
Adik ipar nak kahwin, mak mertua pinjam duit suami aku. Nak buat rumah terbuka, pak mertua pinjam duit suami aku. Tapi bila tiba harijadi suami aku, satu kek pun takde, takde sambutan langsung..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua, nama aku Pika dan telah pun berkahwin beberapa tahun yang lalu. Aku masih belum lagi mempunyai cahaya mata. Di sini aku hendak meluahkan rasa benci dan meluat kepada keluarga belah suami aku.
Untuk pengetahuan semua, suami aku mempunyai tujuh orang adik beradik dan semuanya lelaki. Mak mertua aku sudah pencen dan menjadi penjaga cucu dia iaitu anak Along manakala pak mertua masih bekerja. Aku dan suami masih lagi menetap dengan keluarga belah aku dan belah suami sementara menunggu rumah kami siap.
Aku terlalu benci dengan keluarga belah suami, kerana mereka kerap mengambil kesempatan dalam bab kewangan dengan suami. Untuk pengetahuan semua, suami aku bekerja sebagai seorang pegawai di dalam sektor kerajaan. Dan aku bekerja di dalam sektor swasta dan gaji aku boleh dik4takan stabil. Lagipun kami tiada anak lagi, jadi kami tidak adalah banyak komitmen.
Di situlah mereka mengambil kesempatan. Semasa adik suami hendak kahwin, pak mertua kerap pinjam wang suami. Yang aku s4kit hati sangat semasa hari lahir suami aku mereka takde rasa pun nak meraikan, buat makan makan ke. Takde kek langsung daripada mereka.
Tetapi mereka pulak minta suami untuk belanja sebab jika kami belanja makan, pasti kami makan di kedai yang agak mewah. Bukan hendak berkira tetapi nampak tak adil kerana semasa hari lahir adik suami ada pula mereka belikan kek. Nampak di sana ketidakadilan mereka terhadap suami. Pilih kasih…
Baru – baru ini keluarga belah suami adakan rumah terbuka atas kehendak mak mertua, yang aku geram sangat pak mertua pinjam duit suami tanpa pengetahuan aku. Siapa tidak marah. Kalau dia hendak adakan rumah terbuka janganlah nak menyusahkan orang.
Kami pun ada komitmen yang perlu dibayar. Yang aku heran pak mertua kerap pinjam wang kepada suami aku sahaja, dekat adik beradik suami yang lain takde la pulak. Menyampah betul! Yang paling buat aku letih ialah mak mertua aku, dia ini terlalu kuat mengawal anak – anak dan menantu dia.
Nak pergi bercuti pun dia nak ikut. Jika mak mertua tak ikut, mulalah dia akan kirim macam – macam untuk merosakkan percutian kami. Seperti tahun lepas, aku dan suami pergi bercuti ke luar negara, mak mertua kerap telefon suami dan dia kirim macam – macam sampai aku dan suami berg4duh besar. Rosak betul!
Beli tiket mahal – mahal tetapi percutian rosak gara – gara mak mertua. G4duh laki bini. Bukan itu je yang aku tak suka dengan mak mertua aku ni. Yang aku ingat sampai m4ti ialah, mak mertua p4ksa aku untuk memohon kerja kerajaan di hadapan semua orang semasa beraya.
Korang tahu apa aku rasa waktu itu? Malu dan s4kit hati. H1na sangatkah kerja swasta? Dia bukannya memaIukan aku je, tapi dia seorang yang suka p4ksa orang. Raya baru ni, keluarga belah aku macam sedih, takde mood sangat nak adakan rumah terbuka sebab mak kami baru je meninggaI.
Takkanlah kami nak bergembira buat rumah terbuka. Tetapi mak mertua jenis tak faham langsung dan jenis memaksa nak datang ke rumah keluarga aku. Kami bukan tak nak jemput tetapi mak mertua sepatutnya faham mak kami baru sahaja meninggaI, fahamlah perasaan kami.
Ini jadikan isu pula depan orang ramai, siapa lah yang tak makan hati dengan per4ngai mak mertua. Untuk pengetahuan korang mak mertua aku ini suka sangat datang rumah terbuka sebab nak makan percuma. Ada raya beberapa tahun lepas, adik mak mertua aku tak buat rumah terbuka, dah jadi isu bagi mak mertua aku, dan mak mertua akan cakap yang adik dia ini lebihkan belah isteri dia sahaja. Pulakk.
Mak mertua aku ini juga jenis yang pilih kasih. Masa kami berbuka puasa di rumah mertua, dia banyak bercakap dengan biras aku, dia buat aku seperti tidak wujud. Siapa pula tidak s4kit hati kena buat begitu. Orang lain gembira setiap hari raya tetapi aku str3ss sebab banyak masa dengan keluarga suami.
Mana lagi terlalu banyak majlis lah, rumah terbuka lah dan mak mertua jenis p4ksa mesti ikut beraya ke rumah kawan dia. Kalau tak dia akan berkecil hati. Siapa juga yang tak str3ss. Yelah raya sebulan tetapi nak juga berehat. Lagipun anak – anak, menantu ni bekerja. PerIukan rehat yang cukup. Kalau tak cukup rehat, str3ss memanjanglah aku.
Dengan per4ngai keluarga suami aku seperti itu, aku cuba untuk jauhkan diri dengan mereka untuk mengelakkan s4kit hati. Dulu giliran tinggal di rumah keluarga suami tiga hari seminggu, kini aku hanya datang ke rumah mak mertua cuma satu hari je seminggu, itu pun aku hanya duduk dalam bilik sahaja tak keluar – keluar sebab tidak mahu str3sskan diri.
Kadang – kadang aku berdoa supaya mak mertua aku meninggaI tahun ini. Aku tak tahan dengan per4ngai dia. Mental aku s4kit sangat dengan keluarga belah suami. Kini aku percaya dengan perkataan ini, “keluarga isteri lah yang banyak membantu berbanding keluarga belah suami yang hanya merosakkan mental”.
Terima kasih semua sudi membaca kisah aku ini. Korang doakan aku diluaskan rezeki dan dipanjangkan jodoh dengan suami. Sekian. Komen baik buruk akan diterima dengan hati terbuka. – Pika (bukan nama sebenar)
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.