Kami miskin tegar. Dalam pantang aku makan nasi lauk pelam. Subuh suami pergi men0reh, petang meniaga satey, malam jual nasi lemak

Lepas subuh suami keluar menoreh. Siap menoreh, kerja p0tong api, petang balik ready untuk meniaga satey tumpang w4rung kawan. Satay habis balik jadi runner jual nasi lemak dekat area jambatan rumah..

#Foto sekadar hiasan. Sambungan dari artikel pertama >> Sarat mengandung, suami tinggalkan aku dekat rumah mak angkat dia yang miskin dan pengotor. Bapak angkat sengaja buIi aku.

Assalamualaikum dan alhamdulillah. Terima kasih tau yang sudi baca sampai habis. Yang suka dengan cerita aku. Semua komen aku baca. Tersenyum-senyum dibuatnya. Hahaha.. Alhamdulillah. Aku pun tak tau menilai diri aku macamana.. Mungkin sifat sedar diri menumpang kot.. Hehehe..

Yang komen kata, “kahwin awal. Tak ada majlis. Sepatutnya tak layak kahwin lagi. Kahwin dekat pejabat agama. Ermmm. Dah boleh agak dah..” yer. Tak mengapa. Aku paham mesti ada tanda tanya. Jahat sangat budak ni sampai family suami tak ada yang tau..

Kesilapan kami suami istri sebelum berkahwin adalah tak menegur kawan – kawan yang buat kemungkaran. Kami diamkan saja. Tu kesilapan besar kami. Lepas ni beringatlah kalau nampak kemungkaran tegurlah. Jangan biarkan.

Kami dah dapat baIasannya dan aku dah buang segala sejarah pahit kami sejauhnya. Berbalik kepada family tadi kalau mereka tahu tapi mengeruhkan lagi keadaan, bukan dapat membantu tapi menambah lagi bebanan. Kami elakkan..

Yer kami pilih jalan ni. Kami yang akan tempuhinya. Bukan selamanya tak tau.. Kami bagitau bila tiba waktunya. Dan masa tu semua sangat berlapang d4da. Tak ada perg4duhan. Tak memburukkan lagi emosi orang tua. Benda dah lepas senang cerita..

Sebenarnya dalam keadaan aku menumpang di rumah keluarga angkat ni aku banyak belajar. Mungkin sejenis sifat aku yang suka memerhati. Pada zahirnya nampak miskin, pengotor tapi bila dah kenal. Kayanya kasih sayang mereka. SubhanAllah.. Keakraban hubungan adik beradik tu memang aku tak sangkal walaupun semuanya pemalas bab kebersihan.

Lagi bila bapa angkat mood yang naik turun macam cuaca kat malaysia ni juga. Aku tengok mak angkat tak ada pun memburukkan per4ngai suami dia depan anak – anak. 10 kali tak betul bapak diorang tak ada pun yang meIawan.

Tapi anak – anak boleh nilai sendiri siapa yang banyak berk0rban dalam membesarkan diorang. Mak angkat tak ajar untuk membenci si bapak angkat apatah lagi mengungkit dalam membesarkan anak – anak, tabiknya aku..

Aku pernah tanya mak angkat kenapa sesabar ini. Mak angkat aku pandai kot. Sekolah orang putih. Dia punya speaking. Aku dengar. Pehh. Kalah bi aku tahap berterabur bersepaii. Hahaha. Bapak dia kaya. Kalau tak kaya zaman dulu mana mampu sekolahkan anak sampai habis sekolah. Cukup sekadar pandai baca dan kira saja kalau tak betul – betul. Yee tak.

Tapi bapaknya kahwin dua. Mak kepada mak angkat meninggaI awal. Harta semua bini no 2 balun sampai akhir hayat bapak mak angkat dah tak ada apa dah. Dia kata sebab bertahan ialah anak – anak. Itu sahaja harta yang dia ada.

Kalau dia berpisah dengan bapak angkat banyak buruk dari baiknya, mental anak – anak. Dah lah miskin, keluarga berpecah beIah. Dia kata tak apalah kalau dia kurang kasih sayang suami. Asal kasih sayang anak – anak tak berkurang. Allah maha mengetahui segalanya. Hanya dia yang layak menilai dan menghukvm.

Aku termenung mak angkat cakap macam tu. Muhasabah diri lagi. Masa tu aku tak nampak lagi hikmahnya sebab semua anak – anak masih bersekolah. Banyak pakai duit.. Pinjam sana.. Pinjam sini. Dengan aku – aku sekali mak angkat pinjam duit.

Lelah sangat. Aku yang memandang pun perit. Tapi mak angkat yang memikul hanya Allah saja yang tau. Bapak angkat memang lepas tangan terus. Tapi aku nampak mak angkat happy saja hari – hari. Lagi – lagi bila cerita dia keluar dekat tv. Layan cerita tamil..

Kadang – kadang siapa yang duduk sebeIah dia nasiblah kena tepuk t4mpar dia. Mengekek ketawa sampai kadang – kadang boleh semput. Lagi kalau part yang g4duh – g4duh, sekampung bawak senj4ta tu. Syokk giIer dia. Sepatah h4ram kejadah bukan paham pun kalau tak ada subtitle.

Tapi tulah. Itu cara dia lampiaskan kegembiraan dia. Kami terhibur. Mujur masa tu kami tak terfikir nak rakam. Kalau rakam mesti jadi bahan setahun. Hahaha. Mak – mak.. Anak – anak risau mak semput saja kalau gelak tak ingat.

Nanti mesti ada anak suruh mengucap atau istighfar bila mak ketawa besar. Lucuu tengok. Tapi dia ngaku sendiri kalau tengok tv tak semput. Hahaha.. Pernah 1 ketika. Masa tu nak sambut syawal. Dalam bulan ramadhan lah kan.. Persiapan terakhir dalam lusa nak raya waktu tu. Seumur hidup, diaorang tak pernah cuci dapur melainkan masa mula – mula masuk rumah tu.

Sanggup kat dapur pakai selipar. Tapi sebab aku kemaruk nak sambut raya, aku cuci satu dapur dia.. Barang – barang tak guna aku suruh buang, bakar. Masa tu macam – macam khazanah keluar dari bawah dapur. Tengah syok syok korek. Katak keluar dari celah dapur. Berlari masing – masing.

Oleh sebab aku yang beria nak basuh. Akulah yang selesaikan sampai habis. Licin hari tu aku kerjakan dapur mak angkat. Pernah mak angkat ngadu, anak laki dia berleter macam perempuan. Dia kata rumah ni ada aku saja bersih. Tak ada aku macam kapal karam.

Sedar rupanya budak ni. Ketawa mengekek mak angkat cerita kat aku.. Happening keluarga diorang ni. Tak ada nak meratapi nasib sepanjang aku campur dengan mereka. Itu yang buat aku rasa banyaknya kekurangan aku banding mereka.

Yer setahun pertama aku dan suami sangat miskin tegar. Pernah sampai aku dalam pantang anak sulung pun makan nasi berlauk pelam masak. Tahap sampai tak mampu nak beli lauk waktu itu. Menangisss. Serius aku menangiss. Tapi yakin benar Allah uji sebab aku mampu.

Lepas habis pantang aku dapat taw4ran melanjutkn pelajaran secara pjj di uitm dalam jurusan kewangan. Menangis masa terima surat taw4ran tu. Aku cuba mohon baitulmal untuk yuran pertama dan alhamdulillah lulus. Bila fikirkan anak, fikirkan kewangan, boleh ke ni..

Suami izinkan aku pergi belajar. Memandangkan pjj. Belajar hanya di hujung minggu. Anak aku tinggalkan pada mak angkat. Paling suka jaga anak aku, dua anak perempuan mak angkat. Sanggup bangun malam buat susu anak, tukar pampers.

Serius aku terharu. Suami ada waktu tu. Tapi diorang tetap nak jaga. Suami jaga anak siang saja waktu diorang pergi kerja. Baikkan anak – anak mak angkat aku. Masa pergi nak mendaftar masuk U tu ingat lagi. Mak angkat yang teman… pinjam kereta kancil bapak mertua aku.

Memang uzur sangat kereta tu.. dekat highway yang agak mendaki sikit jalannya. Tiba – tiba kereta meragam. Aduhhh. Dugaaan. Dia punya suspen waktu tu. Cuak janganlah m4ti kat tengah jalan. Hahaha. Memang naya. Tapi tulah doa orang musafirkan tiada hijab Yakin saja.

Tapi aku dapat bawa kos tu 1 semester saja. Masa tu mungkin dah tak minat belajar. Dalam kepala otak aku dah tak fikir nak belajar lagi dah. Suami kata mungkin sebab keadaan kitorang waktu tu. Tapi bila sekarang. Walaupun dah mampu. Suami offer sambung belajar balik pun aku tak nak. Biarlah anak – anak pula yang belajar sampai berjaya.. Aamiin..

Kereta kancil tu masih ada lagi sampai sekarang. Suami dah convert enjin turbo. Bagi racing berdesing ekzoz dia. Memang saja buat hal suami aku ni. Dia kata. Kereta kenangan susah, jatuh bangun kita. Ada sentimental value katanya.

Kami dah tak pakai kereta tu. Letak kat kampung bagi saja adik beradik yang nak guna. Tu part aku belajar tak habis. Tapi lain pula suami. Setelah suami habis belajar. Dia dapat kerja kontrak p0tong dan pasang elektrik.

Alhamdulillah. Syukur.. Kami dapat menyewa rumah yang lebih selesa. Bahagianya hanya Allah yang tahu. Masa tu hari – hari kena t4rget.. Sebab gaji ikut berapa banyak meter dapat p0tong dan pasang dalam sehari. Tak silap aku 1 meter RM2 company bagi.

Macam – macam cerita bila balik kerja. Kena kejar dengan anjinglah. P0tong rumah ah l0nglah. Dengan kemaIangan masa cari alamatlah. Dugaan.. Sampai 1 tahap, suami lepas subuh keluar rumah tolong mak dan ayah mertua menoreh.

Siap menoreh kerja p0tong api, petang balik ready untuk meniaga satey tumpang w4rung kawan – kawan yang berniaga malam. Satay habis balik jadi runner jual nasi lemak dekat area jambatan rumah kami. Waktu malam ramai kaki pancing mancing dekat jambatan tu.

Pernah jugalah bawa 20 bungkus nasi lemak. Laku 2 saja. Yang lain bagi jiran – jiran. Padahal dah lewat malam tu. Ketuk pintu rumah jiran bagi makanan, guna alasan balik kenduri dari kampung. Banyak makanan lebih. Alahaii. Taknak jiran fikir lain punya pasal. Hihihi. Sehari 4 kerja suami buat..

Tugas aku kat rumah cucuk satey dan buat nasi lemak.. Hari – hari. Sampailah 1 waktu. Rezeki berpihak kepada suami dapat kerja tetap yang gajinya 3x ganda dengan usaha dia buat 4 kerja dalam sehari. Masa tu kami anggap rezeki anak ke 2.

Alhamdulillah. Inikah yang dik4takan Allah hadirkan pelangi selepas hujan.. Kami memang hadap saja segala t0hmahan yang datang.. Kami rahsiakan perkahwinan kami sampai anak ke 2 berusia 4 bulan. Bila suami dah ada kerja tetap mak aku mula suarakan dia nak buat majlis untuk kami.

Kami yang pada waktu itu tak ada hati nak buat cakap dengan bapak aku buat kenduri biasa saja. Ehh tapi siapa aku nak arahkan macamtu. Dahlah kahwin senyap – senyap. Pandai pula nak mengarah – ngarah itu ini. Yer. Aku dan suami turutkan. Kami buat majlis perkahwinan.

Boleh bayangkan tak shuib bersanding dengan arw4h siti sarah bawa anak. Macam tulah kami. Masa tulah suami cerita hal sebenar pada ayah mertua dan adik beradik yang lain. Alhamdulillah.. Allah permudahkan. Makcik bawang jangan ceritalah.. Memang ramai. Tapi sebab kewangan kami dah kukuh. Kejap saja membawangnya.

Materialistik diorang ni. Cuba kalau perkahwinan aku digembar gemburkan masa tak ada apa – apa dulu, boleh taulah kan jadi apa. Kalau nasi ditambah kuah, ditambah lauk… hehehehe.. Hari ni bila tengok mak angkat berjaya sekolahkan semua anak – anak sampai habis sekolah, tak ada masalah sosiaI. Kerja bagus. Serius aku bangga dengan mak angkat aku.

Anak – anak perempuan dia dah berkahwin. Masing – masing dah ada anak. Suami diorang alhamdulillah pembersih semua. Mak angkat ada 7 orang anak. 2 perempuan yang aku cerita tu. Yang lain lelaki. Salah sorang ada restoran sendiri..

Bukan restoran nasi lemak wak k3ntut kat kulai tu yer.. Jangan salah pahamm. Hihihi. Yang lain semua buat kerja ukur tanah. Lebih kepada kerja berkumpulan, buat syarik4t sendiri. Mantapp tak.. Boleh dik4takan semua berkerjaya.

Diorang mampu besarkan rumah mak dan bapak angkat ni. Bawa mak angkat melancong. Yang lelaki semua belum kahwin. Yang sebaya suami aku tu pon belum kahwin. Kena mandi bunga agaknya. Hahaha.. Alasan mereka nak bahagiakan mak dulu. Nak happykan mak. Nak senangkan mak. Tak ada pun cakap bapak angkatkan. Aduiii. Diorang tak benci tapi memang apa – apa mak angkatlah diorang cari.

Allah baIas semuanya lepas anak – anak dah berkerjaya. Sebak aku.. Sedikit sebanyak ini sahajaIah yang dapat aku kongsikan untuk kalian. Maaf kalau ada terkurang di mana – mana. Aku taip cerita ni bila anak dah start tidur.

Sekarang dah pukuI 3 pagi campur mengantuk. Hihihi.. Mohon maaaf kalar carca marba yer. Maaf zahir batin.. Untuk mak angkat aku. Aku nak ucapkan terima kasih banyak – banyak. Allah izinkan aku dan suami tumpang kasih sayang emak disaat tiada siapa menyokong kami masa tu.  Mak banyak ajar kami untuk jadi lebih baik dari kami yang dulu sampai hari ni.

Walaupun aku dan suami dah berpindah ke negeri lain. Bila waktu bercuti balik kampung… kami balik 3 kampung.. Kampung suami, kampung aku dan kampung mak angkat. Aku ajar anak – anak untuk tidak cakap apa – apa pun bila ziarah ke rumah mak angkat.

Dan sampai sekarang walaupun dah ada cucu dari d4rah daging sendiri. Anak aku tetap dia sayang walaupun dah bujang. Anak aku pula dia tau yang dia ada 3 atok dan 3 nenek. Hebatnya percaturan Allah.. Apa yang datang dalam hidup ni terima saja.

Masalah tu c4baran.. Jangan difikir. Kelak sakittt. Tapi masalah untuk ditemmpuh. Diawalnya perit. Diakhirnya pasti maniss.. Kita hidup bukan untuk dunia… Wassalam.. – Teratai (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.