
Baru ni aku balik kampung, kembar aku dah tak berduit. Dulu naik Alphard, Mustang, Hilux, sekarang bawa Saga. Anak dulu sekolah swasta sekarang sekolah kerajaan. Sekarang jadi rider foodpanda. Patutlah baru ni mak call, dia p4ksa aku buat pinjaman 10k untuk kembar aku. Dulu aku ni langsung dia tak pandang, dihina, jijik!
#Foto sekadar hiasan. Aku pernah dipulaukan dengan kembar aku sendiri dari 2017. Untuk pengetahuan korang, kami kembar lain jantina. Dia lelaki, aku perempuan. Sejak dia berniaga maju, dia selalu hulur duit dekat mak. Jadi aku yang duduk rumah jaga mak ni selalu kena tuduh habiskan duit dia.
Apa saja yang kurang dalam rumah, mesti nama aku yang naik dulu. Padahal aku cuma jaga makan minum mak, uruskan apa yang patut. 2018 aku keluar dari rumah, aku kahwin dan jarang balik. Aku ingatkan aku boleh tenang, rupanya tak.
Dalam diam, kata – kata dia masih ikut aku. Dia kata aku abaikan mak aku. Sejak kahwin langsung tak kisah pasal mak. Padahal aku yang selama ni duduk dengan mak, aku yang hadap per4ngai mak hari – hari. Masa tu dia berduit, bisnes maju ada kedai 4 – 5 biji. Siap ada pekerja sendiri, keluar masuk duit tak putus.
Jadi, dia macam watak utama dalam keluarga. Apa – apa dia lah yang buat keputusan. Kalau dia cakap A, semua kena ikut A. Tak ada siapa berani bantah, termasuk mak sendiri. Mak aku pula kaki ampu, janji dapat duit. Dia tak kisah hubungan anak – anak rosak sebab mulut dia. Asalkan dia dapat apa dia nak, dia diam.
Wujudnya jurang antara adik beradik berpunca dari mulut mak sendiri. Hari ni cerita dekat aku pasal kembar aku, esok pergi cerita dekat kembar aku pasal aku. Lama – lama jadi besar. Dulu aku balik rumah, aku hulur tangan nak salam pun dorang tak pandang. Rasa macam orang asing.
Anak dia tak bagi main dengan anak aku. Comot jijik katanya. Siap kata takut berjangkit peny4kit. Aku diam saja masa tu, telan semua. Anak aku pun pernah tanya kenapa sepupu tak nak main dengan dia. Aku tak tahu nak jawab apa, cuma peIuk dia.
Aku pernah cuba pujuk keadaan. Aku beli hadiah dekat anak dia yang baru lahir, baju Mydin saja. Bukan mahal tapi aku ikhlas. Dia tak ambil. Dia tinggal saja dalam bilik, kotak pun tak buka. Budak tu dah boleh berjalan, baju tu masih tersadai dalam bilik. Katanya anak dia tak pakai kain tu, pakai yang cotton 100% saja. Masa tu aku rasa jatuh sangat harga diri.
Lepas kejadian tu, aku mula jauhkan diri selama bertahun. Aku tak tanya khabar, aku hilang begitu saja. Mak pun tak kisah aku tak call dia berbulan lamanya. Mak kata anak dia kaya, tak ada hal setakat nak minta duit seribu dua sebulan. Masa tu aku sedar, aku bukan lagi keutamaan dalam hidup mak.
Dalam tempoh aku jauhkan diri, macam macam jadi dekat hidup aku. Aku pernah s4kit teruk sampai kena operation. Masa tu aku betul – betul harap ada seseorang dari keluarga datang tengok aku. Tapi tak ada. Mak tak call, kembar aku lagi lah tak muncul. Aku hadap semua dengan suami saja. Dari situ aku makin kuatkan diri, aku belajar berg4ntung pada diri sendiri.
Tahun ni aku balik raya, tu pun sebab fikir anak – anak nak rasa suasana kampung. Mak saud4ra beritahu kembar aku sekarang tak ada duit. Kereta motor, jam mahal, handbag, emas semua dah habis. Dulu naik Alphard, Mustang, Hilux. Sekarang bawa kereta Saga saja. Anak dulu sekolah swasta sekarang sekolah kerajaan. Kembar aku dulu berduit, sekarang jadi penghantar makanan Foodpanda.
Aku dengar saja cerita tu. Dalam hati tak tahu nak rasa apa. Nak kata puas, tak juga. Nak kata kesian, ada sikit. Tapi aku ingat balik apa yang aku lalui dulu. Terus aku diam. Aku buat tak tahu saja. Sebab bertahun aku jauhkan diri sebab mak lebih menangkan dia.
Jadi bagi aku, lebih baik aku bahagia bersama anak dan suami. Hidup aku sekarang tak mewah, tapi cukup. Tenang tu lebih penting. Minggu lepas mak aku call, aku pelik lah. Apa hal call. Sebelum ni aku s4kit sampai operation pun dia tak tanya khabar. Ni tiba – tiba call. Suara dia macam biasa, tapi kali ni nada dia lain, macam ada benda nak minta.
Mak meng4muk suruh aku buat loan, katanya kerja kerajaan senang lulus. Mak kata nak repair rumah rosak. Aku dah rasa tak sedap hati. Rumah dekat kampung elok saja, tak nampak pun rosak teruk. Kenapa tiba – tiba nak tekan aku buat loan.
Aku diam dulu, lepas tu aku tanya mak saud4ra. Dari situ aku tahu perkara sebenar. Dia kata kembar aku yang nak guna duit. Isteri dia nak bersalin anak ke 5 bulan 7 ni. Isteri dia nak hospital swasta, tak nak kerajaan. Dia kata dia kena beranak ceaser, nak duit dalam 10 ribu.
Patutlah mak aku beria suruh aku buat loan. Rupanya nak bagi dekat anak kesayangan dia. Isteri kembar aku tu bertahun dah tak tegur aku. Masa dia senang dulu, pandang aku pun tak. Dah susah baru ingat adik beradik. Aku tak ikut apa yang mak minta.
Aku kata aku tak lepas buat loan. Aku pun ada komitmen sendiri, anak – anak nak makan, rumah nak jaga. Mak suruh suami aku pula buat loan. Suami aku terus tak bagi. Dia sendiri dah nampak macam mana keluarga aku layan aku sebelum ni.
Mak siap ungkit tak halal air susu. Siap kata m4ti nanti duduk ner4ka paling jah4nam. Kata – kata tu memang s4kit. Aku anak dia, tapi senang saja dia cakap macam tu. Aku diam lama, lepas tu aku jawab perlahan, aku kata tak apa lah, ner4ka pun ner4ka lah. Aku dah penat nak jaga hati orang yang tak pernah jaga hati aku.
Kadang – kadang aku fikir, tak cukup sabar lagi ke aku ni. Dari dulu sampai sekarang, aku selalu mengalah. Selalu telan s4kit sendiri. Tapi bila aku mula jaga diri aku, aku pula yang dikata macam – macam. Sampai sekarang suami aku tak bagi aku balik rumah mak. Dia takut aku luka lagi.
Dia nampak sendiri macam mana aku menangis dulu setiap kali balik dari rumah mak. Aku pun dah tak p4ksa. Aku tahu dia nak lindungi aku. Sekarang aku cuma nak hidup tenang. Fokus dekat anak – anak dan suami. Yang lain aku letak tepi dulu. Bukan aku tak sayang keluarga, tapi aku dah terlalu penat dis4kiti.
K3jam ke aku kalau aku tak bagi duit untuk isteri kembar bersalin di hospital swasta. Sedangkan kami dalam perut mak lagi bersama. Tapi bila dia susah, dia kata aku tak bantu dia. Dia lupa masa aku susah dulu, dia tak pernah pun ada.
Aku bukan tak ada hati. Tapi aku belajar satu benda, tak semua yang kita rasa kasihan tu kita kena bantu. Kadang – kadang kita kena jaga diri sendiri dulu. Kalau aku p4ksa diri buat loan, nanti aku pula yang susah. Siapa nak tolong aku nanti. Aku harap satu hari nanti, mak akan faham kenapa aku jadi macam ni. Aku bukan derh4ka, aku cuma cuba lindungi diri aku dari terus dis4kiti. Kalau jaga diri sendiri pun salah, aku dah tak tahu apa lagi yang betul.
Ulasan pembaca:
Mak Su : Aku pun seorang mak. Kita sebagai mak tak perlu nak demand aku mak aku terpaling syurga, anak anak kena patuh taat dekat aku, kena ikut cakap aku.Kita patut ingat, Rasulullah pun ajar doa kita sebagai anak yang berbunyi kasihilah ibuku seperti mana dia mengasihi aku semasa kecil. Itu maksudnya kita sebagai mak kena sayang anak dulu, baru lah kita dapat reda Allah.Nasihat aku, abaikan saja kata kata mak awak tu. Jauhkan diri jika perlu dan elak dari sama sama tambah d0sa.
Moza Moja : Tak k3jam dan tak derh4ka pun awak. Tak payah balik lah. Nanti lagi teruk awak kena. Biar lah kembar awak tu. Allah nak uji dia sebab sikap sombong dia dengan adik beradik. Biarkan saja. Nanti awak lagi susah kalau rasa simpati dan kesian. Masa awak susah tak ada pun dorang kesian dekat awak.
Masdziana Said : Tak kejam pun. Masa dia senang dia sendiri pun tak pedulikan sis sekeluarga. Siap h1na lagi. Mak sendiri pun bukan mendamaikan tapi malah tolong tabur r4cun. Sis nak bagi mak duit tak apa lagi ikut kemampuan tapi tak perlu ambil loan untuk senangkan kembar sis tu.
Tanggungjawab sis hanya pada mak. Tak jumpa pun tak apa, cuma jangan sampai tak pedulikan mak langsung. Cukup terus horm4ti mak. Duit boleh transfer ke akaun mak. Apa – apa komunikasi dengan mak saud4ra saja untuk tahu apa info yang perlu. Abaikan bab mak kata tak halalkan susu dan kata sis akan masuk ner4ka. Syurga ner4ka tu Allah yang tentukan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.