Kawan pinjam duit aku 2 ribu. Baru ni aku perIukan duit, aku suruh bayar. Dia upload gambar pergi sedekah sana sini. Dia kata, ujian supaya aku sabar

Aku whatsapp kawan aku, cerita masalah dan minta dia bayar hutang. 2 minggu dia diam tapi dekat FB dia update hantar sedekah makanan kat masjid – masjid, sedekah sana sini. Bila aku whatsapp tanya, dia kata… Allah belum izin untuk dia bayar hutangnya kat aku. Allah nak uji samada aku mampu sabar atau tidak.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku sebenarnya tak tahu nak luah dekat siapa. Aku luah dekat sini sahaja. Kalau korang rasa cerita aku ni klise atau membosankan, korang boleh skip. Aku faham. Empat hingga lima tahun lepas, hidup aku memang susah.

Walaupun aku dah berkahwin, realitinya kehidupan kami masa tu jauh daripada selesa. Orang selalu cakap lima tahun pertama perkahwinan memang penuh dengan ujian. Masa tu aku anggap ayat tu sekadar cakap kosong. Tapi bila aku sendiri laluinya, baru aku faham betul – betul maksud ayat tu.

Masa tu, gaji aku cukup – cukup makan. Suami aku pula kerja dengan gaji yang tak seberapa. Sewa rumah, bil – bil, pampers anak, susu, makan minum harian. Semua benda perIukan duit. Ada masa aku terp4ksa kira duit sampai ke syiling terakhir.

Nak beli barang dapur pun kena fikir banyak kali. Kadang – kadang malam aku menangis senyap – senyap sebab rasa penat sangat. Setiap bulan aku terp4ksa pinjam duit dalam seratus hingga dua ratus ringgit daripada seorang kawan. Aku panggil dia Amy.

Dia pun dah berkahwin dan ada kehidupan sendiri. Tapi masa aku susah, dia memang tak pernah berkira. Amy ni memang baik giIa. Setiap kali aku whatsapp dia, cakap aku sesak, dia tak pernah soal banyak. Terus transfer. Masa suami aku s4kit dulu, dia dengan suami dia sanggup hantar kami ke hospital.

Masa tu anak aku masih kecil, masih menyusu. Nak urus semua seorang diri memang kelam kabut. Tapi Amy ada. Setiap kali aku pinjam duit dengan dia, aku memang pegang janji. Hari gaji sahaja masuk, benda pertama aku buat adalah bayar hutang dia.

Aku tak pernah lambat walau sehari. Sebab aku tahu perasaan orang yang dipinjamkan duit. Aku tahu itu bukan hak aku. Beberapa bulan juga aku rasa macam menyusahkan hidup dia. Dalam hati aku selalu doa, semoga satu hari nanti aku boleh balas balik kebaikan dia.

Alhamdulillah lepas satu tempoh, hidup aku mula stabil. Aku dah tak perlu pinjam duit sesiapa. Aku dah boleh bernafas lega sikit. Tiga tahun lepas, tiba – tiba Amy whatsapp aku. Dia cakap dia nak minta tolong. Nak pinjam duit aku. Masa tu aku tak fikir panjang. Tanpa tanya banyak, aku terus transfer duit yang dia minta. Jumlahnya dua ribu ringgit.

Aku sempat tanya dia ada masalah apa. Dia cerita mak dan adik beradik dia nak datang duduk sebulan dekat rumah dia. Jadi duit tu dia perIukan untuk makan minum, bawa keluarga berjalan dan urusan harian. Dia janji sebulan sahaja dan dia akan bayar balik.

Aku terus ok. Dalam hati aku cakap, masa aku susah dulu dia tolong aku tanpa berkira. Jadi sekarang giliran aku pula. Aku ikhlas tolong sebab aku rasa aku berhutang budi dengan dia. Tapi sampai sekarang, dah tiga tahun, duit aku masih belum dibayar.

Aku tak pernah p4ksa. Aku tak pernah desak. Cuma yang buat aku pelik, dia selalu whatsapp aku minta nombor akaun. Katanya nak bayar. Bila aku dah bagi, dia terus senyap. Perkara yang sama berulang sampai lima kali. Aku diam sahaja sebab masa tu aku masih mampu.

Hidup aku masih berjalan seperti biasa. Aku anggap mungkin dia betul – betul ada masalah. Sampailah satu hari, musibah datang bertimpa – timpa. Adik aku terlibat dalam kemaIangan. Dalam masa yang sama, mak dan ayah aku pula bersilih ganti masuk hospital.

Duit memang sangat sangat diperIukan. Banyak peralatan perubatan kena beli. Terapi. Ubat. Makan minum. Ulang alik ke hospital. Semua guna duit. Dalam masa yang sama juga, syarikat tempat suami aku kerja ada masalah. Suami aku cuma dapat gaji asas dan elaun sahaja. Tak ada kerja lebih masa. Hidup kami memang betul – betul terhimpit.

Aku cuba whatsapp Amy. Aku cerita keadaan aku. Aku minta dia lunaskan hutang dia sebab aku memang perIukan duit tu. Seperti biasa, dia minta nombor akaun aku dan cakap dia akan transfer secepat mungkin. Aku tunggu. Sehari. Dua hari. Seminggu. Dua minggu. Duit langsung tak masuk.

Dalam tempoh tu, aku nampak dekat facebook dia. Dia rajin update hantar sedekah makanan ke masjid. Sedekah sana sini. Kongsi ayat ayat agama. Jujur aku cakap, masa tu d4rah aku naik. Aku geram. Aku tak cemburu dengan sedekah dia. Tapi aku marah sebab dia abaikan hutang yang wajib. Kau boleh bersedekah, tapi hutang dengan aku kau buat tak nampak.

Aku whatsapp dia lagi. Aku tanya elok – elok. Jawapan dia buat aku terduduk. Dia cakap Allah belum izinkan dia bayar hutang dengan aku. Lepas tu dia kata ini ujian untuk aku. Allah nak uji kesabaran aku. Aku rasa macam jatuh terduduk. Kepala aku kosong. Aku tak tahu nak cakap apa.

Aku akui dia sekarang memang aktif dengan agama. Pergi kelas agama dua kali seminggu. Tapi adakah itu cara dia menasihatkan aku. Dengan guna agama untuk tutup tanggungjawab sendiri. Aku cerita dekat suami aku. Suami aku pula suruh aku sabar. Asyik sabar.

Aku faham dia nak tenangkan aku. Tapi orang lelaki tak rasa apa yang aku rasa. Dia tak nampak betapa sempitnya hidup kami sekarang. Aku tak tahu macam mana nak tuntut hutang aku. Aku bukan minta sedekah. Itu duit aku. Aku tolong masa dia perIukan.

Sekarang aku pula perIukan. Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku cuma mampu doa. Semoga Allah buka pintu hati kau untuk bayar hutang aku. Itu sahaja yang aku harapkan. Mysarah – (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Azwani Shaari : Alahai, kesian cerita ni sebab Amy tu asalnya baik dan selalu pinjam kan awak duit. Kalau saya jadi awak pun saya akan pinjamkan sebab kenang jasa dia dulu – dulu tu. Disebabkan amy tu bukan susah, bukan asnaf, elok je sedekah merata, awak boleh pilih untuk bertegas dengan dia.

Bagitau kalau tak bayar sekian tarikh, awak akan minta duit tu dari husband / mak ayah / adik beradik atau majikan dia. Saya pernah contact majikan seseorang yang hutang saya, minta majikan dia sampaikan pesanan kat dia. Takyah rasa bersalah, kita minta hak kita je pun.

Habib Ahmad : Kalau bab hutang ni memang orang malas nak bayar. Hutang dengan bank boleh pulak nak bayar. Saya sendiri pon dah banyak orang berhutang dengan saya, ada yang dah lari, sesen pon tak bayar. Total amount semua memang boleh beli axia sebijik. Semoga dipermudahkan urusan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :