Suami saya pandai tapi setiap kali saya tanya atau saya nampak blur, dia akan merendahkan saya nampak macam saya b0doh

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami memang pandai dalam semua benda, masak pun suami pandai. Sebab tu dia selalu merendahkan saya nampak macam saya b0doh. Bab masak, awal – awal lagi suami cakap saya masak tak sedap. Sepanjang 30 tahun..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih sudi membaca. Saya cuma nak minta pendapat orang yang dah lama berkahwin. Alhamdulillah, usia perkahwinan saya dan suami hampir 3 tahun. Untuk pengetahuan, saya dan suami mempunyai taraf pendidikan yang sama.

Cuma tidak boleh dinafikan, suami memang seorang yang cerdik dalam bidang suami dan lain – lain. Saya mungkin pandai hanya dalam bidang saya. Alhamdulillah, hal – hal lain dalam rumah tangga tiada masalah. Cuma ada perkara yang saya kurang gemar dengan sikap suami:

Sikap suami yang suka merendah – rendahkan saya (sudahlah saya memang rendah) hehe… Bila saya tanya pendapat dari suami, kemudian ada salah dari perbuatan saya, dia akan tegur dengan emosi atau tinggikan suara. Contoh: Saya tak tahu satu – satu perkara, dia akan bising pada saya.

Biasa suami akan kata “Itu pun tak tahu”, “Sama je macam orang yang abang kenal” (atau macam tu la lebih kurang ayat dia) dengan nada yang tiba – tiba berubah. Bila saya lewat sikit je (kadang – kadang lewat tu sebab buat kerja, bukan saja – saja melewatkan), jadi suami akan moody sepanjang hari.

Suami sering berkata penat. Tahun pertama dan kedua perkahwinan, saya okey lagi. Masing – masing dalam proses nak kenal antara satu sama lain, atau perkara tersebut sudah dibincangkan. Kadang – kadang ada masa saya merajuk juga atau saya akan diam.

Biasanya suami tahu sebenarnya saya merajuk, tapi suami akan diam juga sampailah saya tegur dia. Kadang – kadang lepas solat okeylah semula, sebab saya akan mula minta maaf (cuma saya terasa hati). Atau kadang – kadang saya terus terang dengan suami sampai menangis. Saya tanya suami:

Isteri: “Kenapa abang selalu nak emosi kalau sayang tanya pendapat perihal yang sayang tak tahu?”

Suami: “Yela, geram tak faham – faham.” (Padahal hal tersebut saya perlu proses dulu untuk faham. Dah dilabel ibarat macam b0doh.)

Isteri: “Habis tu kenapa abang tak boleh cakap baik – baik macam tadi, sedangkan sayang tanya abang baik – baik. Sayang tak tinggikan suara pun bila dengan abang.”

Suami: “Memang abang macam ni kan.” (Itulah selalunya jawapan suami.)

Isteri: “Sayang tanya abang tu sebab sayang tahu abang tahu. Kalau tak, sayang tak tanya pendapat pada abang. Lagi satu, abang kan suami, takkanlah sayang nak tanya orang lain. Lagipun sayang kan isteri, sayang bukan kawan abang yang perlu abang tegur begitu. (Kalau kawan pun tak elok juga.)”

Maka, suami akan m4tikan perbualan yang akan nampak salah saya juga atau suami diam. Satu lagi bab penat. Alhamdulillah, suami rajin menolong dekat rumah, masak dan sebagainya. Ada masa suami kata, “Abang penat.” Okey tak apalah, saya kata, “Abang rehat je lah.”

Tapi, bila sesuatu terjadi yang tiba – tiba suami tak suka atau terp4ksa ke mana – mana, mulalah suami akan kata, “Abang buat itu, buat ini hari ni. Penat tahu tak?” (dengan nada yang tinggi). Saya terus diam (sedih sebenarnya). Tak lama bila dah redha sikit atau lepas solat, saya akan kata:

“Abang, sayang ni tak pernah nak duduk saja kalau dekat rumah. Walapun abang suruh rehat pun masa abang masak, sayang mesti kemas ruang tamu, melipat baju atau tolong p0tong – p0tong bahan nak masak. Kalau ada pun, jarang sangat sayang nak duduk melepek, baring saja – saja bila suami pun buat kerja.”

Suami pun akan diam. Bagi suami, saya yang salah. Padahal saya selalu juga kata pada suami, “Takpe, sayang masak” atau “Sayang kemas.” (Tapi suami risau saya pula penat). Atau masakan yang saya masak tak kena dengan selera dia. Sebab bab masak ni, memang awal – awal suami dah kata “tak sedap”.

Mungkin tekak dia tak kena dengan masakan saya agaknya. (Suami memang pandai masak). Tapi yang pelik, bila saya di kampung, saya suka / selalu masak. Tak pernah orang kata tak sedap, selama hampir 30 tahun saya hidup. Sebab tu saya jadi lagi sedih.

Tambah pula, sebelum kahwin saya pernah cerita pada suami. Masa kecil saya membesar mungkin tak sama macam orang lain. Masa kecil, orang keliling suka ejek saya dengan perkataan yang kurang gemar didengar. Jadi saya akan jadi lebih sensitif bila suami suka merendah – rendahkan saya atau bercakap dengan suara tinggi.

Dulu saya pernah bagitahu suami yang saya tak nak masa dewasa saya tak gembira. Saya nak hidup tenang dengan keluarga semua, beribadah dan nak happy bekerja dengan kawan – kawan. Dan nakkan perkahwinan yang baik – baik. Suami kadang – kadang dia tahu, tapi dia akan diam.

Bila saya minta maaf, barulah suami akan kata maaf juga. Lepas 2 – 3 hari, sikap suami jadi semula. Kadang – kadang bila suami ada kerja luar, saya sampai bagitahu suami, syukur juga saya pernah gugur. Kalau ada anak, mungkin abang lagi emosi. Suami diam.

Saya sebenarnya nak dia terasa dengan apa yang saya kata. Tapi pengakhirannya, dua – dua akan diam. Sampai kadang – kadang, saya selalu bagitahu suami: “Kalau abang ada orang perempuan yang memang sempurna dan setaraf dengan pemikiran abang, tak apa abang carilah. Mungkin perempuan tersebut boleh buat abang tenang dan bahagia. Kahwinlah dengan dia. Sayang okey je.”

Lepas tu suami akan diam atau alih topik lain. Entahlah… Saya sangat terasa hati bila suami sendiri yang sering kata begitu. Sampaikan saya selalu fikir, lebih baik saya tiada dalam hidup suami, mungkin suami akan bahagia. Sebab saya ingat ayat suami sebelum kahwin nak cari isteri yang sejuk mata atau buat dia rasa tenang bila suami nampak saya.

Tapi sekarang macam tak ada pun. Bila ditanya, suami akan jawab atau alih topik. Saya anggap ini ujian buat saya. Tapi dalam masa yang sama, saya sedih sebab dia adalah suami. Jauh di lubuk hati saya, saya sayang suami saya, dan sentiasa doakan dia dalam kebaikan selalu. Tolong semua bantu saya ya, apa yang perlu saya buat atau ubah… Terima kasih, Hugs… – Puteri (Bukan nama sebenar)

Zawani Mohd Zabidi : Benda macam ni terlalu kecil nak mintak cerai, tapi penat kalau lama – lama nak hadap. This is a classic case of low emotional intelligence. Tak reti nak control emosi sendiri, takde rasa simpati kat bini and avoidance. Jadi stop normalizing ur p4in, kenapa nak mintak maaf kalau dah tau suami yang salah? Lantak pi lah laki gini. Have some boundaries, jangan ugvt nak cerai. Tapi jangan takut nak tinggalkan dia.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.