
Empat kali aku nampak isteri hisap vape secara sembunyi – sembunyi. Aku dah larang banyak kali sampai aku arahkan supaya dibuang. Berkali – kali juga aku tangkap dia menonton video tak senonoh dalam talian. Aku berusaha untuk didik isteri tapi aku dihalau oleh keluarga isteri.
#Foto sekadar hiasan. Salam min. Aku cuma nak meluahkan perasaan dan berkongsi apa yang berlaku dalam perkahwinan aku. Mungkin ada yang senasib dengan aku. Ceritanya, aku bernikah dengan seorang wanita yang menetap di kawasan Kuala Lumpur, manakala aku tinggal di Kedah.
Masa kami berkenalan dulu, kami hanyalah kawan. Lepas berkawan selama empat bulan, aku terus bawa keluarga aku berjumpa dengan keluarga pihak wanita. Pihak kami nyatakan hasrat nak meminang anak mereka dan akhirnya selepas dua tahun persediaan, kami bernikah dengan jayanya.
Dalam tempoh dua tahun itu, macam – macam dugaan kami hadap. Perintah Kawalan Pergerakan dan pelbagai halangan lain. Pihak keluarga wanita berulang kali mengubah tarikh dan jenis hantaran, yang agak menyusahkan pihak aku. Aku ikutkan sahaja sebab aku dah berjanji dan nak jaga hubungan dua keluarga. Alhamdulillah, selepas bermacam dugaan, kami sah jadi suami isteri.
Masalah sebenarnya bermula sebelum kami berkahwin lagi. Ibu kepada isteri aku kerap memujuk anaknya supaya duduk dengan mereka. Sedangkan aku dah nyatakan niat untuk berpindah ke Kedah dan bina kehidupan sendiri. Setiap kali aku jumpa ibu mertua, aku selalu dengar dia menyuruh isteri aku pujuk aku supaya tinggal di rumah mereka.
Aku terp4ksa menolak banyak kali dan aku sedar ibunya tak suka menantu yang menetap jauh. Lepas kahwin pun pujukan itu tak pernah berhenti dan benda itu buat aku risau tentang isteri aku. Aku seorang penghidap d4rah tinggi dan s4kit jantung walaupun usia masih muda.
Aku berniaga kecil – kecilan dan buat kerja secara bebas. Alhamdulillah masih mampu menyara hidup dan belanja makan harian. Cuma untuk hidup mewah memang belum mampu sebab gaji bersih aku sekitar seribu ringgit lebih sahaja. Tapi kami masih mampu makan di luar setiap hari.
Pagi, petang, malam makan di luar sebab isteri jarang masak. Aku tak kisah sangat sebab bagi aku asalkan cukup makan dan hidup sederhana. Cuma min, aku bukan nak buka aib sesiapa. Ini sekadar realiti dan risiko bila pilih jalan macam ini. Aku dah rasa pedihnya.
Isteri aku bukanlah seorang wanita yang sempurna. Dia pernah tidur dengan lelaki lain, bekas teman lelaki, malah kawan yang berlainan bangsa. Aku terima dia seadanya walaupun aku tahu semua itu. Aku sayangkan dia dan aku niat nak ubah dia. Tapi silap aku, aku baru sedar lepas tiga bulan hidup bersama, isteri aku tak berubah langsung.
Empat kali aku nampak dia hisap vape secara sembunyi – sembunyi. Aku dah larang banyak kali sampai aku arahkan supaya dibuang. Berkali – kali juga aku tangkap dia menonton video Iucah dalam talian. Aku nasihatkan dia supaya berhenti. Dia juga bermesej dengan lelaki ajnabi yang dia panggil kawan tanpa izin aku. Aku betul – betul buntu. Semua ini berlaku dalam tempoh setahun.
Allah beri aku kekuatan untuk bersabar dalam mendidik isteri. Tapi aku tak sangka selepas semua usaha aku, aku dihalau oleh keluarga isteri. Keluarga isteri langsung tak tahu apa yang dia buat sepanjang hidup bersama aku. Banyak kali aku terp4ksa tinggalkan isteri di rumah seorang diri sebab kerja.
Setiap kali balik, aku risau sebab berkali – kali aku nampak laman web Iucah di telefon dia. Sampai satu hari, aku alami tekanan perasaan yang teruk dan diser4ng str0k. Sejak hari itu, aku mula bawa isteri ke mana – mana dan sentiasa bersama dia untuk pantau kelakuannya.
MaIangnya, dia mengadu kepada keluarga dan kata aku mengongkong serta tak memberi kebebasan kepada anak mereka. Masa itu hati aku betul – betul h4ncur. Aku buntu min. Sekarang dah masuk empat bulan aku tak dibenarkan bawa isteri balik ke Kedah bersama aku sebab keluarganya menghalang.
Hak aku sebagai suami dan maruah aku sebagai suami seolah – olah dipijak. Aku cuma nak hidup bersama dia dan cuba ubah dia supaya tak terus bermaksi4t. Aku tak sempurna. Banyak solat yang aku tinggal sebelum ini. Tapi alhamdulillah, Allah beri aku hidayah untuk solat dan berzikir semula.
Sekarang kes masih dalam proses dengan pejabat agama dan aku masih tak dapat sebarang jawapan. Empat bulan isteri tak hubungi aku. Aku nak hubungi isteri pun tak boleh sebab semua nombor dan media sosiaI aku diblok. Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan aku sepanjang empat bulan ini.
Hati aku bergolak setiap hari. Aku tahu per4ngai isteri aku sebelum kahwin dan keluarga dia sendiri tak tahu apa yang dia buat. Sekarang dia jauh di sana, aku risau dia buat perkara yang tak senonoh sedangkan aku masih suami dia yang sah. Aku ada cuti sempena mengundi nanti. Aku niat nak uruskan hal rumah tangga yang tak sempat aku uruskan sebelum ini. Semoga Allah permudahkan urusan aku. Doakan aku terus kuat dan sabar.
Komen Netizen :
Rohani Sakah : Berat ujian macam ini. Dah buat d0sa sebelum kahwin, lepas kahwin buat per4ngai lagi. Memang ada manusia macam ini di dunia. Aku kesian dengan kau sahabat. Dapat isteri macam itu memang bukan senang. Nak buat macam mana, doa sahaja supaya isteri kau boleh berubah.
Selagi boleh sabar, kita sebagai manusia memang dituntut bersabar. Tapi sabar pun ada batas. Kalau hati betul – betul dah h4ncur, ceritakan kepada keluarga isteri supaya satu hari nanti kau tak dipersalahkan, sedangkan anak mereka yang bawa masalah dalam keluarga.
Erika Izan : Sesungguhnya mencintai, menyayangi, setia dan menjadi seorang yang baik dalam sebuah hubungan itu sangat meny4kitkan berbanding kita dicintai dan disayangi. Carilah seseorang yang sanggup hidup susah dan senang bersama kita.
Mungkin sekarang kau masih mampu mencari rezeki dan ikut segala kemahuan isteri. Tapi kalau satu hari nanti kau terlantar s4kit, sanggupkah isteri itu bersama suaminya dalam keadaan susah dan senang. Isteri dan keluarganya jelas bersifat toksik dalam hidup kau.
Cuba pertimbangkan untuk melepaskan dia pergi. Tak semestinya apa yang kita suka itu baik untuk kita dan tak semestinya apa yang kita tak suka itu buruk untuk kita. Jaga solat, perbanyakkan doa, semoga segala urusan kau dipermudahkan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.