Kawan sekolah tiba-tiba mesej aku, mengadu ada masalah dengan isteri. Isteri dia curang, ikut lelaki lain. Bila aku siasat, rupanya isteri dia siap hadiahkan ferrari

Dia beritahu 3 tahun dah tak tinggal serumah dengan isteri dia. Sebab isteri dia dah lari ikut lelaki lain dan siap bercuti sama – sama dengan lelaki tu. Anak – anak dia tak tahu isteri letak dekat mana. Dia cakap isteri dia ada geng gangster, dia takut..

#Foto sekadar hiasan. Assalam Admin. Tolong hide identiti aku ye. Terima kasih kalau siarkan kisah aku ni. Berat rasa hati nak luahkan sebenarnya. Hati terbuka nak luahkan bila terbaca tentang kisah seseorang yang kena tipu dengan lelaki yang berselindung di sebalik Kaabah semalam.

Nasib aku hampir sama dengan tu. Cuma bezanya aku tak sempat nikah lagi. Syukur Alhamdulillah untuk tu kerana Allah SWT dah selamatkan aku daripada jadi mangsa lelaki berselindung di sebalik Kaabah macam tu. Kisahnya macam ni.

Aku kenal Si A ni sebab dia dulu sama sekolah dengan aku. Masa sekolah dulu aku benci sangat – sangat dengan Si A ni sebab perangai dia, Nauzubillahminzalik. Teruk sangat – sangat. Dah lah kaki pukul. Suka control aku. Bila ada je budak – budak lelaki cuba nak dekat dengan aku, siaplah lelaki tu kena pukul dengan dia.

Aku bukan kekasih dia atau isteri dia pun sampai nak control macam tu sekali. Aku tahu dia minat aku, cuma aku benci sangat – sangat dekat dia. Ni kisah masa sekolah dulu. Selepas lebih 20 tahun, tiba – tiba aku dapat inbox daripada Si A di Facebook.

Mesej dia masuk dekat outbox, jadi lambat sikitlah aku nak sedar mesej tu. Entah macam mana hari tu aku tergerak hati nak check outbox, tengok – tengok ada mesej. Dia perkenalkan diri dia. Masa tu kami just chat macam kawan – sama sekolah.

Bila aku check profile Facebook dia, tengok status dah kahwin. Siap ada anak 4 orang lagi. Bila tahu tentang status dia tu, aku balas mesej dia pun nak tak nak je. Tapi dia selalu mesej aku. Kadang – kadang je aku balas kalau free. Sepanjang dia mesej tu, langsung dia tak cerita pasal isteri dan anak – anak dia.

Aku tak puas hati. Aku tanya dia tentang semua tu. Dia beritahu 3 tahun dah tak tinggal serumah dengan isteri dia. Sebab isteri dia dah lari ikut lelaki lain dan siap bercuti sama – sama dengan lelaki tu. Anak – anak dia tak tahu isteri letak dekat mana.

Aku tanya dekat Si A, kenapa tak cari mereka? Dia kata dia tak tahu nak cari dekat mana. Tambahan pula isteri dia ni, dia cakap ada geng gangster. Jadi susah dia nak cari dan takut kena belasah geng – geng isteri dia. Dia cakap isteri dia ni langsung tak dengar nasihat orang tua dan nasihat dia sebagai suami.

Jadi aku kata, kalau dah isteri dia buat macam tu, tu dah kira macam isteri derhaka dan dia dayus kalau membiarkan isteri dia berterusan curang dengan lelaki lain. Aku tanya dia ada bukti ke? Kalau ada bukti, boleh gunakan tu untuk apa – apa hal dekat mahkamah.

Dia kata takde bukti. Aku dah mula pelik, tapi aku buat dek je lah masa tu. Mungkin betul juga sebab aku tengok dekat Facebook dia, kali terakhir Si A update tentang family dia pada penghujung tahun 2023. Mungkin betul juga mereka tak tinggal sama selama 3 tahun.

Walaupun hati aku nak percaya apa yang dia cakap, tapi aku tetap tak puas hati. Dia tak tahu aku kerja apa. Aku just beritahu dia aku kerja supermarket. Aku ada butik wedding planner dan spa sendiri. Jadi aku takde masalah kalau bab duit ni.

Disebabkan hati ni rasa tak puas hati, macam dia banyak sangat rahsia tentang diri dia, aku beritahu aku ada masalah kewangan dengan dia. Aku beritahu aku perlukan RM200 nak selesaikan masalah rumah sewa. Aku tak pakai pun duit tu sebenarnya.

Aku just nak dengar daripada pihak isteri dia. Aku nak tahu kisah sebenar. Aku tahu kalau pasal duit hilang, mesti cepat naluri seorang isteri detect. Aku takut aku tertipu sebab Si A ni dah ada plan nak merisik aku. Walaupun dia tahu aku ni tak suka sangat dekat dia.

Dia cakap lepas nikah nanti mungkin aku dapat terima dia. Dia cakap dia dah lama cari aku. Dah 20 lebih tahun cari aku tapi tak jumpa – jumpa. Sekarang bila dah jumpa aku balik, dia tak nak lepaskan aku pergi begitu saja. Berbalik pada aku pinjam duit dia tu.

Alhamdulillah semua terbongkar lepas tu. Isteri dia dapat detect suami dia bagi duit dekat orang lain. Aku tiba – tiba dapat mesej daripada nombor yang tak dikenali, maki hamun aku kata kenapa kacau suami dia. Okey, aku tahu tu isteri dia. Aku biarkan isteri dia tenang dulu.

Lepas dia tenang baru aku mesej dia. Aku cerita semuanya pada isteri dia. Aku siap screensh0t segala chat suami dia dekat aku. Melalui isteri dia juga, aku dapat tahu yang mereka duduk bersama. Segala keburukan isteri dia yang dia cerita semuanya bohong belaka.

Selama ni dia hidup pun atas ehsan isteri dia. Isteri dia ni daripada golongan keluarga yang berada. Isteri dia siap hadiahkan kereta Ferrari dekat dia lagi. Kerja dia just mengajar budak – budak mengaji dan ada bengkel kereta sendiri. Sekali sekala je ada buat kerja welding.

Aku bersyukur sangat – sangat, tindakan aku dengan sengaja pinjam duit dia tu, segala pembohongan dia terbongkar. Sepanjang dia mesej aku, semua tentang Islam dan fardu ain, semua tu dia huraikan dengan lengkap. Jadi aku fikir dia ni dah berubah jauh sangat daripada perangai masa sekolah dulu. Tak sangka semua tu cuma lakonan.

Perempuan dikurniakan 1 akal dan 9 nafsu, manakala lelaki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu. Nampaknya dia gunakan 9 akal tu untuk 1 nafsu dia yang tak pernah cukup dengan seorang perempuan. Melalui isteri dia juga, aku dapat tahu yang Si A ni nafsu dia kuat sangat – sangat.

Aku bersyukur sangat – sangat kerana tak sempat bernikah dengan Si A yang berselindung di sebalik topeng mulia tu. Ada lagi kisah sebenarnya, tapi cukup dulu setakat ni sebab aku ada kerja sikit nak buat. Baru – baru ni isteri dia mesej aku. Dia rela bermadukan aku sebab suami dia dah lama sangat cari aku.

Aku beritahu isteri dia bahawa aku takkan sama sekali terima Si A dalam hidup aku. Selepas segala pembohongan yang dia lakukan sampai sanggup memfitnah isteri sendiri. Aku pun wanita. Aku faham apa yang seorang wanita rasa.

Komen Netizen :

Eida Nur Wahida : Jantan ni. Kalau bab memburukkan bini sebab nak cari betina memang nombor 1. Tapi last last bini tu juga dia tala. Jantan lagu ni patut mati kena gelek lori simen.

Sepi Perindu : Harap lepas ni sis hati – hati ye. Lelaki tu aku rasa mengalami kekeliruan identiti. Mental problem. Sebab dia kejap nampak macam warak dan kejap jahat. Mungkin lelaki tu terlalu tertekan atau jadi mangsa dera dalam rumah tangga. Who knows kan. Semua tu tak mustahil. Sebab macam terlalu dikawal, sampai duit hilang RM200 pun boleh detect. Sis berhati – hati lah ye. Orang macam ni kalau datang gila, bahaya sangat – sangat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :