Keluarga mertua ajak suami bisnes sampai hutang keliling pinggang. Aku tengah mengandung anak ketiga, aku dah ready makan nenas

Aku risau anak aku terp4ksa hidup susah. Aku tak nak anak aku susah disebabkan bapak dia per4ngai macam ni.. Hutang kereta dah 10 bulan tak bayar. Ini semua salah keluarga mertua suruh suami berhenti kerja buat bisnes..

#Foto sekadar hiasan. Peningnya la kepala aku ni. Laki aku ni sibuk nak berbisnes dengan adik lelaki dia. Ok, setelah setahun berbisnes ni, boleh disimpulkan semua haprak. 1- Kereta tertunggak 10 bulan (kereta atas nama aku)

2- Duit kawan dia RM6k hutang (panggil apa ye, kalau kawan bagi duit untuk start bisnes lepas tu diorang janji keuntungan by monthly).  3- Duit astro jangan cerita lah (memang aku tak kisah dah). 4- kad kredit dia ada 2, loan aeon (bank asyik tel no dia)

Pendek kata hidup dikelilingi hutang pulak. Apa yang buat aku s4kit hati sebelum dia berhenti kerja tu janji bulan bintang tak kan ada apa – apa berubah. Sekarang memang semua pun berubah. Aku s4kit hati sangat sebab aku memang dah larang dia berhenti kerja untuk buat bisnes dia tu.

Ingat lagi awal – awal kitorang kahwin, kitorang berjimat cermat perbelanjaan, hutang pun kongsi – kongsi sampailah kitorang bebas hutang personal dan kad kredit. Kenapa dia buat balik semua hutang – hutang tu. Dia tak tahu ke yang dia dah kahwin beranak pinak, semua terkesan dekat aku sebagai bini dia secara tak langsung. Dia tak tahu ke???

Ni baru tau yang kereta tu dah keluar kan surat tarik kereta. Nasib baik lah kereta tu pinjaman bukan under bank, kalau tak mesti 3 bulan tak bayar dah kena tarik. Pinjaman ni under leasing kot namanya. Jadi aku memang deal by whatsap dengan collection tu.

Total pending rm4k, ni aku baru bayar rm1k guna duit aku. Kalau ada lebih aku akan bayar lagi. Geramnya aku dengan laki aku ni. Bila bebel – bebel kat dia, dia cakap nanti setelkan, nanti setelkan. Aku memang kh1nzirkan, ceIakakan dia aje sekarang. B0doh betul. Cakap aku tak nak dengar, yang kena hadap aku jugak.

Dan sekarang aku mengandung awal trimester. Sepatutnya aku gembira je tapi ni aku sedih, aku risau anak aku terp4ksa hidup susah. Aku tak nak anak aku susah disebabkan bapak dia per4ngai macam ni. Kalau ada yang tak tahu ni anak ketiga.

Aku siap beli nanas tapi laki aku dah sorokkan. Nasib baik rm3.80 je. Sebenarnya nak ugvt laki aku je konon – konon nak gugurkan kandungan dengan nenas, tapi bila marah aku rasa nak makan nenas tu betul – betul. Aku sedih lah, aku bukan nak sengaja nak kami laki aku sebab aku tau berd0sa tapi aku tak tahu macam mana lagi cara untuk buat laki aku sedar yang dia kena stop semua ni cari kerja lain.

Itu je jalan penyelasaian yang aku nampak atau dia ceraikan je aku, tapi dia tak nak. Semalam aku ntah berapa kali lah aku sebut suruh dia ceraikan aku. Aku tak nak hadap hidup dengan dia berhutang – hutang macam ni.

Korang faham tak??? Aku tak kisah kalau dia kena berhenti kerja, aku bersusah payah dengan dia, tapi dia yang pilih jalan macam ni sampai kitaorang kena bersusah payah macam ni sedangkan aku dah ingatkan awal – awal jangan berhenti kerja.

Aku dah cuba  redha, aku rasa aku dah berjaya tapi bila tau kereta atas nama aku yang dah dia lenjan untuk pergi ke ofis b0doh dia dan  dia tak bayar 10 bulan mau tak naik h4ntu aku jadinya. Aku suruh dia stop sekarang tapi dia kata tak akan dia nak tinggalkan company tu dengan keadaan macam tu.

Laki aku mintak masa 3 tahun tapi aku tak mampu nak tunggu 3 tahun. Ni baru setahun hutang – hutang dah macam ni, nanti 3 tahun macam mana pulak?? Aku pun tak tahu pandangan apa yang aku nak mintak dengan korang, tapi bagiIah kata – kata untuk aku.

Aku tak pernah cerita kat sesiapa pun pasal ni walaupun family dia atau kawan – kawan aku. Semua aku sorokkan di lubuk hati aku, jadi aku rasa aku kena luah kan kat sini supaya aku tak jadi giIa pergi buat benda yang bah4ya dekat anak – anak dan laki aku. Sambil – sambil tu boleh lah aku hadam kata – kata nasihat, pandangan korang untuk aku. Thanks korang

Sambungan… Terima kasih semua yang bagi idea, pandangan.. Aku baca satu – satu. Laki aku buat bisnes part time kereta sebelum ni, sekarang masih ada cuma tak serancak dulu. Modal dia nak rolling takde kot. Dengan adik dia (lelaki) dan ipar dia (perempuan), laki bini, sepupu (lelaki) dia tu buat macam bisnes melibatkan ajar orang jual beli dari negara luar macam tu. Aku pun tak faham sangat.

Pasal hutang tu dia tak pernah suruh aku bayar, dia kata dia akan selesaikan sendiri kalau ada duit. Ntah ceruk mana duit dia ntah. Aku tak faham lah orang yang yakin sangat ni. Bila aku cakap dia kena brainwash dia tak percaya.

Pasal cerai, aku minta dia ceraikan aku. Aku tak akan minta fasakh, biar dia ceraikan aku. Sebab kekurangan dia cuma terlalu sibuk nak kaya sampai berhutang keliling pinggang yang dia rasa boleh selesaikan sekaligus bila dia ada duit. Yang lain – lain dia perfect.

Sebelum dia berhenti kerja dia ikut je kelas Dr.azizan semua, buku – buku pasal bisnes, pasal duit, berlambak kat rumah. Ya, memang dia baca. The worst part sekarang aku berg4duh pulak dengan adik dia, adik ipar dia tu sebab hari tu aku bersemuka dengan diorang pasal ni.

Mula – mula aku suruh laki aku je bersemuka, aku malas nak cakap nak berg4duh. Diorang sibuk p4ksa aku suruh aku bercakap. Dah berg4duh pulak. Adik dia dengan adik ipar dia ni pernah buka butik dulu lepas tu sekarang dah tutup.

Adik dia tu pulak dah bankrupt sebab dulu ada pinjam bank kot. Adik ipar dia tu pernah lah tulis kat fb pasal kereta diorang tak bayar 6 bulan semua. Jadi boleh nampak kan dari situ betapa seriusnya masalah mereka satu family.

Kenapa diorang brainwash laki aku untuk join sekali dengan diorang sampai berhenti kerja semua. Kalau tak disebabkan diorang tentu laki aku tak kan ada kekuatan berhenti kerja. Bila aku meng4muk cakap pasal bisnes – bisnes ni semua, adik ipar aku tu cakap ayat dia, “i know u hate me before married” H4ntu betul.

Terus aku keluar dari rumah diorang tu. Sikit pun perkataan maaf takde dia nak cakap sampai sekarang. Bukan tak tahu aku mengandung, jagalah sikit perasaan aku. Lepas tu cakap aku burukkan laki aku. Aku cerita kat mak dia dan adik beradik dia je kot betapa aku tak suka dia berhenti kerja.

Betapa aku suruh dia stop sebab aku rasa dia tak mampu. Kat mak aku ke adik beradik aku ke tak pernah lah aku bukak mulut pasal ni. Sebenarnya dia yang terasa lebih sebab dia kan bisnes partner, memang itu pun niat aku. haha.

Pasal, “i know u hate me…..”, selama ni yang dia ingat pasal aku selepas lapan tahun aku kahwin? Kadang – kadang aku datang rumah tu makan minum semua sebab melawat mak laki aku. Memang kurang ajar betul. Ntah bila pulak aku benci dia agaknya.

Kalau itu yang dia rasa apa selama ni, kiranya fake ke borak – borak dengan aku semua tu. Memang masa aku keluar tu mak dia sekali nangis. Aku memang sumpah aku tak akan maafkan diorang. Aku cakap depan muka diorang aku takkan maafkan diorang.

Nangis – nangis aku sembahyang, doa minta Allah tunjukkan aku, tunjukkan laki aku kebenaran dan aku tak akan maafkan diorang atas apa dia dah buat pada aku sekeluarga. Semalam laki dia aka adik laki aku tu kena buang company yang dia kerja, mungkin tu satu petunjuk untuk diorang.

Sekarang ni laki aku masih pergi balik ofis b0doh dia. Aku pulak lantak kau lah asal kan balik pukuI 5 ambil aku dengan anak – anak balik kerja. Malam, Sabtu Ahad tak keluar meeting – meeting bagai. Aku memang cakap aku tak akan restu apa yang dia buat.

Barang – barang basah memang aku suruh dia beli lepas dia berhenti kerja dulu. Alhamdulillah, sampai sekarang ok lah memang dia beli walaupun hari – hari melantak ayam. Bosan makan ayam aku order sendiri makanan apa aku nak makan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.