Hubungan yang h4mbar kini retak menunggu beIah setelah kantoi saya curang dengan bekas teman lelaki. Anak – anak yang selama ni tak pernah dia basuhkan ber4k, mandikan, suapkan makan, semua dia buat gara – gara untuk hak hadanah nanti..
#Foto sekadar hiasan. Salam kepada semua pembaca, sejak akhir ni asyik ternampak post berkaitan hubungan suami isteri h4mbar, masih tinggal sebumbung hanya untuk pert4hankan anak dan macam – macam lagi seumpama dengannya.
Terpanggil untuk cerita kes saya dan mohon suri boleh bagi buah pendapat sedikit. Suami dan saya dalam proses bercerai setelah 10 tahun berkahwin. Kami dikurniakan anak empat orang. Sepanjang perkahwinan, tak seindah senyuman di bibir, cantik di potret raya saban tahun.
Kadang – kadang tak tertelan dek rencah, ragam dan adat rumahtangga. Manakan tidak, kadang – kadang sepulang dari tempat kerja dia, terduga – duga apa akan berlaku, Ada hari OK, OK la, ada hari makan pukuI pun pernah, baling barang, baling bakul, cubit sampai Iebam biru dengan niat untuk s4kiti.
Ada hari mulut sahaja la yang berbisa, kata – kata m4kian mencarut dah jadi zikir dia setiap hari. Sampai la satu hari, tahun ke-7 perkahwinan, saya mengadu pada adik beradik, mak ayah saya dan terk3jut marah bukan kepalang lagi kerana buka aib dia sebagai suami.
Katanya, dah nama isteri jagalah aib suami. Jangan dihebohkan aku tak solat, aku pukuI, m4ki kau. Dah memang adat rumahtangga, orang lain pun ada pukuI pukuI bini juga. Niat nak mengajar. Ko tu cukup ke solat, ada tinggal jugak kan. Jangan tahu nak nilai orang la.
Saya jawap, untuk jadi ketua keluarga yang dihorm4ti (selalu cakap saya tak hormat dia), jaga solat 5 waktu je.. Ni saya tengok sejadah tu tak berusik pun, beralih pun tak. Selepas mengadu, ayah datang rumah semuka dan dia janji akan tak pukuI lagi, tak akan m4ki lagi.
Hubungan berlangsung begitu saja, anak – anak menjadi prioriti, hal sekolah, makan anak, pakai anak. Begitula rutin kami. Dari sudut nafkah, cukup sekadar apa adanya disediakan oleh suami. Makan, pakai ,tempat tinggal, keperluan anak – anak ada disediakan.
Syukur walau kadang – kadang rencah masakan kadang – kadang kurang sana sini, telan sahaja la. Santan, serai, segala daun, pes tomyam, mintak kirim belikan tak dibeli. Katanya membazir bukan sedap pun ko masak… hurmm…
Tapi hubungan yang h4mbar kini retak menunggu beIah setelah kantoi saya curang dengan bekas teman lelaki. Saya tahu ianya salah, berd0sa dan bertaubat dan tak ingin ulangi lagi. Bukan saya yang cari, dah tukar nombor berkali – kali tapi lelaki tu masih mencari saya. Link whatsapp bila berniaga online kan.
Betul, tangan takkan berbunyi kalau tepuk sebeIah je. Saya akui itu. Saya dah mohon ampun, mohon maaf daripada suami. Hari Raya, hari tak Raya, sujud sembah menangis tapi hati dia sekeras batu, tak akan maafkan.
Sekarang, suasana dah memburuk, tak nampak lagi kebaikan saya. Saban hari, ayat perempuan murahan, peIacur dan pelbagai h1naan meniti mulut dia. Walaupun depan anak – anak. Anak kecil yang selama ni tak pernah dia basuhkan ber4k, cucikan, mandikan, siapkan, suapkan makan semua itu boleh dia buat gara – gara untuk hak hadanah nanti.
Dicucvknya anak – anak dengan mengatakan ibu jahat, dih1na, dicemuhnya saya depan anak – anak. Sehinggakan anak sulung umur 11 tahun berani tulis di kertas, ‘Ibu betina paling b0doh’, siap menjeri dekat saya, “apa guna ada ibu, ibu pemalas!” Gara – gara tak basuhkan air fryer yang dia nak guna untuk goreng frozen food… Hurmm….
Selain tu, anak – anak sampai takut nak makan Apa yang masak, suap ke mulut. Mereka kata takut ayah marah. Kalau mereka datang tidur, sembang di bilik saya tidur pun dihamunnya anak – anak. Suami malah tunjukkan lagi conversation saya dan si jantan tu untuk tatapan anak – anak. Untuk mengatakan ibu ni memang pesalah, ibu orang jahat, penipu.
Paling sadis, masa saya buka puasa isnin, dia kata buat apa puasa, meIacur lagi bagus. Solat, buat apa solat tunggang terbalik, kemaafan aku pun KO tak dapat lagi. Aku tak redha, tak ampun, buat apa buang masa solat taubat, tahajud, doa semua. Banyak lagi, nanti panjang pula. Persoalannya sekarang :-
1) Ok ke kalau suami bagi syarat nak cerai, anak – anak tak boleh berpisah, giliran aku seminggu, kau seminggu. Sekolah tetap sekolah yang sama. Saya kurang setuju, sebab confirm perlu tinggal dekat dengan dengan dia. Anak – anak boleh jadi tukang spy aktiviti ibu.
Kerja apa, buat apa, keluar ke mana. Sedangkan tak cerai ni pun, anak – anak dah sibuk tanya itu ini. “OOOO.. mesej dengan laki ye, bagitau ayah.” padahal mesej tentang carian sewa rumah, peguam dan sebagainya.
2) PerIukah saya telefon Mak, kakak dia di kampung. Untuk mintak maaf, untuk cerita masalah kami ni??
3) Boleh ke seorang suami h4ck isteri punya wasap, laptop peribadi, emel peribadi, facebook sedangkan dari awal kahwin saya tak pernah dapat tengok ke semua di atas milik dia terutama Wasap. HP dia dikunci, pasang password. Bila mintak, kata mana ada aku rahsia apa – apa. Sekarang bila mintak lagi, dia patahkan dengan ayat, “sejahat – jahat aku, pernah ke aku nak pegang perempuan?”
4) APA hukvm suami berniat nak maIukan isteri dengan buka aib isteri dihebahkan mesej perbualan saya dan bekas bf kepada seluruh keluarga?? Mungkin niat untuk baIas d3ndam saya telah buka aib dia tak solat, pukuI saya tempoh hari.
5) Apa hukvmnya suami bila marah tengah p1ssed off, jatuhkan hukvm ‘aku h4ramkan KO makan, minum hasil titik peluh aku..??? Tak sedar diri makan hasil titik peluh orang. Tak malu..”. Jatuh h4ram ke kalau saya makan.
5) Salah ke berd0sa ke saya suami m4kin kurus sebab saya tak masak. Saya tak masak bukan apa, bahan kadang – kadang takde, tak cukup, tambah pulak suami dah jijik air tangan ‘peIacur ‘ ni, tambah lagi suami bimbang saya letak sih1r ke r4cun ke dalam masakan. Padahal apa yang saya masak, itula saya makan.. Mohon pencerahan. Banyak lagi nak tanya. Nanti jela.
Komen W4rganet :
Lailatulqadariah Abdul Rahim : Kadang – kadang nak jadi bid4dari syurga tu bukan kena suami baik, tunaikan semua kewajipan, Allah bagi ujian suami tak baik sebab nak angkat darjat kita. Kalau kita sabar, Insyallah tu salah satu jalan ke syurga juga.
Saya dengar ceramah, nak ubah orang tu, kita yang kena ubah diri sendiri. Kita doa minta Allah yang ubahkan dia, kadang – kadang Allah buat kita masalah dengan suami sebab Allah tak nak kita lebihkan suami dari Dia. Bila kita jaga hubungan dengan Allah, autom4tik hubungan kita orang lain, rumahtangga kita Allah pelihara. Nak jadi isteri yang baik, tak semestinya suami kena baik. Nasihat bukan untuk tt sahaja, umum kepada semua dan kepada saya sendiri.
Alaina Ahmad : Dua – dua salah. Memang elok berpisah, takde kebahagian masih bersama, anak – anak pun boleh rosak membesar dalam rumahtangga kucar kacir. Lagi – lagi bila anak yang masih kecik dihasut untuk benci pasangan.
Tak perlu sis buka aib bab rutin harian, ibadah, etc. Bila kena balik dekat kita, kita pun tak nak orang cerita sana sini, malu. Tapi bab siksa fizikal, mental, tu elok beritahu, untuk minta tolong mudahkan berpisah. Bukan sekadar cerita sahaja, lepas tu takde tindakan, masih bersama.
Kalau sis risau suami ada bukti conversation sis dengan laki lain, sis boleh pasang cctv, rakaman video, suara untuk bukti layanan suami di rumah dan sebagainya. Sekarang dua – dua pihak ada bukti. Tak semestinya sis nak kena intai fon dia jugak. Kalau minta izin, memang takde la nya dapat apa – apa bukti kalau ada buat bukan – bukan belakang sis.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.