Masihkah kau ingat disaat kau mendapat kerja sebagai guard di sebuah hospitaI swasta? Kita sama – sama ketawa bila akhirnya kau pulang ke rumah kerana tak sanggup menjadi guard. Kau malu dengan uniform guard berwarna putih dan bertopi…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sebenarnya aku pernah siarkan kisah aku ni di dua blog tapi tiba – tiba kisah ni tidak dapat dijumpai. Aku percaya keluarga bekas suamiku punya angkara mungkin “report and block” kisah tersebut.
Aku harap apa yang aku luahkan ni dibaca oleh bekas suamiku dan juga keluarga mertuaku. Aku bukan nak mencari publisiti atau meraih simpati daripada sesiapa tapi aku nak bekas suamiku bertanggungjawab dalam soal nafkah anak – anak kami.
8 tahun melayari alam rumahtangga dan akhirnya rumahtangga kami musn4h disebabkan oleh faktor kewangan. Aku bukannya mata duitan tapi sepanjang menjadi isteri Zul membuatkan aku banyak berk0rban wang ringgit.
Masihkah kau ingat disaat kau mendapat kerja sebagai guard di sebuah hospitaI swasta? Kita sama – sama ketawa bila akhirnya kau pulang ke rumah kerana tak sanggup menjadi guard. Kau malu dengan uniform guard berwarna putih dan bertopi.
Kau sering bertukar – tukar kerja sampailah kelahiran anak kedua kita kau terus berhenti kerja sebab berg4duh dengan boss kau. Selama 6 bulan kau menganggur dan kau bersuara ingin membuka bisnes sendiri. Aku setuju sebab sifat kau yang panas baran mana mungkin kau bekerja di bawah orang.
Aku terp4ksa membuat loan untuk dijadikan modal permulaan bisnes kau. Alhamdulillah kedai pertama kau bertapak di sebuah bangunan kerajaan di Meru, Ipoh. Ku sangkakan panas berpanjangan rupanya hujan di tengah hari.
Kemewahan kau menyebabkan kau lupa akulah isteri yang sanggup susah senang bersama kau. Kau alpa dan mula jatuh cinta dengan seorang pegawai diplom4tik yang lebih tua dari kau. Jatuh terduduk di saat aku mendapat perkhabaran ini dan anehnya aku merestui hubungan kalian.
Aku sanggup pertahankan rumah tangga kita demi anak – anak. Tapi jod0h tu kuasa Allah. Perkahwinan kita terlerai jua disaat kau lafazkan taIak di saat aku tak ingin membuat loan lagi untuk kau. Cukuplah aku dah support bisnes kau sehingga kau mampu berdiri gah dengan 3 buah pasar mini.
Sebulan sebelum kau lafazkan taIak memang kau naik angin bila kau tak mampu mengeluarkan duit gaji aku kerana aku terlebih dahulu ke bank declare kononnya kad atm aku hilang. Masihkah kau ingat kau pegang kad atm aku, kau bagi duit belanja pada aku setiap hari RM5 seperti aku anak kecil yang masih bersekolah.
Kau control kehidupan aku sehinggakan aku nak call mak aku pun perlu di sebeIah kau. Kau takut aku mengadu bukan – bukan perihal kau. Tapi baiknya kau bila kau sanggup penuhi apa yang aku nak. Aku tak ada masalah kalau tetiba teringin tukar handbag atau ingin beli set Tupperware baru.
Pendek kata kau tak lokek dalam berbelanja. Tapi kata mak aku “memanglah dia boleh beli semua tu, bawa makan kat luar di tempat – tempat yang hebat sebab duit gaji kau, dia yang pegang.” Dipendekkan cerita kau berkahwin lain tetapi dengan orang lain.
Kata mama kau memang mama tidak merestui hubungan kau dengan pegawai tu dan sepanjang tempoh tu kau langsung tak memberikan nafkah. 3 tahun kau menyepi tanpa berita dan sepanjang tempoh tu aku masih membawa anak – anak berjumpa dengan keluarga kau.
Sehinggalah aku dapat menghubungi kau dan meminta kau bertanggungjawab sebab nafkah anak – anak wajib ke atas kau. Aku tak faham kenapa kau berdend4m dengan aku sehinggakan kau tak nak pulangkan kereta Honda
Accord yang aku beli atas nama aku alasan kau kereta tu untuk anak. “ Eh..tolonglah, kereta tu atas nama aku dan suka hati aku la lah nak buat apa dengan kereta tu” Kau sengaja biarkan nama aku blacklisted. Masihkah kau ingat bila kau perdaya aku untuk keluarkan duit EPF aku dan beli kereta kelisa secara tunai atas nama kau?
Time tu aku turutkan sebab aku sayangkan kau. Kau dengan bangganya bergaya dengan segala aset hasil titik peluh aku. Aku pernah minta pihak bank tarik balik kereta Honda tersebut tapi maIangnya pihak bank tidak dapat menarik kereta tu kerana dah bayar 75%.
Aku penah buat report pada pihak polis tapi polis cakap ni adalah masalah keluarga. Kesudahannya sampai sekarang aku tak pasti apa jadi dengan kereta aku itu. Bila aku minta kau pulangkan kereta kelisa, apa kau jawab “Kereta tu atas nama aku” Allahu, kau dan aku tau kereta tu sepenuhnya duit aku.
Dua biji kereta aku ada pada kau. Zul, aku tau kau bahagia dengan isteri baru kau dan anak – anak kau tapi kau harus sedar bahawa anak – anak kau bukannya 2 orang tapi 4 orang termasuk anak – anak kita. Kau sepatutnya berlaku adil atas nafkah anak – anak kau.
Kau sengaja menghantar whatsap gambar kereta volkswagen baru kau sempena tarikh birthday kau 15 Januari kononnya nak meny4kitkan hati aku. Kau sengaja mengh1na aku kononnya aku tak mampu menyara anak – anak kita hanya kerana aku sering menyedarkan kau supaya tidak culas dalam tanggungjawab memberikan nafkah.
Kau berikan pelbagai alasan kononnya bisnes tak maju, kedai tutup sebab tukang masak balik Thailand (kononnya kau dah buka kedai makan hasil duit titik peluh kau), di hospitaI dan pelbagai alasan yang kau cipta. Tahukah bahawa nafkah anak – anak adalah di bawah tanggungjawab bapa kandungnya?
Andai kata bapa kandung tak mampu autom4tik tanggungjawab tu berpindah kepada datuk atau bapa saud4ra lelaki sebeIah bapanya. Aku tau kau tak akan baca coretan ini tetapi aku harap mama, ayah, kakak kau, abang kau dan seluruh keluarga kau tersedar bahawa mereka masih ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan.
Alhamdulillah anak – anak kita masing – masing dah berusia 14 dan 12 tahun. Kau jangan menuduh aku menghasut anak – anak tapi anak – anak tawar hati kerana sikap kau sendiri. Kau tak pernah berusaha untuk call anak – anak sedangkan kau tau no hp aku.
Kau tak pernah cuba melawat anak – anak walaupun kau tau di mana rumah mak aku. Ketepikanlah eg0 kau demi kebahagiaan anak – anak. 7 tahun kita berpisah masih tidak mampu melenyapkan perasaan marah kau pada aku sehingga anak – anak menjadi m4ngsa.
Aku pelik kenapa kau berdend4m dengan aku sedangkan kau lah yang mengani4yai hidup aku dan anak – anak. Walaupun sehingga kini aku masih membayar hutang perniagaan kau sebanyak RM 2500 sebulan tapi alhamdulillah masih ada rezeki untuk aku besarkan anak – anak.
Jangan lupa aku tak pernah menghalalkan hutang nafkah dan hutang perniagaan kau. Aku tak pernah meletakkan berapa jumlah kau perlu bayar tiap bulan sebab aku faham kau juga ada komitmen lain. Tapi sayangnya kau tetap culas dalam menjalankan tanggung jawab sebagai seorang bapa.
Umur kita sem4kin lama sem4kin meningkat dan anak – anak sem4kin besar. Adalah sangat menyedihkan kalau anak – anak aku yang akan menguruskan harta kau sekiranya ajaI menjemput kau awal kerana anak -a nak kita adalah anak lelaki dan lebih tua daripada anak lelaki kau dengan isteri baru!
Buat isteri baru Zul, aku harap kau tidak menerima nasib seperti aku ditinggalkan ketika aku tak ingin lagi buat loan untuk dia. Aku harap kau tak sebod0h aku kerana terlalu percayakan dia dan aku harap kau mampu mengubah sikap dia.
Nasihatilah dia supaya sedar bahawa nafkah anak tu adalah wajib. Nasihat aku sebagai kakak jangan sesekali terpedaya dengan janji manis suamimu bila dia meminta kau menggadaikan barang kemas kau atau memujuk kau membuat loan.
Buat semua netizen di luar, aku harap kalian dapat berdoa semoga aku diberi kekuatan untuk membesar dan mendidik anak – anakku. Doakanlah kebahagiaan kami sekeluarga dan doakanlah semoga bekas suamiku sedar atas tanggungjawab dia yang perlu dilunaskan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.