Kawan suami aku bagitahu, suami ada skandal dan mereka rancang nak kahwin. Lagi aku terk3jut, dia plan nak ceraikan aku sedangkan aku sedang sarat mengandung

Aku meraung sampai jiran datang tenangkan aku. Aku dimasukkan ke hospital sebab bleeding tak henti. Masa tu baru suami dapat balik. Masa di wad aku marah dia. Perempuan tu juga call aku, konon dia risaukan aku dan baby..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Admin tolong hide nama dan profil aku. Ini kisah aku dari awal mula kahwin, harap dapat komen yang baik bukan mencaci dan menghina. Tahun ni genap umur aku 24 tahun. Aku berkahwin seawal 15 tahun, kahwin atas dasar suka sama suka, bukan kena tangkap basah atau mengandung dulu.

Sekarang kami dah 9 tahun berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak, tak lama lagi nak masuk 4. Aku pregnant 5 bulan dah. Aku berkahwin dengan suami, dia tua setahun dari aku. Selama setahun kahwin baru kami dikurniakan cahaya mata.

Selama tempoh awal perkahwinan suami aku ok, tak ada masalah orang ketiga. Tapi bila anak sulung kami dah berusia setahun, dia berubah jadi kaki perempuan. Dia selalu kantoi dengan aku ada perempuan lain dan tiap kali dia kantoi aku berhadapan dengan perempuan – perempuan tu. Mesti aku yang dihina sebab dah beranak satu, dah tak sedap, sebab tu suami cari lain.

Kami sering berg4duh, akhirnya aku mohon cerai tapi dia tak mahu ceraikan aku dan berjanji nak berubah. Kisah ni berlaku tahun 2017. Aku pernah kena ludah dengan suami di muka dan pernah kena hentak dengan helmet semata – mata sebab dia kantoi ada perempuan lain. Masa tu aku masih sabar lagi sebab terlalu sayang.

Bila aku dah tak tahan aku mohon cerai, masa tu baru dia berubah tapi tak berubah sangat, masih curang belakang aku. Tapi aku tutup mata dan sabarkan hati demi anak. Bila anak aku dah genap 2 tahun pada tahun 2019, suami dapat panggilan masuk tent3ra, kena pergi rekrut 6 bulan. Aku redha dia pergi demi masa depan.

Sepanjang 6 bulan aku tunggu dia dengan penuh rasa cinta dan rindu. Aku setia pada dia seorang. Masa tu juga aku besarkan anak sendiri. Aku duduk bersama mak mentua, makan minum mak mentua tanggung dan aku tolong mak mentua di kedai.

Penantian aku selama 6 bulan berakhir tahun 2019. Suami aku dapat bertugas di Johor Bahru. Masa tu tak dapat bersama lagi sebab kena kursus 3 bulan di sana tapi hujung minggu kami dapat jumpa. Mak mentua selalu bawa aku jumpa dia setiap hujung minggu untuk lepas rindu.

Masa tu aku jumpa dia, aku tengok telefon dia. Tak sangka selama 6 bulan dia rekrut dia bercinta dengan wanita lain dalam tu. Dah habis rekrut pun mereka masih berhubung. Bila aku tahu, retak hati aku. Tapi aku tak berg4duh dengan dia, aku cuma bagitahu terima kasih sebab curang lagi dan aku minta dia lepaskan aku. Macam biasa tiap kali aku minta lepas, baru dia takut dan janji nak berubah.

Tak lama lepas tu dia habis kursus, dia dapat rumah di Johor Bahru. Masa tu dia ambil aku dan anak. Akhirnya dapat juga aku tinggal dengan dia. Tak lama lepas tu aku mengandung anak kedua. Sepanjang hamil macam – macam dugaan datang. Suami aku makin menjadi – jadi.

Waktu aku sarat dia curang dengan perempuan lain, seorang jururawat di Muar. Mereka rancang nak kahwin dan suami nak ceraikan aku. Aku tahu pun sebab kawan sekerja suami beritahu sebab dia kesian dekat aku. Aku tak sangka masa tu. Hanya Allah saja tahu perasaan aku.

Aku memang h4ncur, aku meraung sampai jiran datang tenangkan aku. Sampai aku dimasukkan ke hospital sebab bleeding tak henti. Masa tu baru suami dapat balik. Masa di wad aku marah dia. Perempuan tu juga pernah call aku dan cakap dia risaukan aku dan baby, sampai dia janji nak tinggalkan suami aku.

Aku memang tak terima masa tu. Tergamak mereka berdua buat aku macam tu dalam keadaan sarat mengandung anak kedua. Sepanjang hamil aku str3ss dan doktor sahkan aku kena bersalin awal sebab bleeding tak henti. Lepas aku dapat suntikan pramatang aku dip4ksa bersalin awal sebab keadaan aku kritikal dan aku disahkan ada injap jantung berlubang. Risiko bersalin 50 – 50, aku tawakal saja masa tu.

Bila suami tahu, dia berubah dan tinggal perempuan tu walaupun perempuan tu ugvt macam – macam. Sepanjang aku di wad dan nak bersalin, suami berubah dan jaga aku elok – elok. Tapi semua itu hanya sementara. Lepas aku bersalin dan dalam pantang, ada lagi malapetaka datang.

Suami aku cuba meraba seorang perempuan di flat rumah kami. CCTV di lif jadi bukti dan wanita tu buat report polis. Patutlah masa aku keluar untuk cucuk bayi sebulan, ada kereta blok kereta kami. Rupanya suami wanita tu nak pukuI suami aku. Memang tak sangka, aku malu tak tahu nak letak muka mana sampai kami kena pindah tempat lain.

Kami mula hidup baru di tempat lain. Aku harap dia berubah. Lepas kejadian tu aku nampak dia macam berubah tapi sekejap saja. Dia curang lagi belakang aku banyak kali dan aku dah tak mampu nak menangis. Anak kedua aku dah 6 bulan, aku disahkan mengandung anak ketiga.

Masa tu dia dengan per4ngai dia dan selalu dia pukuI aku sampai satu tahap dia tumbvk mata aku sampai berd4rah. Ya Allah, ujian Allah untuk aku terlalu hebat. Orang ketiga tetap tak hilang dalam hidup kami. Sampai suami kena pindah kem lain, tapi masih di Johor juga.

Di kem baru kami cuba mula hidup baru dan aku tengah tunggu hari nak bersalin anak ketiga. Masa di kem baru dia tak buat per4ngai sangat, tapi lepas aku bersalin dalam pantang dia curang lagi. Sekarang dah 9 tahun kahwin. Aku sedang sarat mengandung anak nombor 4 sebenarnya kandungan ke 5 tapi aku gugur sebab suami ter4jang aku bila dia kantoi ada perempuan lain. Aku redha dengan apa yang jadi.

Sampai sekarang aku pernah terbaca WhatsApp dia dengan perempuan lain, perbualan nak check in hotel dan perbualan Iucah yang jijik. Aku dah tak mampu nak berg4duh dan menangis. Aku tawakal saja. Dah 9 tahun aku bertahan. Aku bertahan demi anak anak kami.

Walaupun macam macam dugaan aku lalui, dipukuI, ditumbvk, dihina, Allah saja tahu d3rita aku. Aku besarkan anak – anak bila suami pergi operasi. Aku jadi ibu, aku jadi ayah di rumah. Aku harap Allah kuatkan hati aku untuk terus kuat menghadapi perjalanan hidup ini. Doakan aku suatu hari nanti aku temui kebahagiaan hingga ke jannah. Assalamualaikum.

Ulasan Pembaca :

Rosita Kadri : Sampai kena pukuI, tumbvk, ter4jang. Menyundal berkali – kali, sebenarnya apa yang adik harapkan dari suami macam ni, lagi pun tak baik untuk pertumbuhan anak – anak, mereka akan tr4uma nanti dapat ayah macam tu.. Umur adik muda lagi, biarlah sayang pada orang yang hargai kita, suami adik ni dah dapat baca fikiran adik, sebab tu dia curang berkali – kali… move on please.

ليانا مصطف : Waalaikumsalam.. kesiannya awak dik tapi saya bangga awak masih tabah sehingga saat ini demi anak – anak dan suami tak guna awak tu.. Kita sebagai perempuan bukanlah untuk diter4jang, dipukuI, diIukai atau disetubuhi semata – mata tapi kita wajib disayangi, dicintai dan dibelai.

Manalah perikemanusiaan suami awak tu?? Demi Allah kalau saya lah dah dikhi4nati, dipukuI dan macam – macam lagi saya rela dilepaskan dan hidup bahagia bersama anak – anak yang saya sayang. Mujurlah suami saya tak macam tu.

Kenapalah masih ada lagi lelaki yang tak tahu hargai peng0rbanan seorang isteri yang sudi menjaga zuriatnya yang diamanahkan Allah. Kadang – kadang lelaki yang kurang ilmu agama ni lah yang menjadikan manusia ni hilang pertimbangan sebagai seorang manusia yang baik di muka bumi ini.

Saya doakan semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk pada suami awak yang tak pernah serik meny4kiti hati awak sebagai seorang perempuan dik.. sabarlah. Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang awak sedang tanggung. Semoga awak juga kuat pertahankan kasih sayang awak pada anak -anak awak. Amin…

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :