Tak sangka kawan-kawan suami, dan keluarga mertua sepakat bohong aku cakap suami duda. Masa mengandung, baru tahu aku ni isteri kedua..

Buat masa skearang isteri pertama tak tahu suami kahwin dengan aku. Sebab dia dan ahli keluarga mertua sembunyikan hal ni dari isteri pertama juga. Lagipun lepas kahwin, suami campak aku dekat rumah mak aku, langsung tak tanya khabar. Kahwin hanya untuk halalkan yang h4ram je..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Tolong hidekan profile aku. Aku nak cerita kisah aku. Mungkin ramai yang boleh ambil iktibar dari cerita aku. Aku berumur 21 tahun dan dah berkahwin. Aku seorang wanita yang belajar dan mengaji agama di pondok. Tetapi aku dapat satu ujian yang betul – betul buat aku tersandar.

Tanpa aku sedar rupanya aku telah berkahwin dengan suami orang. Tapi aku bukan per4mpas. Aku m4ngsa keadaan. Aku teraniaya. Aku ditipu oleh suami dan keluarga mertua. Pada awalnya, suami kata dia seorang duda. Dia cerita kisah hidup dia. Dia beritahu dah 4 tahun dia bercerai kerana isterinya curang.

Dia minta aku berkahwin dengan dia dengan alasan aku pandai agama. Pasti aku boleh jaga dia dengan baik dan dia minta aku tegur jika dia ada buat kesilapan. Aku setuju kahwin dengan dia dan aku dah siasat latar belakang dia. Aku pergi ke rumah dia dan bertanya pada emak mertua serta kakak – kakak ipar. Betul ke suami ni duda. Ahli keluarga dia kata betul.

Wallahi, aku tak sangka rupanya suami dah berpakat dengan kawan – kawan dia serta ahli keluarga dia jangan bagi tahu hal yang sebenar. Sungguh aku tak percaya masih wujud manusia seperti ni di muka bumi. Sanggup menipu demi kepentingan sendiri. Sedangkan apa yang mereka buat ni adalah satu perbuatan yang h4ram.

Sekarang aku mengandung dah 6 bulan. Anak pertama. Bulan lepas baru aku dapat tahu hal sebenar. Segala – galanya terbongkar. Aku sangat sedih. Sejak aku mengandung, alahan selama 4 bulan, suami tak pernah tengok aku. Sebab dia kerja di luar. Jarang balik rumah. Ada bisnes sendiri.

Sekarang aku tahu kenapa dia susah nak jumpa aku dan balik rumah. Alasannya kerja, bisnes. Rupanya sebab dia ada isteri lagi satu. Aku ni isteri kedua. Dan aku dapat tahu di luar sana suami ada perempuan lain lagi. Jadi dia bahagikan masa dia sekejap perempuan sana, sekejap perempuan sini.

Yang paling sedih adalah suami aku save nombor telefon aku di dalam telefon dia dengan nama “Rakan Kerja”. Padahal aku ni isteri dia. Apa salahnya save nama aku betul – betul dalam telefon. Tapi ni dia save nama aku sebagai “Rakan Kerja” di dalam telefon dia.

Aku tahu dia takut kantoi dengan makwe – makwe dia di luar sana. Selama berkahwin dengan dia, aku tak pernah cek telefon dia. Sebab dia tak bagi. Aku tahu sebab apa dia tak bagi. Ada juga yang kata pada aku, kenapa awal – awal tak cek yang suami kau ni dah kahwin ke belum, dah bercerai ke belum.

Allahu. Bukan senang nak cek secara online. Kita punya sistem semua manual. Sebab tu banyak orang boleh kahwin senyap – senyap. Boleh menipu. Apa – apa pun terima kasih pada suami, rakan – rakan suami dan keluarga mertua sebab kawtim baik punya untuk sembunyikan hal sebenar.

Terima kasih pada suami sebab susah dan jarang bagi nafkah zahir batin. Terima kasih sebab berfoya – foya di luar sana. Terima kasih tipu saya kata diri tu duda rupanya suami orang. Terima kasih sebab selama saya mengandung, saya s4kit, saya pergi klinik sendiri.

Terima kasih juga sebab buruk – burukkan saya pada perempuan di luar sana kononnya saya isteri kurang baik. Semata – mata nak cari simpati orang, awak buruk – burukkan isteri. Yelah. Sedangkan dulu awak boleh kata dah bercerai dengan isteri sebab isteri awak curang.

Tak must4hil kalau awak tak buruk – burukkan saya seperti tu juga. Saya ada bukti awak buruk – burukkan saya. Selama berkahwin, tak pernah satu sen aku minta dia belikan itu ini. Bahkan dia tak sediakan tempat tinggal untuk aku. Dia campak aku ke rumah emak aku.

Aku menumpang di rumah emak aku. Makan minum pakai aku cari sendiri. Kita mengandung perlukan suami di sisi. Tapi dia seronok berfoya – foya di luar sana. Yaaa. Isteri pertama dia tak tahu dia kahwin dengan aku. Sebab dia dan ahli keluarga dia sembunyikan hal ni dari isteri pertama dia juga.

Jika isteri pertama dia tahu pasti h4ncur hati dia. Walaupun begitu, aku lebih merasa s4kit. Sebab aku m4ngsa keadaan. Sekurang – kurangnya jika isteri pertama perlukan bantuan suami, suami terus pergi. Jika aku perlukan bantuan suami, sangat susah suami nak datang kepada aku.

Sebab kena datang secara tipu – tipu dan kena cari idea untuk lepas dari isteri pertama. Aku tak pernah terfikir untuk kahwin dengan suami orang. Tapi aku teraniaya. Ditipu hidup – hidup. Ikutkan hati yang jahat, mahu saja aku jumpa isteri dia untuk bagi tahu hal sebenar tapi aku fikir semula. Tak perlulah. Tak nak mereka berg4duh besar. Biarlah aku pendam. Dan biar aku yang undur diri.

Hujung bulan 7 ni aku bersalin. Aku akan tuntut cerai. Maaf. Aku bukan stok untuk awak singgah – singgah. Maaf juga pada semua. Aku bukan nak aibkan suami atau sesiapa. Tapi jadikan pengajaran. Sekarang ni walaupun kita siasat sampai ke rumah dia, siasat bertanya pada ahli keluarga dia, belum tentu betul. Kadang – kadang depa sanggup berpakat untuk tipu kita.

Setinggi – tinggi faham belum tentu mengerti. Setinggi – tinggi mengerti belum tentu merasa. Jadi pada siapa yang pernah alami kejadian seperti aku, pasti merasa bagaimana pedihnya. Aku anggap ujian ni adalah kaffarah.

Ulasan pembaca :

Nredya Edya Edrus : Hmmm. Susah begini. Rumah tangga yang dibina dari penipuan dan niat yang tak betul akan ada banyak masalah kemudian hari. Eloklah akak ambil langkah pergi saja dari hidup lelaki tu. Dah habis pantang nanti bercerailah. Bukan nak galakkan tapi kalau ianya mengundang d3rita berpanjangan baik tak perlu teruskan.

Maw4r Merah : Sebenarnya awak s4kit sebab ditipu. Tapi kalau awak betul ada ilmu agama yang tinggi pasti kita akan terima ni lah yang dinamakan takdir. Aku sangat faham perasaan awak. Apa kata awak pujuk hati dan solat banyak – banyak.

Minta petunjuk semoga Allah permudahkan jalan penyelesaiannya. Aku doakan semoga awak sentiasa mendapat rahmat Allah. Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui segala – galanya. Bertabah dan bersabarlah. Ingatlah Allah sentiasa bersama orang-orang yang teraniaya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :