Aku ada bawak kawan – kawan datang rumah, masa tu la suami aku beramah mesra tanya macam – macam. Sampai ada yang ingat suami aku suka dekat dia. Masalahnya, dia bagitahu dekat kawan aku yang lain, suami aku nak mengorat dia..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Saya ringkaskan saje luahan atau perkongsian saya ni. Saya merupakan seorang ibu kepada seorang anak yang comel, dah berkahwin hampir 3 tahun.
Bagi g3ng – g3ng yang bakal mencecah umur 30-an sudah pastinya soal jodoh selalu menjadi topik perbualan sanak saud4ra, jiran sekampung dan rakan sekerja. Masalahnya ramai gadis – gadis sekarang yang takut untuk berkahwin kerana sukar untuk jumpa dengan lelaki yang baik. (Kalau jumpa pulak kebanyakan nya, “eh, dah ada isteri..”)
Aku dari sekolah sampai la tamatkan degree, tak pernah bercinta (couple). Kawan – kawan biasa tu ada la, aku ni nak dik4tegorikan cantik tu memang tak. Cuma aku jenis yang tinggi dan makan banyak mana pun maintain kurus.
Apa pun aku bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada aku. Dulu aku selalu terfikir, ada ke orang yang akan sukakan aku? Dah la tak ada rupa, tak ramai kawan lelaki (tak reti nak berkawan sebab tak biasa dan kurang keyakinan kot), gigi sedikit ke depan bukan jongang okey sikit jer, pastu kulit pun tak licin (ada jerawat sikit, parut jerawat lagi), spek tebal sebab power rabun tinggi sangat, tak reti make up pulak.
Pakai bedak pun nampak bertompok sebab kulit tak sekata dan kulit kering. Orang susah pulak tu. Jadi boleh katakan aku ni gadis biasa yang ada kehidupan biasa je. Tapi aku bersyukur je lah dengan apa yang aku ada. Pernah kawan aku dekat u (dia ada couple) dia tanya, “tak rasa l0oser ke takde couple? Tak sunyi ke?”
Pastu contoh bila dia g4duh – g4duh dengan boyfriend dia bila aku nasihat, “dah la, jangan mudah sangat nanti orang pun ambil mudah dengan kita..” Kemudian dia baIas, “nak suruh jual mahal macam kau ke? Sampai sekarang tak laku – laku. Mahal sangat sampai tak laku buat apa,” tersentap mak nak!
Masa aku berkenalan dengan suami (menerusi orang ke 3 yang kenalkan kami) aku tanya direct je, “kita berkawan ni untuk apa ye?” Dan direct suami aku cakap, sebab dia tengah cari calon isteri. Jadi aku cakap dengan beliau, “ok kita kawan dulu, kalau rasa macam saya sesuai sila cakap nak teruskan. Kalau tak nak, cakap je tak nak sebab perempuan ni cepat perasan. Saya tak nak bazirkan masa perasan yang awak nak isterikan saya tapi sebenarnya awak nak try test sahaja.”
Beliau cakap kali pertama perempuan yang confess kelemahan diri sendiri macam tu dan selepas 4 bulan dia ambil keputvsan untuk bertunang dengan aku (untuk kenal lebih rapat) dan 6 bulan selepas itu kami pun selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah.
Bila kahwin dengan orang yang baru kita kenal banyak side – side yang kita tak pernah nampak sebelum ini. Dan jujur aku cakap suami ke anak ke semua itu adalah pinjaman daripada Allah. Rumahtangga mana yang tidak diberi dugaan, cuma cepat atau lambat sahaja.
Sabar dengan tak je. Tak perlu pun kita berbangga dengan apa yang kita ada. Walaupun aku dah berkahwin, aku masih rapat dengan kawan – kawan aku yang masih single. Sepanjang perkahwinan tak ada masalah, cuma tak pasti ini dikira sebagai masalah ke tak. Suami aku jenis yang peramah.
Contohnya, masa bujang – bujang dulu ada la dia wish birthday dekat junior dia dan kebetulan junior dia satu tempat kerja dengan aku. Boleh junior tu cakap yang suami aku ni dulu nak “try” dia tapi dia yang tak mau. Aku jenis open minded je bab ni, benda dah lepas.
Tapi aku suka kenakan laki aku, seronok apa kena pujuk – pujuk. Aku balik rumah dan cerita hal tu, dia pun cakap, “ini laaa perempuan, wish birthday pun ingat kita nak kat dia!” dan banyak lagi la kejadian – kejadian macam ni.
Contoh macam ada kawan – kawan aku yang single datang rumah atau terjumpa kat mana – mana, mesti la suami aku bertegur sapa sebab dia tak pernah kenal kawan – kawan aku. Dia akan tanya kerja kat mana, ni kawan kenal kat mana?
Kenal zaman sekolah ke zaman matrikulasi ke zaman universiti ke rakan sekerja ke? Pastu sibuk tanya aku nakal ke tak dulu? Saya okey je tapi ada sesetengah kawan – kawan yang salah faham seolah – olah rasa macam suami aku nak mengorat dorang pulak.
Cerita dengan kawan – kawan yang lain sampai segan pulak tak tahu nak tegur suami macam mana. Tak kan nak cakap, “lepas ni jangan tegur kawan – kawan saya?” Ke nak cakap, “jangan bercakap dah kalau jumpa kawan – kawan saya lepas ni?” Buntu pulak..
Suami aku ni mak cik sebeIah rumah pun dia suka tegur beramah mesra dan bergurau – gurau. Apatah lagi kalau kawan – kawan aku kan. Dan disebabkan sikap dia yang macam tu la mak abah aku jatuh hati masa dia mula – mula datang rumah dulu.
Bukan takat mak abah, bapak – bapak sed4ra mak sed4ra sepupu sepapat dan adik beradik aku pun mudah masuk dengan beliau. Bagi aku, j0doh ni kan saling melengkapi. Aku tak reti sangat nak bersosiaI dengan orang, dia pulak terlebih ramah.
Cuma dengan dia je aku banyak cakap. Ok, berbalik kepada cerita, banyak juga lah hal – hal terutamanya yang melibatkan media sosiaI. Laki aku ni tua 3 tahun dari aku dan dia berkahwin dengan aku masa umur 29 tahun.
Dalam erti kata lain, dia dah biasa dengan kehidupan bujang macam suka komen – komen bergurau senda huhaa huhaa dekat fb, chatting – chatting, whatsapp dan telegram dengan semua orang. Oh ya, suami saya suka masak (tapi dia tak lembut okey).
Jadi dia suka pm pm junior – junior perempuan atau senior perempuan bab masak – masak. Pastu disebabkan dia antara yang terawal buat loan rumah, ramai la junior yang selalu consult tanya pasal loan rumah. Jadi pernah satu ketika junior beliau salah faham hanya semata – mata suami aku kerap komen dekat post – post masakan dia.
Dia ingat suami aku berminat dengan dia sedangkan suami aku hanya berminat dengan resepi – resepi yang dikongsikan. Disebabkan aku ni sukaaaaa sangat makan, suami aku suka masak hari – hari nak suruh aku cuba resepi baru.
Kalau aku merajuk? Tak perlu bende lain, beliau belanja makan je terus aku senyum nampak semua gigi. Jadi selepas kejadian itu, aku minta agar suami aku berhati – hati. Follow lah chef – chef lelaki yang lain. Boleh hentikan tabiat nak pm pm orang sebab masing – masing dah ada life sendiri takut orang salah faham dan sekarang dia dah ada beberapa chef lelaki yang dia selalu consult bab masak memasak.
Aku juga menegur beliau dengan aktiviti – aktiviti bergurau senda di dalam whatsapp group dan telegram (password semua aku tahu). Bila suami aku kerap berwhatsapp dengan aku waktu rehat di tempat kerja, dia dijadikan bahan oleh rakan – rakan.
Tapi kalau kat rumah suami berwhatsapp group dengan rakan – rakan bercampur jantina jadi kebiasaan pulak ye. Seolah – olah menjadi satu d0sa bila suami isteri berhubung melalui media sosiaI tapi bila suami orang dan perempuan lain bersosiaI jadi nampak biasa.
Bila ada perempuan yang suka mengadu dekat suami dan suami boleh anggap itu hanya rakan sekerja, aku pun ingatkan semula kepada beliau tentang, lelaki jangan melayan kalau tak ada perasaan, sebab perempuan cepat perasan.
Kemudian barulah suami sedar dan hentikan semua tabiat – tabiatnya. Mana tak nya perempuan itu asyik up kan status kesayangan dia suami orang. Aku tak nak konflik – konflik macam ni melanda rumahtangga aku hanya disebabkan dia terlebih ramah. Nauzubillahiminzalik.
Mintak jauh lah jadi hal – hal macam tu dalam rumah tangga. Dipendekkan cerita, akhirnya suami aku pun faham alhamdulillah. Aku siap bagi pakej keluar mengeteh hujung minggu lagi dengan kawan – kawan lelaki dia sebagai hadiah.
Ye lah suami aku jenis yang suka berkawan, takkan nak halang. Cuma nak tukar sikit je, kawan dengan sejantina, harap orang tak anggap aku queen control. Aku hanya nak bantu suami aku jaga ikhtilat sebagaimana aku jaga diri aku untuk dia.
Nasib baik aku jenis yang cool dan steady. Mungkin sebab dah berterus terang apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka, hati pun jadi lapang. Jangan ingat orang lelaki ni ada kuasa telepati boleh faham apa yang kita nak.
Kita dah cuba yang terbaik dan selebihnya, biarlah Allah swt yang uruskan. Sesungguhnya Dialah pemegang kepada setiap hati kita ini. Lelaki kalau nak curang, isteri depan mata pun boleh buat. Dan alhamdulillah kejadian itu hanya berlaku di awal – awal perkahwinan.
Tapi pertanyaan suami aku sampai sekarang aku ingat. “Salah orang lelaki ke kalau orang perempuan yang cepat perasan?” Tapi disebabkan orang perempuan memang selalu nak menang aku cakap, “yaa semua salah lelaki sebab tu jangan melayan dan bagi harapan sebab orang perempuan fitrah dan jiwanya lembut dan mudah terusik, sebab tu mudah perasan.”
Jadi buat kaum perempuan di luar sana, ingatlah, kalau lelaki tu betul – betul nak kita, dia akan datang jumpa mak ayah kita dan kawan dengan kita dengan cara terhormat. Walaupun kita rasa kita tak cantik, inshaAllah akan ada orang yang akan nampak kecantikan kita (jodoh kita la tu) walaupun di pandangan orang lain kita tak cantik.
Couple tu buang masa dan kita tak kenal pun couple kita tu macam mana sehingga kita dah kahwin. Jaga hati dan jaga diri, jangan cepat perasan, kerana dirimu begitu berharga!
P/s: mungkin orang lelaki pun jangan cepat perasan dan orang perempuan jangan mainkan perasaan. Tak baik. What we give we get back. – Aisya Maisarah
Komen Warganet :
Mariam Mohamad : Suami saya macam suami TT. Seorang yang peramah sampai ada orang salah faham dan orang tu berlainan bangsa. Paling geram si wanita ni boleh siku – siku dan tepuk – tepuk suami saya depan saya (memang betul – betul depan saya dan wanita tu sedar saya ada di situ).
Time ni rasa nak siku dedua. Sampai satu tahap kami berg4duh sebab wanita tersebut whats app suami saya pagi – pagi semata – mata nak puji gmbar DP whatsapp. Wanita ni suami kenal di kelas choir. Saya ingatkan balik siapa dia.
Saya ingatkan adab dan ikhtilat dia, adab dia pada saya. Saya fikirkan saya mengandung je time tu. Kalau tak memang dah kena arm lock wanita tu sebab tak hormat saya. Last – last saya pujuk suami saya secara halus supaya tak joint kelas choir tu lagi.. hahahaha.. Padan muka, tulah perasan sangat laki aq suka kau.. eeee.. nyampah!
Zanariah Yusoff : Suami saya pun peramah dan suka masak. Awal – awal kahwin dulu, jenuh jugak la. Saya bagitau dia, jangan dengar luahan hati orang perempuan. Jangan pinjamkan bahu untuk perempuan lain. Jangan bukak ruang untuk perempuan lain. Sebab perempuan ni cepat sayang dekat orang yang ambik berat pada diri dia.
مزيدة محمد : Ye, suami saya pun sangat peramah. Jadi setelah bertahun – tahun (12 tahun berumahtangga), saya pun terima hakik4t ini. Cuma saya cuba nak tiru keperamahan dia tapi suami tak suka pula. Jadinya, saya cuba la untuk jadi kurang peramah semula.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.