Kekasih mama tak sedar ada orang dalam rumah. Dia slumber masuk rumah kami, terus cari mama sampai ke dapur

Kekasih mama selalu datang rumah. Mama tak malu ke dekat jiran – jiran. Patutlah mama selalu mengadu, jiran – jiran selalu mengata dia. Mama dah m4buk cinta, sampai lupa betul dan salah.

Sambungan dari part 1 >> Lepas 4 tahun mak menjanda, aku tak sangka dapat bapak tiri muda. Paling terkilan mak kahwin dengan suami orang dekat Siam. Aku tak sangka ramai yang komen cerita aku yang lepas. Dan aku pun tak sangka akan ada part 2.

Tapi kali ni aku cuma nak ceritakan sikit kenapa kami berat hati.. Mostly komen k omen memang cakap kami tak bagi mama kahwin, tak validate perasaan mama, siap cakap tahniah mama sebab berjaya kahwin anak – anak tak sempat halang, cakap kami selfish.

Aku nak cakap satu je, moga korang semua tak diuji seperti kami. Tak mudah ya berada di tempat kami.. Tapi sangatlah mudah untuk berkata itu ini sebab kamu bukan di tempat kami, yang menanggung akibat kami. Anak – anak mama semua 9 orang.

Siapa je yang tak sayangkan mama, kami semua sayangkan mama. Cucu – cucu semua rapat dengan tokma mereka.. Bahkan kalau Allah suruh pilih antara mama dengan abah, kami sebulat suara akan memilih mama. Kami semua membesar dengan titik peluh mama.

Kami hidup ni pun asbab mama, asbab kami sendiri melihat pahit jerih mama membesarkan kami. Ibarat mama ni ibu tunggal yang bersuami. Sedangkan suami tak menyumbang.. Korang jangan kecam arw4h abah aku, tapi aku nak cakap ni supaya korang faham, betapa susahnya kami nak melepaskan mama kahwin lain kerana kami takut mama akan dapat suami seperti abah juga nanti.

Selepas kem4tian abah, mama mula – mula lost. Tapi kami guide mama, mama mula amek lesen, bayangkan mama dapat lesen ketika berumur 50 lebih. Aku terp4ksa buat surat rayuan ya dan terp4ksa minta yb bagi recommendation supaya mama diberi peluang untuk amek lesen sebab ketika itu umur mama dah melebihi had umur yang layak amek lesen.

Mama mula belajar online banking, mama mula belajar wasap, video call and semua – semualah. Ketika itu, kami sangat bahagia lihat mama. Seolah macam baru bebas dari sangkar, baru ada life sendiri. Memang panjang langkah dia ketika itu tapi kami biarkan kerana bagi kami mama berhak mendapat kebebasan itu setelah lama dia terik4t dengan abah.

Mama kadang – kadang makan angin di rumah anak menantu bergilir – gilir. Memang seronok kami tengok mama bahagia ketika itu, muka dia pun ceria. Duit bukan masalah sebab mama dapat pencen ilat abah. Kami pun ada bagi mama duit belanja sebab tu masa aku cakap aku izinkan dia kahwin lain tu mama tak nak, dia sendiri cakap dia serik. Dia happy macam ni.. Tapi sekarang tengoklah, berayah tiri jugak kami.

Masa mula – mula mama cakap yang dia nak kahwin dengan H tu, aku tak terus say no ya. Aku tanya mama dulu, isteri H tahu ke? Ya mama cakap, dialah yang beriya suruh H pergi isi borang poligami. Next soalan aku, anak – anak H macam mana?

Mama cakap anak – anak H pun ok je. Aku tanya lagi, kenapa mama suka H? Mama cakap sebab H ni orang masjid, boleh jadi imam boleh la teman dia ke masjid nanti. Lepas tu mama cakap kalau jadi kami kahwin ni, H nak bawak mama ke umrah nanti. Kononnya hadiah perkahwinan.

Lepas tu aku tanya lagi, H pernah minta duit dengan mama tak? Tak pernah mama cakap. Malah H yang banyak keluarkan duit untuk mama. Mama siap cakap dia pun tak pernah rasa sebahagia ni hatta dengan abah sekalipun.

Ketika ni aku ada terdetik, ok mungkin H ni bukan typical guy, mungkin H ni lelaki kiriman tuhan buat mama. Lepas puas fikir aku cakap, ok ma.. Boleh bagi nombor phone wife H? Mama terk3jut, aku cakap ya, sebab aku nak dengar apa kata pihak sana pula.

Mama cakap ok nanti mama minta dengan H. Sampai sekarang ya, masih belom dapat nombornya dan aku tak teruskan push mama pasal nombor phone tu sebab last perbincangan aku dengan mama ialah mama cakap dia tak nak teruskan perancangan nak kahwin ni tapi aku lah yang kena sc4m dengan mama sebab diorang dah rancang nak ke siam menikah.

Masa aku berterus terang dengan adik beradik aku yang mama nak kahwin ni, yang aku cakap kami bermesyuarat tu, barulah kami tahu semua cerita dari side adik beradik yang lain. Aku cakap mama nak kahwin.. Mostly semua happy ya.

Tapi bila aku cakap H calonnya.. Yang H tu suami orang n bla bla bla.. Semuaa terdiam. Otak tengah loading barangkali. Si 1 tanya, isteri H s4kit ke? Yelah kot mama niat nak bantu bakal madu ke kan.. Tak, isterinya sihat. Si 3 pulak tanya, H ni ke owner tempat mama kerja sekejap haritu yang kata nak tolong jagakan kedai sekejap sementara isteri bakal berpantang nanti? 4, 5, 6, 7 dan 8 semua cakap yaa.. H tulah..

Lepas tu si 3 cakap lagi, eh bukan dulu mama cakap dia str3ss ke kerja kat situ sebab isterinya kuat cemburu tu? Dengan pantas si 6 cakap ya.. Dia saksinya sebab mama pun ada cerita pada dia yang isteri H tu jeles dengan mama.

Lepas tu aku cakap abes tu sekarang ni mama cakap isteri dia yang beriya suruh kahwin ni. Mungkin dah berubah la kot, mungkin dah setuju barangkali. Kami tiada jawapan untuk itu. Aku beritahu juga yang mama cakap H ni orang masjid, mampu la bimbing mama.

Kemudian si 4 buka cerita, si 4 cakap kalau betul H ni orang masjid, dia tak akan masuk rumah orang sesuka hati, tahu betul salah. Si 4 ketika tu sedang berpantang keguguran di rumah mama, mungkin H ni tak tahu si 4 ada di rumah.

H sampai ke rumah mama, dia terus masuk terus straight ke dapur ya cari mama. Seolah – olah macam rumah sendiri tapi mama masa tu cepat – cepat bawak H keluar. Ternganga lah mulut kami semua adik beradik lepas dengar si 4 cerita.

Aku tak pernah tahu ya yang H ni selalu datang rumah. Mama tak pernah cerita. Mestilah mama cerita yang indah – indah saje pada aku untuk meraih sokongan barangkali. Aku rasa memang mama tak nak cerita, sebab mama sendiri tahu perbuatan tu salah.

Tak malu ke pada jiran tetangga? Aku masa tu tanya pada 7 dan 8. Memang selalu ke H ni datang rumah? Ya diorang cakap.. Aku cakap kenapa tak pernah bagitahu aku? Benda – benda ni kena bagitahu. Ya, adik – adik aku yang lain memang takkan berani nak tegur mama, benda yang mama buat ni salah.

Tapi memang kena ada seseorang yang tegur mama. Bukan dia tak tahu benda tu salah. Lepas tu bila call mama selalu cakap yang jiran – jiran banyak mengata mama itu ini.. Tapi sekarang ni puncanya dari siapa? Bukankah perbuatan mama tu yang mengundang kecaman?

Ya, mama dah m4buk cinta barangkali sampai lupa betul dan salah. Sedih ya korang sebab mama dah jadi lain. Banyak lagi hasil mesyuarat kami adik beradik ketika itu, tak usahla aku cerita kan di sini sebab banyak aibnya.

Tapi hasil mesyuarat tulah kami sepakat tak nak bagi mama kahwin dengan H sebab kami tak nampak sisi yang elok pun pada H. Tak yakin kami nak lepaskan mama kahwin dengan H. Kahwin ni bukan main – main weh.. Kami sangat takut yang mama nanti diibarat keluar mulut buaya masuk mulut naga H.

Aku ada tanya mama, takde orang lain ke selain H? Aku cakap aku berat hati nak lepaskan mama pada H dan aku jugak pernah mintak mama cakap pada H, datanglah jumpa anak – anak mama ni. Suarakan niat kau, kalau kau betul – betul ikhlas nak memperisterikan mama, buatlah cara elok. Bagi kami kenal dia dulu.. Tapi mama cakap takpe tunggu result permohonan poligami nanti lulus ke tak barulah nak cakap kat anak – anak.

Sekarang cakap pun kalau permohonan kena reject tak guna jugak. Tak kan nak kahwin kat siam? Tak nak weh katanya.. Ha amek, ibarat menelan Iudah sendiri. Ke siam juga mama akhirnya. Sekarang korang cakap, hati anak mana yang tak sedih.

Kami mintak mama pertimbangkan, list kan baik buruk dulu sebelum nak buat keputusan. Akhirnya ini yang mama putuskan. Tak layakkah kami untuk rasa kecewa? Sedihla korang. Dalam confession lepas aku ada cakap yang mama cakap dia sunyi kan.. Yang dia cakap anak – anak dah besar, dia rasa dia tak diperIukan lagi.

Ya, aku amat memahami kata – kata mama tu. Aku cakap mama datangla duduk dengan aku, anak – anak aku masih kecil. Rumah aku masih riuh dengan suara anak – anak. Datanglah tinggal dengan aku, sekurang – kurangnya tak sunyi dan aku boleh jadi peneman mama ke masjid. Rumah aku dekat je dengan masjid.

Aku juga ada berseloroh dengan mama, jomla kita tackle pak imam masjid sini. Mana tau mengena.. Mama cuma senyum kambing je pada aku.. Tapi mama cakap tunggu si 9 habis sekolah dulu la, baru mama fikirkan nak duduk dengan aku ni.

Aku cakap aku dah survey sekolah khas untuk si 9 (adik bongsu kami ni sindrom down, sekarang umur 15). Semua aku dah settlekan. Kalau mama segan nak duduk dengan aku, aku akan cari rumah sewa yang dekat supaya senang aku ulang alik jenguk mama nanti. Pun mama tetap krik krik dengan plan aku.. Ya.. Dia dah kemaruk dengan H.

Untuk pengetahuan korang, si 7 dan 9 masih tinggal dengan mama. Si 8 tinggal di asrama tapi memang balikla kalau masa cuti.. Mama bukan duduk sorang – sorang ya.. Senang cakap 7,8 dan 9 memang stay dengan mama.

Isteri si 3 pun dekat dengan mama.. Ada juga datang ziarah mama kalau si 3 balik dari kerja luar kawasan. Famili suami si 4 pun dekat dengan mama, kalau ke bandar tu memang selalu lah jumpa. Suami si 5 pun tinggal dekat – dekat jugak.

Si 5 pjj dengan suaminya.. Tapi sekarang ni si 5 tengah cuti berpantang. Bertambah lagi cucu tokma. Ok, back to story. Lepas dah kahwin ni mama happy ke? 7 dan 8 cakap dia tengok mama macam sama je. H datang pun waktu malam, mungkin tak nak jiran – jiran nampak.. Tu pun bukan tiap hari.

Yelah nanti siapa nak hantar anak – anak H ke sekolah kan. Adakah mama ke masjid? Ya.. Isyak mama ke masjid dekat bandar. Tak boleh pergi masjid dekat sebab nanti orang kampung tahu. Kadang – kadang H amek mama, kadang – kadang diorang jumpa dekat masjid je.

Subuh pun ke masjid kalau H bermalam dekat rumah mama. Aku harap berkekalan lah program gi masjid ni sampai bila – bila.. Korang pun doakan lah ya. Aku tanya lagi H ada bercakap tak dengan 7 dan 8? Yelah dah kahwin pun kan.. Kenalah kenal dengan anak – anak tiri..

Diorang cakap tak pernah bercakap pun.. H datang terus masuk bilik.. Canggung kan? Pelik kan? Ha cuba letakkan situasi kami ni kat diri korang. Boleh bayang? Aku tak nampak pun usaha H tu nak berbaik dengan kami anak – anak mama ni. Kau tak gentleman la H.

Ya.. Cakap itu ini pun diorang dah selamat menikah, adakah kami buang mama? Tak.. Kami selalu je call mama lagi. Teruskan rutin seperti biasa. Cuma sekarang kami masih menunggu giliran masing – masing untuk mama berterus terang dengan kami, tapi kami rasa mama akan cakap time raya nanti sebab sekarang soalan mama mesti tanya raya nanti balik mana, berapa hari balik sini.

Sekarang, kami adik beradik kena hidup dengan perkara baru ni. Insyaallah masa akan mengubati semua ni. Macam aku cakap sebelum ni, in the end.. Apa yang penting, kami nak mama bahagia. Cuti deepavali, si 4 plan nk jumpa wife H.

Kalau korang tanya kenapa sekarang baru nak jumpa? Yelah macam aku cakap, memang mama cakap dia tak nak teruskan kahwin kan.. Sebab tu kami biar berlalu. Sekarang ni dah selamat menikah, kami nakkan kepastian. Adakah nak suruh mama bercerai? Taklah.. Kami takde hak dah nak cakap.. Sebab dah menikah..

Sebelum menikah boleh la kami nasihatkan.. Tapi dah hati nak.. Mana lagi nak dengar cakap kami.. Tapi plan nak jumpa isteri H ni masih belom confirm sebab nanti kami takut mama meng4muk marahkan si 7 dan 8 sebab bocorkan rahsia dia dah menikah.. Kesian nanti 7 dan 8.

Ramai yang tanya kenapa ke siam? Kami pun takde jawapan.. Mungkin kerana wali.. Tapi masa mama cakap dengan si 7 tu, 7 cakap mama nikahlah kat sini dia sanggup je nak jadi wali mama.. Tapi mama tetap ke siam. Aku rasa permohonan tak lulus..

Yelah semua nak kena declare kan.. H ni takde kerja tetap.. Ada bengkel.. Ada kedai.. Tapi sekarang macam dah takde dah kedai tu.. Tak tahulah aku pun. Sekarang ni banyak benda yang aku tak boleh tanya mama, aku sendiri pun nak kan kepastian, sah ke kahwin siam diorang ni.

Selagi mama tak berterus terang dengan aku, selagi tulah aku tak boleh nak tanya macam – macam.. Tapi, aku tengah menyusun ayat lagi nak cakap pada mama yang aku dah tahu semuanya. Banyak yang kena aku fikirkan supaya mama tak melenting pada si 7 & 8.

Hati orang tua, kena elok susun tutur katanya barulah tak sentap. Kalau aku tegur mama pun, memang ayat berlapik habis. Kalau anak – anak aku memang aku dah tibai dah siap – siap, degil sangat.. Gitulah nak cakap. Aku kesian dengan mama.

Sepatutnya diusia sebegini dia dah kena bertenang, enjoy hidup dia, kumpul pahala. Ni mama masih kerja. Bosan kalau tak kerja, katanya.. Mama sangat suka memasak.. So memang tukang masakla kerja dia sekarang tapi ada hari dia akan kepenatan.

Kami rasa tak perlu pun dia kerja.. Tapi dia tetap nak kerja.. Orang tua tak boleh duduk diam barangkali. Tapi bila dah kerja ni kami ajak berjalan pun asyik bagi alasan tak boleh nak cuti saje semenjak dua menjak ni. Rupanya.. Takut nak tinggalkan kekasih hati.

Sekarang barulah paham kenapa payah sangat sekarang bila di ajak pergi bercuti atau diajak datang rumah anak menantu.. Haihlaaa mama.. Lastly, korang jangan kecam mama aku.. Aku rasa ini dugaan Allah bagi buat dia, buat kami anak – anak mama.

Dulu mama cakap dia plan nak tinggal dekat pondok bila anak – anak dah besar dan bila abah dah takde. Tapi sekarang realitinya jadi lain. Benda yang mama kecam dululah sebijik – sebijik mama ikut. Doakan mama aku bahagia ya.. Doakan H tu bukan si naga. Tapi.. Terima kasih korang sudi baca.. Aku tak tahulah kenapa aku rasa lega sikit dengan menulis ni.. Terima kasih ya korang.. Bye.. – Mungkin Anak Derh4ka (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Jambu Si Makcik : Latarbelakang. Makcik dah nikah-cerai 4 kali. Kali terakhir makcik nikah di Thailand, dalam pengetahuan anak – anak yang tinggal dengan makcik. Ok. Makcik faham perasaan sunyi mama awak. Dan makcik faham perasaan awak sebagai anak. Memang ditelan m4ti emak, diluah m4ti bapa.

Perkara dah berlaku, dah nikahpun. Jadi sokonglah mama ke mahkamah untuk buat permohonan poligami dan pengesahan nikah. Dua – dua ni jalan serentak. Penting sangat proses ni. Tentang madu mama tu, bila proses mahkamah berjalan, dia akan dapat makluman.

Jadi samada ada anak yang nak bagitau dia (lebih sopan) atau dia tau daripada mahkamah. Mana – mana yang dirasakan lebih baik. Kita sama – sama doa mama awak Allah kurniakan rumahtangga yang tenang dan bahagia. Insya-Allah. Aamiin. Anak – anak, maafkan mama.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.