Masa hari bertunang, bakal isteri takde dekat rumah. Ibu bagi cincin pada neneknya sahaja

Pertunangan saya diatur oleh keluarga, saya tak pernah jumpa pun dengan tunang. Masa majlis pertunangan, dia tak ada pun dekat rumah. Kenapa dia setuju nak bertunang kalau dia sendiri tak ada. Ibu hanya bagi cincin dekat neneknya sahaja. Sehinggalah waktu malam, baru ‘tunang’ balik rumah. Ketika itu saya terk3jut..

#Foto sekadar hiasan. Selamat sejahtera semua! Saya harap korang semua sihat – sihat selalu dan terhindar dari sebarang peny4kit. Stay safe. Hari ni, saya berkesempatan untuk menaip panjang – panjang memandangkan mood sayang begitu baik hari ini.

Entah kenapa saya begitu rajin nak menaip panjang – panjang ni. Sementara saya ada waktu lapang bolehlah saya meluahkan apa yang saya rasa. Kisah ini berlaku pada awal tahun 2018. Hidup zaman moden tak semestinya semuanya dah moden.

Bagi saya tidak. Sebab apa? Sebab saya berkahwin dengan pilihan ibu saya. Persoalannya, saya bahagia ke tidak? Bagi saya cerita dulu dari A sampai ke Z ya. Nama saya Luqe (nickname) berusia lewat 20-an. Saya seorang kuat bekerja sampai saya tak ada masa untuk diri sendiri.

Dari sini lah ibu ayah saya selalu bertanya “ada girlfriend tak?” “Along bila nak kahwin?” “Bila Along nak bawa bakal menantu ibu ayah?” Fuh..soalan ibu ayah berd4s – d4s mengalahkan senj4ta HK 4I6. Tak perlu jumpa makcik – makcik bawang cukuplah ibu ayah punya tanya itu ini mengalahkan polis pencen version 2.0.

Saya hanya mampu menggaru kepala yang tidak gatal dan tersengih macam kerang busuk. Sejujurnya saya pernah bercinta dengan seorang gadis yakni satu fakulti masa zaman kami belajar sewaktu ketika dahulu. Punyalah bercinta bagai nak rak last – last keluar almari. Eh gurau.

Maksudnya di sini adalah kami tiada j0doh. Perpisahan kami membuatkan saya sangat s4kit hati tapi tak apalah benda dah lepas saya dah maafkan. So dari situ lah saya tak nak bukakan hati dengan mana – mana perempuan di luar sana.

Saya bertekad untuk jayakan diri dulu – buat bisnes, beli rumah, beli kereta, bahagiakan keluarga. Mendirikan rumah tangga adalah pilihan paling akhir dalam list saya. Hari Jumaat penghulu segala hari. Selepas saya solat jumaat, saya bercadang nak balik ke rumah ibu ayah memandangkan esok hari sabtu.

Kebetulan pula, ada seorang tetamu memerangkap kawan rapat ayah datang ke rumah. Korang tahu tahu lah kan kalau lelaki bersembang macam mana. Rancak bukan kemain lagi sampai tak ingat dunia. Biasalah kalau dah lama tak berjumpa begini lah jadinya.

Uncle Mudin – kawan rapat ayah duduk di Johor. Datang ke KL sebab ada urusan. Alang – alang kat sini jumpa kami sekali. Tiba – tiba tiada angin tiada ribut, ibu dengan beraninya mencelah bertanyakan tentang anak Uncle Mudin.

Uncle Mudin jawab anak perempuannya sudah habis belajar dan tinggal di Perlis bersama nenek dan datuknya di kampung. Saya dah agak dah. Ibu kalau bertanya pasal hal ni tak lain dan tak bukan nak j0dohkan saya dengan anak perempuan Uncle Mudin tu lah. Macam tak biasa pula.

Saya nak naik ke bilik macam kurang hormat pula jadi nak tak nak saya duduk membatu di situ sambil mendengar mereka berbual. Jangkaan saya tak pernah silap. Guess what? Esok kami sekeluarga akan pergi ke negeri paling utara.

Saya tak tahu nak react apa. Yang lain semua happy excited nak pergi ke negeri Indra Kayangan. Ada satu sebab je kenapa kami nak ke sana. Ibu dan ayah nak masuk rombongan meminang bagi pihak saya kepada anak perempuan Uncle Mudin, Naira (nama sand4ran).

Saya masih ingat Uncle Mudin berkata kalau anak dia setuju, maka kami bolehlah ke sana untuk masuk meminang. Tak sangka secepat itu. Pertemuan dua minggu lepas dengan Uncle Mudin bagai rasa semalam je. Dalam perjalanan ke Perlis, ibu tak henti bercakap pasal Naira.

Ibu cakap dia pernah jumpa Naira waktu kecil. Naira tak ada emak waktu dia lima tahun dan tinggal dengan nenek dan datuk di sana. Disebabkan Uncle Mudin mendapat kerja di Johor, dia tak dapat jaga Naira. Dari segi kewangan Uncle Mudin tanggung untuk Naira dengan secukupnya sampailah Naira berjaya graduate.

Saya rasa pelik jugaklah Naira terima saya semudah itu? Saya yakin seratus peratus saya memang tak pernah jumpa Naira atau perempuan bernama Naira. Nak tanya ibu confirm – confirm ibu buat lawak berkata “Along handsome mesti Naira nak”. Hehehe terima kasih lah pujian tu.

Along amat hargai pujian ibu. Adik saya, Ariana (nama sand4ran) bukan Ariana Grande tu. Ni Ariana tanpa Grande yang selalu usik dan sakat saya. Bila dia dapat tahu abangnya dapat bakal isteri, sakatnya tak boleh bawa bincang.

Berjam – jam dalam kereta kami dah sampai ke rumah Uncle Mudin. Mak aih, besar nau rumah. Apa – apa pun, kami sekeluarga disambut baik oleh keluarga Uncle Mudin. Uncle Mudin pun ada situ sekali memandangkan majlis meminang ni melibatkan anak tunggalnya.

Kami duduk di sebuah ruang tamu bertemankan bunyi air terjun buatan terletak di luar ruang tamu. Menariknya, air terjun buatan terletak di tengah – tengah sana. Di sekelilingnya ada beberapa buah bilik. Sungguh eksklusif.

Ibu ayah dan keluarga Uncle Mudin memulakan majlis kecil – kecilan ini. Ada juga beberapa orang sertai. Mungkin saud4ra – saud4ra Uncle Mudin juga. Eh, baru teringat? Mana bakal isteri saya? Saya meliarkan sedikit pandangan melihat orang – orang yang ada di sini.

Mana satu Naira? Sedar tak sedar, cincin bertukar tangan dari ibu ke nenek Naira. “Maaflah cucu saya tak balik lagi. Dia ada hal. Sekejap lagi balik lah dia” kata nenek Naira penuh sopan. Semua di situ mengangguk dan tersenyum termasuklah saya. Oh, dia tiada.

Jantung saya dah berdegup kencang mengalahkan larian marathon. Mana taknya nak jumpa bakal isteri. Selagi tak jumpa, selagi tu lah jantung saya tak henti berdegup bagai nak meIetup. So secara kesimpulannya, majlis ini berjalan dengan lancar walaupun Naira tiada.

Saya terdengar Naira setuju dengan pinangan ini. Saya menjadi perhatian saat ini. Macam – macam keluarga Uncle Mudin interview pasal saya. Interview polis – polis pencen version 3.0. Keseluruhannya alhamdulillah mereka berkenan dengan saya.

“Luqe, cucu nenek tu lasak sikit orangnya. Tapi Luqe jangan risau Naira okay je dengan Luqe” kata nenek Naira. Saya sekadar mengangguk faham. Lasak eh. Jangan nanti baIing senduk sudah. Fast forward, waktu malam menjelma bermakna makan malam tak lama lagi tiba.

Memandangkan Uncle Mudin dan sekeluarganya berkeras mahu kami tinggal di chalet mereka yang terletak sebeIah rumah untuk beberapa hari, jadi kami tiada pilihan. Kami sekeluarga sudah berada di rumah Uncle Mudin bersedia makan malam. Tapi Naira masih tak kelihatan.

Waktu saya nak jalan ke ruang meja makan, langkah saya terhenti seketika saat mata saya tertangkap sebuah potret besar elok terg4ntung di ruang tamu lagi satu. Saya tergamam seketika. Dalam potret tu ada gambar Uncle Mudin duduk rapat bersama seorang gadis berambut ikal mayang tersenyum manis. Inikah Naira?

Kalau betul lah Naira, saya bertuah akan memiliki seorang isteri yang cantik. Saat itu, satu suara menjengah dalam rumah. Ha panjang umur! Saya ternampak seorang kelibat sah – sah itu Naira menuju ke ruang meja makan.

Masa tu lah kecoh suruh Naira dan saya bertegur sapa. Memang malu sampai nak cakap pun tergagap – gagap. Naira sangat cantik sampai hilang berkata – kata. Masa makan malam pun, saya jadi segan silu sehingga satu tahap nak suap makanan dalam mulut pun malu. Ye lah, Naira ada join sekali.

Yang lain – lain dah sakat itu ini menambahkan suasana saya dengan Naira m4kin janggal ! Ariana tu tak payah kata lah. Muka tembok dan mulut murai dia tak boleh nak kawal dah. Rasa nak sumbat aje nasi dalam mulut dia tu.

Pejam celik pejam celik, dah dua malam kami di sana dan esok pagi nak balik KL. Tak boleh duduk lama – lama kerja banyak kat sana. Sepanjang duduk kat sini, saya dan Naira saling berkenalan tapi tak detail. Cukup sekadar tahu nama, umur dan kerja apa.

Buat masa tu, kami belum ada bibit – bibit cinta lagi. Kata Naira, lagi bagus bercinta selepas nikah berbanding sebelum nikah. Saya pun setuju dengan cadangannya. Tak sampai setengah tahun pun, kami diijab kabulkan. Naira sah menjadi isteri saya sampailah sekarang.

Rupanya Naira adalah j0doh yang disimpan oleh Allah untuk saya selama ini. Syukur saya kepadaNya tak terhingga. Selepas proses meminang tu, kami tiada jalinkan pertunangan malah terus saja nikah. Siapalah kita untuk meIawan takdir Allah?

Kita hanya mampu merancang Allah yang tentukan. Alhamdulillah. Allah Maha Mendengar. Isteri saya ada cerminan bagi diri saya. Kebanyakan hobi isteri saya adalah hobi saya juga. Kami suka travel, buat aktiviti sukan ekstrem yang melibatkan alam semula jadi.

Pada mulanya saya tak tahu langsung bakat isteri saya yang suka aktiviti lasak seperti – flying fox, sky diving, bungee jumping, hiking. Saya sendiri terk3jut bila dapat tahu dia mahir dalam sukan – sukan macam tu. Memang betul lah kata nenek isteri saya yang dia memang lasak orangnya.

Dia sentiasa on bila saya ajak dia keluar bersama lagi – lagi nak bercuti. Dia orang pertama yang sudi packing baju. Tapi bila di rumah pula, perwatakan lasak dalam diri isteri saya hilang. Dia bertukar menjadi isteri yang lemah lembut.

Dia seorang sangat rajin sampai setiap sudut rumah bersih tiada secalit habuk. Semua kerja – kerja rumah habis dia sapu buat. Bila saya tanya tak penat ke? Yelah rumah kami besar dan perIukan pembantu rumah. Dia jawab dia lebih rela penat berbanding tidak berbuat apa – apa.

Kadang – kadang saya risau juga bila dia terlalu buat kerja rumah sangat nanti tak larat. Dia kata dia tak nak pembantu rumah, lebih baik dia buat sendiri puas hati. Disebabkan tu, saya tak bagi dia pergi kerja. Saya masih mampu tanggung lagi.

Saya tahu dia penat tapi dia tak pernah merungut atau menunjukkan ekspresi penat depan saya. Senyuman dia sentiasa lekat di wajah. Sebab tu lah saya selalu bawa dia pergi meluangkan masa dengan hobi kami untuk release tekanan.

Sepanjang saya hidup sebagai suami Naira, kehidupan saya jauh lebih baik berbanding zaman bujang dulu. Saya ingatkan lepas kahwin kepala saya akan serabut nak fikir tentang hal rumah tangga. Rupanya ia salah sama sekali. Allah permudahkan.

Rezeki saya bertambah – tambah sejak saya berkahwin. Rezeki tak pernah salah alamat. Walaupun kami belum ada cahaya mata lagi, kami bahagia. Kami yakin Allah dah susun atur cantik perjalanan hidup h4mbaNya.

Saya berterima kasih kepada isteri saya selalu sokong dan menjadi tuIang belakang saya selama ni. Terima kasih kerana mendoakan untuk kami. Kepada readers yang dah berkahwin dan hendak berkahwin semoga anda dan pasangan anda kekal bahagia. – Luqe (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norizan Mamat : Salam, Tak terlewat makcik ucap tahniah. Semoga berkekalan hingga syurga. Kena ingat yer, hidup kita penuh dengan ujian. Jika nanti ada apa – apa ujian, hadap dengan tabah dan tetap raikan kebahagiaan yang ada. Jangan jadikan diri kita sebagai ujian untuk pasangan kita.

Nur Abdullah : Tersenyum saya baca cerita awak. Saya pun berkahwin dengan pilihan orang tua. Dah sebulan bertunang baru bersua muka. Bercinta lepas kahwin. Alhamdulillah dah melepasi 22 tahun perkahwinan kami.
Moga perkahwinan kita semua diberkati dan disulami dengan mawaddah, sakinah dan rahmah yang berkekalan. Aamiinn..

Rahmah Rahman : Betul, sebenarnya best bercinta setelah nikah. Pengalaman diri saya sendiri, baca tt punya confessions macam baca cerita diri sendiri pulak sebab saya sendiri lasak. Bezanya saya bukan pilihan keluarga.

Dulu pun begitu, takut kahwin sebab takut salah pilih pasangan. Rupanya dua – dua sama kepala dengan suami. Terbaik tt, semoga bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.. Amiin.

Ramadeyah Debon : Kisah sama macam saya dengan suami jer. Cuma bezanya saya tak cantik macam naira. Dan suami takde ex macam saya gak. Kitorang belajar je tak hirau bab pakwe makwe. Ala – ala first love gitu.

Dah 12 tahun kawin. Ada dua anak dah. Tapi masa mula – mula jumpa suami rasa macam dah lama kenal. Cakap dengan dia pun tak kekok. Senang cerita masa mula – mula jumpa tu macam dah jumpa soulmates. Allah swt yang takdirkan pertemuan kita semua. Yang penting niat yang baik – baik. InsyaAllah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.