5 tahun kahwin, suami langsung tak bernafsu dengan aku tapi dia bernafsu dengan perempuan lain. Aku habis duit cantikkan diri, suami samakan aku dengan binatang

Baru sebulan kahwin suami dah naik tangan. 5 tahun aku bertahan, aku mengadu dekat keluarga aku, keluarga mertua, semua tak percaya sebab suami aku alim, macam ustaz. Suami kata dia takkan ceraikan aku, dia nak siksa aku. Sampailah aku sujud syukur dekat mahkamah..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin dan makcik basila (bawang dalam arab). Aku nak cerita untuk jadi pengajaran pada yang lain. Ok. Aku mula cerita dari awal ya. Aku kenal dengan A berwatakan seorang yang charming, islamic, lemah lembut, gentle.

Ketika itu aku berumur 20. A 31. Aku menilai A dari keluarganya. Kerana didikan pertama seseorang bermula dari keluarga. Keluarganya nampak sempurna. Pegang pada agama. Bertudung labuh, islamiK. Aku serah pada ayah aku untuk menilai A. Sebab aku pentingkan keredhaan ibu bapa.

Alam pernikahan. Bermulanya hidup aku di dalam ner4ka dunia. Tak sampai 24 jam nikah. Aku ditinggalkan di rumah ibu bapa aku kerana dia tak selesa. Aku malu. Aku mencarinya sehingga jumpa. Tak sampai sebulan nikah. Sep4k ter4jang maki jadi makanan aku.

Lafaz cerai sudah mula bermain di mulutnya. Aku cuba bersabar (tapi pergi juga ke hospital dan balai untuk buat backup). Aku ajak baik – baik untuk sahkan di mahkamah lafaz itu. Tapi dia marah dan ugvt nak lafazkan ceraikan sekali lagi.

Bila aku pergi ke kaunselor jabatan agama islam tanya pasal talak. Mereka suruh pergi ke mahkamah. Mereka tak nak jawab bab talak. Bila ke mahkamah pula, mereka tak boleh buat apa jika si suami tak nak mengaku. Kerana keb0dohan A, aku terp4ksa tanya pada ustaz ustazah mengenai kes itu.

A sikit pun tak ambil kisah hukvm hakam Allah. Apa boleh aku buat jika suami main lafaz talak. Di mahkamah tak nak mengaku dan aku pun tak ada bukti apa – apa. A juga berani bermain sumpah walaupun sumpah Iaknat di dalam mahkamah.

Bab bersama. Dia tak pernah meminta untuk bersama walaupun ketika aku awal 20an. Pinggang dalam 28 hingga 29. Selama 5 tahun nikah dia seolah tak bernafsu pada aku, tetapi bernafsu pada perempuan lain. Aku habis duit untuk mencantikan diri, beli fashion macam – macam.

Tapi A seolah – olah jijik dengan aku. Dia kata aku macam b4bi. Macam peIacur. Aku mandul. Anak h4ram. SiaI. Dan macam – macam kata makian. Semakin lama semakin dia pijak maruah aku sehingga aku solat dan mengaji alquran pun dia h1na aku ibIis.

Lafaz talak semakin kerap disebut, badan aku h4ncur lebam – lebam. Aku memang nak cerai tetapi aku tiada tempat nak tuju. Aku pernah mengadu pada ibu bapa aku. Ibu bapa aku tak percaya aku sebab A nampak sangat – sangat suci murni berkopiah dan A juga pandai tipu dan manipulasi fakta.

Mak aku seolah lebih rela aku dipukuIdari aku title janda. H1na sangat kah janda. Aku pernah mengadu pada ibu bapa A. Tapi ibu bapa A pihak pada A. Mereka suruh aku rahsiakan yang A pernah bantai aku. Aku pernah mengadu pada adik beradik A. Untuk mereka beri nasihat pada A.

Tapi mereka membatu apikan. Mereka cerita balik pada A sehingga A meng4muk pada aku. (masa ini dah nampak dah true color di sebalik imej islamic itu) Aku cuba nak larikan diri, aku keseorangan tiada siapa di sisi untuk backup aku.

Setiap bulan kami bertengkar, kadang kala benda yang tak logik. Sebagai contoh. Aku tanya secara lembut khabarnya. A terus bantai aku seperti orang giIa, ketika aku bawa kereta turun dari bukit. A terus meng4muk pukuI kepala aku dengan alasan aku drive lambat.

Bila aku menangis dan merajuk juga pernah dia meng4muk. Dia seolah – olah tiada rasa simpati langsung pada aku. Tiada rasa bersalah. Hidup aku semakin teruk apabila ipar campur tangan. Dapat bayangkan tak jika ada 6 ipar perempuan kaki mengumpat.

Dikutuk, dih1na itu sudah sebati bagi aku. A tak pernah pihak pada aku. Kadang kala dia join adik beradik dia kutuk aku juga. Tambah tambah cerita fitnah aku. (baca dari whatsapp). Kebaikan A ini dia bukan biawak hidup. Nafkah yang diberi RM300, dikurangkan separuh apabila dengar nasihat keluarganya. Motif. Aku tak nak ambil tahu. Aku cuma belajar jadi isteri solehah untuk bersyukur apa adanya.

Pernah juga A kantoi bermesej manja dengan perempuan lain. Ayat lovely dan caring. Bukan sekali dan bukan seorang perempuan. Tapi banyak kali dan berlainan perempuan. Keluar bersama dengan perempuan lain juga pernah. Aku menangis. A tak pujuk dan juga tak minta maaf.

Dengan ego dia. Dia marah aku. Halau aku keluar rumah. Mungkin bagi setengah orang bergaul bebas, bergurau bukan mahram, bertepuk tampar perkara biasa. Tapi tak bagi aku. Kerana aku pegang pada batasan agama. Alhamdulillah masuk tahun ke 4 nikah. Allah beri aku anugerah anak kembar perempuan.

Walaupun dia tak selera pada aku tapi kuasa Allah, kun fayakun. Aku nekad, jika A tak berubah aku harus berusaha juga untuk pisah. Aku tak rela anak aku dapat bapa yang tarik ke ner4ka. Bertahun – tahun aku tersiksa, aku mula tanya orang pengalaman. Adakah normal pernikahan begitu. Kerana aku perlu mencari jalan keluar dari ner4ka itu.

Cuba menjadi isteri solehah sudah aku lakukan. Cuba mengambil hati A dan keluarga mertua. Beli hadiah, keluarkan duit simpanan sendiri untuk ambil hati mereka. Berdoa dalam solat untuk A berubah, menjampi A dengan ayat alquran, mungkin ada yang katakan kena sih1r pemisah. Pendinding dan surah Iawan sih1r juga aku amalkan. Aku sudah cuba 100% jadi yang terbaik. Mereka jawab kehidupan aku tak normal.

Aku fikir mungkin lepas ada anak A akan berubah tapi ternyata tekaan aku meleset. A tetap dengan maki hamun dan pukuI. Aku penat penat didik anak dari dalam perut, dia senang – senang rosakkan anak aku dengan akhlak yang buruk. Sungguh aku tak dapat terima.

Aku semakin hilang hormat dengan lelaki bernama suami, aku jadi kuat meIawan. Aku jadi kasar. D3ndam aku membuak. Dia pukuI aku, aku balas balik. Kelembutan aku sudah terhakis. Air mata aku dah tiada. 5 tahun aku bersabar. Dan A menjaja buruk aku yang aku isteri derh4ka.

Kesalahannya, dia tutup rapi. Mungkin bagi dia, isteri solehah itu bersabar sahaja tak meIawan walaupun disep4k, ter4jang, maki fitnah, h1na, curang. Entah kali ke berapa aku naik ke mahkamah failkan pengesahan lafaz cerai. Duit aku dah habis banyak ke mahkamah sebab A main – main dengan talak.

Macam biasa, A tak nak mengaku dalam mahkamah. Hakim kata mahkamah lebih ikut cakap si lelaki. Ya Allah. S4kit hati aku. Aku putus asa dengan kehidupan. Aku hampir bvnvh diri dan aku juga bersedia ke ner4ka. Aku betul – betul tak mampu lagi sehingga aku berdoa minta Allah hentikan ujian aku.

Iman aku betul – betul teruji kali ini. Impian aku ingin menjadi h4mba, anak, isteri yang solehah semua h4ncur lebur. Ketika dalam keadaan tekanan, mudah untuk sy4itan berbisik. Aku ingin jadi jahat. Aku sudah kalah. A g4ntung aku tak bertali dan dia berseronok – seronok dengan girlfriend dia.

A kata dia sengaja nak menyiksa aku. Aku sudah rancang nak buat kecoh di pejabat dia jika terdesak. Dan viralkan kisah aku. Dalam masa sama. Allah hantarkan beberapa manusia yang buat aku kuat semula. Bangkit semula dari kejatuhan.

Alhamdulillah dan perlahan – lahan aku kembali semula pada Yang Esa dan doa dipermudahkan. Aku buka fail fasakh. Ketika dalam proses fasakh, A buka fail untuk lafaz cerai. Mungkin kerana mahu nikah dengan girlfriend dia. Ya Allah sujud syukur aku dekat dalam mahkamah. Tak pernah aku menangis kegembiraan. Hatiku lapang selapangnya kerana aku masih ada peluang untuk ke syurgaNya.

Selepas apa yang berlaku pada aku, aku tergerak hati kaji sifat – sifatnya. Itu yang aku jumpa. MENTAL PSIKOPAT aka S4KIT JIWA. Dalam islam s4kit jiwa berlaku akibat roh yang dah s4kit. Luaran normal, dalaman tak normal.
Jadi nasihat aku. Pada anak d4ra atau janda yang nak cari jodoh. Berhati – hati.

Jika siapa yang diuji seperti aku, tengok pada kemampuan kesabaran sendiri. Jika pernikahan itu bawa ke syurga. Teruskan. Jika bawa ke ner4ka. Berhenti sahaja. Pernikahan itu ladang yang luas untuk kumpul pahala. Mungkin kita boleh bersabar hadap dengan suami bermasalah. Tapi anak.

Jika suami anda lelaki yang baik, bersyukurlah. Tengok manusia yang di bawah, jangan tengok manusia yang di atas. Jika duda atau suami orang cerita keburukan ex wife atau isterinya. Itu bermakna dia GAGAL mendidik isterinya.

Terdidiknya seorang isteri, apabila baiknya seorang suami. Maka apabila baiknya seorang suami itu baiklah juga isterinya. Apabila solehnya suami itu maka solehahlah juga isterinya. Suami itu acuan isterinya. Tolong doakan aku dan anak bahagia dunia dan akhirat. Terima kasih admin dan pembaca.

Komen Netizen :

Azizah Paimin : Bila baca kisah ini, teringat waktu bertunang dengan ex. Mula – mula tak tahu dia s4kit. Dia ada kenal dengan seorang perempuan ini, siap kata aku bakal dapat madu lagi. Nasib baik keluarga putuskan awal – awal. Kalau tak, tak pasal – pasal m4ti kat tangan dia. Rupa – rupanya dia pernah masuk wad s4kit mental. Pun kawan dia bagitahu apa yang pernah ex buat bila s4kit. Ngeri woo.

Dahashasyi Dahashasyi : Lelaki dayus. Sepatutnya lelaki menjadi pelindung kepada wanita.Disebabkan lelaki begini membuatkan isteri – isteri jadi derh4ka.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :