Kami tak bagi abah kerja sebab dah tua, dia merajuk berkurung dalam bilik. Tapi dia mula buat ‘alasan’ pergi surau

Kami bising sebab kesihatan Mak dah sem4kin merosot. Kenapa nak susahkan Mak lagi? Abah merajuk. Tak bertegur dengan kami. Aku cakap dengan Mak, tak cukup ke duit Abah? Apa yang Abah nak beli tapi tak dapat? Sekali mak bagitahu rupa2nya duit yang kami bagi selama ni abah dah guna..

#Foto sekadar hiasan. Aku ada baca baru – baru ni ada seorang anak luahkan tentang ayah dia yang suka sedekah. Abah aku ni dah hampir 70 tahun. Pencen. Abah sangat – sangat suka menjamu orang makan. Abah dan mak memang pandai masak.

Tu sebab kita orang adik beradik tak ada yang kurus. Hehe. Dulu abah ada buat katering sikit – sikit tapi sebab faktor usia dan kesihatan, kami adik beradik tak benarkan abah ambil order lagi. Kami semua bekerja jadi tak ada siapa yang boleh tolong Abah selain dari Mak.

Abah pulak kalau masak tempahan orang, dia suka buat lebih, kalau orang order untuk 100 pax, abah akan lebihkan untuk 10 atau 20 orang lagi. Bagi Abah, kepuasan orang yang tempah dengan dia tu paling penting. Sejak kami tak benarkan Abah ambil tempahan lagi, Abah mula tak senang duduk.

Abah bukan la tak berduit, Abah ada pencen, ada rumah sewa dan kami adik beradik memang bagi 600 setiap orang kat Abah. Bagi kami tak ada perlunya Abah bersusah payah lagi untuk ambil tempahan. Cukup la Abah berehat lepas penat membesarkan kami adik beradik.

Untuk pengetahuan semua, Abah dan mak tinggal dengan aku sebab aku tak kahwin. Semua keperluan dia orang memang tersedia lengkap. Abah mula mengurung diri dalam bilik. Cuma turun waktu makan. Sebelum pkp pertama dulu, Abah memang akan solat 5 waktu di surau.

Lepas pkp, Abah dah jarang pergi surau sebab kami tak benarkan. Tapi sejak awal tahun ni, Abah mula ke surau balik sebab ada surau baru di kawasan perumahan kami. Sangat dekat dengan rumah, tak perlu keluar dari post guard pun.

Sejak Abah mula ke surau, Abah nampak aktif balik. Tetiba satu hari Abah bagitau Mak yang Abah nak masak untuk hantar ke surau, untuk tahliI. Hmmmm ni permulaan ye.. sejak hari tu Abah selalu masak dan hantar ke surau.

Alasan Abah, orang mintak tolong. Kami adik beradik tau Abah yang duk bagitau orang dia boleh masak. Mula – mula kami bising sebab kesihatan Mak dah sem4kin merosot. Kenapa nak susahkan Mak lagi? Abah merajuk. Tak bertegur dengan kami.

Bulan puasa lepas Abah masak setiap hari untuk buka puasa kat surau. Setiap hari tu la Abah kena masak dan bungkus sebab sekarang kan tak boleh makan beramai – ramai. Aku balik kerje kadang – kadang rasa geram jugak.

Aku cakap dengan Mak, tak cukup ke duit Abah? Apa yang Abah nak beli tapi tak dapat? bagitau la biar kami belikan. Mak cakap, Abah buat tu semua bukan sebab tak ada duit. Duit yang orang bagi tu semua dia gunakan untuk tolong orang balik.

Belikan barang untuk anak – anak sed4ra dia yang susah. Belikan keperluan asas untuk orang yang memerIukan. Aku terdiam. Aku bagitau adik beradik yang lain. Kami setuju untuk benarkan Abah masak asalkan Abah happy.

Sampai saat ni Abah masih lagi masak untuk surau, walaupun tak ada orang yang tempah. Abah memang suka menjamu orang makan. Rupanya bukan pun selalu orang tempah, tapi Abah guna duit yang kami bagi untuk bagi orang makan.

Sedekah bagi pihak kami. Allahuakbar. Patut la hidup kami mudah. Berkat sedekah yang Abah buat bagi pihak kami. Bagi Abah, dia puas dapat bagi orang makan yang sedap – sedap. Abah cakap bukan semua orang dapat nikmat makan yang sedap.

Tak salah kalau kita kongsi nikmat yang kita ada. Sejak lockdown hari tu, kami adik beradik akan tolong Abah siapkan makanan untuk dihantar ke rumah orang. Rezeki Abah mencurah – curah. Orang hantar durian musang king, orang selit duit beratus dekat Abah, dan macam – macam lagi.

Tak pernah putvs orang datang hantar barang. Kalau orang bagi Abah duit, Abah akan masak dan sedekah bagi pihak orang tu pulak. Doakan Abah aku sihat tubuh badan walaupun dah menjangkau 70 tahun. Biar ramai lagi dapat menikm4ti masakan Abah. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azlia Ahamad : Alhamdulillah.. Hebatnya ayah tt. Belum pernah jumpa orang macam tu. Semoga ayah dan mak tt sentiasa dimurahkan rezeki dan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.. Aamiin.

Annie Mohd : Well done to your dad. I pun tak paham asalkan warga emas je suruh berehat. Sebetulnya kena aktif. Kalau tidak m4kin cepat susut muscles dan sel otak sebab jarang digunakan. Bukan suruh bekerja cari duit tapi buat apa – apa yang dia minat contoh macam pakcik confessor ni masak bagi orang makan.

Aktif dan charity is a good c0mbo. Boleh bersosiaI dan takde la rasa tak bertujuan hidup ni. Mak mentua saya pernah buat hip dan knee replacement sebab athr1tis. In her late 70s tapi dalam terhencut – hencut berjalan tu tiap minggu pergi beli barang dapur, tanam bunga, baking.

Rajin buat cross stitch, crosswords dan sudoku Dia taknak duduk berehat – rehat saja. Pak mentua pulak dah 80+ dan pernah buat heart bypass surgery masih drive ke hulu ke hilir. Bela ayam telur dan berkebun untuk makan sendiri. Orang tua – tua kat sini jenis aktif. Bila pergi town tu tengok diorang jalan berpegang lengan nampak sweet je. So be active ok.

Ruzaidah Alias : Alhamdulillah, bagi yang suka menjamu ni memang satu kepuasan tau. Semoga ayah tt dikurniakan kesihatan yang baik dan amalan suka bersedekah ni dipanjangkan lagi. Sedekah kadang – kadang bukan bab duit atau keperluan. Beri makanan sedap, penerima gembira pun besar ganjarannya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?