Saya isteri kedua, bila suami main cinta dengan budak 19 tahun, saya anggap kifarah dah sampai

Saya merupakan isteri kedua, salah saya tak fikir panjang. Disaat suami tiada kerja tetap saya kasihan dengan isteri pertama yang selalu mesej tak ada duit nak beli susu anak. Saya selitkan duit pada suami untuk bantu madu di kampung. Bila suami berduit, dia mula bermain cinta dengan budak 19 tahun. Saya fikir masa saya sudah sampai, karma saya sudah sampai…

#Foto sekadar hiasan. Bermadu Dan Dimadukan, Ini Luahan D3rita Isteri Bersuamikan Kaki Perempuan. Sesetengah orang mengatakan bahawa ianya ‘karma’, manakala menurut Islam pula ia adalah ‘kifarah’. Wanita yang tidak mahu identitinya didedahkan ini berkongsi kisah dukanya apabila berkahwin dengan lelaki kaki perempuan yang berulangkali kahwin, cerai dan bercinta dengan anak muda sehinggakan sampai ketika, dirinya bagai sudah Iali dengan per4ngai suaminya itu.

Malah, tanggungjawab hakiki sebagai seorang suami untuk menanggung perbelanjaan keluarga turut dilupakan. Diharap kisah ini menjadi pedoman buat anda semua. Nikah sebagai isteri kedua. Saya bernikah dengan suami, awal 2011, salah saya tak berfikir panjang waktu tu.

Ikut hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri kedua. Isteri pertama bercerai dan sudah pun berkahwin lain. Yang kedua (dah naik jadi no 1) dan saya no 2. Waktu tu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit dan bila tiada maknanya tiada langsung.

Saya selalu baca sms dari wife di kampung, tiada duit, susu anak dan pampers. Macam macam lagi. Saya jadi kasihan. Saya selalu letak Rm50 atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami. Saya tahu dia pasti bank in kat kampung (isteri pertama di kampung).

Pada masa tu saya fikir, saya harus menolong kerana siapa yang ada selain saya. Walaupun ser4ngan fb berkaitan saya mengambil suaminya hebat bermula. Tak mengapa, siapa tak s4kit hatikan? Suami main cinta dengan budak 19 tahun.

Tapi betul orang tua kata, isteri diuji disaat suami tidak mempunyai apa, suami diuji disaat punya segala. Anak saya yang pertama baru 4 bulan, suami main cinta dengan budak umur 19 tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam – macam dia beli. handfon, perfume sampai adik beradik budak tu semua dia beli.

Sampai satu tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak berg4duh. Saya fikir masa saya sudah sampai, karma saya sudah sampai. Saya pasrah saya redha. Isteri pertama memujuk saya. Sewaktu mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri pertama di kampung yang memujuk saya secara tiba – tiba, pada dia saya meluah segala.

Saya tak tenang, jangan kata hati tak tenang, duit, sedikit harta saya k0rban sebab saya tak suka suami bersedih. Muram. Saya dan madu menjadi kawan baik. Kami menjaga antara satu sama lain. Bila dia memerIukan kewangan, saya membantu sekiranya mampu.

Saya dik4takan giIa taIak. Satu hari, suami pergi outstation, saya tahu tapi saya tak bertanya. Senyap – senyap saya ikut sampai ke airport, tak nampak pun. Saya ke rumah budak perempuan tu dengan anak dan ibu, kereta suami ada di situ. Allah… menggigiI kaki saya, macam – macam perasaan, marah beng4ng semua ada.

Saya balik ke rumah, saya pack barang barang suami dan niat saya hantar ke rumah budak tu. Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu, jika betul – betul nekad, hantar rumah ibu bapa suami. Dengan hati yang membara, saya hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta suami di rumah budak perempuan tersebut.

Setelah bersemuka, dengan keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yang mereka memboh0ngi keluarga dengan mengatakan saya giIa taIak. Nasib saya bawa ibubapa saya sebagai saksi. Lepas 2 bulan, saya menerima sms, dari budak perempuan tu, mengatakan sudah memutvskan hubungan dgn suami saya.

Saya tanya balik, “Mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami, saya itu dan ini, macam – macam kurang. Saya dah redha, saya mengalah.” kata saya. Allah menguji saya dan budak perempuan tu, saya mengandung anak kedua.

Akhirnya mereka putvs dan saya tak tanya lagi. Saya hanya menonton wayang di fb dan twitter, mereka berper4ng sesama sendiri. Saya maafkan suami dan kami kembali bersama cuba untuk membina kembali. Tapi masih tidak serumah, kerana sepanjang kami serumah lebih kurang dua tahun, 2 kali suami hampir memukuI ibu saya. SAYA ULANG, IBU SAYA.

Pada suami dia bebas buat apa sahaja, jangan ditegur. Dia berhak kerana dia SUAMI. Kami teruskan hidup dengan setiap minggu berjumpa, habiskan masa menonton wayang, bercuti dengan suami, kadang – kadang dengan anak – anak tiri.

Saya nampak perubahan suami, setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan dan rezeki dipermudahkan. Suami nikah janda anak 4 di sempadan. Selepas 2 tahun, saya diuji lagi. Kali ini suami bernikah di sempadan dengan janda anak 4 dan suami saya adalah perkahwinan ketiga beliau.

Saya dengar melalui bekas isteri suami, saya kata saya tak tahu. Hampir sebulan kami tidak berhubung, berikutan hubungan suami dengan perempuan lain tapi itulah, bercinta dengan orang lain, nikah orang lain. Pada hari itu saya hairan dengan diri saya sendiri, saya tak menangis, mungkin saya tak ambil peduli atau mungkin sudah Iali.

Awal tahun ini saya menerima pm dari fb, dari seorang perempuan katanya mahu berterus terang. Saya terima, orang baik saya sepuluh kali baik. Kami bertukar no fon, kami whatsApp sepanjang malam. Suami dan isteri barunya minta saya cuba dengan kehidupan baru ni.

Saya cuba, tetapi mereka mempermainkan saya, kebaikan yang dihulurkan hanya untuk meIekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan. Isteri baru suami cerita kekurangan saya.. Isteri baru suami menyatakan tentang kekurangan saya.

Saya terlalu pentingkan kerja, tak ada masa bersama dan terlalu mengikut kata ibu. Bagaimana saya tak pentingkan kerja? Jika rumah, api air, unifi, pampers, susu, insurans, duit dapur dan duit bagi emak semua atas saya?

Wallahi, saya tak minta suami sepanjang kami bernikah, kalau dia ada, dia bagi, kalau tak ada saya diam. Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Disaat yang paling sukar ibu berada di samping saya, menjaga anak – anak disaat saya mencari sesuap nasi.

Saya berusaha sendiri. Pada fikiran saya yang dik4takan koIot ni, tak mengapa suami tak ada duit, saya ada. Kita orang tua tak makan tak apa, anak – anak perlu makan minum, susu pampers mesti ada. Tu belum s4kit mereka lagi, kita s4kit makan panadol tidur tapi kalau budak – budak? Mereka tak tahu.

Setiap hari saya pulang ke rumah, saya tinggalkan masalah saya dan suami di dalam kereta, saya ukir senyuman untuk anak – anak. Ibu saya tak tahu perihal suami berkahwin lain. Suami dan isteri baru daftar menggunakan surat cerai suami dengan isteri lama.

Saya termenung dipermainkan lagi, bukan seorang kini dua orang. Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka di fb dan instagram. Kadang – kadang anak – anak tiri menghubungi saya bertanyakan khabar dan mengadu.Saya hanya mampu mendengar.

Tak mengapalah, saya kata once for all. Jaga hati sendiri, salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir, saya tak rugi apa – apa, saya cuma tak ada suami tapi saya masih beruntung ada kerja tetap, rumah, kereta dan anak – anak.

Saya bersyukur Allah SWT masih sayang, ujian saya ni kecil jika dibandingkan dengan isteri – isteri yang jadi m4ngsa ani4ya. Akhirnya, saya membuat permohonan cerai. Alhamdulillah, saya tenang, walaupun saya ke mahkamah seorang diri tanpa di temani sesiapa.

Saya tahu saya kuat. Allah ada, Allah Iindung saya. Saya tak tuntut apa – apa dengan suami, hanya lepaskan saya cara baik. Kalau dia ingat anak – anak, berilah duit belanja, jika tidak, tak apa. Ada rezeki lain untuk anak – anak.

Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya serah kepada Allah, bulat – bulat. Buat isteri di luar sana, kalau suami ada perempuan lain, jangan menangis atau murung, tolong bangkit. Kalau tak kerja, cari kerja. Belajar berdikari dan doa banyak – banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan. Terima Kasih admin dan semua warga maya yang sudi membaca.

Komen Warganet :

Normalah Saidi : Kisah sis mengingatkan saya tentang kisah silam. Syukur allhamdulillah semua dah berlalu kini. Dan sekarang saya lagi rasa bahagia walaupun hidup tanpa insan yang bergeIar suami.

Fauziah HajiAyob : Keputvsan yang baik. Saya setuju kalau awak berpisah dari terus mend3rita dapat suami macam tu. Tabahkan hati, Allah ada bersama orang yang bersabar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.