Kawan baik ummi beriya nak jaga aku masa ummi pergi umrah. Sampai rumah dia, barang aku diletakkan dekat sudut dapur

Sebelum pergi sekolah Cik Nor bagi aku RM3 buat belanja sekolah, dia suruh aku balik naik bas awam. Bayangkan aku baru umur 9 tahun dan sebelum ni ummi dan ayah tak pernah bagi aku naik bas, seorang diri. Satu hari aku nekad balik terus ke rumah sendiri, dan reaksi dari Cik Nor meng3jutkan aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, nama aku Amli (bukan nama asal tapi hanya orang tertentu je yang tahu gelaran ni). Pertama sekali terima kasih baca kisah aku, cerita ini ringkas saja tidak terlalu panjang jadi jangan jemu ya.

Kisah ini aku hanya berani ceritakan kat ummi (mak aku) bila aku dah meningkat dewasa, sebabnya ini berkaitan dengan ‘kawan baik’ dia yang akan aku gelarkan Cik Nor selepas ini pada ketika itu. Kejadian ni terjadi pada tahun 2005 ketika itu aku berusia 9 tahun (darjah 3).

Ummi dan Cik Nor adalah rakan niaga, ke mana urusan adanya niaga, Ummi akan bawak Cik Nor. Ummi ambil dan hantar Cik Nor memandangkan dia adalah surirumah yang tiada kend3raan. Nak dijadikan cerita pada ketika aku darjah 3, Ummi dan ayah aku dapat buat Umrah.

Ummi kata aku akan dijaga oleh Cik Nor, walaupun sebenarnya aku tak perIukan pengasuh sebab abang dan kakak aku ada, mereka dah besar – besar tapi sebab Cik Nor ni nak sangat jaga aku, Ummi okey kan je lah lagipun Cik Nor ni baik di mata Ummi.

Aku pun okey saja dihantar ke rumah Cik Nor sebab aku fikir dia ‘kawan baik’ ummi aku. Jadi selamatlah ummi ayah aku berangkat ke tanah suci dan bermula la kehidupan aku di rumah Cik Nor. Setibanya aku di rumah Cik Nor, dia tak benarkan aku letak barang aku di dalam bilik, dia suruh letak di satu sudut ruang dapur.

Cik Nor pesan pada aku, waktu diajak makan, aku kena makan kalau tak jangan harap dapat makan selepas itu berbeza dengan rumah aku di mana makanan akan sentiasa terhidang sebab kami ramai dan waktu balik sekolah pun berbeza jadi bila – bila pun boleh makan.

Di sebeIah malam pula, aku tak boleh tidur di dalam bilik jadi aku dibekalkan bantal dan toto untuk tidur di ruang tamu bersendirian. Aku okey saja pada mulanya walaupun aku agak takut juga sebab aku tak pernah tidur sorang – sorang dalam gelap maklum saja abang dan kakak aku ramai, selalu kami tidur sama – sama.

Oh ya malam tu Cik Nor suruh tidur awal memandangkan suami cik nor akan hantar aku ke sekolah jadi kena bangun seawal 5 pagi. Sejujurnya aku tak pernah bangun seawal itu sebab rumah dan sekolah aku agak dekat dan aku ke sekolah naik basikal je kadang – kadang tu aku jalan kaki tapi dengan Cik Nor aku kena bangun awal atas alasan rumahnya jauh sikit.

Keesokan harinya aku bangun agak lewat, jadi kena marah dengan Cik Nor. Sebelum ke sekolah, Cik Nor bekalkan aku RM3 untuk belanja sekolah bersama pesanan ‘balik sekolah nanti naik bas awam’. Aku agak terk3jut sebab ummi dan ayah aku tak pernah bagi aku naik bas sorang – sorang diusia itu tapi aku turutkan saja.

Untuk pengetahuan sesi sekolah rendah aku bermula jam 7.30pg – 4 petang dan ayah aku selalu bagi duit belanja sebanyak Rm5 sehari sebab kat sekolah aku ada 2 kali waktu rehat dan selalunya beIah petang ada makanan yang dah termasuk dalam yuran.

Jadi rehat petang aku tak akan beli apa – apa dan duit baki belanja akan jadi ‘duit jajan’ dan duit simpanan aku memandangkan aku selalu bersukan di sekolah pada waktu selesai sesi persekolahan. M4kin lama aku m4kin tak seronok duduk di rumah Cik Nor sebab macam – macam peraturan dia bagi.

Pernah ada ketika, aku ada projek sains kena tanam pokok taugeh, Cik Nor buang pokok aku. Pernah juga rakan – rakan ayah bagi aku duit dan aku simpan di dalam beg. Cik Nor ambil duit tu dan kata aku mencuri. Aku budak yang hanya menurut perintah diam saja tak meIawan lebih – lebih sebab aku fikir tu kawan mak aku.

Jadi satu hari tu aku cuba tak balik rumah dia, aku balik rumah aku. Korang tahu tak, cik nor tak risau dan dia takde pun nak cari aku pun. Kau bayang kalau sebenarnya waktu aku kena cuIik ke apa mesti dia tak cari aku kan.

Masa tu pulak bukan zaman IT budak – budak mana ada bawa HP. Aku pulak memandangkan Cik Nor tak cari, m4kin seronok duduk rumah sendiri. Sehari dua juga aku tak balik rumah Cik Nor siap boleh keluar ramai – ramai kami adik beradik dengan sepupu aku, kak siti pergi funfair.

Kami tak pernah pergi sebab ayah tak bagi, jadi sesekali terlepas kandang panjang sikit langkahnya. Berbalik pada cerita Cik Nor, selang sehari dua lepas tu selesai persekolahan aku balik ke rumah Cik Nor, dia tak ada tanya apa – apa dan macam biasa kehidupan aku di rumahnya penuh bersyarat.

Oh ya, aku tak boleh makan semeja dengan mereka sekeluarga, aku kena makan selepas dorang makan. Aku tak boleh mandi lebih 5 minit, pakaian aku, aku kena urus sendiri, cuci, sidai, lipat sendiri. Di rumah Cik Nor benar – benar sekadar tempat untuk aku makan tidur saja tak lebih, macam duduk asrama pulak.

Bila hati m4kin tak seronok, tiap hari aku rasa malas nak balik rumah dia tapi aku tak boleh selalu balik rumah aku takut abang – abang mengadu kat ummi dan ayah. Jadi satu hari tu masa aku tengah tunggu bas untuk balik rumah Cik Nor, tiba – tiba aku nampak kereta ayah lalu dan ayah lah pemandunya!

Aku seronok terus balik rumah tak jadi tunggu bas untuk balik rumah Cik Nor. Sampai rumah aku seronok ummi dan ayah dah balik dan aku tak cerita pun apa yang aku lalui sepanjang aku di rumah cik Nor pada ummi atau adik beradik aku.

Selang beberapa minggu selepas itu, aku teringat yang aku belum ambil beg – beg aku di rumah Cik Nor dan yang paling aku ingat adalah duit yang aku simpan di celah beg aku. Jadi aku nekad ke rumah Cik Nor dengan hanya berbasikal untuk ambil beg aku.

Sebenarnya bukan beg yang aku fikir tapi duit tu. Setibanya di rumah Cik Nor, aku berteguran dengan Cik Nor macam biasa, terus ke beg aku dan aku check duit – duit aku simpan dah tak ada. Cik Nor banyak cakapnya masa tu tapi aku layan tak layan je sebab aku nak cepat keluar dari rumah tu.

Dalam diam Cik Nor call mak aku yang kebetulan di kawasan berhampiran. Bila aku nak ke basikal aku dengan beg aku, dalam fikiran aku kosong kecewa, penat aku mengayuh ingat dapat la ambil duit aku, rupanya dah tak ada. Hilang..

Dalam masa yang sama ummi aku pun sampai, tak cakap banyak aku letak basikal dan beg aku di bonet kereta 4 x 4 ummi aku. Aku senyum je kat Cik Nor dan cakap terima kasih kemudian terus naik kereta. Yang ummi pulak masih sembang – sembang dengan Cik Nor dari dalam kereta, aku kat sebeIah tahan air mata.

Dalam perjalanan balik, ummi tak marah aku berbasikal jauh dari rumah ke rumah Cik Nor  tapi sebaliknya ummi tanya ok tak duduk dengan Cik Nor? Aku tak berani nak jujur masa tu sebab aku fikirkan persahabatan mereka.

Cuma yang aku ingat aku tanya ummi aku, ‘lama lagi ke ummi nak kawan dengan cik nor tu?’ Ummi aku tersentak dan tanya kenapa? Aku hanya jawap tak ada apa.. Bila aku m4kin dewasa ummi mula kurang aktiviti niaganya jadi kuranglah dia jumpa Cik Nor.

Dari situ aku mula meluahkan segalanya. Ummi aku terk3jut sebab ummi kata ummi bayar Cik Nor RM300 untuk jaga aku 2 minggu sepanjang ketiadaan ummi ayah. Rm300 termasuk duit belanja aku, makan aku dan upah.

Aku cerita pada ummi kenapa aku gigih berbasikal jauh ke rumah Cik Nor untuk ambil beg aku, ummi terk3jut sangat – sangat, ummi kata tak sangka dalam bersungguh – sungguh dia nak jaga aku, rupanya cuma ambil kesempatan.

Istighfar panjang ummi bila tahu cerita sebenar dan sampai sekarang aku tak boleh lupa kisah tu. Sejak kisah tu ummi dan ayah selalu pesan kat aku, kalau ada apa – apa luahlah kat dorang jangan simpan sorang – sorang. Dari situ aku mula luahkan pasal beberapa kenalan ummi dan ayah aku, guru dan rakan aku bahkan adik beradik pun.

Perkara – perkara yang buat aku terkilan dan tak boleh lupa pada ummi ayah. Iyelah, kita ni manusia biasa, terkadang memaafkan itu mudah tapi untuk melupakan itu tidak. Apa pun keadaanya kepada Cik Nor, saya dah maafkan dia tapi untuk melupakan apa yang berlaku tidak mudah walaupun kini saya sudah beranak dua.

Semoga ahli keluarga Cik Nor tak terani4ya macam apa yang Cik Nor buat pada saya anak orang yang banyak membantu Cik Nor. Terima kasih sudi membaca dan menyiarkan kisah saya, maaf banyak tunggang langgangnya. Mungkin ada masa nanti saya di sini juga saya akan ceritakan kisah yang lainnya. – Amli (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.