Aku nampak suami bersama dengan perempuan lain dalam rumah kami sendiri. Aku yang merayu melutut dekat suami demi 3 orang anak kami yang masih kecil

Anak kawan suami aku ni punya gedik, padahal dah umur 17 tahun. Setiap kali suami aku datang, dia akan menggedik, cubit, tepuk t4mpar dengan suami aku. Aku ada hadiahkan suami cermin mata Rayban, aku dapat tahu budak tu ambik spek mata tu..

#Foto sekadar hiasan. ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua. Aku seorang isteri, umur aku 24 tahun. Suami aku umur 41 tahun. Aku ada anak 3 orang. Aku berkahwin ketika umur 18 tahun. Aku berkahwin dengan suami aku yang berstatus duda.

Aku ni isteri dia yang keempat. Dia ni kahwin cerai, kahwin cerai. Hubungan kami dah hampir 6 tahun. Tujuan aku untuk bercerita kisah aku. Suami aku pernah curang dengan aku sebanyak 4 kali. Semua kantoi dengan aku terang terang.

Sampai aku pernah berjumpa dengan dia yang sedang projek dengan perempuan lain di rumah aku sendiri pun ada. Tapi semua apa yang terjadi aku maafkan dia, sehingga 6 tahun hubungan kami berkekalan. Aku bukan b0doh, tapi aku terlalu sayangkan dia, sehingga aku dikurniakan 3 orang anak yang masih kecil kecil lagi. Disebabkan tu juga hubungan kami tak boleh terputus.

Sebenarnya aku nak menceritakan perkara yang baru sahaja berlaku. Suami aku ada seorang kawan bernama Najib. Aku panggil dia dengan panggiIan pakcik. Pakcik ni ada seorang anak perempuan berumur dalam 17 tahun. Nama dia Laila.

Laila ni seorang budak yang gedik sangat – sangat. Bila kawan ayah dia yang lelaki datang mesti dia akan datang menggedik, cubit – cubit, tepuk – tepuk, tumbvk – tumbvk, lari kejar kejar lelaki. Aku tengok dia ni normal, tapi per4ngai dia terlalu gedik membuatkan aku meluat.

Pada Sabtu lepas, aku dan suami datang ke satu majlis pertunangan anak kawan suami yang lain. Datang saja kami minum – minum, makan – makan dan duduk satu meja. Tak lama tu pakcik Najib datang sekeluarga dengan anak – anak dan bini dia.

Anak dia si Laila ni mulalah gedik dia datang. Aku pandang saja, tergelak – gelak, tepuk – tepuk, cubit – cubit kawan lelaki ayah dia yang bujang. Tak lama tu anak aku yang paling kecil tidur. Suami arahkan pergi ke kereta buka aircond. Dia suruh aku masuk kereta dulu, dia nak salam semua orang di majlis tu.

Selesai dia salam salam dia masuk kereta. Dia pun kata, “Adoi Rayban ayah tu baru saja beli dah kena ambik.” Aku pelik jadi aku tanya, “Siapa yang ambik?” Suami pun jawab anak kawan dia yang si Laila tu. Dia katakan masa dia nak salam pakcik Najib, si Laila datang dekat dia dan kata nak cuba spek Rayban dia yang baru semalam aku belikan.

Dia pakai terus kata tak nak bagi semula. Suami nak minta tapi suami kata malu dekat kawan dia si pakcik Najib. Hati aku sangat s4kit bila si Laila buat macam tu. Lepas tu Sabtu baru ni, di rumah pakcik Najib pula ada jemputan kahwin anak perempuan dia yang besar.

Aku tak dapat ikut sekali sebab anak – anak dan aku tak sihat. Sebelum suami pergi aku pesan dekat suami jangan dilayan perempuan tu. Lepas tu aku tak tahu apa yang terjadi dekat sana. Hari Isnin ni suami kerja. Telefon suami tinggal dekat aku. Aku silentkan telefon dia.

Tak lama tu aku ambik telefon suami tengok ada 7 kali miss call. Aku tengok nama si Laila. Aku call lah dia tapi tak angkat. Tak lama tu dia call semula. Aku angkat, dia bagi salam dengan suara yang terlalu gedik. Lepas tu aku tanya siapa ni. Bila dia dengar suara aku, dia m4tikan telefon dia.

Aku call dia, dia tak nak angkat. Aku mesej – mesej pun dia tak balas. Aku ugut dia nak bagi tahu ayah dia sebab call – call suami orang. Dia tetap tak balas. Aku call lagi pun tak nak angkat. Last sekali aku buat keputusan mesej nombor ayah dia dan bagi tahu pasal anak dia yang call – call suami aku. Ayah dia tak balas juga.

Aku rasa pelik. Selalunya memang macam ni, anak dia gedik – gedik pun dia buat tak tahu saja. PukuI 5 suami balik. Aku cakap pasal budak perempuan tu dekat suami. Suami kata biarlah budak – budak. Dalam hati aku, budak – budak lagi ke umur 17 tahun gedik – gedik macam tu.

Dari hari Isnin aku dan suami macam renggang sikit disebabkan budak perempuan ni. Hari ni pakcik Najib datang kerja. Aku tak tahu apa pakcik cakap dengan suami aku. Tadi pukuI 9 suami rehat, suami balik rumah bertekak dengan aku pasal aku mesej pakcik mengadu pasal anak dia.

Suami kata kalau tak ada sebab anak – anak masih kecil dia nak lepaskan aku dan buat haluan masing – masing. Hati aku sungguh s4kit bila suami tak bela aku pasal hal ni. Suami bermasam muka dengan aku dari tadi. Balik rehat dia makan, dia langsung tak pandang muka aku.

Besar sangat ke kesalahan aku? Aku ada hati dan perasaan. Memang patut aku bagi tahu pakcik Najib tentang anak dia yang mengganggu suami aku. Kenapa selalunya bila ada kesalahan sikit akan jadi macam ni? Dia nak aku merayu melutut baru dia maafkan seperti sebelum sebelum ni.

Masa dia curang dulu pun aku yang melutut dekat dia sampai kami baik semula. Kenapa nasib aku seperti ni? Apa patut aku buat? Anak aku masih kecil. Anak nombor 1 umur 4 tahun. Nombor 2 umur 2 tahun dan paling kecil 1 tahun. Berikan aku pandangan tentang kisah aku ni. Terlalu buntu aku dibuatnya. Terima kasih.

Ulasan Pembaca :

Mamaa Cittaa : Kenapa sampai tahap nampak suami bersetubuh dengan perempuan lain dalam rumah sendiri pun masih boleh terima dan melutut pada suami? Kenapa? Sedarlah dik. Dah lebih dah semua ni. Banyakkan mengadu pada Allah. InsyaAllah hati akan tenang dan adik akan jumpa jawapan dan jalan keluar dari masalah ni.

Ezzah Rayyan : Nyampah. Mengadu masalah panjang lebar, alasan terlalu sayangkan suami dan anak – anak kecil lagi. Alasan tak boleh guna zaman sekarang. Internet ada, gunalah cari maklumat macam mana nak survive jika menjadi ibu tunggal.

Haslily Hatepi : Tak fahamlah. Kenapa dah terang – terang nampak laki adik yang tua tu curang bersetubuh siap – siap, tapi adik yang muda remaja ni pula yang melutut merayu. Jagalah hubungan dengan pencipta. Mungkin adik dapat jawapan untuk soalan “kenapa nasib aku seperti ni dan apa patut aku buat”.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :