Adik beradik ayah aku semua kategori, kaya dan senang. Setiap kali kalau datang rumah kami, diorang tak nak masuk ye. Mereka cakap sempit, panas, berbau. Sekarang kami dah kaya, masing – masing datang siap bagi duit raya RM10..
#Foto sekadar hiasan, Assalamualaikum semua. Aku tak tahu orang lain diorang dan adik beradik macam mana, mungkin sama dengan aku dan mungkin tidak. Aku yakin sangat kita ni yang anak dan adik beradik boleh nampak mak ayah kita macam mana tapi setakat memerhati kalau tegur pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Keluarga kami dulu susah, mak, ayah, aku dan adik 2 orang. Adik beradik ayah aku duduk sama negeri. Ayah aku ni termasuk dia ada 5 orang adik beradik semua tu lelaki. Mak aku pula dia ada 3 adik beradik semua perempuan.
Kami ni keluarga sejujurnya awal hidup dulu susah duduk dekat rumah kayu air pasang tu bilik kecik je kalau jalan bunyi kriuk kriuk lantai tu. Rumah memang sekangkang kera, bilik pun 1. Tapi adik beradik ayah aku lain semua ni pada aku kategori senang diorang ada kereta.
Kami ni mana ada kereta, jadi ayah aku dengan mak aku pun kerja jalan kaki dekat bustop naik bas. Setiap kali kalau datang rumah diorang tak nak masuk ye cakap sempit, panas, bau. Kami ni diamkan je lah. Sepanjang susah tu yang paling banyak bantu keluarga kami, adik beradik mak aku.
Makcik aku walaupun diorang hidup tak senang mana tapi kami okay tenang je. Balik kampung beIah ayah aku jangan cakap ye kami ni keluarga pinggiran. Bawa beg naik bas ratus kilometer, lepastu naik teksi. Setiap kali balik atuk aku nanti cakaplah “teksi je bila nak ada kereta sendiri”
Kalau beraya tu kan kami tumpang kereta pakcik aku nanti jenis merengus je diorang semua tak kena. Senang cerita hidup kami ni h1na. Yang paling aku ingat sampai sekarang tak boleh lupa. Datang rumah pak long aku ni.
Aku tingkatan 1 adik aku sorang darjah 3 lagi sorang darjah 1. Adik aku dia nak pergi tandas jadi aku bagiIah dia pergi macam biasa. Lepastu bila dah keluar tandas adik aku ni dia curious dengan peti sejuk besar rumah pak long aku.
Aku waktu tu nak check sekali bila adik aku dia nak buka pintu peti sejuk tu pakcik aku tibas tangan dia kuat ye bunyi, siap dengar dia cakap “rosak nanti”. Adik aku muka dah nak nangis aku terus tarik bawa depan gosok tangan dia sambil tu aku pujuk, “dah jangan nangis nanti dah besar along belikan” sambil dia ter esak – esak.
Aku memang paling tak berkenan dengan saud4ra beIah ayah aku sampai sekarang. Pejam celik, keluarga kami m4kin senang sebab mak dengan ayah aku ni rajin meniaga, dulunya setakat kerja biasa tapi lepastu diorang kumpul duit nak mula meniaga.
Dari meniaga tepi jalan buka warung dan sekarang ni Alhamdulilah dah ada 2 – 3 jenis perniagaan sendiri. Tapi itulah, ayah aku dia tak perasan tapi aku mak dan adik aku perasan macam mana berubahnya adik beradik ayah aku bila kita orang dah senang. Semua puji itu ini semua jadi baik,
Bayangkan selalu kalau datang rumah kami tangan kosong masuk pun tak nak bila dah pindah rumah yang luas selesa baru nak masuk lepastu bawa buah tangan jajan bagi aku dengan adik – adik. Tiba – tiba rajin pula sebelum balik tu bagi duit padahal selama ni kami duduk rumah lama tak pernah ye bagi duit, duit raya pun dapat setakat 2 ringgit sorang. Bila hidup kami dah berubah eh dapat 10 ringgit.
Memang ketara sangat hipokrit dia tapi ayah aku tak perasan. Pada aku yang ayah aku ni dia nak acknowledgement dari keluarga dia. Jadi bila dia dah senang, adik beradik dia saud4ra mara dah macam “angkat” dia jadi lupa apa benda hipokrit diorang buat waktu kami susah dulu.
Setiap kali balik beraya sampai sekarang aku pandang setiap muka pakcik aku, atuk aku, saud4ra mara aku setiap kali tu aku rasa benci walaupun dekat luar senyum. Kami semua sedar bertapa hypocrite diorang ni tapi ayah aku tak sedar dia selalu cakap, “alah tu benda dulu tak payah ingat” padahal dulu berapa banyak jelingan dan kata – kata yang tak sedap kami satu keluarga terima. – Imran (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Mas Azha : Betullah.. h1na manusia kerana melarat h1na besi kerana karat. Saya juga ingat masa saya zaman sekolah dulu susah. Mak kerja kantin tukang masak. Ada sorang adik beIah ayah saya kata di pagi raya. Tak payah bagi duit raya pada saya sebab mak dia dah kerja.
Baju raya dibeli pada anak – anak sed4ra yang dah senang yang ayahnya gaji mahal. Kat saya takde. Dia cikgu. Semua tu dalam ingatan saya. Dan syukur Allah bagi rezeki yang melimpah pada saya sekarang ni dan dia takde budi baik dengan saya untuk saya kenang jasa baik harta dan percakapannya untuk dibaIas. Terima kasih untuk h1naan 40 tahun dulu. Kekal dalam ingatan sehingga ke hari ini.
Shiyaya Adan Shirabiru : Dik, ayah ko bukan lupa apa yang adik beradik dia buat pada dia tapi ayah ko bersifat merendah diri. Dia tak lupa tapi dia nak jaga hubungan adik beradik. Dia pun tak mau jadi hipokrit macam dorang. Ko patut bangga dan ikut sifat ayah ko. Merendah diri.
Abdullah Mann : D3ndam dan hasad buang jauh – jauh, walau macamana dia buat kita masa dulu, contohi akhlak Rasulullah, maaf dan doakan kebaikan, sungguh baIasan syurga di akhir4t lebih baik daripada memenuhi ego yang sementara di dunia.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.