendiri, yang dia ni duduk lah jauh dari mereka semua. Duduklah bersama anak – anak dia je, kesian tengok. Kami jiran – jiran pi lah duduk sembang dengan dia.